Dunia Kesihatan

Showing posts with label tarbiyah dan dakwah. Show all posts
Showing posts with label tarbiyah dan dakwah. Show all posts

Sunday, February 19, 2012

Syria..apa yang berlaku?

Nota ini adalah hasil perkongsian tokoh ulama' syria,Syeik Hassan di UPM yang datang ke malaysia akhir tahun lepas dan menceritakan peristiwa sebenarnya yang berlaku di Syria:)Ana turut berkesempatan berada disana.

PERISTIWA SYRIA

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.
1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..
#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA
Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

PERKARA TERBARU
1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....
4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?
1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..
2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA
-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.
(Jzkk AKH Abu Abdullah)
(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia)

This is what happens to the mouth of a person who says the word “Freedom” in Syria. O ALLAH please do help our brothers and sisters there..ameen

Saturday, June 18, 2011

Hidup is Life, Life For Ta`abud


“Takde life la keje ni..menyesal aku amik course ni dulu..busy memanjang..”

“Berat keje saya ni...besar tanggungjawab saya..saya tak yakin mampu nak pikul amanah ni..”

“Kalaulah tak amik course ni dulu..kan best keje cam dia..rilek je..”


Inilah antara dialog-dialog remaja-remaja sekarang yang baru start kerja atau baru nak start kerja termasuklah diri penulis..hehe..Penulis teringat balik dialog-dialog ni bila tengok rancangan “Tanyalah Ustaz” semalam tentang “Himpunan Di Padang Mahsyar”. Kata ustaz dalam rancangan tersebut, Rasulullah s.a.w pernah bersabda 


“Tidak akan berganjak kaki anak Adam pada Hari Kiamat dari sisi Rabbnya sampai dia ditanya tentang 4 (perkara) : Tentang umurnya dimana dia habiskan, tentang masa mudanya dimana dia usangkan, tentang ilmunya apa yang telah dia amalkan, dan tentang hartanya dari mana dia mendapatkannya dan kemana dia membelanjakannya”. (HR. At-Tirmizi)


Sekarang ni terlalu banyak course yang disediakan di universiti, dan lebih banyak lagi graduan yang bekerja tidak sesuai dengan course yang diambilnya. Belajar lain, kerja lain..hanya sebilangan kecil yang mendapat kerja sesuai dengan apa yang pernah dipelajarinya. 


Mereka yang diberi peluang untuk mempraktikkan pengkhususan bidang yang pernah mereka pelajari ini sebenarnya secara tak sedar telah mempunyai bekalan untuk menjawab salah satu soalan ‘bocor’ (yang di highlight kat atas) pastinya akan ditanya sebelum kita ke padang mahsyar. Itupun kalau kita bekerja dengan ikhlas, menjadikan kerja sebagai suatu ibadah dan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata.


Ambil saja contoh kerja yang dikatakan paling sibuk,paling busy,paling takde life dan paling-paling seterusnya….iaitu kerja sebagai doktor terutama doktor pelatih. Sebelum matahari terbit mereka ni dah bertolak ke hospital,lepas bulan mengambang barulah balik ke rumah. Ramai doktor-doktor ni yang mengeluh kononnya tak dapat nak menikmati matahari.. Apatah lagi kalau kena oncall, 36 jam lah alamatnya kat hospital tu.. hingga pernah seorang senior ditanya oleh pesakitnya,    “Doktor,doktor tak balik rumah ke? Hari-hari doktor ada kat hospital..” Demi meraikan pesakitnya sambil tersenyum senior tadi pun menjawab “nilah rumah saya pakcik...” Belum ditambah dengan herdikan dan maki-hamun dari doktor-doktor pakar, bertambah-tambah stresslah doktor-doktor muda ni. Akibatnya, hampir semua doktor-doktor ini pernah mengalami kemalangan dek kerana terlalu letih dan stress..Na’uzubillah..Namun bukan kesusahan dan keletihan doktor pelatih ni yang penulis nak kongsikan..


Cuma alangkah baiknya kalau segala kepenatan dan keletihan anda ini disertakan dengan keikhlasan, insyaAllah semuanya akan bernilai ibadah di sisi Allah. Semoga dengan dugaan yang Allah berikan kepada pesakit ni menyedarkan dia akan nikmat-nikmat yang Allah telah berikan dan semoga dengan aku merawat pesakit ni, pesakit ni dapat sembuh dengan izin Allah dan dapat kembali melakukan ibadah kepadaNYA dengan sempurna. SubhanAllah, betapa indahnya hidup kalau hari-hari kita sentiasa begini. InsyaAllah kalau ikhlas yang anda beri, ikhlas juga yang anda akan dapat balik. Bak kata bijak pandai, what you give you get back. Memang kerja ni paling sibuk, sebab sibuk melakukan ibadah kepada Allah. Siapa kata kerja ni takde life, sebab nilah tujuan utama hidup kita, untuk sentiasa beribadah kepada Allah.


“Dan tidak Aku jadikan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu”. Ala cakap nak jadi baik memangla senang,tapi nak buatnya payah... Sebab itulah Allah tidak melihat kepada hasil sesuatu usaha,tetapi Allah menilai proses dan mujahadah dari usaha tersebut.. SubhanaAllah betapa baiknya Allah,tetapi kenapa susah sangat kita nak jadi baik..??


Bukan hanya para doktor yang peluangnya terbuka luas untuk sentiasa menyibukkan dirinya mengamalkan ilmu yang mereka ada, tapi setiap kerja di dunia ini mempunyai potensi yang sama. Sama ada anda seorang ustaz, guru, polis, bos, CEO, hatta cleaning service sekalipun, semuanya bergantung bagaimana anda memanfaatkan potensi tersebut. Apatah lagi seseorang yang bekerja demi kemaslahatan ummat. Semakin besar tanggungjawab, semakin besar potensi yang anda miliki. Berapa banyak ilmu yang telah kita amalkan? Apa lagi. jom siapkan bekalan untuk soalan bocor tu dari sekarang. Amalkan ilmu yang kita miliki! Semua kita mampu melakukannya.. 



"sesungguhnya hidupku, matiku hanya untuk Allah, tuhan sekalian alam"

'syafiurrahman; 160611

 

 

 

Tuesday, February 22, 2011

Kenapa Bob Lokman sertai PAS



ISLAM agama FITRAH
ISLAM manual hidup hebat dari maha PENCIPTA
ISLAM is the only way of LIFE

Wednesday, December 15, 2010

Puasa 9 dan 10 Muharram

Puasa 9 dan 10 Muharram

Di antara ibadat puasa yang disunatkan kepada umat Islam ialah berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Ini kerana tarikh 10 Muharram (atau dinamakan hari ‘asyura yang bermaksud sepuluh) mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri di dalam sejarah manusia khususnya umat Islam. Manakala disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharram sebagai mukhalafah (membezakan) di antara kaum Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram.

Di antara perkara penting yang berlaku pada 10 Muharram ialah Allah menyelamatkan Bani Israel dari kekejaman Firaun dan tentera-tenteranya serta menenggelamkan Firaun ke dalam laut akibat keingkaran dan keangkuhannya. Oelh yang demikian tarikh 10 Muharram ialah merupakan tarikh di mana bermulanya episod baru dalam kehidupan Bani Israel setelah berabad lamanya ditindas oleh rejim Firaun di bumi Mesir. Firman Allah SWT yang bermaksud : Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): "Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)". – Surah Yunus, ayat 90.

Manakala hujah yang menyatakan bahawa peristiwa ini berlaku pada tarikh 10 Muharram ialah hadis yang bermaksud : Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Sewaktu Rasulullah s.a.w tiba di Madinah, baginda mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Ketika ditanya tentang puasa mereka itu, mereka menjawab: Hari ini adalah hari kemenangan yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s dan kaum Bani Israel dari Firaun. Kami merasa perlu untuk berpuasa pada hari ini sebagai suatu pengagungan kami padaNya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kami lebih berhak daripada kamu dan Nabi Musa dalam hal ini. Kemudian baginda memerintahkan para Sahabat supaya berpuasa pada hari tersebut. – Hadis diriwayatkan Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi. Kesemuanya di dalam Kitab Puasa.


Di dalam hadis yang tersebut di atas, Nabi SAW tidak menolak dakwaan Bani Israel bahawa pada tarikh 10 Muharram itu ialah tarikh di mana nabi Musa dan kaumnya diselamatkan oleh Allah SWT. Secara tidak langsung, perintah baginda supaya para sahabat berpuasa pada hari tersebut ialah satu pengiktirafan kepada dakwaan Bani Israel.


Manakala peristiwa lain yang berlaku pada 10 Muharram juga ialah pembunuhan Hussein RA di Karbala semasa perselisihan faham dengan tentera Yazid bin Muawiyah. Persitiwa ini membawa kesan besar di dalam sejarah yang seterusnya menjadi amalan penganut-penganut mazhab Syiah untuk merayakannya setiap tahun. Perayaan ini dapat dilihat dengan jelas di Iran dan sebahagian besar kawasan di Iraq.


Peristiwa lain yang dikatakan berlaku pada 10 Muharram ialah mendaratnya kapal Nabi Nuh as di atas bukit Judi sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. Nabi Nuh kemudiannya berpuasa pada hari tersebut sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT. – Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, www.islamonline.net


Mengenai ibadat puasa pada hari ‘asyura ini, Syeikh Sayyid Sabiq di dalam kitabnya Fiqhus-Sunnah menyenaraikan beberapa hadis yang menyatakan kelebihan berpuasa pada hari tersebut. Antaranya :

1. Daripada Abu Hurairah RA : Rasulullah SAW ditanya, apakah solat yang paling afdhal selepas solat fardhu? Baginda menjawab, “Solat pada pertengahan malam.” Kemudian ditanya lagi, apakah puasa yang paling afdhal selepas puasa Ramadhan? Baginda menjawab, “(Puasa pada) bulan Allah yang kamu gelarkan sebagai Muharram” – Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan Abu Daud.

2. Daripada Muawiyah bin Abu Sufian bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Hari ini ialah hari ‘asyura dan tidak diwajibkan ke tas kamu berpuasa sedangkan aku berpuasa. Maka barangsiapa yang ingin berpuasa, berpuasalah manakala barangsiapa yang ingin berbuka, berbukalah.”

3. Daripada Aisyah RA berkata, “Sesungguhnya hari ‘asyura merupakan hari yang berpuasa padanya kaum Quraisy di zaman Jahiliyyah. Adapaun Rasulullah SAW juga berpuasa padanya. Apabila baginda memasuki Madinah, baginda terus berpuasa dan memerintahkan manusia berpuasa. Apabila diwajibkan puasa Ramadhan, baginda bersabda, “Barangsiapa yang ingin berpuasa, teruskan. Barangsiapa yang ingin meninggalkan (juga dibolehkan). – Muttafaq ‘Alaih

4. Daripada Ibnu Abbas RA berkata : Nabi SAW memasuki Madinah dan melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘asyura. Baginda bertanya, “Apakah ini?” Mereka menjawab, “Ini ialah hari yang baik, Allah menyelamatkan di dalamnya Musa dan Babi Israel daripada musuh mereka, lalu Musa berpuasa.” Maka Rasulullah bersabda, “Kami lebih layak terhadap Musa daripada kamu.” Baginda kemudiannya berpuasa dan memerintahkan para sahabat berpuasa. – Muttafaq ‘alaih

5. Daripada Abi Musa Al-Asy’ari RA berkata, : “Ini ialah hari ‘asyura yang dimuliakan oleh kaum Yahudi dan dijadikan hari raya. Maka Rasulullah SAW berkata, “Berpuasalah kamu semua.” – Muttafaq ‘alaih

6. Daripada Ibnu Abbas RA berkata : Apabila Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan para sahabat berpuasa padanya, mereka berkata : Wahai Rasulullah, ini ialah ahri yang dimuliakan oleh Yahudi dan Nasrani. Maka Rasulullah SAW berkata, “Pada tahun hadapan – Insya Allah- kita berpuasa pada hari kesembilan.” Maka tidak tibanya tahun hadapan itu sehingga wafatlah Rasulullah SAW. – Diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Daud. Di dalam lafaz yang lain disebut sabda Rasulullah SAW : “Seandainya aku masih hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan (iaitu bersama hari ‘asyura) – riwayat Ahmad dan Muslim.


Berdasarkan kepada hadis-hadis di atas, para ulama mengambil kesimpulan bahawa disunatkan berpuasa pada hari ‘asyura di dalam tiga kaedah:

1. Puasa pada tiga hari iaitu 9, 10 dan 11 Muharram.
2. Puasa pada hari ke 9 dan 10 Muharram
3. Puasa pada hari ke 10 sahaja.

Seandainya timbul persoalan, bagaimanakah Nabi SAW menyontohi kaum Yahudi berpuasa pada 10 Muharram padahal baginda sendiri melarangnya di dalam sabdanya, “Berbezalah kamu dengan Yahudi serta Nasrani… berbezalah dengan Musyrikin..”. Maka kita menjawab bahawa puasa Nabi SAW pada 10 Muharram bukanlah semata-mata menyontohi kaum Yahudi bahkan kaum Quraisy telah terlebih dahulu berpuasa pada hari tersebut sebagaimana yang disebut di dalam hadis di atas yang diriwayatkan oleh Aisyah RA. Oleh yang demikian, dapat diambil kesimpulan bahawa sunnah berpuasa 10 Muharram dimulakan oleh syariat Nabi Ibrahim sebelum diamalkan oleh kaum Yahudi. – Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, www.islamonline.net


Manakala kelebihan beramal pada 10 Muharram disebut di dalam satu hadis yang bermaksud : “Sesiapa yang meluaskan (memudahkan urusan) ke atas dirinya serta ahlinya pada hari ‘asyura, Allah SWT akan meluaskan padanya sepanjang tahun..” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Ibnu Abdil Barr. Hadis ini mempunyai sanad-sanad yang lain namun dikatakan kesemuanya ialah sanad yang dhoif. Bagaimanapun jika digabungkan sebahagiannya dengan yang lain, ia boleh diterima sebagai hadis yang kuat. – Syeikh Sayyd Sabiq, Fiqhus-Sunnah.


Adapun amalan masyarakat Melayu kita yang merayakan hari ‘asyura dengan mengadakan program membuat bubur ‘asyura adalah satu perbuatan yang tidak pernah dilakukan oleh baginda SAW . Apatah lagi jika dinisbahkan perbuatan tersebut kepada Nabi Nuh AS dengan mendakwa bahawa Nabi Nuh AS membuat bubur tersebut apabila turun dari kapal. Ia adalah satu dakwaan yang sama sekali tidak mempunyai sandaran di dalam agama. Oleh yang demikian, jika tetap mahu diadakan program membuat bubur tersbeut, perlulah diyakini bahawa ia tidak lebih dari program gotong-royong dan jamuan makan yang sememangnya digalakkan di dalam Islam. Manakala membuat bubur itu sendiri seandainya diyakini datang daripada sunnah Rasulullah SAW atau Nabi Nuh, maka ia adalah kepercayaan yang karut dan perlu diperbetulkan.

Wallahu'alam.
diperoleh dari Muslim Diary

Monday, November 1, 2010

Jongkang Jongkit Study & Dakwah


Alhamdulillah syukur dirafa`kan setinggi-tingginya ke hadrat Illahi atas kurniaanNya memberi kesempatan untukku pulang ke kampung halaman, walaupun hanya 3 hari, namun hati rasa puas bila mana dapat menatap wajah ibu tercinta..syukur Alhamdulillah..jadual peperiksaan selamat ku berikan pada ibuku..moga beroleh keberkatan dalamku menuntut ilmu..dan ketengan dalamku menghadapi peperiksaan kelak.
Bermula kini musim di mana fasa persediaan untuk menggempur di medan peperiksaan yang akan mengunjungi mahasisawa mahasiswi tempatan..dan dikesempatan ini inginku berkongsi sedikit bingkisan tasyji` kepada daie yang bergelar pelajar, dan terutama pringatan buat diriku sendiri:

Jongkang Jongkit Study & Dakwah

Lia, jomlah pergi usrah
Lia, jomlah berdakwah
Lia, ummah semakin koyak
Lia, jomlah kita bangkit mengubah
segalanya

Aku tidak mahu
Aku kena study
Markah semester lepas dah cukup teruk
Gara-gara dakwah, tarbiah dan program
Aku menyesal megikuti semua itu
Bosan!!
Dakwah bukan je plainly cerita
rububiyah ketuhanan,tapi banyak lagi
skopnya
Bukan ke islam tu syumul
Kalau nak berjaya, kena study
Waktu study, studylah
Esok kalau dah berjaya
Aku buatlah kerja dakwah tu
Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal
dalam pelajaranku
Kan nanti aku menutup mata orang lain
terhadap Islam

Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam
jongkang jongking

Jongkang jongking?
Apa kau merepek ni?

Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam
jongkang jongking
Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah
Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah
Tu bukan dakwah namanya
Dan tu bukan belajar namanya

Habis tu?

Hmm, dakwah dan pelajaran kena
berkadar terus
Tak boleh inversely proportional

Apa maksud kau?

Orang yang melakukan kerja dakwah
dengan ikhlas akan menemukan Allah
dalam pelajarannya

Aku tidak faham

Tak pe, aku terangkan
Macam gini, bila dah berdakwah tu
Rasa senang je nak study
Bila belajar tentang mitokondria
misalnya
Boleh bayangkan betapa hebatnya Allah
ciptakan mitokondria
Bila belajar tentang algebra, terasa
kerdilnya diri
Bila belajar tentang Hukum Boyle,
terasa akrab dengan Pencipta
Kenapa?
Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum
tersebut adalah hukum Allah
Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah
Rasa senang hati nak terima ilmu
Kalau orang lain study 1 jam
Dia hanya perlu study 10 minit sahaja
Sebab apa?
Sebab ada keberkatan masa dalam
studynya itu

Aku tak pernah rasa semua itu
Lain tu, selama ni kau nak cakap yang
aku ikut program tarbiah dan dakwah tu
tak ikhlas?

Tak, itu bukan maksud aku
Cuma kena checklah sikit hati tu
Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak
berlaku tarik tali dengan Allah

Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?

Ok, aku berikan contoh
Misalnya waktu buat kerja dakwah tu,
Terdetik tak kat hati , banyak lagi
yang tidak habis belajar
Terdetik tak kat hati, assignment
banyak lagi
Itulah maksudnya tarik tali dengan
Allah
Ada keraguan dalam hati
Seolah-olah tidak yakin dengan janji
Allah
Siapa yang menolong agama Allah,
nescaya Allah akan menolongnya
Kita melakukan jual beli dengan Allah,
tapi kita tidak bayar lagi
Kita berdoa, tapi tak de kesungguhan
dalam doa kita
Kita berdakwah, tapi hati kita tiada
dengan Allah

Lia dah faham
Lia kena banyak muhasabah
Lia dah study dari tadi, tapi tak
masuk-masuk
Lia tahu itu maksudnya peringatan dari
Allah
Lia yang tahu hukum berdakwah tidak
mengerjakan kerja tersebut

Lia, sahabatku,
Seorang ibu pernah mengatakan
Aku ingin dakwah terlihat dalam setiap
perbuatanku
Setiap kali aku bergaul dengan
jiranku, aku ingin mereka merasakan
kemanisan iman dan Islam
Setiap kali jiranku melihat kebahagian
rumahtanggaku, aku ingin mereka
merasakan keindahan Islam
Lia, itulah yang inginku kubentuk
dalam diriku
Aku ingin setiap perbuatanku menjadi
manifestasi dakwah itu sendiri
Pelajaranku, hubunganku dengan
keluarga dan sahabat, segalanya adalah
dakwah
Moga kita bersama dalam usaha
merealisasikannya
Lia, aku ingin berkongsi dua kisah,
Pertama, mengenai kisah Assyahid Imam
Hassan AlBanna
Dan kedua kisah sahabatku di Indonesia
Moga kedua-dua kisah ini dapat kita
renungkan bersama
Menjadi motivasi buat kita untuk terus
berada dalam mandala ini.

Lia, kau pastinya arif mengenai
Assyahid Imam Hassan AlBanna.
Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu. Dia berdakwah sehingga ke kawasan perkampungan di gunung-gunung yang tinggi. Semua manusia mengenalinya. Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu, kenalkah kamu dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna, pasti semua mengenalinya kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah .

Lia, aku akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran, kita kena berusaha. Itu Sunnatullah. Tapi Lia, kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja. Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha. Itu juga adalah Sunnatullah. Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya.

Lia, aku kongsikan pembacaanku dalam buku Detik-detik Hidupku karangan
Assyahid Imam Hassan Al Banna:

Allah, dengan sifat ArRahaman dan ArRahimNya, memberi ketenangan dan kepuasan kepada hambaNya yang beriman apabila Dia mahukan segala sesuatu urusan/ perkara Dia akan
mempermudahkan hambaNya itu untuk mencapainya. Pada malam sebelum ujian nahu, saya telah bermimpi. Di dalam mimpi tersebut, saya sedang berada dalam sebuah perahu bersama-sama ulama yang terkenal.Perahu itu sedang berlayar di Sungai Nil. Salah seorang
ulama itu menghampiri saya. Dia memakai pakaian orang-orang di pedalaman Mesir. Dia menyoal saya, Di mana syarah (huraian) Ibnu Aqeel mengenai al-Afiyah? Saya menjawab, Ini dia! Katanya, Mari kita ulangkaji sebahagian darinya. Buka ke muka surat sekian-sekian .
Saya pun membuka ke muka surat-muka surat yang disebutkannya dan mula mengulangkaji. Kemudian saya terkejut jaga. Saya sangat gembira. Pagi esoknya saya menduduki ujian. Saya
dapati kebanyakan soalan datang dari muka surat-muka surat yang saya baca di dalam mimpi tersebut. Ini semua adalah rahmat Allah. Allah telah memberi rahmat istimewa kepada saya.
Mimpi yang benar adalah sumber maklumat kepada seorang Mukmin. Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin.
Seorang sahabat di Indonesia pernah bercerita mengenai pelajarannya.
Alhamdulillah, dia memperolehi yang terbaik.

Dia ingin mempertahankan prestasi terbaik untuk Allah, agama Allah. Di sudut lainnya, dia tidak suka mengejar dunia, bersaing untuk berasa hebat. Dia hanya ingin memberikan yang terbaik sebagai hamba Allah.

Dahulu dia bukan begitu. Dia pernah kecundang. Dia pernah bertanya kepada Allah - Ya Allah, kenapa engkau mentakdirkan prestasi yang baik buat temanku? Apakah temanku itu punya
alasan yang kuat sehingga Engkau menolongnya. Aku mempunyai mimpi yang besar untuk menegakkan agamaMu melalui pergerakan dakwah. Maka aku mohon bahawa aku harus berjaya.

Lalu Allah memberitahu dirinya melalui suatu kisah sahabat yang dijamin masuk syurga, padahal seharian ibadahnya sama saja seperti sahabat yang lain. Dan ketika ditanya prinsip hidupnya, sahabat itu menjawab "Aku tak suka membanding-bandingk an apa yang Allah
berikan kepada hamba-hambaNya. Aku yakin Allah Maha Baik dan menjamin kebaikan untukku dalam situasi sulit atau lapang. Aku akan tetap redha kepada Allah dalam situasi apapun. Aku akan tetap bersaksi bahawa Allah adalah Robb yang Maha Esa, meskipun gunung-gunung harta itu milikku atau aku tak punya harta sedikit pun.

Lia, saya teringat email yang pernah saya terima dari seorang kawan. Tulisannya benar-benar terkesan di hati saya. Dia bercerita tentang seorang wanita yang terkena penyakit
disebabkan poliovirus semenjak kecil. Kisah ini kisah benar. Saya namakan wanita ini A. A memerlukan tongkat untuk berjalan. A tidak berapa cantik, tidak slim dan tidak tinggi. Satu
sahaja keinginan A. A ingin sesiapa sahaja yang melihatnya mengucapkan Subhanallah.

Keinginan A tercapai. Bila A belajar di sekolah menengah dan berjaya, manusia yang ditemuinya mengucapkan Subahanallah. Bila A berjaya masuk ke universiti, sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah. Bila A menyudahkan pelajarannya, sekali lagi manusia mengucapkan Subhanallah. Dan sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah apabila A mengahwini seorang lelaki yang kacak dan beriman.

Orang ramai tertanya-tanya, apa yang mampu A berikan kepada suaminya. Takdir Allah menentukan yang sebaiknya. Allah mengurniakan A dan suaminya 3 orang anak yang comel dan
sempurna. Sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah.

Dengan kecacatanya, A masih mampu membuat manusia mengingati Allah. Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa paras bukan persoalan utama. Ingat lagi tentang Abdullah bin Ummi Makhtum. Dia sahabat nabi yang buta. Dia mahu membawa panji bendera Islam. Katanya, buta menyebabkan dia tidak takut kerana dia tidak akan dapat melihat bilangan musuh. Akhirnya dia syahid. Mereka yang menemui mayatnya tidak dapat mengecamnya kerana terlalu banyak luka parah yang dialaminya. Subhanallah.

Pasti Lia ingat lagi Assyahid Sheikh Ahmad Yassin. Dia cacat. Duduk di atas kerusi roda. Tapi apa yang telah dia lakukan? HAMAS berdiri dengan 'izzah. Musuh menggeruninya.

Lia, kita sempurna. Ayuh lakukan
sesuatu untuk Islam. Ayuh berada dalam saf perjuangan.

" Mendambakan Cintaku Keranamu Allah"
~karya asal K-Perak ~
"Ajaib sungguh urusan orang muslim.
Sesungguhnya, segala urusannya adalah baik.
Apabila mendapat kesenangan, dia bersyukur,
dan apabila ditimpa kesusahan, dia redha.
Maka menjadilah keduanya baik baginya"
-H.R.Bukhari-

Monday, October 4, 2010

link to USUL ISYREEN



Seperti biasa sebelum tangan menekan laju papan kekunci untuk menyambung writing thesis yang tak siap2 nie.. dan sebelum kepala mula pening nak pikirkan discussion result “pelik” yang belum pernah terjumpa dalam mana-mana journal researchers…nak buatsedikit nukilan ingin dikongsi bersama semua pembaca yang Berjaya menerobos blog yang ntah ape2 nie....

Bermula dengan usrah… ya usrah.. biasa dengar?.. usrah adalah nucleus tarbiyah.. dalam usrah ada ukhuwah.... dalam usrah dan ukhawah terkandung rukun2 nya… peringkat usrah bermulanya taaruf, diikuti pula dengan tafahum dan takaful… manakala tahap tertinggi ukhuwah ialah itsar (melebihkan orang lain dari diri sendiri) dan selemah-lemah ukhuwah adalah salamatussadr (berlapang dada).. tapi hari ini bukan nak crite tentang usrah dan ukhuwah… tapi nak crite tentang….tentang ape ea?... sebelum tu..nak dedicate lirik lagu kepada semua pembaca… lagu yang memberi seribu kenangan..sekaligus memberi sedikit assomah dalam diri… tapi perlu ingat…precursor dari ilmu dan faham… maka lahirlah hamasah (semangat) yang disertakan dengan perbuatan.. bukan sahaja indah meniti di bibir sebagai penyedap bicara.. peringatan buat diri ini juga…


Lagu ni bertajuk.. “SEMANGAT PERJUANGAN”



Marilah beramal
Beramal kerana Allah
Beramal kerana .. Allahu Akbar !
Beramal kerana Allah
Pemuda melangkah gagah
Menjana kuasa rakyat
Bersiap menghadapi cabaran

Semarakkan semangat perjuangan
Usahlah kita terus terleka
Menegak kema`rufan menentang kemungkaran
Allah pasti bersama

Bentukkan ukhuwah hidupkan jamaah
Susunlah barisan usahlah terleka
Bersatu teguh mara bersama
Moga Islamkan subur

Kerahkan tenaga jua fikiranmu
Korbankan harta sekalipun jiwamu
Menentang musuh Allah
laungkan takbir Allahu Akbar ..
Bersatulah kita bergerak melangkah
Tegakkan Islam agama yang tercinta
Ayuh kita julang kembali Islam pasti gemilang


Dah abes baca lirik dia?... ha..kalau nak dengar lagunya bleh la donlod sendiri kat 4shared.. free je..hehe.. maaf, xdapek eden nak nolong..=p

Kat sini nak kongsi tentang syarah usul isyriin As-syahid Imam Hassan al-banna.. jadi penulisan ini bukan pemilik blog ni yang type..tapi ambil dari usul Isyrin Imam Hassan al-Banna.. jum sama-sama kita topup ilmu.. =)


MUQADDIMAH.

Usul Isyrin yang ditulis oleh Ustaz Hasan Al-Bana ini adalah dianggap di antara tulisannya yang penting, kerana Usul Isyrin ini mengandungi beberapa perkara yang wajib dipercayai dan diketahui oleh tiap-tiap orang Muslim dan wajib diikuti dalam tindak-tanduknya; hubungannya dengan khaliqnya dan hubungannya sesama manusia. Jadi kita kumpulkan beberapa huraian ringkas oleh As-Syahid Hasan Al-Banna yang dapat difahami seperti mana yang diterangkan oleh Al-Mursyid itu sendiri.

Dalam Usul Isyrin ini, ia menerangkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku perselisihan pendapat (pertikaian), terutama dalam hal-hal yang berkenaan aqidah. Ia mesti difahami sebagaimana yang terdapat di dalam Al-Quran dan Sunnah An-Nabawiyah. Semoga dengan penerangan ini setiap orang Muslim yang mengikuti syarahan ini akan memahami Islam sebagaimana ianya patut difahami tanpa menokok tambah ataupun mengurangkan sedikit pun dari apa yang telah diturunkan oleh Allah dan disampaikan oleh RasulNya s.a.w.


Demikian juga dalam Usul Isyrin ini Hassan Al-Banna, Al-Mursyid Rahimahullah, menerangkan bahawa di dalam Islam ini terdapat hal-hal yang dibenarkan berbeza pendapat di samping perkara-perkara yang tidak boleh berbeza pendapat tadi. Semoga dengan ini setiap orang Muslim itu mengetahui di mana tempat-tempat yang ia boleh berbeza dan tidak merasa ganjil bila berhadapan dengan perbezaan pendapat seperti itu.


Al-Mursyidul Am dalam penyusunan kitab-kitabnya adalah benar dan menepati sebagaimana yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Walaupun demikian kita mesti ingat bahawa tidak ada orang yang maksum melainkan Rasul-rasulnya (a.s.).


Kita berpesan kepada ahli-ahli Ikhwan agar membaca dan mengulang- ngulang buku ini sehingga ia bersebati dengan mereka. Kemudian apa-apa yang telah diketahui dan difahami daripada ajaran-ajaran Islam tersebut hendaklah diamalkan. Amalan itu pula hendaklah amalan yang membentuk jiwa dan membina peribadi dalam suasana Islam; kerana beramal dalam pembentukan peribadi adalah cara yang dapat membentuk jiwa. Inilah jalan yang dilalui oleh para sahabat Rasulullah yang mulia di mana mereka beramal dengan apa yang diketahui.


Semoga Allah swt. memberikan hidayahNya, meredhai dan memberikan pertolonganNya kepada semua ahli-ahli Ikhwanul Muslimin sehingga mereka teguh berkhidmat untuk agamaNya, dan semoga Allah mencucuri rahmatNya kepada Al-Mursyid dengan petunjuk dan kebaikan dan cintakan pengorbanan dan jihad.


Saturday, October 2, 2010

Janganlah kamu menghampri Zina



“nape mate ustzh merah?...ustzh buat ape sampai jadi merah?” soal si anak murid… “ye ke?..mate cekgu merah ke?”.. “mungkin cekgu ngadap laptop lame sangat agaknye”… “ ooo…cekgu tengok facebook eh?” Teka si anak murid.. “eh… cekgu buat kerje la..cekgu nak kene siapkan report research cekgu” jawapan spontan ku.. kejap dipanggilnye cekgu.. kejap dipanggilnye ustazah.. tapi aku tetap bahasakan diri dgn cekgu..x layak rase nk gelar diri ustazah.. walaupun memberi maksud yang same..tapi rase macam ada kelainan.. erm… terlintas difikiranku.. pelajar sekolah sekarang.. facebook pun dah pandai.. dunia tanpa sempadan.. seorg daie perlu lebih kreatif.. perlu ikut rentak dan demand mad`u nya… cara yang terbaik adalah kita perlu memahami org lain sebelum kita mahu diri kita difahami..teringat kata2 seorang senior ketika aku baru mengenal erti hidup dalam usrah sebenar.. “seorang naqibah perlu ada dalam diri untuk sanggup berkorban..kalau anak buah buat silap..kita x boleh salahkan mereka..kite cek balik diri kita..sebenarnya kita lah yg silap…. Kalau kita nak mereka berkorban untuk kita..kita lah yang perlu berkorban untk mereka terlebih dahulu…
Di hari yang lain pula…
“ustazah..boleh ke kalau kite ade perasaan terhadap org lain yang berlainan jantina dgn kita?”.. gaya ayat berkias.. “ape dia ea?...owh…maksud awak macam couple ke?”aku bertanya kembali ..ade ke patut, tgah bace2 quran tibe2 tanye soalan camnie… dah penat mengaji agaknye... takpelah tak boleh nak marah sangat mereka nie…nanti mereka rasa jauh dengan kita…lagi susah kita nak nasihat dia…erm…alamak dah lame x sentuh bab2 nie..nak jawab ape eh.. “couple couple nie x boleh…Allah x bagi kite berdua-duaan dengan yg bukan mahram..awak bace al-Quran kan.. dalam al-Quran Allah ada bgtau La taqrabu zina maksudnya jangan kamu menghampiri zina… cekgu tekankan kat sini menghampiri zina… memang la awak x berzina..tetapi berdua-duan, selalu fikir dan ingat ke makwe awak tu..kire dah menghampiri zina..ia boleh mengotorkan hati awak…” ayat simple yang mampu aku jawab bagi level seorang budak tingkatan 1… erm..soalan2 diorang kadang2 menegur diriku juga.. adakah patut aku tak ingat ayat tadi tu dalam surah apa…nak beri huraian panjang lagi la…ighfir zunubi ya Allah…banyak rupenye aku tak tau… tapi Alhamdulillah itulah ayat yang pernah arwah ayahku pesan..sampai sekarang Alhamdulillah..aku masih dapat menjaga diriku daripada bercouple.. dan di kesempatan ini try2 surf kat internet tentang huraian ayat tadi..jom bace…;)

klik kat sini : Jauhilah Zina Wahai Dua Anak Manusia

Wednesday, September 1, 2010

Screening by the Creator, siapakah yang berjaya memperolehnya?


ramadhan ke 21 tiba ke penghujungnya..bermula lah kini malam ke 22 ramadhan..hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kita hampir meninggalkan ramadhan kali ini..sedih rasa di hati..sungguh, sayu..rasa ku ingin selamanya berada di bulan barakah ini..


"surah al-qadr" keluar dari bibirku..seperti biasa kelas mengaji quran ku selalunya akan ku mulai dengan bacaan surah2 lazim...namun sejak bermulanya bulan ramadhan surah al-Qadr sering menjadi pilihanku..seronok bila melihat mereka berebut2 ingin membaca..menjadi tabiat dalam kelasku..markah tertinggi akan ku berikan kepada mereka yang dapat membaca dengan lancar..silap satu makhraj atau tajwidnya akan ku tolak satu markah..maka di situ, tanpa kusedari rupanya mereka saling compete sesama mereka..menatijahkan mereka hadirnya rasa mahu untuk membaca...boleh kah begitu?...mungkin itu methodku supaya mereka benar2 lancar dengan ayat2 dalam surah lazim ini..alhamdulillah, mereka dah semakin familiar dengan surah2 lazim ini..stage seterusnya..aku mula menerangkan sedikit demi sedikit maksud pada surah2 tertentu..pada aku, ini juga satu usrah, sejak dari awal lagi aku menganggap mereka mad`u ku, anak usrahku, yang ku anggap seperti adik2 ku sendiri..sehingga mereka menganggap ku seperti kawan..huh..payah juga yang ni..bile dah anggap mcm kawan, tiada pula nampak rasa hormat dia kepada ku sebagai gurunya...tak mengapalah, sekurang-kurang nya kehadiranku memberi manfaat kepada mereka..iyya..asalnya ingin ku ceritakan tentang surah al Qadr..surah yang menceritakan bagaimana malam al Qadr itu.


Dengan menyebut nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.


1. sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam al-Qadr
2. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
3. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan
4. Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin tuhannya untuk mengatur semua urusan
5. Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar

TAFSIRNYA

Lailatul Qadr juga dikenali dengan Lailatul Mubarakah sebagaimana yang disebut dalam firman Allah yang berbunyi, “Innaa anzalnahu fi lailatin mubaarakah.” yg maksudnya, “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya(al Qur’an) pada malam yang penuh keberkatan”. Dan malam tersebut sudah pastinya di bulan Ramadhan, sebagaimana firman Allah yang bermaksud, “Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al Qur’an.” Ibn Abbas berkata: Allah telah menurunkan al Qur’an dalam jumlah yang satu(sekaligus) daripada lauh mahfuz ke baitul ‘Izzah di Langit Dunia. Kemudian ia diturunkan secara beransur-ansur berdasarkan kejadian yang berlaku sepanjang kehidupan Nabi Muhammad sebagai Rasulullah selama tempoh 23 tahun.


Ayat 2 & 3-ASAL USUL SERIBU BULAN


Diriwayatkan daripada Ibnu Abi Hatim daripada Mujahid bahawa ada seorang lelaki dari Bani Israil, namanya Syam’un. beliau merupakan seorang pahlawan Islam yang berjuang di jalan Allah selama seribu bulan. Selama perjuangannya seribu bulan, beliau tidak pernah dikalahkan oleh musuhnya.
Ada pula riwayat Ibnu Jarir daripada Mujahid juga, mengatakan beliau (lelaki Bani Israil) itu pada malam harinya sentiasa mendirikan ibadah malam sehingga subuh, manakala pada siang harinya berjihad menentang musuh sehinggalah menjelang petang selama seribu bulan.


Hikayat Sham’un


Imam Al Ghazali menceritakan kisah Sham’un dengan agak terperinci. Kisahnya begini: Sham’un merupakan seorang pahlawan di kalangan Bani Israil dan beliau tidak pernah dikalahkan musuh. Suatu hari, musuh nya berbincang cara untuk menewaskan Syam’un. Lalu mereka menghantar utusan kepada Isteri Syam’un untuk memperdayakannya. Utusan tersebut membawa satu bejana ppenuh dengan emas dan meminta isteri Syam’un supaya mengikat suaminya pada malam hari. Akibat tamakkan emas, isterinya sanggup mengikat Syam’un pada malam harinya. Keesokkan paginya, apabila Syam’un bangkit dari tidur, dengan mudahnya tali yang mengikatnya terputus satu demi satu. Lalu beliau bertanya kepada isterinya kenapa beliau diikat? Jawab isterinya, dia mahu menguji kekuatan Syam’un. Apabila pihak musuh mengetahui bahawa rancangan tersebut gagal, mereka berputus asa. Kemudian Iblis datang menemui mereka dan menasihati mereka agar meminta isteri Syam’un tanya suaminya itu apakah rahsia kekuatannya? Pada malam nya, si isteri bertanyakan Syam’un tentang perkara itu. Syam’un yang pada awalnya keberatan memberitahu, akhirnya mendedahkan rahsia kekuatannya terletak pada lapan helai janggutnya yang panjangnya hingga ke tanah. Setelah Syam’un terlena, si isteri pun memotong janggut suaminya yang hanya lapan helai itu lalu diikatnya pada kaki dan tangan Syam’un. Pihak musuh datang menangkap Syam’un dan membawanya ke rumah pasung untuk diseksa. Mereka menyeksa Syam’un dengan memotong sedikit demi sedikit anggota tubuh Syam’un seperti telinga, mulut dan lain-lain. Lalu Syam’un yang berada dalam kesakitan , berdoa kepada Allah agar diberikan kekuatan untuk melawan musuhnya. Tiba-tiba Allah memakbulkan doa Syam’un , dan Syam’un menarik ikatan yang mengikatnya pada tiang2 besar di rumah pasung itu hingga menyebabkannya runtuh lalu menimpa musuh2nya sehingga mati.


Sambungan Tafsir


Sufyan as Thauri berkata, “telah disampaikan kepada aku daripada Mujahid bahawa malam al qadr lebih baik daripada seribu bulan (maknanya): amalannya, puasanya, dan mendirikan malamnya adalah lebih baik dari seribu bulan. Dan daripada Mujahid, Malam al qadr lebih baik daripada seribu bulan yang tidak ada malam al qadr padanya.

Daripada Abi Hurairah radhiallahu anhu berkata bahawa Rasulullah bersabda, 


“Barangsiapa yang mendirikan malam al qadr dengan penuh keimanan dan mengharapkan keampunan dari Allah, diampunkan baginya dosanya yang telah lampau.”

Ayat 4-Malaikat Turun Bawa Rahmat dan Berkat


Malaikat-malaikat yang dimaksudkan dala ayat ialah malaikat rahmat yang membawa segala rahmat dan keberkatan pada malam itu. Banyaknya malaikat turun menandakan banyaknya keberkatan dan rahmat turun pada malam al qadr. Keadaan ini samalah ketika turunnya Malaikat kepada orang yang sedang membaca al Qur’an atau orang yang duduk dalam majlis /halaqah zikr. Mereka melingkungi orang yang berzikir serta melabuhkan sayap mereka ke atas orang2 yang menuntut ilmu kerana memuliakan penuntut ilmu.


Manakala ar Ruh pula ialah Malaikat Jibril alaihissalam.Adapun “membawa segala urusan” membawa maksud segala taqdir berkaitan ajal dan rezeki, dan ketentuan segala perkara sebagaimana disebut oleh qatadah.


Ayat 5-Sejahtera hingga Subuh


Sejahtera di sini bermaksud Syaitan tidak dibenarkan melakukan perkara 2 jahat pada malam itu. Kata Qatadah dan Ibn Zaid , Rasulullah bersabda, “ Salaamun hia” bermaksud baik seluruhnya , tidak ada padanya(malam al qadr) kejahatan hinggalah terbitnya fajr(Subuh).


Adapun antara tanda Malam al Qadr ialah berdasarkan kepada hadis2 di bawah:


Dari ‘Ubay Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.


“Ertinya : Pagi hari malam Lailatul Qadar, matahari terbit tidak menyilaukan, seperti bejana hingga meninggi” [Hadits Riwayat Muslim 762]

Dari Abu Hurairah, ia berkata : Kami menyebutkan malam Lailatul Qadar di sisi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda.
“Ertinya : Siapa di antara kalian yang ingat ketika terbit bulan seperti syiqi jafnah” 


Dan dari Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Artinya : (Malam) Lailatul Qadar adalah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, (dan) keesokan harinya cahaya sinar mataharinya melemah kemerah-merahan” [Tahayalisi 349, Ibnu Khuzaimah 3/231, Bazzar 1/486, sanadnya Hasan]

PENUTUP


Marilah kita sama2 mencari lailatul qadar pada malam2 yang ganjil sebagaimana sabda RASULULLAH yang baksudnya, “…Maka carilah ia sungguh2 pada 10 malam yang terakhir dari Ramadhan.”


~penjelasan tafsir surah dari ibnuabbas( http://ibnuabbas.wordpress.com)~



Tuesday, August 17, 2010

Muhasabah Ramadhan

Ramadhan tiba..yep..kita jadikan ia kem bina diri..atau sahabat2 ku kate inilah satu madrasah, or tarbiyah untuk mendidik diri, menundukkan nafsu, mendekatkan lagi diri kepada yang maha SATU..hari ni entru yang ku tulis x merujuk mane2 buku, sekadar cetusan minda daripada pembacaan dan tazkirah2 yang ku dengar dan sempat menerobos ke jiwa ini...7 Ramadhan 1431 H..dah 7 hari kita berpuasa..adakah puasa kita ini hanya menahan diri dari lapar dan dahaga sahaja?..atau puasa kita ini adalah satu platform untuk menunjukkan diri kita ini muslim?..atau mungkin kita jadikan puasa sebulan ini sebagai momentum untuk kita taqarrub dan terus istiqamah dalam menjaga cinta kita pada tuhan sekalian alam?

"if you fail to plan, you are plan to fail"...words yang selalu kita dengar?...saidina ali R.A pernah berkata "kebatilan yang berperancangan dapat mengalahkan kebenaran yang tidak berperancangan"...mesti dah biasa dengar kan?..."selalu dengar, dah naik bosan kot"..mungkin itu jawapan kita...atau mungkin jadikan serangkap ayat ini sebagai madah yang hanya meniti di bibir2 dan indah di puisi karya..namun sejauh manakah kita mengamalkannya?...adakah kita tergolong dikalangan orang yang "tahu tapi tak tahu ape yang dia tahu"..atau "tahu tapi jauh dari mahu"...yep..memang kita plan jadual hidup kita, aktiviviti yang akan kita lakukan setiap hari, kerja yang perlu kita siapkan setiap hari..tapi nak tanye seket la..."ade tak plan untuk tazkiyatunnafs kita?"...start 1 ramadhan nie, aku nak bace 1 hari 1 juz alquran, setiap minggu aku mesti infakkan sedikit duitku untuk bersedekah paling kurang 2 ringgit, atau sebulan 10 ringgit, aku mesti bangun tahajjud setiap malam, surah2 lazim aku mesti hafal, kitab2 ilmiah paling kurang 1 buah buku aku khatamkan setahun...misalan..

hajat x nak celoteh panjang...sebab xde input sangat nak kongsi...cume sekadar muhasabah kita bersama...sahabat tegurlah diriku andai aku melakukan kesilapan...kerana sahabat itu melazimi sahabatnya yang lain...moga kita same2 berusaha mengejar misi mencari redha dan rahamat Illahi...moga aku diberi kekuatan untuk membantu dikau tatkala dikau memerlukanku..dan moge kau juge diberi kekuatan oleh ya Jabbar tatkala aku sangat2 memerlukanmu..Berpesan2 pesanlah kita dengan kebenaran dan kesabaran jika tidak mahu kita digolongkan dikalangan orang2 yang rugi..kerana Allah telah bersumpah demi masa...manusia itu dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, serta berpesan2 dengan kebenaran dan kesabaran.

Tuesday, July 13, 2010

Sembah Kaabah?



Menjawab persoalan saya..yang sepatutnye saye tujukan ke blog encik voltox nie…cam bese laa.. ”you ask..you suffer”..hehehe..ayat famous mase amek subjek biostatistic..
Nie saye jumpe dalam buku 20 pilihan lazim tentang ISLAM (Dr. Zakir Abdul Karim Naek)
Memandangkan orang islam mengharamkan menyembah berhala, mengapakah orang islam menyembah dan tunduk kepada kaabah?…nie soalan yang biase kite dengar kan?
Jawapan nye.. kaabah adalah kiblat, iaitu arah yang dihadap apabila orang islam menunaikan solat. Penting untk dinyatakan, sungguhpun orang islam menghadap kaabah semasa solat, mereka tidak menyembah kaabah. Orang islam menyembah dan tunduk hanya kepada Allah (SWT)
“sungguh kami(sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah masjidil-haram. Dan dimana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya” (al-Baqarah 2:144)
- Islam menganjurkan perpaduan
- Kaabah terletak di tengah peta dunia
- Tawaf mengelilingi kaabah menandakan satu tuhan