Dunia Kesihatan

Showing posts with label pesanan dariku. Show all posts
Showing posts with label pesanan dariku. Show all posts

Sunday, November 14, 2010

perancangan menuju matlamat dan kemanisan ubudiah


Salam eid mubarak...aidhiladha tiba lagi..membawa erti pengorbanan dalam hidup...sebanyak manakah pengorbanan yang telah kita beri demi menyahut apa yang disarankan Allah melaui kalam al-Furqan..

Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?

(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.

Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar.

(asSaff: 10-12)

.::hidup terancang bila punyai matlamat yg jelas,
kemanisan ubudiah terasa bila sedar dunia ini sementara::..
Quote yang terlintas dari benakku..resolusi dari apa yg ku bincangkan dan borak2 dengan sahabatku..itu yang mampu kutulis setakat nie..tersirat seribu maksud, mampu difikirkan oleh kurniaan akal yang Allah pinjamkan...zikir dan fikir...

Tuesday, September 28, 2010

Segalanya bermula disini : segumpal darah bernama hati




Kepenatan 2 3 hari ini menyebabkan ku tidur awal semalam…rutin ramadhan telah bersemadi dalam aktiviti harianku…seusai pulang dari kelas tuisyen..sampai sahaja di rumah..satu je yang kucari iaitu air..hausnya bukan kepalang…anak2 muridku yang 3 orang ini sangat mengujiku…selalu sahaja berbuih mulutku menasihati mereka…10 kali disuruh baru mau ikut…kadang2 disepanjang perjalanan pulang yang mengambil masa hampir 20 minit itu aku penuhi fikiranku dengan muhasabah kembali kelasku tadi..ya..tarbiyyah alaulaad..bagaimanakah caranya aku mahu bagi mereka sedar dan tidak perlu lagi aku mengulangi setiap arahanku berkali-kali…mungkin juga aku yang perlu berubah…tapi Alhamdulillah terimpak sedikit potensi dalam diri mereka..solat 5 waktu sudah jarang mereka tinggalkan..kalau dulu ade kalanya ke 5 5 waktu solat langsung tidak mahu mereka tunaikan..bila ku Tanya mengapa..”malas”..itu sahaje yang mereka jawab..aduhai adik2 adikku…ya hidayah itu milik Allah..kita hanya mampu berusaha..lantas kepadaNya kita bermohon agar semua usaha membuahkan hasil.. “ya Allah, Ya Rahman Iftah Qulubana Futuhal A`rifeen”
Mungkin belum pernah aku ceritakan dalam entry2 yang lalu mengenai “Farouq”…siapakah Farouq??...nak tau?...inilah nama yang kuberi pada keretaku…alhamdulillah Allah memberi aku kemudahan dan rezki untuk menggunakan kereta…tapi kali ini wajah Faraouq bertukar baru..erm…farouq yang dulu telah aku jual..walaupun berwajah baru namanya tetap sama..Cuma yang ini bukan milik aku..tapi aku pinjam dari adik aku…aku sambung bayar ansuran bulanannya..adikku..”najah!”..ketahuilah bahawa aku sangat selesa menggunakan “faraouq” ini…saje ku teterakan namanya kerana aku tahu pasti dia akan membaca blogku..=P…sebab ape “farouq” yang ini best? …sebab perjalananku yang hampir 40 minit pergi dan pulang ke tempat ku mengajar sungguh terisi…terisi dengan tazkirah dan majlis ilmiah dari radio ikim…setiap jam 1940 hingga 1955..ada satu slot yang best..slot destinasi dengan beberapa tazkirah…minggu ni sahaja tazkirahya mengenai pembersihan hati..kalau rajin rujuk entryku tahun 2009…di awal pembikinan blog ini..aku ade menceritakan tentang perubahan, mengikut cara Rasulullah SAW..From inside to outside..ambil lah sedikit masa untuk membaca nya ye…from inside itulah…segumpal darah yang bernama hati..hati kita sering berkarat..oleh itu perlu selalu dibersihkan dengan solat dan membaca al-Quran..dari hati yang bersih lalu lahirlah keindahan akhlak…akhlak tidak boleh dipaksa,, its spontaneously form inside. sepohon pokok yang menghasilkan daun yang segar ditambah dengan buah-buahan yang ranum adalah hasil dari penjagaan rapi dan kecukupan keperluan nutrient yang diserap masuk dari akar..jika yang diberi kepada akar pokok itu benih yang cukup..air dan tanah yang mampan..maka menatijahkan kesuburan pokok nya..pokok yang tumbuh rendang lalu menjadi teduhan musafir yang memerlukan, malah memperoleh pula makanan dari buah nya yang masak ranum..inilah anologi yang sering kita dengar bukan?..namun sejauh manakah kita menjadikan ia nya sebagai substansif..bukan lagi retorik semata…erm..pelbagai cara untuk kita bersihkan hati kita…antaranya adalah dengan menjadikan musuh kita sebagai cermin untuk kita…ya cermin..cuba kita lihat apakah fungsi cermin..kita selalu melihatnya bukan?..kita lihat diri kita di hadapan cermin, bila rambut tidak tersusun rapi, bila warna baju dan tudung tidak Matching, bila baju kita tidak begitu kemas….apakah yang akan kita buat..adakah kita mahu marah cermin tersebut?..atau mungkin kita tumbuk cermin tu sampai pecah…lantas, apakah impak yang kita dapat..adakah ia memberi manfaat pada kita..silap hari tangan kita yang luka..jadi apakah yang akan kita lakukan sekiranya cermin itu menunjukkan ada something wrong pada penampilan kita tadi…mesti kita akan perbaiki diri kita bukan?..rambut yang tidak tersisir rapi kita kemaskan, tudung yang tidak matching tadi kita matchingkan, baju yang kelihatan serabai kita betulkan…nah!..inilah yang dinamakan musuh itu cermin kita..kita jangan marah mereka malah kita lah yang perlu perbaiki diri kita…erm..teringat pula entryku sebelum ini yang menceritakan tentang "hidup untuk memberi”..(tahun 2009 punye entry)..antara contoh yang diberi adalah cerita mengenai Henry Ford..kalau tak silap orang pertama yang mencipta kenderaan..ada kisahnya..bagaimana dia usahakan dengan memikirkan cara yang terbaik untuk semua orang mampu menggunakan kereta..(sila lah baca ya)..dan ada lagi…cerita bagaimana kelebihan orang yang memaafkan berbanding orang yang meminta maaf…memaafkan juga salah satu cara untuk manjdaikan hati kita tenang, bila kita memaafkan orang, kita tidak akan simpan dendam..hati kita menjadi tenang..darah tinggi pun tak naik..=p…
Khulasahnya…marilah sama2 kita menjaga hati kita..sentiasa bersihkan hati..banyak lagi kisah2 Rasul dan sahabat, kalam2 tuhan tentang cara untuk kita bersih dan jaga hati kita…jagalah hati kita…kerana segalanya bermula dari situ…bukankah niat juga bermula dari hati… “innama a`malu binniat….” Sape boleh sambung hadith nie?
Sekadar ini sahaja kesempatan untuk entry kali nie..banyak idea rase macam nak tulis…masa belum ingin mengizinkan..insyaAllah, moga diberi kelapangan waktu untukku terus mengupdate blog ini..
~Moga Allah permudahkan segala urusanku dan urusanmu, Moga Allah sentiasa membantu di setiap langkahmu dan langkahku..moga hari ini lebih baik dari semalam, aku dan kamu pasti tidak mahu berada dikalangan orang2 yang yang rugi seperti yang diungkapkan oleh saidina Umar al-Khattab…maka mari sama2 kita perbaiki diri kita ke arah yang lebih baik~