Tanpa dakwah, ajakan tidak berlaku, seruan tidak terjadi. Dakwah bukan sahaja menjentik minda tetapi perlu keberkesanan di hati. Kalimah dakwah bukan sekadar mengajak mengajar berfikir, bahkan membimbing manusia ke arah kebenaran dan perubahan.
Astaghfirullah..Maafkan aku kawan2 aku tidak mampu mengajak kalian bersama2 dengan ku..bersama membina satu barisan seperti yang disarankan dalam Kalamullah yang suci (AsSoff; ayat 4)…atau mungkinkah aku akan disoal olehNya di hari perhitungan kelak seperti yang dijanjikan dalam surah AdzZukhruff; ayat 67..ighfir zunubi ya rabb..
Alhamdulillah..kubangga denganmu wahai sahabat..keteguhan dan kekuatanmu menghadapi arus kehidupan..merentasi segala rencana musuh2 mu, jua musuh2 islam..doakan ku agar aku diberi kekuatan dan ketabahan seperti kalian..
Ya zaljala li wal ikram…amitna a`la diinil Islam..
Aku ini kerdil dihadapanMu..aku ini hina ya Allah..aku ini sering bergantung padaMu.. aku ini tidak mampu teruskan hidup tanpa petunjukMu ya Allah..namun aku bersyukur..dengan Islam..aku ada matlamat..dengan islam aku ada manual hidup..dengan islamlah Manusia yang dari setitis air mani yang hina..kemudian menjadi mulia..hanya kerana ISLAM..ya..ISLAM..tiada agama yang tinggi selain islam “al-Islamu yu`la wa la yu`la `alaihi”
Sahabat2..siapa kita ini??,,islam kah kita seperti yang dituntut..wajarkah kita digelar muslim??..apakah maksud muslim??..tahukah kita??..kita ngaku kita muslim..kita ikrar saban waktu pada yang maha Esa..”inna solati wa nusuki wa ma yahya wa mamati LILLAHIRABBUL`ALAMEEN”.. sesungguhnya..solatku, hidupku..dan matiku hanya untuk Allah, tuhan sekalian alam.
Islam pilihan saya??..mengapa?
Jum kita singkap kisah2 berikut
1)Muhammad Ali-Legenda Tinju Dunia
Muhammad Ali dilahirkan di Louiville Kentucky, Amerika Syarikat pada 17 januari 1942. Nama kristian beliau adalah Casscius Marcellus Clay dan beliau menukar namanyap Muhammad Ali selepas menyertai . Nation of Islam yang pernah mendakwa Malcolm X sebagai nabi di amerika. Ali kemudian mengubah pendiriannya dan menjadi seorang ahli sunnah wal jamaah.
Baginya Islam adalah agama yang benar, namun isu beliau memeluk islam menjadi kontroversi apabila penganjur pertandingan tinju masih menyebut nama beliau sebagai Casscius Clay. Ali enggan masuk ke ke gelanggang sehingga beliau dipanggil dengan nama Muhammad Ali.
Beliau bersara dari sukan tinju pada 1981 dengan mencatat rekod 56 kali menang dan 5 kali kalah. Apa yang pasti, beliau yang kini berusia 68 tahun ialah seorang lagenda tinju dunia. Beliau ialah muslim pertama menjadi peninju dunia yang terkenal seluruh dunia.
2)Yusuf Islam- janji penyanyi rock kepada tuhan
Pada 1979, Cat stevens yang kini dikenali sebagai Yusuf Islam berdepan dengan maut apabila kakiya mengalami kekkejangan sewaktu mandi dipantai. Cat Stevens penyayi rock yang dianggap sebagai bapa rock n roll bebisik didalam hati, jika tuhan menyelamatkannya dia akanbekerja untuk tuhan. Sejurus selepas itu ombak besar dating dengan tiba-tiba dan menghanyutkannya ke tepi pantai. Beliau cedera dan terpaksa dimasukkan ke hospiutal, adiknya yang baru balik dari Palestin telah menghadiahkan sebuah buku terjemahan al-Quran. Beliau membacanya dan mendapat hidayah untuk memeluk islam.
3)Yvonne Ridley –terpesona dengan al-Quran
Yvonne Ridley adalah wartawan british yang lantang menghentam Islam menerusi hak kebebasan wanita. Beliau memasuki Afghanistan secara haram dengan memakai burka selepas permohon visanya ditolak beberapa kali. Beliau menjadi masyhur setelah diculik pihak Taliban kerana menegsyakinya seorang perisik…
….mata dah nagantuk..insyaallah saya sambung crite ini jika diizinkan esok…selamat malam..=)
“Benarkah Pangajaran burung angsa ini?”… yep..memang benar... lihat saje peristiwa Qabil dan Habil..anak manusia pertama yang diciptakan Al-KholiQ iaitu nabi Adam A.S.. Qabil tidak tahu bagaimana untuk menguruskan mayat saudaranya Habil setelah dibunuhnya.. Kebingungan dan kesedihan Qabil tidak berlangsung lama kerana ditolong oleh suatu contoh yang diberikan oleh Tuhan kepadanya sebagaimana ia harus menguburkan jenazah saudaranya itu.Allah s.w.t. Yang Maha Pengasih lagi Maha Bijaksana, tidak rela melihat mayat hamba-Nya yang soleh dan tidak berdosa itu tersia-sia demikian rupa, maka dipertunjukkanlah kepada Qabil, bagaimana seekor burung gagak menggali tanah dengan kaki dan paruhnya, lalu menyodokkan gagak lain yang sudah mati dalam pertarungan, ke dalam lubang yang telah digalinya, dan menutupi kembali dengan tanah. Melihat contoh dan pengajaran yang diberikan oleh burung gagak itu, termenunglah Qabil sejenak lalu berkata pada dirinya sendiri:"Alangkah bodohnya aku, tidakkah aku dapat berbuat seperti burung gagak itu dan mengikuti caranya menguburkan mayat saudaraku ini?"
Mari kita singkap pula cerita tentang burung angsa..sebuah renungan untuk kita semua..Opps! silap…bukan hanya renungan malah perlu kita praktikkan.. jangan retorik semata..substansif lah cket..=)
Kisah ini ditemui dari blogger cerita-cerita motivasi..mengapa tiba2 nak cerita tentang burung angsa?..sebenarnya dah lama dengar tentang kisah ini..namun sekali lagi menjadi inkuiri untuk saya mengetahui lebih mendalam.. “Belajarlah dari Alam, tarbiyah semulajadi untuk kita olehNYA”
Fakta:
Saat setiap burung mengepakkan sayapnya, hal itu memberikan "daya dukung" bagi burung yang terbang tepat di belakangnya. Ini terjadi kerana burung yang terbang di belakang tidak perlu bersusah payah untuk menembus “dinding udara” di depannya. Dengan terbang dalam formasi "V", seluruh kawanan dapat menempuh jarak terbang 71% lebih jauh daripada kalau setiap burung terbang sendirian.
Pelajaran:
Orang-orang yang bergerak dalam arah dan tujuan yang sama serta saling membahagi dalam komuniti (Tawazun), mereka dapat mencapai tujuan mereka dengan lebih cepat dan lebih mudah. Ini terjadi kerana mereka menjalaninya dengan saling mendorong dan mendukung satu dengan yang lain. Fakta:
Kalau seekor burung angsa terbang keluar dari formasi rombongan, ia akan merasa berat dan sulit untuk terbang sendirian. Dengan cepat ia akan kembali ke dalam formasi untuk mengambil keuntungan dari daya dukung yang diberikan burung di depannya.
Pelajaran:
Kalau kita memiliki cukup logik umum seperti seekor burung angsa, kita akan tinggal dalam formasi dengan mereka yang berjalan di depan. Kita akan mau menerima bantuan dan memberikan bantuan kepada yang lainnya. Lebih sulit untuk melakukan sesuatu seorang diri daripada melakukannya bersama-sama.
Fakta:
Ketika burung angsa pemimpin yang terbang di depan menjadi lelah, ia terbang memutar ke belakang formasi, dan burung angsa lain akan terbang menggantikan posisinya. Pelajaran:
Adalah masuk akal untuk melakukan tugas-tugas yang sulit dan penuh tuntutan secara bergantian dan memimpin secara bersama. Seperti halnya burung angsa, manusia saling bergantung satu dengan lainnya dalam hal kemampuan, kapasiti dan memiliki keunikan dalam kelebihan yang dikurniakan, atau sumber daya lainnya. Fakta:
Burung-burung angsa yang terbang dalam formasi ini mengeluarkan suara riuh rendah dari belakang untuk memberikan semangat kepada burung angsa yang terbang di depan sehingga kecepatan terbang dapat dijaga.
Pelajaran:
Kita harus memastikan bahawa suara kita akan memberikan kekuatan. Dalam kelompok yang saling menguatkan, hasil yang dicapai menjadi lebih besar. Kekuatan yang mendukung (berdiri dalam satu hati atau nilai-nilai utama dan saling menguatkan) adalah kualiti suara yang kita cari. Kita harus memastikan bahawa suara kita akan menguatkan dan bukan melemahkan. Fakta:
Ketika seekor burung angsa menjadi sakit, terluka, atau ditembak jatuh, dua burung angsa yang lain akan ikut keluar dari formasi bersama burung angsa tersebut dan mengikutinya terbang turun untuk membantu dan melindungi. Mereka akan tinggal dengan burung angsa yang jatuh itu sampai ia mati atau dapat terbang lagi. Setelah itu mereka akan terbang dengan kekuatan mereka sendiri atau dengan membentuk formasi lain untuk mengejar rombongan mereka. Pelajaran:
Kalau kita punya perasaan, setidaknya seperti seekor burung angsa, kita akan tinggal bersama sahabat dan sesama kita dalam saat-saat sulit mereka, sama seperti ketika segalanya baik.
Jadi apa keuntungan yang kita dapat dari perdebatan takberujung karena perbezaan? Bukankah lebih baik kita bahu membahu saling mengisi kekurangan kita? Mencari solusi terbaik bersama-sama disaat kita berbeza pandangan? Ingatlah kawan, bangsa ini bukan hanya milik kita tapi milik penerus & keturunan kita juga. Akankah kita mewariskan bangsa ini pada penerus kita bangsa yang carut marut tanpa erti? Jawabannya ada pada sahabat sekalian.
~~Siapa yang mengajar burung angsa untuk berbuat demikian dari masa ke semasa??
“mereka yang sentiasa berzikir (ingat) kepada Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring dan berfikir tentang kejadian langit dan bumi sambil berkata : wahai tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan benda2 ini dengan sia2, maha suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka” (Surah Ali Imran 3:191)
Inilah 2 proses zikir dan fikir yang dinyatakan Allah swt menerusi firmannya. Pros Hamka berkata “hujung fikir adalah zikir”
~~Jangan lupa ada kalanya kita harus belajar dari burung juga, yang telah diciptakan Tuhan bukan hanya untuk memenuhi bumi atau tujuan keindahan semata, tapi juga punya tujuan agar kita bisa belajar dari burung-burung ini.
Alhamdulillah..syukur ke hadrat illahi, selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW
Sekian lama tidak berkesempatan menulis, untuk entry kali ini tertarik nak berkongsi beberapa input yang diperoleh sepanjang Jambori Nisa` di Bukit Lagong yang berjalan selama 3 hari 2 malam. Pengalaman permusafiran yang sepatutnye dekat menjadi jauh..dan khibrahnya..alhamdulillah, Allah memilih diri ini untuk menerima ujian NYA..ujian supaya diri ini lebih bersabar..terasa diri ini perlu lebih dekat padaNya.. “ dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” .. “nilai ketaqwaan dapat dinilai daripada tahap kesabaran seseorang”..dzupp!! itulah ayat yang ku dengar dari ceramah di masjid al-Firdaus, saat singgah untuk solat isyak sebentar sebelum sampai ke destinasi....seolah2 terkena pada batang hidung sendiri.. memang tidak dapat dinafikan.. bila memandu kereta dan tidak jumpa jalan yang nak dituju..ditambah pula pusing-pusing di tempat yang sama.. kesabaranku memang diuji.. itulah khibrah pertama yang kuperoleh.. moga diri ini sentiasa sabar dan tenang.. Ya Rabb, uniknya tarbiyahMu.
Baiklah..back to the main point..sedikit perkongsian semasa slot motivasi..sungguh teruja ku mendengarnya.. “Hijrah to the Great Team” oleh Ust Zaidi (www.mantop.com.my).. Bukan ingin berceloteh panjang..sekadar berkongsi sedikit ilmu yang ku peroleh.. antara resolusi nya
SATU : Organisasi Unggul perlulah mempunyai 4P iaitu
1)Prestasi Gemilang dan berterusan
2)Pelanggan yang setia
3)Pekerja dengan Budaya cemerlang
4)Penghasilan yang bermakna
Factor-faktor di atas boleh dicapai melalui
1)Individu yang Hebat
2)Pemimpin yang hebat
DUA: Mari belajar dari Angsa…Mengapa??
SubhanAllah..kejadian burung angsa yang memberikan “message” kepada kita tentang bagaimana membentuk pasukan dan kerja kumpulan..apa yang mereka beritahu kita adalah 5S iaitu:
1)Satu wawasan
--matlamat yang sama..mereka satu hati…walaupun mereka tidak dikurniakan akal fikiran, Maha Besar Allah yang menciptakan setiap makhluk itu ada kelebihan dan manfaatnya…mereka ada WAWASAN
2)Sistem dan Sinergy
--Bentuk Aerodinamik seperti satu formasi, dapat mengurangkan rintangan angin terutama burung angsa yang berada di barisan belakang, jimat tenaga sebanyak 70%..SUBHANALLAH!!.. dan synergy pula…bila ada kesatuan..hasilnya boleh mencapai berlipat kali ganda…mereka saling bertukar- tukar kedudukan, dan setiap daripada mereka akan merasai menjadi “leader”..yang mana perlu menghapai rintangan angin yang paling tinggi..
3)Sayang dan Prihatin
--Kisah menarik!..apabila salah seekor daripada mereka tercedera dan terjatuh, seekor lagi yang lain akan bersama-sama menemani si “cedera” tadi sehingga benar-benar pulih, sementara yang lain akan meneruskan perjalan.. apabila si “cedera” tadi pulih, mereka akan kejar menyertai semula pasukan mereka yang lain.
--apakah pengajaranyya untuk kita tauladani?? Peneman si “cedera” tadi bertindak sebagai unit kebajikan.. bilamana berlaku kecederaan.. hanya unit berkaitan sahaja yang bertindak..ahli lain perlu meneruskan misi mereka.. mengapa pula tidak semua sekali membantu yang si “cedera” tadi??..tentu sekali tidak mungkin..yang lain perlu meneruskan misi mereka..andaikan dalam sebuah syarikat..hanya seorang cedera..perlukah mereka menutup terus syarikat mereka??..nah!..maka disini rasional bukan?
4)Sediakan pelapis
---seperti yang telah disebutkan sebelum ini..leader permusafiran mereka akan saling bertukar..apa-apa pun dalam sebuah organisasi..pelapis memang sangat diperlukan..perlunya ada perintis dan pelapis bagi memastikan kesinambungan gerak kerja kita.
5)Sentiasa memberikan motivasi
--apa yang burung angsa ini buat sepanjang perjalanan mereka, akan sentiasa mengeluarkan bunyi dari paruh mereka..inilah communication yang mampu memberikan self motivation sesama pasukan.
TIGA : Bagaimana membentuk ahli pasukan?
1)Pilih
-- jika dalam sesebuah organisai..ini berperanan sebagai Human Resource.. Recruitment..then, selection..atau mungkin kadang-kadang memerlukan screening juga
2)Posisi
--selepas kita pilih, apakah posisi yang sesuai untuk orang yang kita pilih itu..sebab itu kita perlu memahami orang lain terlebih dahulu sebelum kita mahu kita difahami.
3)Bina
--bile dah “on his/her track”..then, kita perlu bina..bina kekuatan sesame pasukan, empowerment team with multiiskill .
tapi ikhtilat mu tidak dijaga katanya kau seorang pejuang tapi kau masih assobiyyah katanya kau seorang pejuang tapi ibadah mu dan amalanmu masih seperti dahulu katanya kau seorang pejuang kau masih layan tv , movie dan game dgn alasan nak release tension katanya kau seorang pejuang cinta dunia masih menempati hatimu berbanding cinta allah dan rasulNYA katanya kau seorang pejuang kau sibuk update isu semasa berbanding AL QURAN 1juz sehari katanya kau seorang pejuang kau xpun berdakwah katanya kau seorang pejuang kau masih layan muzik-muzik yang lagha katanya kau seorang pejuang tapi sering beralasan untuk dakwah dan jihad katanya kau seorang pejuang kau lebih bela jemaah berbanding islam katanya kau seorang pejuang kau masih ada karat jahiliyyah dihatimu tanpa usaha membuangnya katanya kau seorang pejuang mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan katanya kau seorang pejuang ukhuwwahmu hanya untuk kepentinganmu bukan kepentingan ummat katanya kau seorang pejuang kau sering tinggal QIAMULLAIL berbanding mengamalkannya katanya kau seorang pejuang berapa banyak ummat yang kau ziarah? katanya kau seorang pejuang kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sediri akibat lalai kerana tidak berdakwah katanya kau seorang pejuang kau lebih banyak berdakyah berbanding berdakwah katanya kau seorang pejuang tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah katanya kau seorang pejuang tapi untuk berinfaq saja kau sudah kikir katanya kau seorang pejuang hidupmu masih senang lenang dan mewah katanya kau seorang pejuang kau sudah menganggap dirimu mulia sedangkan kau harus lebih tawadhuk katanya kau seorang pejuang kau jarang sekali menangis untuk bertaubat katanya kau seorang pejuang kau masih seronok dengan maksiat di sekitarmu katanya kau seorang pejuang kau tidak rasa apa-apa bila berbuat maksiat katanya kau seorang pejuang….
Satu kuliah yang pernah kudengar dari ustaz Zahazan mengenai tafsir surah al-insyirah..mungkin ada kaitan dengan tajuk perkongsian entry kali ini..
Surah al-insyirah... surah yang diturunkan sebelum peristiwa hijrah..
Ertinya mempunyai kaitan dengan perjuangan nabi Muhammad SAW
Memberikan kepada nabi SAW satu bentuk hiburan kerana tekanan dan bebanan yang dihadapi pada masa dan ketika itu...just pendahuluan..ibrah nya disini apa pun bentuk tekanan dan ujian..hiburannya adalah alquran..teguh dan tenangkan hati kita dengan alunan KALAMULLAH
1)Kenapa aku diuji???
" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan :
"Kami telah beriman", sedangkan mereka belum diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." ( Al-‘Ankabut : 2-3)
2)Kenapa masih tak dapat apa yang aku impikan???
" ….boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)
3) Kenapa aku dapat ujian seberat ini??
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya…." (Al-Baqarah :286)
4) Rasa frust??
"Janganlah kamu merasa lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali-‘Imran:139)
5) Bagaimana harus aku hadapinya???
" Wahai orang-orang yang beriman ! Bersabarlah kamu menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan, dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan, dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya mencapai kemenangan" (Ali-‘Imran:200)
" Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang ; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Al-Baqarah: 45)
6) Apa yang aku dapat daripada semua ini???
" Sesungguhnya Allah telah membeli daripada org-org mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka….." (At-Taubah:111)
7) Pada siapa yang patut aku mengharap??? ?
"…….Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal…..." (At-Taubah:129)
8) Aku dah tak dapat tahan lagi!!!!!!
"....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa daripada rahmat Allah hanyalah orang-orang yang kafir." (Yusuf:87)
والحكمة من تحريم الزواج بالمشركة والكافرة ومن إليها:
• إن الزواج إنما شرعه الله لتحقيق السكن والمودة، وهذه المعاني لاتنشأ ولا تزدهر إلا في ظلال العقيدة.
• غلبة التعصب الأعمى، والتمسك بدين الآباء تقليدا على هذه الفئة.
• إن اتحاد الزوجين في العقيدة يمنع وقوع المشكلات الزوجية، لأن كلا منهما يعرف حقوقه وواجباته كما حددها الإسلام.
الخاتمة
الحمدلله و شكر الئ الله نستطيع أن يكمل المناقشة عن المحومات من النسأ.
شكرا جزيلا الى المخترام الأستذ لقمانالحكيم, الوالدين والأصدقأ لعنوانكم.
يقصد باللأحوال الشخصية : الأوضاع التي تكون بين الأنسان وأسرته, وما نتترب على هذه الأوضاع من اثار حقوقية.
والتزامات مادية أو أدبية .
واطلاق هذا الأصطلاح على هذا المعنى اطلاق حديث , اطلاق في مقابلة الأحوال المدينة , التي تنظم علاقات الأنسان بأفراد
المجتمع خارج حدود الأسرة.
و أخيرا نرجوا هذا المناقشة ينفع الى الناس لأنه, الموضوع مهم لأاعمال الأسلام في حياتنا .
المراجع
• الدكتور محمد عقلة (1989 م) نظام الأسرة في الأسلام (الجزء الأول) مكتبة المرسلة الحديثة –عمان الأرد- (280 – 290 )
• الدكتور مصطفى الخن و الطكتور مصطفى البغا و على الشرجبي, الفقه المنهجي على مذهب الأمام الشفعي رحمه الله تعالى , المجلدة الثاني احكام الأسرة وملحقاتها.
Suatu Peringatan Dari Ustaz Fathi Yakan Syarif Hidayatullah, Jakarta.
Muqaddimah Seorang Mujahid Dakwah, Ustaz Fathi Yakan, yang pernah berkunjung ke Negara kita, dalam rangka menghadiri Muktamar Agung PAS tahun 1997, telah memperingatkan kita semua tentang bahaya AIDS Haraki, iaitu istilah yang menggambarkan fenomena yang telah dan sedang terjadi di sebahagian harakah Islamiah di seluruh dunia.
Ini adalah peringatan penting beliau kepada para aktivis dakwah, sejak enam belas tahun yang lalu di dalam buku beliau : Ihzaruu AIDS Al-Haraki (Berjaga-jagalah, AIDS Haraki).
Wa Zakkir !! Fa inna az-Zikra tanfa`ul mu’minin. Penyakit AIDS adalah merujuk keadaan seseorang yang mengalami kehilangan daya tahan penyakit di dalam tubuh, sehingga menjadi mudah dijangkiti penyakit dengan keadaan yang parah. Sehingga kini, penyakit yang disebabkan oleh virus HIV ini, masih belum ditemui ubat yang dapat menyembuhkan penyakit merbahaya ini.
Para penghidap HIV/AIDS ini akan berhadapan dengan risiko kematian. Dalam buku “Ihdzaruu Al-Aids Al-Harakiy (1989)”, Al-Ustaz Fathi Yakan secara khusus mengingatkan kes kehancuran harakah dan tanzim dakwah di Lubnan. Hal yang sama juga berlaku di beberapa Negara Muslim yang terdapat harakah Islamiah di situ. Beliau berpendapat, kes-kes kehancuran tanzim dakwah bermula dari kelemahan daya tahan dalaman jama`ah, yang seringkali terjadi di saat mereka berada di atas paksi Mihwar Siyasi (Orbit Politik). Hal ini sering terjadi ketika harakah Islamiah memasuki wilayah amal siyasi (kerja politik) untuk menyempurnakan wilayah `amal dakwah dan meningkatkan sasaran dakwah yang lainnya.
Mengapa terjadi seperti ini? Apakah penglibatan harakah Islamiah dalam wilayah politik adalah suatu kekeliruan dan kesilapan? Tentu saja tidak !! Bahkan ini adalah suatu kewajipan kita semua. Konsep Syumuliatul Islam yang diperkenalkan Imam As-Syahid Hasan al-Banna di dalam usul pertama dari Usul `Isyrin, telah memberikan gambaran pentingnya kita bergerak di paksi politik demi tertegaknya Ad-Din wa Ad-Daulah.
Sesungguhnya saat ini, Syumuliayatud Dakwah menuntut kita memasuki dan menguasai wilayah politik. Mengenal Virus Merbahaya Persoalan yang timbul ialah bagaimana virus ini boleh berjangkit dan menjadi penyebab kehancuran kepada harakah?
Dalam analisa dan tajribah Ustaz Fathi Yakan, terdapat 7 faktor utama yang menyebabkan hal ini terjadi
1. Hilangnya Manna`ah I`tiqodiyah (imuniti keyakinan) dan tidak terbinanya bangunan dakwah di atas dasar fikrah dan mabda’ yang benar dan jitu. Akibat yang timbul dari faktor ini, tanzim dakwah tidak tertegak di atas fikrah yang benar dan utuh. Adakalanya sebuah tanzim hanya wujud sebagai Tanzim Ziyami, iaitu tanzim yang berdiri atas landasan wala’ kepada seorang pemimpin yang diagungkan.
Ada juga yang bergerak sebagai Tanzim Syakhshi, iaitu tanzim yang tertegak atas bayangan keperibadian (figure) seorang pemimpin. Terdapat juga yang berbentuk Tanzim Mashlahi Naf`i yang berorientasi mewujudkan tujuan perlaksanaan pengisian semata-mata. Kerana itu, binaan tanzim menjadi begitu rapuh, tidak mampu menghadapi kesulitan dan cabaran. Akhirnya bergoncanglah binaan dan bercerai-berai shofnya sehingga terjadilah berbagai peristiwa dan tragedi.
2. Perkaderan dan pembinaan anggota berdasarkan kuantiti, dengan mengutamakan bilangan dan jumlah keahlian menjadi keutamaan qiyadah. Seringkali dianggap, bahawa jumlah yang banyak itu akan menjadi penentu kemenangan dan kejayaan. Kondisi ini mungkin ada kebenarannya ketika sebuah harakah dakwah tampil secara rasmi sebagai parti politik dan terlibat dalam pilihanraya.
Akan tetapi hal ini perlu diawasi kerana, orientasi ini akan memudahkan pihak-pihak tertentu cuba mewujudkan qaidah sya’biyah atau dasar dokongan sosial untuk kepentingan merealisasikan tujuan-tujuannya. Dalam situasi tertentu akan muncul keperibadian atau tokoh-tokoh tertentu dalam harakah yang memperjuangkan kepentingan peribadi dengan memanfaatkan qaidah sya’biyah yang dibinanya. Pada saat ini, qa`idah sya’biyah ini akan bertindak sebagai musuh dalaman kepada harakah Islamiah.
3. Isti’jal (tergesa-gesa) untuk meraih kemenangan, meskipun tidak seimbang dengan persediaan yang mencukupi, walaupun ditahap minimum. Kemenangan politik bererti memperolehi kekuasaan. Setiap aktivis politik akan dikuasai semangat mencari dan mengejar kekuasaan sehingga tidak ada penghujungnya. Menurut Ustaz Fathi Yakan, kekuasaan yang diperolehi di manapun akan menuntut pembahagian ghanimah (harta rampasan perang) kepada penjaga sesuai dengan perbandingan tugasan yang ditanggung seseorang.
Ghanimah yang telah diperoleh itu kadangkala melahirkan cubaan, fitnah dan bencana kerosakan dalam harakah. Permasalahan dasarnya adalah penipuan dalam pembahagian, antara perseorangan, pemimpin serta penguasa yang bercita-cita mendapatkan bahagian kekuasaan yang banyak. Akhirnya prinsip perjuangan tergadai dan agenda maddiyah dengan mengejar kepentingan hawa nafsu akan menjadi tuntutan perjuangan mereka. Ketika ini hilanglah roh aqidah dalam perjuangan, tumpuan hanya diberikan kepada percaturan strategi menghadapi musuh dalam pilihanraya dengan meninggalkan agenda pembinaan ruhiyah di kalangan jundiyah dan qiyadah. Akhirnya “yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran ”.
4. Binaan tanzim dipengaruhi unsur luaran. Samada dipengaruhi oleh latarbelakang kekuatan yang berada di sekelilingnya dari aspek politik, ekonomi dan lain-lain aspek. Akibatnya, tanzim akan kehilangan potensi keaslian perjuangan, kehilangan orientasi dan arah tujuan politik. Kerana hilangnya asholah dakwah (keaslian), tanzim menjadi alat kepentingan pihak lain, dan segala keputusan dan tindakan dipengaruhi kelompok tertentu.
5. Munculnya berbagai aliran dan kelompok dalam harakah. Hal ini sering terjadi kepada harakah yang telah mengalami perpecahan lantaran hilangnya wahdatul fikr dan wahdatul `amal. Kesan dari permasalahan ini akan timbulnya ta`addudul wala’, justeru akan timbul pertikaian, perebutan pengaruh dan kekuasaan untuk meraih hasrat dan cita-cita peribadi atau kelompok tertentu.
6. Campur tangan pihak luar dengan pengaruh dominan politik, ideologi, perisikan, inteligen dengan berbagai cara penyamaran untuk menyerang musuh dalam harakah dengan tujuan menghancurkan kekuatan dan kesatuan di dalam tanzim. Ruang yang terbuka untuk campur tangan atau penyusupan amat luas, terutama melalui ruang politik, iaitu dengan menawarkan pelbagai maslahah siasah. Kekuatan luaran dan campur tangan ke dalam tanzim harakah berlaku ketika jamaah mengalami kelemahan, miskinnya roh `aqidah di kalangan jundiyah dan qiyadah, kuatnya kecenderungan mengejar maddiyyah dan jawatan.
7. Lemah atau hilangnya kesedaran politik (wa’yu siyasi) dalam harakah. Sesebuah harakah yang tidak memiliki wa’yu siyasi yang tinggi dan baik, tidak akan dapat mengimbangi peredaran zaman, gagal mengambil istifadah dan pengajaran dari pengalaman lepas, tidak mengkaji peranan harakah di masa depan dan tidak mampu membuat suatu keputusan politik setempat berdasarkan situasi dan kondisi politik internasional. Apabila harakah mengalami kelemahan seperti ini, akan berlaku sikap yang kontradiktif dan mudah terbawa arus. Keadaan ini memudah unsur-unsur negatif dari luar mengawal keputusan politik dalam harakah dan mengenepikan peranan majlis syura dalam jamaah.
Semua faktor kondisi yang dinyatakan oleh Ustaz Fathi Yakan adalah berkesimpulan dari masalah mendasar harakah Islamiah masa kini, iaitu “politik mendominasi tarbiah”. Keadaan ini menyebabkan suasana atau munakh harakah dikuasai oleh politik, bahkan sangat mempengaruhi pendirian dan sikap para anggota dan pimpinan harakah. Kewajipan Memelihara Asholatud Dakwah (Keaslian Dakwah).
Permasalahan dan penyakit yang berlaku di dalam harakah dakwah, hanya dapat dikawal dan diubati dengan memelihara keaslian dakwah yang kita warisi dari Baginda Rasulullah SAW. Syeikh Mustafa Masyhur Rahimahullah, dalam sebuah tulisannya, Qadhaya Asasiyyah `Ala Thoriqud Dakwah, menekankan betapa pentingnya Muhafazhah `Ala al-Asholah (memelihara keaslian dakwah), agar harakah terjamin berada di jalan yang benar menuju sasaran.
Sekecil-kecil penyelewengan dari asholah dakwah, pasti akan melahirkan kegelinciran yang semakin hari semakin besar, serta menyeret harakah jauh dari jalan yang benar dan gagal mencapai sasaran harakah.
I mam Asy-Syahid Hasan al-Banna selalu menekankan agar jamaah beriltizam dengan Islam, Al-Quran dan As-Sunnah serta melangkah ke medan dakwah berpandukan Sirah Rasulullah SAW ketika beliau menegakkan Daulah Islamiah pertama. (Mustafa Masyhur, Qadhaya Asasiyyah `Ala Thoriqud Dakwah).
Memelihara Asholah Dakwah bererti meletakkan kepentingan kepada tarbiyah. Kerana itu, tarbiyah dalam jemaah tidak boleh dikesampingkan atau diabaikan demi memenuhi tuntutan kegiatan politik, publisiti bahkan jihad sekalipun. Perencanaan takhtit dan tanzim semata-mata tidak mencukupi tanpa tarbiyah untuk membina izzah harakah di mata musuh Islam. Usrah merupakan tulang belakang tarbiyah dalam jamaah, yang berperanan sebagai wasilah yang mendidik ahli dan membentuk rijal.
Semua anggota di manapun peringkat jamaah, samada ahli hinggalah pimpinan tertinggi wajib mengikuti peringkat-peringkat tarbiyah sehingga sampai ajalnya. Kesimpulan Ternyata, kewajipan itu lebih banyak dari batas waktu yang kita miliki. Kerana itu, dakwah kita tidak dibina atas dasar rukhshah (keringanan) , tetapi dibangun atas dasar `azhimah dan tekad yang teguh. Jika hal ini diperhatikan dengan sewajarnya, dari peringkat ahli sehinggalah pimpinan jamaah, segala permasalahan yang sering melanda harakah dan dakwah, nescaya virus bahaya yang menular dalam tanzim binaan jamaah dapat diatasi.
Semoga kita mengambil pelajaran dan manfaat dari taushiyah yang disampaikan sejak enam belas tahun silam oleh seorang da`ie yang menjadi qudwah kepada kita, demi kebaikan dan kejayaan harakah dakwah di Negara kita. Kepada para Pejuang yang merindukan kejayaan….. Kepada Rakyat yang kebingungan di persimpangan jalan Kepada Pewaris peradaban yang telah menggoreskan Sebuah catatan membanggakan di lembar sejarah manusia Wahai kalian yang rindu kemenangan
….. Wahai kalian yang turun ke medan Demi mempersembahkan jiwa dan raga Untuk Islam tercinta…
makluman : Artikel ini pernah diterbitkan dalam Blog Ustaz Nasrudin Tantawi tanggal 17 Mac 2006.