Dunia Kesihatan

Showing posts with label Sharing moment. Show all posts
Showing posts with label Sharing moment. Show all posts

Thursday, November 3, 2011

Puasa di hari 'Arafah

PUASA SUNAT (HARI 'ARAFAH)

Bilakah hari ‘Arafah? Apa dalil bagi kelebihan puasa hari ‘Arafah?

Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).

Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda; “(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).

Adakah sunat berpuasa pada hari ‘Arafah itu ada pengecualian?

Ya. Dikecualikan dari jamaah haji. Mereka tidak disunatkan berpuasa pada hari tersebut sebagai mencontohi Nabi s.a.w. dan juga untuk menjaga kekuatan bagi memperbanyakkan berdoa pada hari itu.

Maimunah isteri Rasulullah s.a.w. menceritakan; orang ramai ragu-ragu apakah Rasulullah s.a.w. berpuasa atau tidak pada hari ‘Arafah. Lalu ia (yakni Maimunah) menghantar kepada baginda satu bekas berisi susu tatkala baginda sedang berwukuf di Padang ‘Arafah itu. Lalu baginda meminum susu tersebut dengan dilihat oleh orang ramai kepadanya (Riwayat Imam Muslim).

Malah terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah” (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim). 

Monday, October 3, 2011

aKu dAn EnGkAu~



Hari berganti hari, malam berganti malam, bulan berganti bulan..
Detik usia semakin meningkat..
Apakah sumbangan kau pada ISLAM?
Kitab bertimbun susah untuk dikhatamkan..
Sahabat disebelah kau abaikan
Dulu kau pernah kata..dia akan kau jadikan mad’u mu..
Tapi kini, apa sumbangan kau kepada dia?
Apakah benar telah kau jadikan dirimu contoh terbaik?
Kau pernah berjanji denganku..
Kau mahu berkorban untuk ibumu..
Untuk Islam yang kau cinta..
Untuk adik-adik yang kau sayangi..
Kau janji padaku..
Biarlah dirimu kau korbankan untuk orang lain..
Kau nak cuba yang terbaik membantu orang lain..
Kau kata padaku..
Biarlah Allah sahaja yang membantu Mu..
Biarlah Allah sahaja tempat kau mengadu dan menangis dihadapaNya..
Cuba kau renungkan..
Berapa banyakkah janji-janjimu yang kau tunaikan pada ku..
Aku bimbang akan dirimu..
Aku khuatir kau tidak mampu laksanakan janji-janjinmu..
Namun aku sentiasa doakan untukmu…
Agar kau Istiqamah dan diberi kekuatan oleh al-Aziz..
Untuk terus berdiri teguh..
Laksanakan amanahmu..
Kota kan janji-janji mu..
Arrahman.. Arraheem.. moga kau dilindungi dari kemurkaanNya..
Dilimpahi rahmat dan kasih sayangNya..
Monolog aku untuk diriku [03102011~23:46]

Saturday, October 1, 2011

Apa yang anda fikirkan??


Lori di hadapanku menghalang laluan,

 ditambah pula asakan percikan sisa pasir dari tayarnya yang besar itu.. 

“ish..tak boleh jadi ni..aku mesti potong, kesian farouqku..abes terkena hujanan pasir dari lori ni..”

member di sebelahku pun berseloroh menyuarakan pendapat “banyak betul peristiwa-peristiwa kita dengan lori ni kan”..

“hehe..” aku hanya mampu bergelak, hatiku masih tekad ingin memotong…

bismillah..hatiku tenang, sambil kaki menekan pedal minyak..

“ada dua ekor rupanye lori depan aku ni, patut la lambat” ..

“alamak! ada lagi sekor lori dari arah bertentangan.. pedal minyak sudah ku tekan, aku takkan berundur, makin ku tekan lagi pedal minyakku….

Masa tak mengizinkan aku terpaksa memakan jalan dan memotong lori yang bawa sisa pasir tadi, lalu membuatkan dia terpaksa mengelak ketepi..

yep..seperti yang dijangka, dia hon aku  tanda marah..

Erm.. tapi hatiku masih tenang, takde rase kecut perut pun..cume rase kecut kaki je..hehe..

Bilamana berhadapan dengan situasi seperti  ini,

Sebenarnya kita mempunyai pilihan,

pilihan tanpa paksaan,

 tapi memerlukan ketangkasan dan kecekapan berfikir,

 disamping kemahiran yang perlu di praktiskan..

kebanyakan kita selalu fikirkan apakah yang orang lain akan lakukan untuk kita,

tapi kita jarang sekali mahu fikirkan apakah yang perlu kita buat dan sumbangkan untuk orang lain..

Seperti adegan memotong berekor-ekor lori tadi..

Mungkin apa yang saya fikirkan dan saya harapkan, lori dari arah bertentangan saya tadi perlu ke tepi sedikit untuk berikan saya laluan..

Mungkin juga saya mahukan lori yang sedekahkan sisa pasir dari tayarnya tadi memperlahankan kenderaannya bagi membenarkan saya memotongnya..

Tapi, apa yang saya harap dan fikirkan langsung tidak berlaku..

Pendek kata saya lah yang sepatutnya bertindak, membantutkan pemotongan berekor-ekor lori tadi.. mungkin dengan itu, saya tidak membuatkan orang lain berasa marah dengan saya… banarkah?

“kita perlu sentiasa merancang dan fikirkan apa sumbangan kita untuk orang lain, bukannya apa sumbangan orang lain untuk kita”.. moga dengan kehadiran kita pada setiap tempat memberi manfaat kepada orang lain.. bukankah begitu?

seperti para rasul dan sahabat.. “qudwah hasanah” dan manjadikan diri “Rahmatal lil`alameen” menjadi asas utama tindak-tanduk mereka..

bermula dari pemikiran yang positif, akan mempengaruhi sikap yang positif, kata-kata yang positif..dan akhirnya, lahirlah individu yang menjadi tunas-tunas islam..

Siapakah tunas-tunas islam itu?

Mereka adalah mukmin yang sedar, sedar hatinya, celik matanya dan terbuka pintu imannya.

Mereka adalah orang yang menghiasi dirinya dengan syakhsiatul muslim… dan sentiasa membesarkan Allah di setiap detik nafasnya..

Seperti yang difirmankan Allah dalam al-Quran,

“ Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih pergantian malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal”   [Surah Ali-Imran: 190]

Masyarakat Islam akan terbina apabila wujud individu-individu yang benar-benar berpegang kepadanya.

Cara dan corak kehidupan Islam tercerna apabila penganut-penganutnya melaksanakan segala yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. melalui al-Quran sepertimana dicontohi oleh Muhammad SAW.

Untuk melaksanakan dan menegakkan agama Allah ini  memerlukan orang-orang yang telah menerima dan dibina menurut islam.

Kewujudan individu-individu yang berjiwa dan berkeperibadian islam akan mencorakkan ke arah suatu suasana keimanan dan ketakwaan kepada Allah.

Kemantapan masyarakat islam tidak tergugat oleh pengaruh yang menghancurkannya.
Bermula dari kesedaran dalam diri..

Sentiasa rencanakan motto “rahmatil lil alameen” walau dimana jua kita dicampakkan.. hatta sekecil zarah sekalipun sumbangan yang mampu diberikan.. moga semuanya kerana Allah..
Percakapan, persoalan, respond dan segala tindak tanduk kita melambangkan intipati dari dalam diri kita..

Kesemuanya ini sentiasa berlaku secara spontan..

Dan tindakan yang spontan itulah lahir dari akar pokok dalam diri kita..

Lihat pula bagaimana akar pokok itu dibajai..

Adakah dengan iman, takwa dan pengabdian sepenuhnya pada Allah….

Atau..kenikmatan material dunia yang sementara..

Demikianlah picisan kongsian ilmiah dari saya yang juga menajadi teguran dan peringatan buat diri saya yang masih terlalu banyak kekurangan..

Moga kita semua mempunyai tekad dan usaha yang mampan untuk menjadi seorang individu muslim, yang menjiwai dan mempraktikkan syakhsiatul muslim secara holistik.. moga kita diberi kekuatan kea rah itu..ameen 

Tuesday, September 6, 2011

Halal for Everyone



"HALAL for Everyone"


Tema HALAL awareness kami yang diadakan pada 22 Ogos 2011,

Alhamdulillah, mendapat sambutan yang baik.. kehadiran peserta dari  Sek Men Agama Persekutuan Labu, Sek Men Agama Nilai, Sek Men Keb Bandar Baru Bangi dan Institut Perguruan Bangi melengkapi lagi karnival halal ini.

Selaku ketua bahagian pengisian sesi TALK yang diadakan di Dewan Kuliah Utama Fakulti Pengajian Al-Quran dan Sunnah, USIM. Tidak terlambat rasanya untuk memohon ribuan kemaafan andai ada kekhilafan mahupun kekurangan.

To all my trainer, teachers and friends.. thanks for your advices and supports..

HALAL EXECUTIVE TRAINEE, USIM 2011~~ we must work in a team.. !!

Walaupun kini jarak memisahkan kita, namun saya berharap agar kita tetap bersatu..kerana tugas kita ini membawa misi dakwah yang besar..
"di dahi kita ter`cop' Amar Maaruf Nahi Munkar!" Kata-kata yang pernah disampaikan oleh ust Lukman ketika bulan pertama berada dalam kelas.

siket pantub 6 kerat.. =)

Basic syariah halal in food perlu kita khadamkan,
food processing and ingredients mesti dalam kepala,
act and regulation pula harus diingat dan perlu di implemenkan,
kalau sampai pening kepala,
ust elyas dan puan haizam lah jadi mangsa kaunter pertanyaan.. ;p

kat bawah ni saya kongsikan video yang saya dan team saya bikin sempena halal awareness.. moga menginsafkan dan bermanfaat.. =)












Saturday, June 18, 2011

Hidup is Life, Life For Ta`abud


“Takde life la keje ni..menyesal aku amik course ni dulu..busy memanjang..”

“Berat keje saya ni...besar tanggungjawab saya..saya tak yakin mampu nak pikul amanah ni..”

“Kalaulah tak amik course ni dulu..kan best keje cam dia..rilek je..”


Inilah antara dialog-dialog remaja-remaja sekarang yang baru start kerja atau baru nak start kerja termasuklah diri penulis..hehe..Penulis teringat balik dialog-dialog ni bila tengok rancangan “Tanyalah Ustaz” semalam tentang “Himpunan Di Padang Mahsyar”. Kata ustaz dalam rancangan tersebut, Rasulullah s.a.w pernah bersabda 


“Tidak akan berganjak kaki anak Adam pada Hari Kiamat dari sisi Rabbnya sampai dia ditanya tentang 4 (perkara) : Tentang umurnya dimana dia habiskan, tentang masa mudanya dimana dia usangkan, tentang ilmunya apa yang telah dia amalkan, dan tentang hartanya dari mana dia mendapatkannya dan kemana dia membelanjakannya”. (HR. At-Tirmizi)


Sekarang ni terlalu banyak course yang disediakan di universiti, dan lebih banyak lagi graduan yang bekerja tidak sesuai dengan course yang diambilnya. Belajar lain, kerja lain..hanya sebilangan kecil yang mendapat kerja sesuai dengan apa yang pernah dipelajarinya. 


Mereka yang diberi peluang untuk mempraktikkan pengkhususan bidang yang pernah mereka pelajari ini sebenarnya secara tak sedar telah mempunyai bekalan untuk menjawab salah satu soalan ‘bocor’ (yang di highlight kat atas) pastinya akan ditanya sebelum kita ke padang mahsyar. Itupun kalau kita bekerja dengan ikhlas, menjadikan kerja sebagai suatu ibadah dan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata.


Ambil saja contoh kerja yang dikatakan paling sibuk,paling busy,paling takde life dan paling-paling seterusnya….iaitu kerja sebagai doktor terutama doktor pelatih. Sebelum matahari terbit mereka ni dah bertolak ke hospital,lepas bulan mengambang barulah balik ke rumah. Ramai doktor-doktor ni yang mengeluh kononnya tak dapat nak menikmati matahari.. Apatah lagi kalau kena oncall, 36 jam lah alamatnya kat hospital tu.. hingga pernah seorang senior ditanya oleh pesakitnya,    “Doktor,doktor tak balik rumah ke? Hari-hari doktor ada kat hospital..” Demi meraikan pesakitnya sambil tersenyum senior tadi pun menjawab “nilah rumah saya pakcik...” Belum ditambah dengan herdikan dan maki-hamun dari doktor-doktor pakar, bertambah-tambah stresslah doktor-doktor muda ni. Akibatnya, hampir semua doktor-doktor ini pernah mengalami kemalangan dek kerana terlalu letih dan stress..Na’uzubillah..Namun bukan kesusahan dan keletihan doktor pelatih ni yang penulis nak kongsikan..


Cuma alangkah baiknya kalau segala kepenatan dan keletihan anda ini disertakan dengan keikhlasan, insyaAllah semuanya akan bernilai ibadah di sisi Allah. Semoga dengan dugaan yang Allah berikan kepada pesakit ni menyedarkan dia akan nikmat-nikmat yang Allah telah berikan dan semoga dengan aku merawat pesakit ni, pesakit ni dapat sembuh dengan izin Allah dan dapat kembali melakukan ibadah kepadaNYA dengan sempurna. SubhanAllah, betapa indahnya hidup kalau hari-hari kita sentiasa begini. InsyaAllah kalau ikhlas yang anda beri, ikhlas juga yang anda akan dapat balik. Bak kata bijak pandai, what you give you get back. Memang kerja ni paling sibuk, sebab sibuk melakukan ibadah kepada Allah. Siapa kata kerja ni takde life, sebab nilah tujuan utama hidup kita, untuk sentiasa beribadah kepada Allah.


“Dan tidak Aku jadikan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu”. Ala cakap nak jadi baik memangla senang,tapi nak buatnya payah... Sebab itulah Allah tidak melihat kepada hasil sesuatu usaha,tetapi Allah menilai proses dan mujahadah dari usaha tersebut.. SubhanaAllah betapa baiknya Allah,tetapi kenapa susah sangat kita nak jadi baik..??


Bukan hanya para doktor yang peluangnya terbuka luas untuk sentiasa menyibukkan dirinya mengamalkan ilmu yang mereka ada, tapi setiap kerja di dunia ini mempunyai potensi yang sama. Sama ada anda seorang ustaz, guru, polis, bos, CEO, hatta cleaning service sekalipun, semuanya bergantung bagaimana anda memanfaatkan potensi tersebut. Apatah lagi seseorang yang bekerja demi kemaslahatan ummat. Semakin besar tanggungjawab, semakin besar potensi yang anda miliki. Berapa banyak ilmu yang telah kita amalkan? Apa lagi. jom siapkan bekalan untuk soalan bocor tu dari sekarang. Amalkan ilmu yang kita miliki! Semua kita mampu melakukannya.. 



"sesungguhnya hidupku, matiku hanya untuk Allah, tuhan sekalian alam"

'syafiurrahman; 160611

 

 

 

Tuesday, June 7, 2011

Pilihlah makanan yang halal lagi baik

Bismillahirrahmanirrahim.

Selamat kembali ke laman sesawang ana yang semakin bersawang dek lama tak di update, maaf ye teman-teman, lama sungguh ana tidak berkesempatan nak menerobos entry baru. Alhamdulillah, setinggi-tinggi rafa` kesyukuran kerana diizinkan Nya dan diberi kekuatan olehNya untuk ana menggagahkan diri menulis pada kali ini. Berkali-kali ana fikir untuk menulis, ana sedar ana perlu lebih berhati-hati kerana setiap apa yang ana tulis, dan setiap apa yang ana sampaikan, sebenarnya menjadi ujian buat diri ana juga. Moga penulisan kali ini bermanfaat pada ana dan juga sahabiah semua. Andai ada teguran mahupun cadangan, tafaddhal masykura..sgt2 dialukan.

Sejak mula menjebakkan diri dalam bidang makanan ni, terasa diri seakan-akan terhempap oleh satu bebanan yang ana kira sungguh berat untuk dipikul. Makanan adalah sumber asasi untuk kita terus hidup, ia juga dikira satu keperluan Dhoruriah, manakala dalam maqasid syariah pula ia mampu menyumbang kepada kelima-lima peringkat maqasid iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

Namun tidak dapat dinafikan terkadang berlaku juga pertembungan dalam memelihara agama dan Jiwa. Titik konflik ini mengajar kita pengaplikasian fiqh awlawiyat yang mungkin melibatkan pertembungan  mafsadah kecil dan mafsadah besar.

Ilmu dan amal perlu mendominasi diri. Tindakan berorientasikan nafsu harus dijauhi.

Semakin banyak yang ana belajar dalam bidang makanan ini, ana terasa semakin takut dan kerdilnya diri. Ia adalah satu misi besar untuk kemaslahatan ummah, juga satu jihad dakwah untuk ummah.

Tuntutan mencari yang halal banyak disebut dalam al-Quran dan Hadis.

Ibnu Masud RA meriwayatkan, bahawa Nabi SAW bersabda:

طلب الحلال فريضة على كل مسليم
“Mencari yang Halal itu sangat wajib atas setiap muslim”

Sabda Nabi SAW lagi:

الحلال بين والحرام بين وبينهما أمور متشا بهات
“Halal itu Jelas dan haram itu jelas. Di antara keduanya beberapa hal yang samar-samar”

 Nabi SAW bersabda:

من اكل الحلال أربعين يوما نورالله قلبه وأجرى ينابيع الحكمة من قلبه على لسانه
“ Barangsiapa memakan halal selama empat puluh hari, maka Allah menerangi hatinya dan mengalirkan sumber-sumber hikmah daripada hatinya ke lidahnya”

Sa’ad pernah meminta kepada nabi agar meminta kepada Allah supaya doanya berkesan. Maka nabi bersabda:
أطب طعمك تستجب دعوتك
“Baikkan makananmu, maka doamu dikabulkan”

Dalam riwayat ibnu Abbas RA disebutkan:

أن لله ملكا على بيت المقدس ينادي كل ليلة من أكل حراما لم يقبل الله صلاته مادام عليه
“Sesungguhnya bagi Allah ada seorang malaikat di atas baitul maqdis yang berseru setiap malam “ Barangsiapa memakan haram, maka tidak diterima daripadanya sunat mahupun fardhu”

Terdapat 500 ayat al-Quran berkaitan Halal dan haram yang menyentuh keseluruhan aspek kehidupan.

Manakala terdapat 30 ayat al-Quran yang mengandungi perkataan Halal.

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِى ٱلۡأَرۡضِ حَلَـٰلاً۬ طَيِّبً۬ا وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٲتِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ‌ۚ إِنَّهُ ۥ لَكُمۡ عَدُوٌّ۬ مُّبِينٌ (١٦٨)
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (al Baqarah 2:168)


ٱلَّذِينَ يَأۡڪُلُونَ ٱلرِّبَوٰاْ لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ ٱلَّذِى يَتَخَبَّطُهُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ مِنَ ٱلۡمَسِّ‌ۚ ذَٲلِكَ بِأَنَّهُمۡ قَالُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡبَيۡعُ مِثۡلُ ٱلرِّبَوٰاْ‌ۗ وَأَحَلَّ ٱللَّهُ ٱلۡبَيۡعَ وَحَرَّمَ ٱلرِّبَوٰاْ‌ۚ فَمَن جَآءَهُ ۥ مَوۡعِظَةٌ۬ مِّن رَّبِّهِۦ فَٱنتَهَىٰ فَلَهُ ۥ مَا سَلَفَ وَأَمۡرُهُ ۥۤ إِلَى ٱللَّهِ‌ۖ وَمَنۡ عَادَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلنَّارِ‌ۖ هُمۡ فِيہَا خَـٰلِدُونَ (٢٧٥)

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya. (Al baqarah 2:275)


يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ڪُلُواْ مِن طَيِّبَـٰتِ مَا رَزَقۡنَـٰكُمۡ وَٱشۡكُرُواْ لِلَّهِ إِن ڪُنتُمۡ إِيَّاهُ تَعۡبُدُونَ (١٧٢)

Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya. (Al Baqarah 2: 172)


إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡمَيۡتَةَ وَٱلدَّمَ وَلَحۡمَ ٱلۡخِنزِيرِ وَمَآ أُهِلَّ بِهِۦ لِغَيۡرِ ٱللَّهِ‌ۖ فَمَنِ ٱضۡطُرَّ غَيۡرَ بَاغٍ۬ وَلَا عَادٍ۬ فَلَآ إِثۡمَ عَلَيۡهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ (١٧٣)

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al Baqarah 2: 173)

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَوۡفُواْ بِٱلۡعُقُودِ‌ۚ أُحِلَّتۡ لَكُم بَہِيمَةُ ٱلۡأَنۡعَـٰمِ إِلَّا مَا يُتۡلَىٰ عَلَيۡكُمۡ غَيۡرَ مُحِلِّى ٱلصَّيۡدِ وَأَنتُمۡ حُرُمٌ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ يَحۡكُمُ مَا يُرِيدُ(1)

Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian. Dihalalkan bagi kamu (memakan) binatang-binatang ternak (dan sebagainya), kecuali apa yang akan dibacakan (tentang haramnya) kepada kamu. (Halalnya binatang-binatang ternak dan sebagainya itu) tidak pula bererti kamu boleh menghalalkan perburuan ketika kamu dalam keadaan berihram. Sesungguhnya Allah menetapkan hukum apa yang Dia kehendaki. (Al Maidah 5:1) 

حُرِّمَتۡ عَلَيۡكُمُ ٱلۡمَيۡتَةُ وَٱلدَّمُ وَلَحۡمُ ٱلۡخِنزِيرِ وَمَآ أُهِلَّ لِغَيۡرِ ٱللَّهِ بِهِۦ وَٱلۡمُنۡخَنِقَةُ وَٱلۡمَوۡقُوذَةُ وَٱلۡمُتَرَدِّيَةُ وَٱلنَّطِيحَةُ وَمَآ أَكَلَ ٱلسَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيۡتُمۡ وَمَا ذُبِحَ عَلَى ٱلنُّصُبِ وَأَن تَسۡتَقۡسِمُواْ بِٱلۡأَزۡلَـٰمِ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ فِسۡقٌ‌ۗ ٱلۡيَوۡمَ يَٮِٕسَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِن دِينِكُمۡ فَلَا تَخۡشَوۡهُمۡ وَٱخۡشَوۡنِ‌ۚ ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ وَأَتۡمَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ نِعۡمَتِى وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلۡإِسۡلَـٰمَ دِينً۬ا‌ۚ فَمَنِ ٱضۡطُرَّ فِى مَخۡمَصَةٍ غَيۡرَ مُتَجَانِفٍ۬ لِّإِثۡمٍ۬‌ۙ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (٣)

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi dan yang mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya) dan yang disembelih atas nama berhala dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang dia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah dia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al Maidah 5:3)

يَسۡـَٔلُونَكَ مَاذَآ أُحِلَّ لَهُمۡ‌ۖ قُلۡ أُحِلَّ لَكُمُ ٱلطَّيِّبَـٰتُ‌ۙ وَمَا عَلَّمۡتُم مِّنَ ٱلۡجَوَارِحِ مُكَلِّبِينَ تُعَلِّمُونَہُنَّ مِمَّا عَلَّمَكُمُ ٱللَّهُ‌ۖ فَكُلُواْ مِمَّآ أَمۡسَكۡنَ عَلَيۡكُمۡ وَٱذۡكُرُواْ ٱسۡمَ ٱللَّهِ عَلَيۡهِ‌ۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَرِيعُ ٱلۡحِسَابِ (٤)
 Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka? Bagi menjawabnya katakanlah: Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu) dan bertakwalah kepada Allah (dengan memelihara diri dari memakan yang diharamkan Allah); Sesungguhnya Allah Maha Cepat hitungan hisabNya. (Al Maidah 5: 4) 


ٱلۡيَوۡمَ أُحِلَّ لَكُمُ ٱلطَّيِّبَـٰتُ‌ۖ وَطَعَامُ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ حِلٌّ۬ لَّكُمۡ وَطَعَامُكُمۡ حِلٌّ۬ لَّهُمۡ‌ۖ وَٱلۡمُحۡصَنَـٰتُ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِ وَٱلۡمُحۡصَنَـٰتُ مِنَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ مِن قَبۡلِكُمۡ إِذَآ ءَاتَيۡتُمُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ مُحۡصِنِينَ غَيۡرَ مُسَـٰفِحِينَ وَلَا مُتَّخِذِىٓ أَخۡدَانٍ۬‌ۗ وَمَن يَكۡفُرۡ بِٱلۡإِيمَـٰنِ فَقَدۡ حَبِطَ عَمَلُهُ ۥ وَهُوَ فِى ٱلۡأَخِرَةِ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِينَ (٥)

Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka) dan (dihalalkan kamu berkahwin) dengan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya di antara perempuan-perempuan yang beriman, dan juga perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya dari kalangan orang-orang yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu apabila kamu beri mereka mas kahwinnya, sedang kamu (dengan cara yang demikian), bernikah bukan berzina dan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi perempuan-perempuan simpanan dan sesiapa yang ingkar (akan syariat Islam) sesudah dia beriman, maka sesungguhnya gugurlah amalnya (yang baik) dan adalah dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.  (Al Maidah 5: 5(


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُحَرِّمُواْ طَيِّبَـٰتِ مَآ أَحَلَّ ٱللَّهُ لَكُمۡ وَلَا تَعۡتَدُوٓاْ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُعۡتَدِينَ (٨٧) وَكُلُواْ مِمَّا رَزَقَكُمُ ٱللَّهُ حَلَـٰلاً۬ طَيِّبً۬ا‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِىٓ أَنتُم بِهِۦ مُؤۡمِنُونَ (٨٨)

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. (Al Maidah 5: 87) Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman. (Al MAidah 5: 88) 


أُحِلَّ لَكُمۡ صَيۡدُ ٱلۡبَحۡرِ وَطَعَامُهُ ۥ مَتَـٰعً۬ا لَّكُمۡ وَلِلسَّيَّارَةِ‌ۖ وَحُرِّمَ عَلَيۡكُمۡ صَيۡدُ ٱلۡبَرِّ مَا دُمۡتُمۡ حُرُمً۬ا‌ۗ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ (ٱلَّذِىٓ إِلَيۡهِ تُحۡشَرُونَ (٩٦

Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut dan makanan yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang-orang yang dalam pelayaran; tetapi diharamkan atas kamu memburu binatang buruan darat selama kamu sedang berihram. Oleh itu, bertakwalah kepada Allah, yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan.  (Al Maidah 5: 96)


ٱلَّذِينَ يَتَّبِعُونَ ٱلرَّسُولَ ٱلنَّبِىَّ ٱلۡأُمِّىَّ ٱلَّذِى يَجِدُونَهُ ۥ مَكۡتُوبًا عِندَهُمۡ فِى ٱلتَّوۡرَٮٰةِ وَٱلۡإِنجِيلِ يَأۡمُرُهُم بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡہَٮٰهُمۡ عَنِ ٱلۡمُنڪَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ ٱلطَّيِّبَـٰتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيۡهِمُ ٱلۡخَبَـٰٓٮِٕثَ وَيَضَعُ عَنۡهُمۡ إِصۡرَهُمۡ وَٱلۡأَغۡلَـٰلَ ٱلَّتِى كَانَتۡ عَلَيۡهِمۡ‌ۚ فَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ بِهِۦ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَٱتَّبَعُواْ ٱلنُّورَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ مَعَهُ ۥۤ‌ۙ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ (١٥٧)

Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Dia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk dan dia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya. (Al-A’raf 7: 157)


فَكُلُواْ مِمَّا غَنِمۡتُمۡ حَلَـٰلاً۬ طَيِّبً۬ا‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (٦٩)

Maka makanlah dari apa yang kamu telah dapat (dalam peperangan) itu, sebagai benda yang halal lagi baik, serta bertakwalah kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-anfal 8: 69)


قُلۡ أَرَءَيۡتُم مَّآ أَنزَلَ ٱللَّهُ لَكُم مِّن رِّزۡقٍ۬ فَجَعَلۡتُم مِّنۡهُ حَرَامً۬ا وَحَلَـٰلاً۬ قُلۡ ءَآللَّهُ أَذِنَ لَكُمۡ‌ۖ أَمۡ عَلَى ٱللَّهِ تَفۡتَرُونَ (٥٩)

Katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu hukum): Sudahkah kamu nampak baik-buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram dan sebahagian lagi halal? Katakanlah lagi (kepada mereka): Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah?. (Yunus 10: 59)
فَكُلُواْ مِمَّا رَزَقَڪُمُ ٱللَّهُ حَلَـٰلاً۬ طَيِّبً۬ا وَٱشۡڪُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ إِن كُنتُمۡ إِيَّاهُ تَعۡبُدُونَ (١١٤)
Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata. (An Anahl 16: 114)


وَلَا تَقُولُواْ لِمَا تَصِفُ أَلۡسِنَتُڪُمُ ٱلۡكَذِبَ هَـٰذَا حَلَـٰلٌ۬ وَهَـٰذَا حَرَامٌ۬ لِّتَفۡتَرُواْ عَلَى ٱللَّهِ ٱلۡكَذِبَ‌ۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَفۡتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلۡكَذِبَ لَا يُفۡلِحُونَ (١١٦)

Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: Ini halal dan ini haram, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya. (An Nahl 16: 116)



ذَٲلِكَ وَمَن يُعَظِّمۡ حُرُمَـٰتِ ٱللَّهِ فَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّهُ ۥ عِندَ رَبِّهِۦ‌ۗ وَأُحِلَّتۡ لَڪُمُ ٱلۡأَنۡعَـٰمُ إِلَّا مَا يُتۡلَىٰ عَلَيۡڪُمۡ‌ۖ فَٱجۡتَنِبُواْ ٱلرِّجۡسَ مِنَ ٱلۡأَوۡثَـٰنِ وَٱجۡتَنِبُواْ قَوۡلَ ٱلزُّورِ (٣٠)

Itulah yang wajib dipatuhi dan sesiapa yang menghormati hukum-hukum Allah maka yang demikian menjadi kebaikan baginya di sisi Tuhannya dan dihalalkan bagi kamu binatang-binatang ternak, kecuali yang dibacakan kepada kamu (tentang haramnya), maka jauhilah kekotoran syirik yang disebabkan oleh penyembahan berhala, serta jauhilah perkataan yang dusta. (Al Hajj 22: 30)

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلرُّسُلُ كُلُواْ مِنَ ٱلطَّيِّبَـٰتِ وَٱعۡمَلُواْ صَـٰلِحًا‌ۖ إِنِّى بِمَا تَعۡمَلُونَ عَلِيمٌ۬ (٥١)

Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.                          (Al-Mukminuun 23: 51)


Kaedah Fiqh perlu dijinakkan dalam diri. Dalil dan hujah perlu difahami dengan teliti. Moga diri tidak tersalah langkah dalam perjalanan di medan ini. Wallahu`alam.