Wednesday, September 16, 2009

NASIHAT SYEIKH ALI TANTAWI KEPADA SEMUA MUSLIMAT:



Kepada Puteriku,



Wahai puteriku..aku seorang bapa yang sedang memasuki usia lima puluh tahun. Usia muda telah aku lewati aku tinggalkan kenangan, impian, lamunan-lamunan dengan segala ujian-ujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.

Wahai puteriku…banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.

Semua itu berterusan aku sampaikan, aku tulis dan khutbahkan…sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu. Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi. Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.




Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk. Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubuhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu negara Islam yang mampu mengelak.

Sebagai contoh negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yag sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya, sekarang masyaAllah!! Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. Kita gagal, dan aku kira kita tidak akan berjaya. Tahukah engkau apa penyebabnya? Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya

Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha unuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.

Engkau benar puteriku, bahawa kaum lelakilah yang mula-mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.

Engkau berkata kepada pencuri : “Silakan masuk”…dan setelah engkau kecurian barulah engkau tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak .. “tolong….tolong...aku kecurian.”

Seandaiya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala. Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalaj pencuri, pasti engkau akan berhati hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang kikir terhadap pencuri. Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki meinginkan lebih dari sekadar kambing…dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.

Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.
Wahai puteriku…Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.


Aku bersumpah lagi: “Demi Allah, jangan percaya terhadap kata-kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab”. Bohong…Bohong!…Demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.

Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.
Apakah sesudah itu puteriku?


Renungkanlah!


Wednesday, September 9, 2009

Profil Peribadi Muslim Yang digariskan oleh Imam Shaheed Hasan alBanna





........................................................................................
PROFIL PERIBADI MUSLIM

1. Salimul Aqidah (Aqidah Yang Bersih)


2. Sahihul Ibadah (Ibadah Yang Benar)


3. Matinul Khuluq (Akhlak Yang Kukuh)


4. Qowiyyul Jismi (Kekuatan Jasmani)


5. Mutsaqqoful Fikri (Intelek Dalam Berfikir)


6. Mujahadatul Linafsihi (Berjuang Melawan Hawa Nafsu)


7. Harishun Ala Waqtihi (Pandai Menjaga Masa)

8. Munazhzhamun Fi Syuunihi (Teratur Dalam Sesuatu Urusan)


9. Qadirun Alal Kasbi (Memiliki Kemampuan Usaha Sendiri)


10.Nafi'un Lighoirihi (Bermanfaat Kepada Orang Lain)


Al-Qur'an dan Sunnah merupakan dua pusaka Rasulullah (SAW) yang harus selalu dirujuk oleh setiap muslim di dalam segala aspek kehidupan. Salah satu daripada aspek-aspek kehidupan yang penting ialah pembentukan dan pengembangan peribadi muslim. Peribadi muslim yang dikehendaki Al-Qur'an dan Sunnah adalah peribadi yang soleh.


Peribadi muslim merangkumi sikap, ucapan dan tindakan berlandaskan oleh nilai-nilai yang datang dari Allah (SWT). Persepsi atau gambaran masyarakat tentang peribadi muslim memang berbeza-beza. Bahkan banyak yang pemahamannya terlalu sempit sehingga seolah-olah peribadi muslim itu tercermin pada orang yang hanya rajin menjalankan Islam dari aspek ubudiyah atau ibadah yang khusus seperti solat, puasa, zakat dan haji. Padahal itu hanyalah satu aspek saja dan masih banyak aspek-aspek lain yang harus dihayati dan dimiliki oleh peribadi seorang muslim. Oleh itu, satu piawai peribadi muslim yang berdasarkan Al Qur'an dan Sunnah merupakan sesuatu yang harus dirumuskan, sehingga dapat menjadi acuan bagi pembentukan peribadi muslim. Bila disederhanakan, setidaknya ada sepuluh sifat atau ciri khas yang mesti ada pada peribadi muslim.

[1]. Salimul Aqidah (Aqidah yang bersih)

Salimul aqidah merupakan sesuatu yang harus ada pada setiap muslim. Dengan aqidah yang bersih, seorang muslim akan memiliki ikatan yang kuat kepada Allah (SWT). Dengan ikatan yang kuat itu dia tidak akan menyimpang dari jalan dan ketentuan-ketentuan -Nya. Dengan kebersihan dan kemantapan aqidah, seorang muslim akan menyerahkan segala perbuatannya kepada Allah sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku, semua bagi Allah tuhan semesta alam" (Al-an'aam:162). Kerana aqidah yang salim merupakan sesuatu yang amat penting, maka dalam awal da'wahnya kepada para sahabat di Mekkah, Rasulullah (SAW) mengutamakan pembinaan aqidah, iman dan tauhid.

[2]. Shahihul Ibadah (Ibadah yang benar)

Apabila disebut ibadah di dalam Islam, ia tidak hanya tertumpu kepada ibadah khusus seperti ibadat solat, puasa, zakat dan haji. Malah, ibadah di dalam Islam merangkumi segala urusan hidup kerana ia bersesuaian dengan firman Allah (SWT) yang bermaksud: "Aku tidak menjadikan jin dan manusia kecuali mereka beribadat kepadaKu" (Az- Zariyat: 56). Adalah menjadi kewajipan kita membetulkan niat yang ikhlas di dalam menjalankan setiap amalan harian kita agar menepati firman Allah (SWT) tersebut dan memastikan amalan-amalan tersebut tidak bertentangan dengan ajaran Rasulullah (SAW). Shahihul ibadah merupakan salah satu perintah Rasulullah (SAW) yang penting. Dalam satu hadisnya, beliau bersabda yang bermaksud: "Solatlah kamu sebagaimana melihat aku solat". Dari ungkapan ini maka dapat disimpulkan bahawa dalam melaksanakan setiap
peribadatan haruslah merujuk kepada sunnah Rasulullah (SAW) yang bererti tidak boleh ada unsur penambahan atau pengurangan.

[3]. Matinul Khuluq (Akhlak yang kukuh)

Matinul khuluq merupakan sikap dan perilaku yang harus dimiliki oleh setiap muslim, baik dalam hubungannya kepada Allah maupun dengan makhluk-makhluk- Nya. Dengan akhlak yang mulia, manusia akan bahagia dalam hidupnya, baik di dunia dan di akhirat. Karana begitu penting memiliki akhlak yang mulia bagi umat manusia, maka Rasulullah (SAW) diutus untuk memperbaiki akhlak dan beliau sendiri telah mencontohkan kepada kita akhlaknya yang agung sehingga diabadikan oleh Allah (SWT) di dalam Al Qur'an. Allah berfirman yang bermaksud:


"Dan sesungguhnya kamu benar-benar memiliki akhlak yang agung"
(Al- Qalam: 4).

[4]. Qowiyyul Jismi (Kekuatan jasmani)

Qowiyyul jismi merupakan salah satu sisi peribadi muslim yang harus ada. Kekuatan jasmani bererti seorang muslim memiliki daya tahan tubuh sehingga dapat melaksanakan ajaran Islam secara optimal dengan fizikalnya yang kuat. Solat, puasa, zakat dan haji merupakan amalan di dalam Islam yang harus dilaksanakan dengan fizikal yang sihat dan kuat. Apalagi berjihad di jalan Allah dan bentuk-bentuk perjuangan yang lainnya. Oleh kerana itu, kesihatan jasmani harus mendapat perhatian seorang muslim dan pencegahan dari penyakit jauh lebih utama daripada pengubatan. Meskipun demikian, sakit tetap kita anggap sebagai sesuatu yang wajar bila hal itu kadang-kadang terjadi. Namun jangan sampai seorang muslim bersakit-sakitan. Kerana kekuatan jasmani juga termasuk hal yang penting, maka Rasulullah (SAW) bersabda yang bermaksud: "Mukmin yang kuat lebih aku cintai
daripada mukmin yang lemah (HR. Muslim)

[5]. Mutsaqqoful Fikri (intelek dalam berfikir)

Mutsaqqoful fikri merupakan salah satu sisi peribadi muslim yang juga penting. Kerana itu salah satu sifat Rasul adalah fatonah (cerdas). Al Qur'an juga banyak mengungkap ayat-ayat yang merangsang manusia untuk berfikir, misalnya firman Allah yang bermaksud: "Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. katakanlah: " pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa nfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya". Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: "Yang lebih dari keperluan". Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir" (Al- Baqarah: 219) Di dalam Islam, tidak ada satupun perbuatan yang harus kita lakukan, kecuali harus dimulai dengan aktiviti berfikir. Kerananya seorang muslim harus memiliki wawasan keislaman dan keilmuan yang luas. Bayangkan, betapa bahayanya suatu perbuatan tanpa mendapatkan
pertimbangan pemikiran secara matang terlebih dahulu. Oleh kerana itu Allah mempertanyakan kepada kita tentang tingkatan intelektual seseorang, sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
Katakanlah: "samakah orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?"', sesungguhnya orang-orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran". (Az-Zumar: 9)

[6]. Mujahadatul Linafsihi (Berjuang melawan hawa nafsu)

Mujahadatul linafsihi merupakan salah satu keperibadian yang harus ada pada diri seorang muslim kerana setiap manusia memiliki kecenderungan pada yang baik dan yang buruk. Melaksanakan kecenderungan pada yang baik dan menghindari yang buruk amat menuntut adanya kesungguhan. Kesungguhan itu akan ada manakala seseorang berjuang dalam melawan hawa nafsu. Hawa nafsu yang ada pada setiap diri manusia harus diupayakan tunduk pada ajaran Islam. Rasulullah (SAW) bersabda yang bermaksud: "
Tidak beriman seseorang
dari kamu sehingga ia menjadikan hawa nafsunya mengikuti apa yang
aku bawa (ajaran Islam)" (HR. Hakim)

[7]. Harishun Ala Waqtihi (Pandai menjaga masa)

Harishun ala waqtihi merupakan faktor penting bagi manusia. Hal ini kerana waktu mendapat perhatian yang begitu besar dari Allah dan Rasul-Nya. Allah (SWT) banyak bersumpah di dalam Al Qur'an dengan menyebut nama waktu seperti wal fajri, wad dhuha, wal asri, wallaili dan seterusnya.

Allah (SWT) memberikan waktu kepada manusia dalam jumlah yang sama, yakni 24 jam sehari semalam. Dari waktu yang 24 jam itu, ada manusia yang beruntung dan tak sedikit manusia yang rugi. Kerana itu tepatlah sebuah peribahasa yang menyatakan: "Lebih baik kehilangan jam daripada kehilangan waktu". Waktu merupakan sesuatu yang cepat berlalu dan tidak akan pernah kembali lagi. Oleh kerana itu setiap muslim amat dituntut untuk pandai mengelola waktunya dengan baik sehingga waktu berlalu dengan penggunaan yang efektif, tak ada yang
sia-sia. Maka di antara yang ditegur oleh Nabi (SAW) adalah memanfaatkan momentum lima perkara sebelum datang lima perkara, yakni waktu hidup sebelum mati, sihat sebelum datang sakit, muda sebelum tua, lapang sebelum sibuk dan kaya sebelum miskin. Hadis tersebut diriwayatkan Imam Hakim dalam kitab al-Mustadrak.

[8]. Munazhzhamun fi Syuunihi (Bersistematik dalam menjalankan
sesuatu urusan)

Munazhzhaman fi syuunihi termasuk keperibadian seorang muslim yang ditekankan oleh Al Qur'an maupun Sunnah. Oleh kerana itu dalam hukum Islam, baik yang terkait dengan masalah ubudiyah maupun muamalah harus diselesaikan dan dilaksanakan dengan baik. Ketika suatu urusan ditangani secara bersama-sama, maka diharuskan bekerjasama dengan baik sehingga Allah menjadi cinta kepadanya. Dengan kata lain, suatu urusan mesti dikerjakan secara profesional. Apapun yang dikerjakan, profesionalisme selalu diperhatikan. Bersungguh-sungguh, bersemangat, berkorban, berkelanjutan dan berdasarkan ilmu pengetahuan merupakan hal-hal yang mesti mendapat perhatian serius dalam penunaian tugas-tugas yang diamanahkan.

[9]. Qodirun Alal Kasbi (Memiliki kemampuan usaha sendiri/mandiri)

Qodirun alal kasbi merupakan ciri lain yang harus ada pada diri seorang muslim. Ini merupakan sesuatu yang amat diperlukan. Mempertahankan kebenaran dan berjuang menegakkannya baru boleh dilaksanakan manakala seseorang medmiliki kemandirian terutama dari segi ekonomi. Tak sedikit seseorang mengorbankan prinsip yang telah ianutnya kerana tidak memiliki kemandirian dari segi ekonomi. Kerana peribadi muslim tidaklah mesti miskin, seorang muslim boleh saja kaya bahkan memang harus kaya agar dia boleh menunaikan ibadah haji dan umroh, zakat, infaq, shadaqah dan mempersiapkan masa depan yang baik. Oleh kerana itu perintah mencari nafkah amat banyak di dalam Al Qur'an maupun hadis dan hal itu memiliki keutamaan yang sangat tinggi. Dalam kaitan menciptakan kemandirian inilah seorang muslim amat dituntut memiliki keahlian apa saja yang baik. Keahliannya itu menjadi sebab baginya mendapat rizeki daripada Allah (SWT). Rezeki yang telah Allah sediakan harus diambil dan untuk mengambilnya diperlukan kepakaran atau ketrampilan.

[10]. Nafi'un Lighoirihi (Bermanfaat kepada orang lain)

Nafi'un lighoirihi merupakan sebuah tuntutan kepada setiap muslim. Manfaat yang dimaksud tentu saja manfaat yang baik sehingga dimanapun dia berada, orang disekitarnya merasakan keberadaannya. Jangan sampai keberadaan seorang muslim tidak menggenapkan dan ketiadaannya tidak mengganjilkan. Ini bererti setiap muslim itu harus selalu berfikir, mempersiapkan dirinya dan berupaya semaksima mungkin untuk bermanfaat dan berperanan dengan baik dalam masyarakatnya. Di dalam hal ini, Rasulullah (SAW) bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain" (HR. Qudhy dari Jabir). Demikian secara umum profil seorang muslim yang disebutkan dalam Al Qur'an dan sunnah. Sesuatu yang perlu kita hayati dan amalkan pada diri kita masing-masing.

Saturday, September 5, 2009

..::Hari ini..dan seterusnya...dalam pembacaan::..


Apakah Perspektif Quran dan Sains terhadap kecerdasan?


Apakah aspek istimewa di dalam otak yang membolehkan manusia berfikir?


Apakah persamaan dan perbezaan IQ EQ dan SQ dan bagaimana ia membantu dalam meningkatkan kecerdasan minda manusia?


Apakah yang dimaksudkan dengan Fenomena Eureka?


Bagaimana manusia dapat membangkitkan kecerdasan secara sepadu seperti yang diajarkan dalam al-Quran?



Persoalan-persoalan yang dirungkai daripada REVOLUSI IQ EQ dan SQ, yang ditulis oleh Taufik Pasiak, keluaran PTS
ayuh teman kita membudayakan membaca di mana sahaja kita berada, ilmu Allah itu luas, makin kita cari makin banyak yang sebenarnya kita tidak tahu



..::salam Ramadhan Kareem::..