Tanpa dakwah, ajakan tidak berlaku, seruan tidak terjadi. Dakwah bukan sahaja menjentik minda tetapi perlu keberkesanan di hati. Kalimah dakwah bukan sekadar mengajak mengajar berfikir, bahkan membimbing manusia ke arah kebenaran dan perubahan.
Thursday, April 14, 2011
Fatimah Syarha - Nikmat Cinta Setelah Berkahwin.
Wednesday, April 13, 2011
Kembalikan Hasil Bumi untuk Anak Jati
Monday, April 11, 2011
Soal Hati
“Ustaz, hati tu jantung ke?”
“Isshh..bukan..” Dengan yakin kita menjawab.
“Hati tu sama dengan akal eh?”
“Mmm...bukan kot...”
“Habis tu, hati tu apa ustaz?”
“Errr....”
Bila kita ditanya atau bercakap tentang HATI,pasti anda dan saya sendiri kurang mengerti dan faham tentang makhluk Allah yang satu ini.Kalaupun ada antara anda yang faham, pasti susah untuk anda jelaskan. Ia umpama angin,dapat anda rasa tapi tak dapat anda lihat. Hati tak sama dengan akal, dan bukan pula jantung, walaupun tempatnya sama-sama di dada.
Apapun hati itu, yang lebih penting adalah bagaimana cara kita menjaga dan menggunakannya. Sebab seketul daging inilah yang menentukan baik atau rosaknya diri kita. Selalu kita berada dalam satu kondisi atau situasi yang sama, tapi cara dan sudut pandang antara kita dan orang sekeliling kita berbeza-beza. Contohnya, saya ambil dari pengalaman diri saya sendiri. Selama 5 tahun lebih belajar di negeri jiran, banyak pengalaman dan pengajaran yang dapat saya bawa pulang. Antaranya, yang paling saya tak boleh lupakan, iaitu ketika bertugas(clinical) di department O&G (wad bersalin). Banyak antara kawan-kawan yang masuk department tersebut dengan niat nak kuasai betul-betul ilmu yang ada kat situ supaya boleh dipraktikkan di Malaysia nanti..Alhamdulillah..namun ada juga yang masuk dengan fikiran yang agak nakal..nauzubillah...Saya pulak masuk dengan harapan nak tengok satu benda =) Untuk pengetahuan anda semua, kami kena bertugas di department ni selama 3 bulan..Pada minggu pertama, benda yang saya nak sangat tengok tak dapat..sedih..masuk minggu kedua pun belum dapat..tambah sedih..minggu ketiga pun tak ada..mulai risau..minggu keempat pun masih belum ada..tambah risau..minggu kelima,keenam..dan akhirnya minggu ketujuh..selepas selamat melahirkan, seorang ibu memanggil saya. ”Dok, boleh tolong azankan anakku?Bapaknya lagi ke luar kota..minta tolong ya dok...” isk isk betapa terharunya waktu tu..akhirnya penantian saya selama ni terbalas juga.hehe..alhamdulillah.. “InsyaAllah,boleh banget buk..Allahu Akbar Allahu akbar!!
Begitu susahnya sekarang ini kita nak melihat anak yang baru dilahirkan dengan fitrah yang suci mendengar buat kali pertama hidup di alam barunya dengan kalimat yang juga suci. Amat sedih rasanya. Walaupun amalan ini bukanlah suatu kewajipan bagi seorang bapa, tetapi ia merupakan sunat muakkad yang diajarkan oleh kekasih kita, Rasulullah S.A.W. Dan sepanjang 3 bulan saya di department tersebut, tidak sampai 10 kali saya dapat melihat perkara tersebut. Ingatlah para doktor dan bakal doktor, tugas anda bukan hanya membantu orang-orang yang sakit di luar sana, tetapi gunakanlah setiap ruang dan peluang yang ada untuk menyampaikan dakwah. Wahai ibu bapa dan bakal-bakal ibu dan bapa,tunaikanlah tanggungjawab anda terhadap anak-anak anda sejak mereka masih dalam kandungan, sedari mereka diselimuti oleh 3 kegelapan lagi.Pandanglah sesuatu dengan pandangan hati anda, bukan semata-mata dengan pandangan mata yang menipu. Pandanglah apa yang tersurat, hayatilah apa yang tersirat. Dari mata turun ke hati, dari hati membawa kepada Ilahi.
Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melelulu
Pandangan HATI itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih...
Ya Allah,Engkau lembutkanlah hati-hati kami sebagaimana Engkau lembutkan besi untuk nabi Daud. Engkau bimbinglah hati-hati kami untuk sentiasa mentaatimu, dan janganlah sesekali Engkau biarkan kami sendirian dalam mengurus hati ini..ameen..
Wednesday, March 30, 2011
Cellulase dan Muslim
Tuesday, March 29, 2011
Wanita Acuan Al-Quran
Thursday, March 10, 2011
Azfar - Akan Ku Jumpa With Lyric
Tuesday, March 8, 2011
Selamat Hari Wanita Sedunia: Wanita Perindu Syurga
"(Apakah) perumpamaan (penghuni) Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamr (arak) yang lazat rasanya bagi peminumnya, dan sungai-sungai dari madu yang disaring dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka sama dengan orang yang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong-motong ususnya?" (Muhammad : 15)
Nikmatnya Syurga!
Di samping mendapatkan kenikmatan-kenikmatan tersebut, orang-orang yang beriman kepada Allah SWT kelak akan mendapatkan pendamping (isteri) dari bidadari-bidadari Syurga nan rupawan yang banyak dikisahkan dalam ayat-ayat Al Qur'an yang mulia, di antaranya :
"Dan (di dalam Syurga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli laksana mutiara yang tersimpan baik." (Al Waqiah : 22-23)
"Dan di dalam Syurga-Syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan, menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni Syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin." (Ar Rahman : 56)
"Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan." (Ar Rahman : 58)
"Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan penuh cinta lagi sebaya umurnya." (Al Waqiah : 35-37)
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam menggambarkan keutamaan-keutamaan wanita penduduk Syurga dalam sabda beliau :
" ... seandainya salah seorang wanita penduduk Syurga menengok penduduk bumi niscaya dia akan menyinari antara keduanya (penduduk Surga dan penduduk bumi) dan akan memenuhinya bau wangi-wangian. Dan setengah dari kerudung wanita Syurga yang ada di kepalanya itu lebih baik daripada dunia dan isinya." (HR. Bukhari dari Anas bin Malik radliyallahu 'anhu)
Dalam hadith lain Rasulullah SAW bersabda :
Sesungguhnya isteri-isteri penduduk Syurga akan memanggil suami-suami mereka dengan suara yang merdu yang tidak pernah didengarkan oleh seorangpun. Di antara yang didendangkan oleh mereka : "Kami adalah wanita-wanita pilihan yang terbaik. Isteri-isteri kaum yang termulia. Mereka memandang dengan mata yang menyejukkan." Dan mereka juga mendendangkan : "Kami adalah wanita-wanita yang kekal, tidak akan mati. Kami adalah wanita-wanita yang aman, tidak akan takut. Kami adalah wanita-wanita yang tinggal, tidak akan pergi." (Shahih Al Jami' nombor 1557)
Ciri-ciri Wanita Syurga
Isteri-isteri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk Surga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.
Di antara ciri-ciri wanita ahli Surga adalah :
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
Demikian beberapa ciri-ciri wanita Ahli Syurga yang kami sadur dari kitab Majmu' Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juz 11 halaman 422-423. Ciri-ciri tersebut bukan merupakan suatu batasan tetapi ciri-ciri wanita Ahli Syurga seluruhnya masuk dalam kerangka taat kepada Allah dan Rasul-Nya.
" ... dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar." (An Nisa' : 13)
Artikel www.iluvislam.com




