Dunia Kesihatan

Showing posts with label tauladan kisah. Show all posts
Showing posts with label tauladan kisah. Show all posts

Sunday, February 19, 2012

Tahukah anda?

Tahukah kalian wahai teman-teman,

Majlis Rakyat Mesir (parlimen Mesir) sekarang ini memiliki :
- Lebih 140 orang ahli Parlimen yang hafiz Quran.
- Lebih 100 orang ahli Parlimen yang hafal lebih 10,000 hadith
- Lebih 180 orang ahli Parlimen yang hafal lebih daripada setengah al-Quran.
- Lebih 170 orang ahli Parlimen yang memiliki PhD dalam pelbagai bidang kepakaran.
- Lebih 50 orang ahli Parlimen tidak memiliki kereta.
- Lebih 350 orang ahli Parlimen pernah dipenjarakan bagi tempoh antara 6 bulan sehingga 9 atau 10 tahun.

Apa pandangan kalian berkenaan Parlimen Mesir 2012?

Syria..apa yang berlaku?

Nota ini adalah hasil perkongsian tokoh ulama' syria,Syeik Hassan di UPM yang datang ke malaysia akhir tahun lepas dan menceritakan peristiwa sebenarnya yang berlaku di Syria:)Ana turut berkesempatan berada disana.

PERISTIWA SYRIA

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.
1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..
#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA
Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

PERKARA TERBARU
1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....
4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?
1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..
2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA
-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.
(Jzkk AKH Abu Abdullah)
(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia)

This is what happens to the mouth of a person who says the word “Freedom” in Syria. O ALLAH please do help our brothers and sisters there..ameen

Sunday, February 13, 2011

Salam Malidurrasul 1432 H


Salam Maulidurrasul 1432 H. Sempena menyambut hari kelahiran Rasulullah SAW, mari sama-sama kita menelusuri kisah kelahiran baginda

Apabila tiba saat Abdullah mahu dikahwinkan, Abdul Mutallib mengahwinkan Abdullah dengan siti Aminah binti Wahab, yang juga daripada keturunan suku Abdul Manaf. Keturunan ayah dan ibu Muhammad adalah daripada Qusai bin Kilab. Kesemua mereka daripada keturunan Ismail. Daripada sudut keturunan pun, Muhammad bin Abdullah adalah orang paling mulia dan paling bangsawan.

Tarbiyah telus dari Allah, mentakdirkan Muhammad lahir tanpa ayah, ayah baginda iaitu Abdullah meninggal dunia ketika Muhammad dalam kandungan ibunya, Siti Aminah.
Sebelum Aminah melahirkan Muhammad, dia bermimpi melihat dirinya melahirkan seorang anak lelaki yang lahir bersama satu cahaya yang memenuhi bumi. Siti Aminah juga melihat dirinya berdoa kepada tuhan “Aku berlindung kepada tuhan yang Esa supaya diselamatkan anak ini daripada semua orang yang dengki.

Tanpa rasa sakit, ibu Nabi Muhammad, Siti Aminah berjaya melahirkan Baginda dengan selamat disaksikan bidan.


Pada malam Aminah melahirkan Muhammad, tiada sebarang tanda pada dirinya yang menunjukkan beliau akan melahirkan anak.



Hal itu menyebabkan beliau menyangka bahawa anaknya lambat lagi dilahirkan.



Bagaimanapun secara tiba-tiba saja pada Subuh hari berkenaan,
Muhammad pun dilahirkan.



Biasanya, bayi yang baru lahir akan menangis tetapi Baginda diam
saja walaupun bidan menepuk tubuhnya beberapa kali.



Baginda kelihatan seolah-olah seperti sedang berfikir dan matanya
bersinar-sinar bagaikan melihat sesuatu.



"Luar biasa sungguh anakmu ini, dia tidak menangis, tetapi matanya kelihatan liar seolah-olah merenung sesuatu di atas," kata bidan kepada Aminah yang terbaring dengan wajah kegembiraan.



Ketika itu Siti Aminah berasa dirinya bagaikan mendapat segunung emas.



"Luar biasa anak ini," ulang bidan, sambil membelek-belek tubuh bayi itu. "Apa yang luar biasa?" tanya Aminah.



Jawab bidan: "Biasanya, bayi lahir terlentang, tetapi dia tertiarap, kepalanya mendongak ke langit, jari-jarinya terangkat-angkat seolah-oleh mengira sesuatu, matanya juga merenung ke langit, seolah-oleh ada benda yang dipandangnya. Macam dia mengerti sesuatu, walaupun baru dilahirkan."



Kisah keganjilan Muhammad diceritakan oleh bidan kepada jirannya yang turut hairan dengan keadaan bayi itu.



Bagaimanapun, sejak Muhammad dilahirkan, keadaan dalam rumah itu berubah berseri dipandang serta menjadi tumpuan ramai. Pada waktu malam, rumah itu kelihatan terang benderang seperti bulan terang walaupun ada kalanya bulan gelap.



Wanita pula amat suka ke rumah Aminah untuk melihat Aminah serta anaknya yang baru lahir seolah-olah ada tarikan tersendiri pada bayi berkenaan sehingga ada yang datang berkali-kali.



Kisah keistimewaan Muhammad tersebar di merata tempat menyebabkan orang semakin ramai datang, malah orang yang tidak mengenali Aminah pun turut datang untuk melihat Muhammad.



"Budak ini bertuah, boleh jadi dia akan menjadi pemimpin besar di masa akan datang. Semua orang sukakan kepadanya," kata seorang tua sambil menepuk-nepuk tubuhnya.



Kelahiran Muhammad memberi cahaya kepada penduduk kota Makkah di mana keadaan di situ tiba-tiba bertukar wajah.



Tanaman yang kurang subur tiba-tiba saja menjadi segar dan subur manakala ternakan yang dulunya kurang biak tiba membiak dengan banyaknya.



NABI Muhammad SAW dilahirkan pada Isnin, Rabiulawal Tahun Gajah. Ia dikatakan pada tahun kedua dan ada pula yang mengatakan pada tahun ketiga. Paling masyhur, sebahagian besar ulama mengatakan pada tahun ke-12.


Isnin adalah hari yang diberkati. Daripada Imam Ahmad bahawa Ibnu Abbas berkata: "Rasulullah dilahirkan pada Isnin, diangkat menjadi Nabi pada Isnin, keluar berhijrah dari Makkah ke Madinah pada Isnin dan mengangkat Hajarul Aswad pada Isnin juga."



Dikatakan bahawa Baginda dilahirkan dalam keadaan yang sudah
dikhatan dan diputuskan ari-arinya.



Pada malam kelahiran Baginda, banyak berlaku perkara aneh dan ganjil. Antaranya banyak berhala bergelimpangan jatuh dari tempatnya dan keluar sinar yang menerangi sampai ke istana di negeri Syam.

Barakah kelahiran insan terulung, tauladan sepanjang zaman. Antara peristiwa yang berlaku lagi pada malam kelahiran baginda ialah bergegarnya Iwan Kisra iaitu istana Raja Farsi, kerajaan yang paling besar pada masa itu. Gegaran itu menyebabkan 14 anjung istana runtuh dan api yang sudah disembah oleh Majusi sejak beribu-ribu tahun yang tidak pernah padam sebelum ini terpadam. Gegaran itu juga menyebabkan tasik Sawwah yang berdekatan dengan istana Raja Farsi itu tertimbus
Apabila kisra iaitu Raja Farsi melihat kejadian-kejadian pelik ini, dia menjadi sangat takut, lalu memanggil ahi-ahli nujum dan pendeta-pendetanya yang dapat berhubung dengan jin. Jin-jin sebelum kelahiran nabi Muhammad SAW boleh naik ke langit dan mendengar berita di langit apa yang akan berlaku di dunia. Merekalah yang memberitahu berita-berita ini kepada pendeta-pendeta dan ahli-ahli nujum. Dari sinilah para pendeta dan ahli nujum membuat ramalan mereka.
Firman Allah dalam surah al-Jin ayat ke 9 yang bermaksud “Kami para jin sebelum ini mempunyai tempat untuk mendengar berita di langit, barang siapa yang mencuri mendengar lagi sekarang akan dipanah” Ada pendeta yang memberitahu Kisra, peristiwa ini berlaku kerana kelahiran nabi. Manakala maksud keruntuhan 14 anjung istana Kisra mentaksirkan bahawa kerajaan Farsi akan diperintah oleh hanya 14 orang Kisra lagi, kemudian kerajaan farsi akan runtuh.
Begitulah serba sedikit kisah saat kelahiran Rasulullah SAW, pemimpin terulung, ahklak terpuji…mencintai Baginda Bererti mencintai Pencipta kita..lahirkan rasa cinta kita pada Baginda dengan mengikuti sunnah baginda…memperjuangkan risalah yang dibawa..Ar-Rasul Qudwatuna!

Thursday, September 30, 2010

Cinta dan Perkahwinan



Alhamdulillah, segala puji tuhan sekalian alam…masih diberi nafas untuk terus hidup di bumi pinjamaNYA ini…semalam tamat lah sudah last paper untuk mid sem Exam…alhamdulillah..itulah yang terbaik mampu ku lakukan…Tawakkaltu `alaLLah..pagi nie nak share satu entry yang berkisar tentang cinta dan perkahwinan …kali ni bukan ayat sendiri tau…nie dapat dari email..member yang post…untuk ibrah kita bersama…insyaAllah moga bermanfaat =)
Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan
tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan
sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......

Kesimpulannya... janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini.
Kalau dah dapat yang rasa macam ok jer tu.. cukup syarat seperti tuntutan agama.. apa tunggu lagi??

Thursday, December 31, 2009

AMBIL IKTIBAR



SEPOTONG ayat al-Quran pada peha Ali.

-----Marilah kita sama2 membaca dengan penuh keinsafan...


Selamat membaca di bawah ini.



DUNIA Mufti Rusia komen ayat pada kulit bayi GAMBAR menunjukkan ayat al-Quran muncul pada kulit Ali.


MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.

Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.

Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.

Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.".

Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.

Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. - Agensi

~Halimzakaria


Ayat al-Quran pada kulit bayi

SEBAHAGIAN ayat al-Quran pada kulit Ali.

MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.

Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.


Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.

"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.

Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.

Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.

"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi

~email yang dikirim lanjut

Tuesday, June 2, 2009

nak share je...




Alhamdulillah malam semalam ana baru sahaja mendengar ceramah oleh ketua pemuda PAS negeri Johor Ust. Khairul Faizin dan bekas pemimpin UMNO yang convert to PAS. Banyak pengajaran yang nak ana kongsikan bersama...Agak lame jgak ana x hadiri kuliah dan ceramah2 seperti nie..astaghfirullah..baru sedar..semenjak musim xm hari tue..banyak sibukkan diri dengan study..huhuhu..abes je xzam..adhoc menyertai team catur ke pertandingan MASUM…hingga lupe ntuk sibukkan diri dengan program2 tarbiyah..pengisian rohani..lapar sungguh rohaniku..Erm..melihat keadaan sekeliling..persoalan pertama yang terdetik..kenapa orang yang hadir semakin berkurang..kalau tidak..sebelum nie..tyme2 ceramah macam nie..kat markaz nie..punyelah ramai orang..skarang yang hadir..muslimatnye boleh dibilang dengan jari..motor2..kereta2 yang datang tak delah sesak macam dulu..pelik!,,kemanakah tarbiyah kita skarang…ana tak salahkan sape2..tapi ana salahkan diri ana sendiri..Ops!..asif kathiran..bukan niat ana nak crite bende nie ntuk entry kali nie..sebenarnya ana nak kongsi bersama ape yang ana dapat semalam..semoge bermanfaat..
Alhamdulillah penceramah jemputan kali nie Ust Abdul Hamid..Pandai sungguh penceramah menarik minat pendengar, muqaddimahnya sahaja dah mengaitkan kisah Sultan Muhammad al-Fateh..ape kaitannya?..kaitannya dengan perjuangan dan hidup kita..bagaimana Sultan Muhammad Al-fateh dalam usia yang muda menjadi seorang pemimpin. Bahkan disebut oleh Rasulullah SAW ketika menggali parit perang khandak

“Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

Tersentuh juga apabila menyingkap bagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh memilih tenteranya. Penapisannya mudah sahaja, amalan fardhi masing..tak perlu kita menuding jari pada orang lain, bahkan check amalan diri sendiri…

Solan yang ditujukan kepada tenteranya :

  1. Siapakah antara kalian di sini yang sejak baligh tidak pernah meninggalkan solat fardhu
>>> tiada seorang pon..
  1. ….solat sunat rawatib?
>>> sebahagian dari mereka mengaku pernah tinggalkan, maka tinggallah sebahagian sahaja yang masih berdiri.
  1. sejak baligh tidak pernah tinggalkan solat tahajjud dan witir?
>>> semua duduk….tinggallah Sultan Muhammad al-Fateh sahaja yang berdiri.
Lihat disini sahabat2..mari sama2 kita muhasabah diri kita..
Kalau kita seorang pemimpin..bagaimanakah amal fardhi kita…kita mahu Allah beri petunjuk pada kita..kita mahu sepanjang kepimpinan kita dirahmati dan diberkatiNya..lalu bagaimana pula hubungan kita dengan sang Pencipta…kerdilnya kita dihadapannya..astaghfirullah..Kalian pasti sudah tahu kan kisah Constantinople dan kelebihan Sultan Muhammad al-Fateh serta 150,000 tenteranya…dan lagi..pembinaan meriam pertama..same2 kita mengambil ibrahnye..semoge coretan ini menjadi pencetus kepada kita untuk berterusan membaca..especially wak2 cuti- cuti skang nie…moge bermanfaat =)