Dunia Kesihatan

Wednesday, September 1, 2010

Screening by the Creator, siapakah yang berjaya memperolehnya?


ramadhan ke 21 tiba ke penghujungnya..bermula lah kini malam ke 22 ramadhan..hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kita hampir meninggalkan ramadhan kali ini..sedih rasa di hati..sungguh, sayu..rasa ku ingin selamanya berada di bulan barakah ini..


"surah al-qadr" keluar dari bibirku..seperti biasa kelas mengaji quran ku selalunya akan ku mulai dengan bacaan surah2 lazim...namun sejak bermulanya bulan ramadhan surah al-Qadr sering menjadi pilihanku..seronok bila melihat mereka berebut2 ingin membaca..menjadi tabiat dalam kelasku..markah tertinggi akan ku berikan kepada mereka yang dapat membaca dengan lancar..silap satu makhraj atau tajwidnya akan ku tolak satu markah..maka di situ, tanpa kusedari rupanya mereka saling compete sesama mereka..menatijahkan mereka hadirnya rasa mahu untuk membaca...boleh kah begitu?...mungkin itu methodku supaya mereka benar2 lancar dengan ayat2 dalam surah lazim ini..alhamdulillah, mereka dah semakin familiar dengan surah2 lazim ini..stage seterusnya..aku mula menerangkan sedikit demi sedikit maksud pada surah2 tertentu..pada aku, ini juga satu usrah, sejak dari awal lagi aku menganggap mereka mad`u ku, anak usrahku, yang ku anggap seperti adik2 ku sendiri..sehingga mereka menganggap ku seperti kawan..huh..payah juga yang ni..bile dah anggap mcm kawan, tiada pula nampak rasa hormat dia kepada ku sebagai gurunya...tak mengapalah, sekurang-kurang nya kehadiranku memberi manfaat kepada mereka..iyya..asalnya ingin ku ceritakan tentang surah al Qadr..surah yang menceritakan bagaimana malam al Qadr itu.


Dengan menyebut nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.


1. sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam al-Qadr
2. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
3. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan
4. Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin tuhannya untuk mengatur semua urusan
5. Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar

TAFSIRNYA

Lailatul Qadr juga dikenali dengan Lailatul Mubarakah sebagaimana yang disebut dalam firman Allah yang berbunyi, “Innaa anzalnahu fi lailatin mubaarakah.” yg maksudnya, “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya(al Qur’an) pada malam yang penuh keberkatan”. Dan malam tersebut sudah pastinya di bulan Ramadhan, sebagaimana firman Allah yang bermaksud, “Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al Qur’an.” Ibn Abbas berkata: Allah telah menurunkan al Qur’an dalam jumlah yang satu(sekaligus) daripada lauh mahfuz ke baitul ‘Izzah di Langit Dunia. Kemudian ia diturunkan secara beransur-ansur berdasarkan kejadian yang berlaku sepanjang kehidupan Nabi Muhammad sebagai Rasulullah selama tempoh 23 tahun.


Ayat 2 & 3-ASAL USUL SERIBU BULAN


Diriwayatkan daripada Ibnu Abi Hatim daripada Mujahid bahawa ada seorang lelaki dari Bani Israil, namanya Syam’un. beliau merupakan seorang pahlawan Islam yang berjuang di jalan Allah selama seribu bulan. Selama perjuangannya seribu bulan, beliau tidak pernah dikalahkan oleh musuhnya.
Ada pula riwayat Ibnu Jarir daripada Mujahid juga, mengatakan beliau (lelaki Bani Israil) itu pada malam harinya sentiasa mendirikan ibadah malam sehingga subuh, manakala pada siang harinya berjihad menentang musuh sehinggalah menjelang petang selama seribu bulan.


Hikayat Sham’un


Imam Al Ghazali menceritakan kisah Sham’un dengan agak terperinci. Kisahnya begini: Sham’un merupakan seorang pahlawan di kalangan Bani Israil dan beliau tidak pernah dikalahkan musuh. Suatu hari, musuh nya berbincang cara untuk menewaskan Syam’un. Lalu mereka menghantar utusan kepada Isteri Syam’un untuk memperdayakannya. Utusan tersebut membawa satu bejana ppenuh dengan emas dan meminta isteri Syam’un supaya mengikat suaminya pada malam hari. Akibat tamakkan emas, isterinya sanggup mengikat Syam’un pada malam harinya. Keesokkan paginya, apabila Syam’un bangkit dari tidur, dengan mudahnya tali yang mengikatnya terputus satu demi satu. Lalu beliau bertanya kepada isterinya kenapa beliau diikat? Jawab isterinya, dia mahu menguji kekuatan Syam’un. Apabila pihak musuh mengetahui bahawa rancangan tersebut gagal, mereka berputus asa. Kemudian Iblis datang menemui mereka dan menasihati mereka agar meminta isteri Syam’un tanya suaminya itu apakah rahsia kekuatannya? Pada malam nya, si isteri bertanyakan Syam’un tentang perkara itu. Syam’un yang pada awalnya keberatan memberitahu, akhirnya mendedahkan rahsia kekuatannya terletak pada lapan helai janggutnya yang panjangnya hingga ke tanah. Setelah Syam’un terlena, si isteri pun memotong janggut suaminya yang hanya lapan helai itu lalu diikatnya pada kaki dan tangan Syam’un. Pihak musuh datang menangkap Syam’un dan membawanya ke rumah pasung untuk diseksa. Mereka menyeksa Syam’un dengan memotong sedikit demi sedikit anggota tubuh Syam’un seperti telinga, mulut dan lain-lain. Lalu Syam’un yang berada dalam kesakitan , berdoa kepada Allah agar diberikan kekuatan untuk melawan musuhnya. Tiba-tiba Allah memakbulkan doa Syam’un , dan Syam’un menarik ikatan yang mengikatnya pada tiang2 besar di rumah pasung itu hingga menyebabkannya runtuh lalu menimpa musuh2nya sehingga mati.


Sambungan Tafsir


Sufyan as Thauri berkata, “telah disampaikan kepada aku daripada Mujahid bahawa malam al qadr lebih baik daripada seribu bulan (maknanya): amalannya, puasanya, dan mendirikan malamnya adalah lebih baik dari seribu bulan. Dan daripada Mujahid, Malam al qadr lebih baik daripada seribu bulan yang tidak ada malam al qadr padanya.

Daripada Abi Hurairah radhiallahu anhu berkata bahawa Rasulullah bersabda, 


Barangsiapa yang mendirikan malam al qadr dengan penuh keimanan dan mengharapkan keampunan dari Allah, diampunkan baginya dosanya yang telah lampau.”

Ayat 4-Malaikat Turun Bawa Rahmat dan Berkat


Malaikat-malaikat yang dimaksudkan dala ayat ialah malaikat rahmat yang membawa segala rahmat dan keberkatan pada malam itu. Banyaknya malaikat turun menandakan banyaknya keberkatan dan rahmat turun pada malam al qadr. Keadaan ini samalah ketika turunnya Malaikat kepada orang yang sedang membaca al Qur’an atau orang yang duduk dalam majlis /halaqah zikr. Mereka melingkungi orang yang berzikir serta melabuhkan sayap mereka ke atas orang2 yang menuntut ilmu kerana memuliakan penuntut ilmu.


Manakala ar Ruh pula ialah Malaikat Jibril alaihissalam.Adapun “membawa segala urusan” membawa maksud segala taqdir berkaitan ajal dan rezeki, dan ketentuan segala perkara sebagaimana disebut oleh qatadah.


Ayat 5-Sejahtera hingga Subuh


Sejahtera di sini bermaksud Syaitan tidak dibenarkan melakukan perkara 2 jahat pada malam itu. Kata Qatadah dan Ibn Zaid , Rasulullah bersabda, “ Salaamun hia” bermaksud baik seluruhnya , tidak ada padanya(malam al qadr) kejahatan hinggalah terbitnya fajr(Subuh).


Adapun antara tanda Malam al Qadr ialah berdasarkan kepada hadis2 di bawah:


Dari ‘Ubay Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.


“Ertinya : Pagi hari malam Lailatul Qadar, matahari terbit tidak menyilaukan, seperti bejana hingga meninggi” [Hadits Riwayat Muslim 762]

Dari Abu Hurairah, ia berkata : Kami menyebutkan malam Lailatul Qadar di sisi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda.
“Ertinya : Siapa di antara kalian yang ingat ketika terbit bulan seperti syiqi jafnah” 


Dan dari Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Artinya : (Malam) Lailatul Qadar adalah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, (dan) keesokan harinya cahaya sinar mataharinya melemah kemerah-merahan” [Tahayalisi 349, Ibnu Khuzaimah 3/231, Bazzar 1/486, sanadnya Hasan]

PENUTUP


Marilah kita sama2 mencari lailatul qadar pada malam2 yang ganjil sebagaimana sabda RASULULLAH yang baksudnya, “…Maka carilah ia sungguh2 pada 10 malam yang terakhir dari Ramadhan.”


~penjelasan tafsir surah dari ibnuabbas( http://ibnuabbas.wordpress.com)~



Sunday, August 29, 2010

peringatan buat diriku

Bila kita perlu memilih..yang mana satu akan kita pilih..Bagi orang yang merasai halawatul iman dalam dirinya, lantas terdetik di hatinya yang manakah pilihan terbaik pada pandangan Rabbnya..kerana dia selalu berikrar dan yakin bahawa hidupnya, matinya hanya untuk Allah, maka segala ketentuan bagi dirinya diserahkan pada yang esa..dia hanya mampu berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan yang terbaik..tetapi siapalah kita, hanya manusia biasa yang sering lalai dan leka, punyai iman bak binomial graph..ada kala mencapai maximum range, ada kalanya pula turun mendadak melebihi intercept “zero”..nauzubillah..namun disini ingin saya kongsikan satu hadis Rasulullah SAW yang mengajarkan kita supaya beristikharah dalam setiap permasalahan seperti sebuah surah dalam al-Quran. Baginda bersabda “ Jika kamu bingung dalam memutuskan masalah, maka hendaklah ia rukuk dua kali (solat dua rakaat) selain solat fardhu. Kemudian bacalah Ya Allah! Aku memohon pilihan kepadaMU dengan ilmuMU. Aku mohon kekuatan dariMU dengan kekuatan dariMU. Aku meminta dari anugerahMu yang agung. Sebab Engkau maha kuat dan aku tidak berdaya. Engkau maha tahu dan aku tidak tahu. Dan Engkau adalah zat yang mengetahui hal-hal ghaib. Ya Allah! Jika Engkau tahu bahawa masalah ini membawa kebaikan bagiku dalam agamaku, kehidupanku, akhir urusanku maka berilah kekuatan kepadanya untukku, mudahkanlah hal itu bagiku dan berkatilah aku di dalamnya. Jika Engkau tahu bahawa hal ini adalah buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku, maka jauhkanlah ia dariku, dan jauhkanlah aku darinya. Dan tentukanlah kebaikan kepadaku di mana sahaja berada, dan tenangkanlah diriku dengan kebaikan tersebut”. Hadis diriwayatkan oleh Bukhari.

“ hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang telah engkau beri nikmat kepadanya, bukan jalan mereka yang dimurkai, dan bukan pula jalan mereka yang sesat” (al-fatehah: ayat 5-7)

~ayat di atas ada kaitannya dengan ayat di bawah ini~ (menerangkan lagi bagaimana cara untuk memperoleh jalan yang lurus itu)

“Dan pasti Kami tunjukkan kepada mereka jalan yang lurus, dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul (Muhammad) maka mereka itu akan bersama-sama dengan orang yang diberikan nikmat oleh Allah, iaitu para nabi, para pencinta kebenaran, orang yang mati syahid dan orang-orang yang Salleh. Mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah karunia daripada Allah dan cukuplah Allah yang maha mengetahui.” (An-Nisa` : ayat 68-69)

..dan dalam melalui liku2 kehidupan ini kadang2 kita berasa penat..dan hampir berputus asa..lantas Allah memberikan motivasi dan semangat kepada kita melalui kalam2 Nya yang suci..saya tertarik untuk mengaitkannya dengan kandungan surah al-Insyirah..surah lazim yang selalu arwah ayahku baca dikala kami same2 solat berjemaah..selain surah al`ala..dua surah ini..jika dibaca..pasti akan terkenang bagaimana alunan suara arwah ayahku ketika membacanya..sehingga aku sendiri terhafal lantunan taranumnya..sungguh hebat peranan seorang ayah kan kawan2..erm..terlari sedikit dari point yang asal..tadi kite cerita tentang motivasi kan?..motivasi dan semangat kalamuLLAH dalan surah ai-insyirah..surah ini adalah surah makkiyah dan diturunkan kepada nabi ketika mana nabi ditimpa kesedihan selepas kehilangan dua orang insan yang amat diperlukannya, kemudian ditambah pula dengan cacian, makian dan tomahan kafir quraisy yang menolak seruan dakwah baginda SAW.

Sebelum itu mari kita fahami tafsir kesuluruhan ayat dalam surah ini

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang
1. Bukankah kami telah melapangkan dadamu (Muhammad)
2. Dan kami pun telah menurunkan bebanmu darimu
3. Yang memberatkan Punggungmu
4. Dan kami tinggalkan sebutan (nama)mu bagimu
5. Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan
6. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan
7. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain)
8. Dan hanya kepada tuhanmulah engkau berharap.

Mari sama2 kita fahami maksud tersirat ini..ayat ke 5 dan 6..terdapat penekanan yang Allah berikan..Dia ingatkan kita bahawa bersama Kesulitan pasti ada kemudahan..selain itu jika kita lihat dari sudut bahasa pula (Al-`usri Yusra)..

Al-`usri : isim ma`rifah..menunjukkan satu..iaitu satu kesulitan/kesusahan/kepayahan…
Yusra : isim nakirah..menunjukkan dua..iaitu kemudahan

~sedikit intipati yang saya dapat semasa mendengar kuliah tafsir ustaz zahazan~

~coretan peringatan buat diriku~

Tuesday, August 17, 2010

Muhasabah Ramadhan

Ramadhan tiba..yep..kita jadikan ia kem bina diri..atau sahabat2 ku kate inilah satu madrasah, or tarbiyah untuk mendidik diri, menundukkan nafsu, mendekatkan lagi diri kepada yang maha SATU..hari ni entru yang ku tulis x merujuk mane2 buku, sekadar cetusan minda daripada pembacaan dan tazkirah2 yang ku dengar dan sempat menerobos ke jiwa ini...7 Ramadhan 1431 H..dah 7 hari kita berpuasa..adakah puasa kita ini hanya menahan diri dari lapar dan dahaga sahaja?..atau puasa kita ini adalah satu platform untuk menunjukkan diri kita ini muslim?..atau mungkin kita jadikan puasa sebulan ini sebagai momentum untuk kita taqarrub dan terus istiqamah dalam menjaga cinta kita pada tuhan sekalian alam?

"if you fail to plan, you are plan to fail"...words yang selalu kita dengar?...saidina ali R.A pernah berkata "kebatilan yang berperancangan dapat mengalahkan kebenaran yang tidak berperancangan"...mesti dah biasa dengar kan?..."selalu dengar, dah naik bosan kot"..mungkin itu jawapan kita...atau mungkin jadikan serangkap ayat ini sebagai madah yang hanya meniti di bibir2 dan indah di puisi karya..namun sejauh manakah kita mengamalkannya?...adakah kita tergolong dikalangan orang yang "tahu tapi tak tahu ape yang dia tahu"..atau "tahu tapi jauh dari mahu"...yep..memang kita plan jadual hidup kita, aktiviviti yang akan kita lakukan setiap hari, kerja yang perlu kita siapkan setiap hari..tapi nak tanye seket la..."ade tak plan untuk tazkiyatunnafs kita?"...start 1 ramadhan nie, aku nak bace 1 hari 1 juz alquran, setiap minggu aku mesti infakkan sedikit duitku untuk bersedekah paling kurang 2 ringgit, atau sebulan 10 ringgit, aku mesti bangun tahajjud setiap malam, surah2 lazim aku mesti hafal, kitab2 ilmiah paling kurang 1 buah buku aku khatamkan setahun...misalan..

hajat x nak celoteh panjang...sebab xde input sangat nak kongsi...cume sekadar muhasabah kita bersama...sahabat tegurlah diriku andai aku melakukan kesilapan...kerana sahabat itu melazimi sahabatnya yang lain...moga kita same2 berusaha mengejar misi mencari redha dan rahamat Illahi...moga aku diberi kekuatan untuk membantu dikau tatkala dikau memerlukanku..dan moge kau juge diberi kekuatan oleh ya Jabbar tatkala aku sangat2 memerlukanmu..Berpesan2 pesanlah kita dengan kebenaran dan kesabaran jika tidak mahu kita digolongkan dikalangan orang2 yang rugi..kerana Allah telah bersumpah demi masa...manusia itu dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, serta berpesan2 dengan kebenaran dan kesabaran.

Saturday, July 31, 2010

DATE madrasah RAMADHAN

Jom Pakat ready nak wat lebih byk DATE dgn DIA menuju madrasah ramadhan..surat2 cinta DIA kita habiskan bace en faham.. Ready paling kurang 5 minit awal b4 DATE ngan DIA..pastu..selalulah ingat DIA..sampai tidur pun xlena..boleh bangun plak tue tgah malam wat DATE lagi..xckup 5 kali sehari..tambah lagi DATE berkali kali..semakin hari semakin hilang jemu..JOM!..sape x join rugi la dy..

Tuesday, July 27, 2010

BERUSAHA - BERJAYA


BERSAMA-SAMA KITA MEMBINA
MASA DEPAN YANG LEBIHGEMILANG
KITA TANAMKAN TEKADDI HATI
BERUSAHA MENUJU WAWASAN
RAJIN BEKERJA TERUS BERUSAHA
BAGAI HIDUP SELAMA-LAMANYA
BERAMAL IBADAH KEPADA ALLAH
BAGAI ESOK SUDAH TIADA LAGI
BERSAMA INI KITA SEMAI CITA
BERSAMA-SAMA KITA MENGEJARNYA
DAN BERSAMA-SAMA KITAPUN BERDOA
AGAR SEMUA USAHA KITA DIBERKATI
HINDARKAN KEMALASAN
JAUHILAH RASA RENDAH DIRI
POHON TAKKAN BERBUAH
JIKA TAK DIBAJAI
BEGITULAH HIDUP KITA
PERLU BEKERJA DAN BERUSAHA
BULAT TAKKAN BERGOLEK
PIPIH TAK DATANG MELAYANG
LIRIK: KHAZANAH PUISIITO LARA (TELAGA BIRU PUBLISHING SDN. BHD.)
LAGU: ISMAN NADIM (TELAGABIRU PUBLISHING SDN. BHD.)