Dunia Kesihatan

Tuesday, February 22, 2011

Kenapa Bob Lokman sertai PAS



ISLAM agama FITRAH
ISLAM manual hidup hebat dari maha PENCIPTA
ISLAM is the only way of LIFE

Sunday, February 20, 2011

Detik-detik kejatuhan Mubarak

Suasana hening dan tenang menyelubungi Dataran Tahrir ditengah-tengah ibunegara Mesir,Kaherah pada tanggal 11 Febuari lalu ketika para penunjuk perasaan dari satu kebangkitan revolusi rakyat menunaikan solat Fajr (Subuh) berjemaah beramai-ramai didataran itu,selang beberapa jam selepas Hosni Mubarak,Presiden Mesir selama 30 tahun melepaskan kuasa yang mengongkong rakyat Mesir.

Suara azan dan suara imam yang syahdu mengimankan solat memecah kesunyian pagi dengan memuji kebesaran Allah yang akhirnya menganugerahkan kebebasan selepas 18 hari para penunjuk perasaan berdemonstrasi menentang regim diktator Mubarak, yang melindungi regim zionis yahudi yang dilindungi pula, oleh negara kuasa Amerika Syarikat(AS) dan sekutu baratnya.

Selama 18 hari Dataran Tahrir dan di seluruh Mesir termasuk bandar besar seperti iskandariah,Suez dan lain-lain menyaks ikan demonstrasi besar-besaran yang berterusan hingga mencapai angka berjuta rakyat yang keluar berhimpun untuk membebaskan diri dari belenggu regim kejam dan ganas yang dibiayai oleh kuasa AS dn barat.

Kemenangan revolusi rakyat Mesir ini yang bermula pada 25 Januari,sama ada secara kebetulan atau tidak,jatuh pada hari yang sama kemenangan revolusi Islam Iran pada 11 Febuari 1979,32 tahun sebelumnya yang menyaksikan kejatuhan dynesti Pahlavi,Shah Iran,sahabat baik AS dan barat.

Tarikh keramat itu juga menyamai tarikh syahidnya Hassan Al-Bana,pengasas danpengerak Ikhwan Al-Muslimin pada tahun 1949.Tarikh-tarikh ini semuanya ketentuan Allah yang maha mengetahui segala-galanya dan yang merancang semuanya.

Kebangkitan revolusi rakyat Mesir ini bukan berlalu tanpa sebarang pengorbanan,ramai yang syahid,lebih 300 orang dan ramai juga yang cedera.Dataran Tahrir yang membawa erti kebebasan itu turut mengorbankan nyawa mereka dalam satu perjuangan pembebasan dan membela maruah.

Selama 18 hari 18 malam para penunjuk perasaan tidak meninggalkan Dataran Tahrir.Iltizam mereka yang begitu padu dan gigih akahirnya menyebabkan Mubarak yang berdegil pada mulanya mengakhiri pemerentahan kukubesinya melalui satu pengumuman paling ringkas,hanya beberapa saat,oleh Naib Presiden yang dilantiknya Omar Sulaiman.

Sebelumnya Mubarak tiga kali muncul di TV negaranya,cuba mempertahankan regimnya,tetapi segala rayuan dan kata-kata untuk membuktikan jasa-jasa cemerlangnya mempertahankan bumi Mesir sedikit pun tidak diendahkan oleh segala lapisan rakyat yang membencinya dengan meneruskan demonstrasi .

Pengumuman pemergian Mubarak dengan penuh penghinaan itu disambut meriah oleh kalangan penunjuk perasaan terdiri dari pelbagai kalangan,tua dan muda,wanita,kanak-kanak,para cendekiawan,ahli akadamik dan seluruh rakyat.Mubarak meninggalkan istana presiden di Kaherah menuju bandar perainginan Sharm-Al-Sheikh dan sehingga kini tidak diketahui dimana Mubarak berada,sama ada masih di Sharm-Al-Sheikh atau telah meninggalkan Mesir.

Rakyat mahu Mubarak dibawa kemuka pengadilan kerana jenayah yang dilakukan terhadap rakyat Mesir terutama penentang-penentang politiknya yang ditahan tanpa bicara ,melesapkan wang negara dengan mengumpulkan kekayaan dikalangan keluarga mereka dan kuncu-kuncu pemerintahannya.

Selama pemerinthannya ,Ikhwan Al-Muslimin bukan sahaja diharamkan,tetapi para pemimpin ikhwan dipenjarakan.Di era pemerintahan Gamal Nasser dan di ikuti dengan Anwar Sadat,pemimpin dan pengikut ikhwan menjadi mangsa apparatus keselamatan regim-regim ini yang telah menjangkau usia 60 tahun lamanya.

Dengan berakhirnya pemerintahan Mubarak,pengharaman terhadap Pergerakan Ikhwan Al-Muslimin hendaklah ditarik balik,undang-undang darurat ditarik,parlimen di buburkan dan perlembagaan di pinda bagi membolehkan satu pilihanraya demokratik yang adil dan telus diadakan.Setakat ini Jawatankuasa pindaan perlembagaan telah ditubuhkan dan parlimen telah dibubarkan bagi memenuhi desakan rakyat.

Pemerintahan sementara Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata Mesir yang diberikan amanah untuk mengembalikan Mesir pada era baru hendaklah melaksanakan tuntutan rakyat yang mahukan kebebasan ini.Mesir baru tidak lagi akan menyamai Mesir dibawah Mubarak dan inilah yang dikhuatiri dan dibimbangi oleh AS dan barat dan regim haram mereka,regim zionis.

Dalam pilihanraya demokratik Ikhwan Al-Muslimin dijangka akan menjadi tenaga politik baru diMesir melalui satu pilihanraya adil dan telus dan AS serta sekutu baratnya jangan cuba mengatur agendanya yang bukan-bukan seperti yang berlaku di Palestin apabila Hamas memenangi pilihanraya pada 2006 dan FIS yang memenangi pilihanraya Algeria.Kemenangan-kemenangan ini semuanya tidak diiktiraf dalam usaha mereka untuk membendung kebangkitan islam.Kuasa AS dan barat perlu mengetahui bahawa kebangkitan islam tidak dapat dibendung lagi.Kuasa sehebat manapun mana mampu membendung kuasa Allah.

Disebalik pelbagai reaksi,riang ria menyambut kemenangan yang dipertontonkan di Dataran Tahrir,para penunjuk perasaan yang majoriti terdiri dari anak-anak muda tidak lupa mengerjakan solat berjemaah setiap waktu ,sama ada sebelum kemenangan atau selepas kemenangan, yang memberi petanda baik bahawa para penunjuk perasaan adalah mereka yang mentaati perintah Allah dan Rasulnya.

Ia adalah petanda yang memberi harapan besar pada masadepan Mesir ,bumi ambia’ yang sudah begitu lama dinodai dan diperkosa kemuliaannya.Pimpinan baru Mesir yang antaranya dilahirkan dari Dataran Tahrir yang telah membentuk pimpinan mereka sendiri, bersama dengan pimpinan lain termasuk pimpinan IKhwan Al-Muslimin bakal memberi pimpinan, pembelaan terbaik kepada rakyat Mesir mendahului pertimbangan-pertimbangan lain.

Pimpinan sementara Mesir yang terdiri dari anggota Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata ini perlu menunaikan inspirasi rakyat Mesir dan bukan menuruti kahendak negara kuasa atau regim zionis yang Mesir mempunyai perjanjian damai dengan nya.Rakyat Mesir yang telah menghapuskan halangan dan ketakutan dari apparatus keselamatan Mesir yang kejam dan ganas , yang membelenggui mereka selama ini tidak akan ragu-ragu untuk turun keDataran Tahrir lagi untuk memenuhi inspirasi dan tuntutan mereka,jika pihak tentera cuba menghajick tuntutan mereka.AS dan sekutunya sedang berusaha melalui hubungan baiknya dengan pihak tentera Mesir untuk mengekalkan status quo di Mesir.

Selepas Tunisia,Mesir dan kini rakyat seluruh Jazerah Arab sedang bangkit untuk melakukan perubahan dengan menjadikan revolusi kebangkitan rakyat di Mesir terutamanya sebagai inspirasi kebangkitan.

Kebangkitan diJordan ,Algeria,Bahrian,Yaman,Libya,Moroco dan lain-lain tempat akan merebak keseluruh pelusuk semenanjung Arab termasuk Saudi Arabia dan ia tidak lagi dapat dibendung walaupun negara-negara ini menggunakan peralatan dan kelengkapan keselamatannya dengan ganas sekali bagi membendung kebangkitan ini.

Jika Mesir yang merupakan negara Arab yang paling ramai penduduk dan mempunyai segala kekuatan tidak dapat membendung revolusi kebangkitan rakyat,maka adalah tidak mungkin negara-negara yang sedang dilanda kebangkitan ini mampu menungkah arus kebangkitan rakyat yang dizalimi ini.

AS dan barat cuba mengaitkan kebangkitan di kota Tehran,Iran menyamai kebangkitan dinegara-negara semenanjung Arab,sedangkan hakikatnya ia adalah tidak sama.Mereka yang berdemonstrasi di Tehran hanya segelintir kecil sahaja.Ia di api-apikan dan didalangi oleh kuasa AS,barat dan regim zionis.

Kejatuhan Mubarak di Mesir dan bakal kejatuhan beberapa regim kukubesi lagi dirantau Timur Tengah akan mengubah lanskap politik dan keselamatan dirantau itu.AS dan barat terus akan kehilangan rakan stratijik mereka dan regim zionis tidak mungkin lagi dilindungi oleh Mesir,walaupun pemerintah sementara tentera berikrar mahu mengekalkan segala perjanjian damai dengan regim zionis.Kejatuhan satu demi satu regim diktator diTimur Tengah nanti akan mampu membawa kepada pembebasan bumi Palestin.

Selepas pilihanraya yang bakal berlangsung tahun ini,segala-galanya akan berubah.Ia tidak akan sama lagi,Mesir era baru akan menyesuaikan diri dengan tuntutan dan inspirasi rakyat.

Suhaimi Mokhtar
http://www.harakahdaily.net

Friday, February 18, 2011

Sign of The Creator; Menolak Teori Darwinisme


Alhamdulillah, atas permintaan seorang sahabat, “sign of the creator” menerobos entry kali ini.. sharing moment hasil dari menjadi “pendengar setia” Harun Yahya Conference yang diadakan di DKU Fakulti Quran Sunnah, USIM pada 29 januari yang lalu. Infiniti kemaafan atas keterlewatan “penerjahan” entry ini.

Saya berkongsi dengan pembaca sekalian berkenaan teori darwinisme yang sangat-sangat bertentangan dengan logic akal dan pembuktian keagungan ISLAM.

Penceramah jemputan adalah Dr Ahmet Oktar Babuna dan Dr Cihat Gundogdu dari Harun Yahya Foundation, mengemukan 3 persolan penting dalam menentang darwinisme.

1. Bagaimana sel pertama terbentuk?

Protein merupakan komponen utama pembentukan sel,..kehadiran protein memerlukan bantuan protein lain untuk terbentuk.. Kita lihat sahaja proses Transcription and translation, melibatkan pemecahan dan penyusunan rantaian amino acid..kesemua proses ini memerlukan enzim yang bertindak balas (RNase, tRNase, DNA polymerase, RNA polymerase etc)..jika kita lihat struktur enzim-enzim ini juga terdiri daripada protein sebagai komponen asasnya…. lalu dari manakah protein yang pertama sekali terbentuk?...pasti ada pencipta yang menciptakannya bukan?

“Dan Dialah yang memulai penciptaan kemudian mengulanginya kembali, dan itu lebih mudah bagiNya. Dia memiliki sifat yang Maha Tinggi di langit dan di bumi. Dan Dialah yang Maha perkas, Mahabijaksana” [ QS 30:27]

2. Apakah makanisma evolution ?

Teori genetik mengatakan pembentukan organism itu berlaku melalui dua proses samada natural selection ataupun Mutation.
Untuk pengetahuan umum, terdedah rahsia bahawa mereka yang mendokong teori darwinisme ini sebenarnya adalah di kalangan mereka yang bukan ahli sains malah bukan juga ahli fakta.

Mengapa mereka mempersekutukan Allah (ALLAH dengan) sesuatu (berhala) yang tidak dapat menciptakan sesuatu apa pun? Padahal (berhala) itu sendiri diciptakan” [ QS 7:191]

Hujah pertama: Bagaimana mungkin evolution berlaku melalui Natural Selection walhal Natural Selection itself is created by Allah. Why?

Jika mereka katakan ia berlaku dengan sendirinya, bagaimana sesuatu yang ber;aku dengan sendirinya mampu menghasilkan kejadian mata (misalannya) dengan fungsi yang sangat menakjubkan. Bagaimana tangan dan kaki terjadi dengan rupa yang sangat elok dan memberi fungsi yang sangat bermanfaat untuk menjalankan hidup?...Creatures cannot occur unconsciously, only Allah can do all of these.

Hujah yang ke dua: evolution berlaku hasil daripada Mutation (Mutasi)

Cuba kita Tanya mereka (pendokong Teori darwinisme) “ Adakah mutation boleh member kesan yang baik kepada manusia dan haiwan?”..pasti, berbelit neuron-neuron dan lidah mereka untuk menjawab persoalan ini. Teori dan fakta menunjukkan 99% mutasi member impak negative dan hanya 1% mutasi tiada memberi impak samada positif mahupun negative, lalu kemanakah percentage impak positif dari mutasi tadi?..tiada bukan…Mutation give harmful for living things. But why Mutation is harmful?..because mutation didn`t add new genetic information. Secara ringkasnya, mutasi hanya akan delete specific amino acid yang sepatutnya hadir atau mengubah susunan amino acid dalam pembentukan DNA double helix. Umumnya, proses ini hanya akan mengakibatkan hidupan itu menjadi tidak normal.

“Wahai manusia! Telah dibuat suatu perumpamaan. Maka dengarkanlah! Sesungguhnya segala yang kamu seru selain ALLAH tidak dapat menciptakan seekor lalatpun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, mereka tidak akan dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Sama lemahnya yang menyembah dan disembah” [QS 22: 73].

Tanpa kita sedari, sebenarnya semua hidupan yang Allah ciptakan terbentuk dengan simetri yang amat hebat. Lihat kedua mata kita, hidung kita, tangan, badan…dan banyak lagi.. kajian menunjukkan simetri itu membentuk 1.618… Allah created the perfect symmetric..mutation cannot do the symmetri.

3. Are they any fossil evidence of evalution? (Adakah terdapat sebarang fossil perantaraan daripada proses evolusi ini?).

The answer is………. NO!........

Apabila ditujukan soalan ini kepada Richard Donkins, penulis buku “God elution”..dia terdiam dan seolah-olah baru tersedar tiada jawapan untuk soalan ini.

“(ALLAH) Pencipta langit dan bumi. Apabila Dia hendak menetapkan sesuatu. Dia hanya berkata kepadanya “Jadilah” Maka jadilah sesuatu itu.” [QS 2:117]

Khulasahnya, 3 soalan yang diutarakan ini cukup untuk menolak 200% teori evolusi, dan sekaligus membuktikan kehebatan MAHA PENCIPTA

"Dan katakanlah “kebenaran telah datang dan yang batil telah lenyap.” Sungguh yang batil itu pasti lenyap.” [QS 17:81]

“Kami telah menciptakan kamu, mengapa kamu tidak membenarkan (hari berbangkit)?” [QS 56:57]

Slot seterusnya bertajuk Scientific Fall of Atheism dan kisah Zionisme. Oleh kerana tidak lagi menjadi “pendengar yang setia”..kupasan lanjut slot ini tidak dapat dihuraikan disini. Perkongsian ilmiah yang hanya sedikit cuma ini harap bermanfaat dan moga menjadi cursor untuk meningkatkan lagi graf keimanan dan ketakwaan kita padaNYA. Boleh klik di button Harun Yahya disebelah kanan skrin untuk pengetahuan yang lebih mendasar mengenai topic kali ini. Sebarang komen mahupun percambahan idea amat diharapkan. Wallahu`alam..

Sunday, February 13, 2011

Salam Malidurrasul 1432 H


Salam Maulidurrasul 1432 H. Sempena menyambut hari kelahiran Rasulullah SAW, mari sama-sama kita menelusuri kisah kelahiran baginda

Apabila tiba saat Abdullah mahu dikahwinkan, Abdul Mutallib mengahwinkan Abdullah dengan siti Aminah binti Wahab, yang juga daripada keturunan suku Abdul Manaf. Keturunan ayah dan ibu Muhammad adalah daripada Qusai bin Kilab. Kesemua mereka daripada keturunan Ismail. Daripada sudut keturunan pun, Muhammad bin Abdullah adalah orang paling mulia dan paling bangsawan.

Tarbiyah telus dari Allah, mentakdirkan Muhammad lahir tanpa ayah, ayah baginda iaitu Abdullah meninggal dunia ketika Muhammad dalam kandungan ibunya, Siti Aminah.
Sebelum Aminah melahirkan Muhammad, dia bermimpi melihat dirinya melahirkan seorang anak lelaki yang lahir bersama satu cahaya yang memenuhi bumi. Siti Aminah juga melihat dirinya berdoa kepada tuhan “Aku berlindung kepada tuhan yang Esa supaya diselamatkan anak ini daripada semua orang yang dengki.

Tanpa rasa sakit, ibu Nabi Muhammad, Siti Aminah berjaya melahirkan Baginda dengan selamat disaksikan bidan.


Pada malam Aminah melahirkan Muhammad, tiada sebarang tanda pada dirinya yang menunjukkan beliau akan melahirkan anak.



Hal itu menyebabkan beliau menyangka bahawa anaknya lambat lagi dilahirkan.



Bagaimanapun secara tiba-tiba saja pada Subuh hari berkenaan,
Muhammad pun dilahirkan.



Biasanya, bayi yang baru lahir akan menangis tetapi Baginda diam
saja walaupun bidan menepuk tubuhnya beberapa kali.



Baginda kelihatan seolah-olah seperti sedang berfikir dan matanya
bersinar-sinar bagaikan melihat sesuatu.



"Luar biasa sungguh anakmu ini, dia tidak menangis, tetapi matanya kelihatan liar seolah-olah merenung sesuatu di atas," kata bidan kepada Aminah yang terbaring dengan wajah kegembiraan.



Ketika itu Siti Aminah berasa dirinya bagaikan mendapat segunung emas.



"Luar biasa anak ini," ulang bidan, sambil membelek-belek tubuh bayi itu. "Apa yang luar biasa?" tanya Aminah.



Jawab bidan: "Biasanya, bayi lahir terlentang, tetapi dia tertiarap, kepalanya mendongak ke langit, jari-jarinya terangkat-angkat seolah-oleh mengira sesuatu, matanya juga merenung ke langit, seolah-oleh ada benda yang dipandangnya. Macam dia mengerti sesuatu, walaupun baru dilahirkan."



Kisah keganjilan Muhammad diceritakan oleh bidan kepada jirannya yang turut hairan dengan keadaan bayi itu.



Bagaimanapun, sejak Muhammad dilahirkan, keadaan dalam rumah itu berubah berseri dipandang serta menjadi tumpuan ramai. Pada waktu malam, rumah itu kelihatan terang benderang seperti bulan terang walaupun ada kalanya bulan gelap.



Wanita pula amat suka ke rumah Aminah untuk melihat Aminah serta anaknya yang baru lahir seolah-olah ada tarikan tersendiri pada bayi berkenaan sehingga ada yang datang berkali-kali.



Kisah keistimewaan Muhammad tersebar di merata tempat menyebabkan orang semakin ramai datang, malah orang yang tidak mengenali Aminah pun turut datang untuk melihat Muhammad.



"Budak ini bertuah, boleh jadi dia akan menjadi pemimpin besar di masa akan datang. Semua orang sukakan kepadanya," kata seorang tua sambil menepuk-nepuk tubuhnya.



Kelahiran Muhammad memberi cahaya kepada penduduk kota Makkah di mana keadaan di situ tiba-tiba bertukar wajah.



Tanaman yang kurang subur tiba-tiba saja menjadi segar dan subur manakala ternakan yang dulunya kurang biak tiba membiak dengan banyaknya.



NABI Muhammad SAW dilahirkan pada Isnin, Rabiulawal Tahun Gajah. Ia dikatakan pada tahun kedua dan ada pula yang mengatakan pada tahun ketiga. Paling masyhur, sebahagian besar ulama mengatakan pada tahun ke-12.


Isnin adalah hari yang diberkati. Daripada Imam Ahmad bahawa Ibnu Abbas berkata: "Rasulullah dilahirkan pada Isnin, diangkat menjadi Nabi pada Isnin, keluar berhijrah dari Makkah ke Madinah pada Isnin dan mengangkat Hajarul Aswad pada Isnin juga."



Dikatakan bahawa Baginda dilahirkan dalam keadaan yang sudah
dikhatan dan diputuskan ari-arinya.



Pada malam kelahiran Baginda, banyak berlaku perkara aneh dan ganjil. Antaranya banyak berhala bergelimpangan jatuh dari tempatnya dan keluar sinar yang menerangi sampai ke istana di negeri Syam.

Barakah kelahiran insan terulung, tauladan sepanjang zaman. Antara peristiwa yang berlaku lagi pada malam kelahiran baginda ialah bergegarnya Iwan Kisra iaitu istana Raja Farsi, kerajaan yang paling besar pada masa itu. Gegaran itu menyebabkan 14 anjung istana runtuh dan api yang sudah disembah oleh Majusi sejak beribu-ribu tahun yang tidak pernah padam sebelum ini terpadam. Gegaran itu juga menyebabkan tasik Sawwah yang berdekatan dengan istana Raja Farsi itu tertimbus
Apabila kisra iaitu Raja Farsi melihat kejadian-kejadian pelik ini, dia menjadi sangat takut, lalu memanggil ahi-ahli nujum dan pendeta-pendetanya yang dapat berhubung dengan jin. Jin-jin sebelum kelahiran nabi Muhammad SAW boleh naik ke langit dan mendengar berita di langit apa yang akan berlaku di dunia. Merekalah yang memberitahu berita-berita ini kepada pendeta-pendeta dan ahli-ahli nujum. Dari sinilah para pendeta dan ahli nujum membuat ramalan mereka.
Firman Allah dalam surah al-Jin ayat ke 9 yang bermaksud “Kami para jin sebelum ini mempunyai tempat untuk mendengar berita di langit, barang siapa yang mencuri mendengar lagi sekarang akan dipanah” Ada pendeta yang memberitahu Kisra, peristiwa ini berlaku kerana kelahiran nabi. Manakala maksud keruntuhan 14 anjung istana Kisra mentaksirkan bahawa kerajaan Farsi akan diperintah oleh hanya 14 orang Kisra lagi, kemudian kerajaan farsi akan runtuh.
Begitulah serba sedikit kisah saat kelahiran Rasulullah SAW, pemimpin terulung, ahklak terpuji…mencintai Baginda Bererti mencintai Pencipta kita..lahirkan rasa cinta kita pada Baginda dengan mengikuti sunnah baginda…memperjuangkan risalah yang dibawa..Ar-Rasul Qudwatuna!

Tuesday, February 8, 2011

Anak Soleh- rabbani



anak solleh sollehah impian setiap keluarga
alfatehah buat ayahku, moga dikau damai di sana
salam sayang ibuku, moga dikau dipelihara olehNya
walau jauh di mata, namun sentiasa dekat dalam doa

mana milik kita - rabbani



hebatnya seorang muslim
bila diberi nikmat dia bersyukur
bila ditimpa musibah dia sabar
mendidik syukur dan sabar
mengharungi tarbiyah kehidupan
mudah diungkapkan,
retorik atau substansif ?