Dunia Kesihatan

Friday, December 31, 2010

Khadijah Cinta Sejati Rasulullah SAW


Menelusuri kisah serikandi teragung Saidatina khadijah, isteri tercinta Rasulullah SAW. Wanita pertama yang memeluk islam . Orang pertama yang beriman kepada Rasulullah SAW tanpa sedikitpun merasa ragu. Khadijah pula yang selalu menenangkan Rasulullah pada setiap keresahan dan cemas menyinggah sanubari kekasih Allah itu. Dalam setiap kesulitan Khadijah lah orang pertama yang berada di sisi Rasulullah. Tika permulaan wahyu diturunkan, Khadijah sering meyakinkan Rasulullah SAW bahawa Allah tidak pernah mengabaikan orang sebaik baginda. Khadijah juga sering mencurahkan cintanya yang paling tulus, cinta yang memberi ketenangan kepada Rasulullah SAW dan menjadikan baginda Rasulullah SAW melupakan segala kesulitan serta rasa lelah dalam perjuangan menyebarkan ISLAM. Tidak ada penolakan, penghinaan, dan pendustaan yang dihadapi Rasulullah SAW kecuali Khadijah berperanan penting dalam meringankannya.
Bukan sekadar fikiran dan kasih sayang, malah Khadijah juga membelanjakan seluruh hartanya untuk keperluan perjuangan. Segenap suka dan duka dijalaninya bersama suaminya, tanpa keluh kesah. Kerana itu Allah sendiri berkenan mengirimkan salam kepada Khadijah melalui Jibril. Allah juga menjanjanjikan bagi khadijah sebuah rumah yang terbuat dari permata di syurga. Kepada Fatimah, Rasulullah SAW menjelaskan bahawa rumah untuk Khadijah itu terbuat dari mutiara, permata dan bebatuan yang indah. Di sanalah kelak Khadijah akan menikmati ketenangan, kedamaian, dan kebahagiaan abadi. Tidak ada rasa lelah, ketakutan, kebisingan, ataupun kesengsaraan di sana. Khadijah tidak akan pernah lagi merasakan pedihnya kehilangan seseorang yang dia cintai.
Dalam sebuah hadis disebutkan;
“Jibril dating kepadaku dan berkata ‘ Wahai Rasulullah, sebentar lagi Khadijah akan membawakan makanan dan minuman untukmu. Kalau dia dating, sampaikan kepadanya salam dari ALLAH dan dariku, beritahu juga dia bahawa akan dibangun untuknya disyurga sebuah rumah dari permata, tidak ada hiruk pikuk dan rasa lelah di sana’, ” (HADIS RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM).
Tradisi jahiliah yang menempatkan orang kaya di atas orang miskin dan orang kuat di atas oang yang lemah langsung berlawanan dengan sikap saidatina Khadijah. Allah menganugerahinya visi yang jernih dan tekad yang kuat untuk melakukan perlawanan kepada tradisi yang salah. Ini terbukti apabila beliau memilihkan calon suami untuk puteri sulungnya, Zainab. Pilihan yang dibuat didasari penilaian akhlak yang mulia dan sifat-sifat kesatria, bukan pula kerana factor kekerabatan atau kekayaan materi.
Orang pertama yang memutuskan untuk beriman kepada Allah dan menolak tradisi penyembahan berhala, kemudian berjuang sekuat tenaga mendampingi, memotivasi, serta menghibur suaminya untuk menghadapi setiap kesulitan dan tentangan.
Kasih sayang dan pengorbanan Khadijah kepada Rasulullah disingkap lagi melalui akhlak yang terpamer indah dalam kisah Zaid ibnu Haritsah dan ibu susuan Rasulullah SAW.
Zaid ibnu Haritsah, seorang pemuda yang dibelinya dengan hartanya sendiri kemudian dihadiahkan kepada suaminya. Ketika pemuda ini diangkat oleh Rasulullah SAW menjadi anak, Khadijah pun dengan ikhlas menyayangi Zaid selayaknya sebagai anak kandung sendiri.
Tsuwaibah, budak perempuan milik Abu Lahab, yang pernah menyusui Rasulullah SAW ketika Baginda Rasulullah SAW masih kecil. Kemudian, khadijah berusaha sekuat tenaga agar Tsuwaibah mampu dibeli dan dimerdekakannya. Malah, penghoramatan yang sama juga diberikan kepada Halimatus Sa’diyah dan Ummu Ayman, iaitu dua wanita yang berjasa dalam kehidupan Rasulullah SAW.


Sunday, December 19, 2010

Rintihanku padaMU

Koreksi diri mula menziarahiku..

Menjemput aku ke singgahsana keinsafan..

Terasa diri begitu kerdil di hadapan Illahi..

Acap kali memohon pertolonganNYA..

Di kala kebuntuan menghantui diri..

Ku bersujud dan berharap padaMU..

Dalam tangis dan doaku di sepertiga malam..

Tanpa jemu dan bosan..

Lalu menjengah ketenangan ke lubuk hatiKu

Tika KAU temukan aku dengan penyelesaianMU..

Yang tanpa ku sangka-sangka…

Sungguh sayang KAU pada hambaMU yg hina ini..

Menjadikan aku semakin dekat padaMU..

Izinkan aku mencintaiMU..

Dengan sepenuh hatiku..

Agar ku tidak lagi berharap selain dari ENGKAU..

Wahai tuhan yang maha Penyayang lagi maha Mengasihani..

dekatkan hatiku padaMu…

suburkan cintaKu padaMu..

jadikanlah hatiku ini tempat jatuhnya pandanganMu..

kerana aku sentiasa mengharapkan pertolonganMu..

tiada lain..hanya ENGKAU ya ALLAH..

kini kurasa, aku tidak mampu mengatur hidupku sendiri..

hanya ku mampu… berusaha dan berserah kepadaMU

kerana KAU lebih mengetahui… apakah yg terbaik pada pandanganMU?

Dan jangan KAU bebani aku, apa yg tidak sanggup aku tempuhi..

ku mohan KAU berikanku yg terbaik seperti yg telah KAU tetapkan..

ya Allah…

berilah kekuatan padaku utk sentiasa mentaati perintahMU…

ku mohon radhaMU mengiriku tika ruhku terpisah dari jasadku..

dan KAU terimalah segala amalanku..

rahmatilah aku…

ya Allah…

pelihara dan kasihilah hamba-hambaMU

yg telah KAU tamukan kasihku dgn mereka yg disadasari KASIH dan REDHAMU…

kemudian temukanlah kami disyurgaMU..

ya RABBaAA’lamiin…dengarlah rintihanku ini…

nukilan @inurISLAM ; 23.47; 18122010

Wednesday, December 15, 2010

Puasa 9 dan 10 Muharram

Puasa 9 dan 10 Muharram

Di antara ibadat puasa yang disunatkan kepada umat Islam ialah berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Ini kerana tarikh 10 Muharram (atau dinamakan hari ‘asyura yang bermaksud sepuluh) mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri di dalam sejarah manusia khususnya umat Islam. Manakala disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharram sebagai mukhalafah (membezakan) di antara kaum Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram.

Di antara perkara penting yang berlaku pada 10 Muharram ialah Allah menyelamatkan Bani Israel dari kekejaman Firaun dan tentera-tenteranya serta menenggelamkan Firaun ke dalam laut akibat keingkaran dan keangkuhannya. Oelh yang demikian tarikh 10 Muharram ialah merupakan tarikh di mana bermulanya episod baru dalam kehidupan Bani Israel setelah berabad lamanya ditindas oleh rejim Firaun di bumi Mesir. Firman Allah SWT yang bermaksud : Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): "Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)". – Surah Yunus, ayat 90.

Manakala hujah yang menyatakan bahawa peristiwa ini berlaku pada tarikh 10 Muharram ialah hadis yang bermaksud : Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Sewaktu Rasulullah s.a.w tiba di Madinah, baginda mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Ketika ditanya tentang puasa mereka itu, mereka menjawab: Hari ini adalah hari kemenangan yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s dan kaum Bani Israel dari Firaun. Kami merasa perlu untuk berpuasa pada hari ini sebagai suatu pengagungan kami padaNya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kami lebih berhak daripada kamu dan Nabi Musa dalam hal ini. Kemudian baginda memerintahkan para Sahabat supaya berpuasa pada hari tersebut. – Hadis diriwayatkan Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi. Kesemuanya di dalam Kitab Puasa.


Di dalam hadis yang tersebut di atas, Nabi SAW tidak menolak dakwaan Bani Israel bahawa pada tarikh 10 Muharram itu ialah tarikh di mana nabi Musa dan kaumnya diselamatkan oleh Allah SWT. Secara tidak langsung, perintah baginda supaya para sahabat berpuasa pada hari tersebut ialah satu pengiktirafan kepada dakwaan Bani Israel.


Manakala peristiwa lain yang berlaku pada 10 Muharram juga ialah pembunuhan Hussein RA di Karbala semasa perselisihan faham dengan tentera Yazid bin Muawiyah. Persitiwa ini membawa kesan besar di dalam sejarah yang seterusnya menjadi amalan penganut-penganut mazhab Syiah untuk merayakannya setiap tahun. Perayaan ini dapat dilihat dengan jelas di Iran dan sebahagian besar kawasan di Iraq.


Peristiwa lain yang dikatakan berlaku pada 10 Muharram ialah mendaratnya kapal Nabi Nuh as di atas bukit Judi sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. Nabi Nuh kemudiannya berpuasa pada hari tersebut sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT. – Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, www.islamonline.net


Mengenai ibadat puasa pada hari ‘asyura ini, Syeikh Sayyid Sabiq di dalam kitabnya Fiqhus-Sunnah menyenaraikan beberapa hadis yang menyatakan kelebihan berpuasa pada hari tersebut. Antaranya :

1. Daripada Abu Hurairah RA : Rasulullah SAW ditanya, apakah solat yang paling afdhal selepas solat fardhu? Baginda menjawab, “Solat pada pertengahan malam.” Kemudian ditanya lagi, apakah puasa yang paling afdhal selepas puasa Ramadhan? Baginda menjawab, “(Puasa pada) bulan Allah yang kamu gelarkan sebagai Muharram” – Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan Abu Daud.

2. Daripada Muawiyah bin Abu Sufian bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Hari ini ialah hari ‘asyura dan tidak diwajibkan ke tas kamu berpuasa sedangkan aku berpuasa. Maka barangsiapa yang ingin berpuasa, berpuasalah manakala barangsiapa yang ingin berbuka, berbukalah.”

3. Daripada Aisyah RA berkata, “Sesungguhnya hari ‘asyura merupakan hari yang berpuasa padanya kaum Quraisy di zaman Jahiliyyah. Adapaun Rasulullah SAW juga berpuasa padanya. Apabila baginda memasuki Madinah, baginda terus berpuasa dan memerintahkan manusia berpuasa. Apabila diwajibkan puasa Ramadhan, baginda bersabda, “Barangsiapa yang ingin berpuasa, teruskan. Barangsiapa yang ingin meninggalkan (juga dibolehkan). – Muttafaq ‘Alaih

4. Daripada Ibnu Abbas RA berkata : Nabi SAW memasuki Madinah dan melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘asyura. Baginda bertanya, “Apakah ini?” Mereka menjawab, “Ini ialah hari yang baik, Allah menyelamatkan di dalamnya Musa dan Babi Israel daripada musuh mereka, lalu Musa berpuasa.” Maka Rasulullah bersabda, “Kami lebih layak terhadap Musa daripada kamu.” Baginda kemudiannya berpuasa dan memerintahkan para sahabat berpuasa. – Muttafaq ‘alaih

5. Daripada Abi Musa Al-Asy’ari RA berkata, : “Ini ialah hari ‘asyura yang dimuliakan oleh kaum Yahudi dan dijadikan hari raya. Maka Rasulullah SAW berkata, “Berpuasalah kamu semua.” – Muttafaq ‘alaih

6. Daripada Ibnu Abbas RA berkata : Apabila Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan para sahabat berpuasa padanya, mereka berkata : Wahai Rasulullah, ini ialah ahri yang dimuliakan oleh Yahudi dan Nasrani. Maka Rasulullah SAW berkata, “Pada tahun hadapan – Insya Allah- kita berpuasa pada hari kesembilan.” Maka tidak tibanya tahun hadapan itu sehingga wafatlah Rasulullah SAW. – Diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Daud. Di dalam lafaz yang lain disebut sabda Rasulullah SAW : “Seandainya aku masih hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan (iaitu bersama hari ‘asyura) – riwayat Ahmad dan Muslim.


Berdasarkan kepada hadis-hadis di atas, para ulama mengambil kesimpulan bahawa disunatkan berpuasa pada hari ‘asyura di dalam tiga kaedah:

1. Puasa pada tiga hari iaitu 9, 10 dan 11 Muharram.
2. Puasa pada hari ke 9 dan 10 Muharram
3. Puasa pada hari ke 10 sahaja.

Seandainya timbul persoalan, bagaimanakah Nabi SAW menyontohi kaum Yahudi berpuasa pada 10 Muharram padahal baginda sendiri melarangnya di dalam sabdanya, “Berbezalah kamu dengan Yahudi serta Nasrani… berbezalah dengan Musyrikin..”. Maka kita menjawab bahawa puasa Nabi SAW pada 10 Muharram bukanlah semata-mata menyontohi kaum Yahudi bahkan kaum Quraisy telah terlebih dahulu berpuasa pada hari tersebut sebagaimana yang disebut di dalam hadis di atas yang diriwayatkan oleh Aisyah RA. Oleh yang demikian, dapat diambil kesimpulan bahawa sunnah berpuasa 10 Muharram dimulakan oleh syariat Nabi Ibrahim sebelum diamalkan oleh kaum Yahudi. – Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, www.islamonline.net


Manakala kelebihan beramal pada 10 Muharram disebut di dalam satu hadis yang bermaksud : “Sesiapa yang meluaskan (memudahkan urusan) ke atas dirinya serta ahlinya pada hari ‘asyura, Allah SWT akan meluaskan padanya sepanjang tahun..” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Ibnu Abdil Barr. Hadis ini mempunyai sanad-sanad yang lain namun dikatakan kesemuanya ialah sanad yang dhoif. Bagaimanapun jika digabungkan sebahagiannya dengan yang lain, ia boleh diterima sebagai hadis yang kuat. – Syeikh Sayyd Sabiq, Fiqhus-Sunnah.


Adapun amalan masyarakat Melayu kita yang merayakan hari ‘asyura dengan mengadakan program membuat bubur ‘asyura adalah satu perbuatan yang tidak pernah dilakukan oleh baginda SAW . Apatah lagi jika dinisbahkan perbuatan tersebut kepada Nabi Nuh AS dengan mendakwa bahawa Nabi Nuh AS membuat bubur tersebut apabila turun dari kapal. Ia adalah satu dakwaan yang sama sekali tidak mempunyai sandaran di dalam agama. Oleh yang demikian, jika tetap mahu diadakan program membuat bubur tersbeut, perlulah diyakini bahawa ia tidak lebih dari program gotong-royong dan jamuan makan yang sememangnya digalakkan di dalam Islam. Manakala membuat bubur itu sendiri seandainya diyakini datang daripada sunnah Rasulullah SAW atau Nabi Nuh, maka ia adalah kepercayaan yang karut dan perlu diperbetulkan.

Wallahu'alam.
diperoleh dari Muslim Diary

Saturday, December 11, 2010

Enzyme dan microbe itu muslim??


All praise due to Allah SWT for his blessing us with his gracious and his mercy. Alhamdulillah, Am just finished my VIVA presentation, Alhamdulillah, Alhamdulillah and Alhamdulillah…. Am can answers all questions that had been shooting to me. Thank you to those who are supporting me from the first am start my thesis project, especially my mother who always supporting me with her prayers in her Tahajjud at every night. Thank you Allah for give me a mother like her.
Penat la speaking…gune bahasa bangsa sendiri lg best… xpekan kali ni saya guna bahasa rojak. .=)
For this entry, I want to share with u guys about my research….
Entitle “Kinetic Study on the Enzymatic Reaction of the Oleyl Palmitate, a Liquid Wax Ester via Novozyme 435”…actually, research ni xde kaitan sgt in the field of food, more focusing on the mechanism of the enzyme…why did I choose to study in enzyme…enzyme sgt menakjubkan…Ma a`jaba!!.. the miracle of the creation…SubhanAllah…MasyaAllah…enzyme yg dirembeskan daripada organism yg sgt halus, tak mampu dilihat dengan mata kasar manusia..mampu memberi kesan yg besar pada kehidupan…kepada haiwan, tumbuhan apatah lagi manusia..bile kaji mechanism nye… menyedari bahawa kita sedang mengkaji apa yang telah Allah tetapkan….semuanya adalah ciptaan tuhan.. sunnatullah…mereka juga digelar muslim…kerana apa?...kerana mereka mengikut dan patuh pada fitrah mereka yg telah Allah tetapkan… …telah disebut dalam Al-Quran segala bukti-bukti kekuasaan Allah..antaranya dalam surah al-Baqarah, ayat 29..
29. Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak (menciptakan) langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.

Kemudian Dia mengajarkan manusia apa yang manusia tidak tahu…
Al-Baqarah 2: 31-33
31. Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!"

32. Mereka menjawab: "Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
33. Allah berfirman: "Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini." Maka setelah diberitahukannya kepada mereka nama-nama benda itu, Allah berfirman: "Bukankah sudah Ku katakan kepadamu, bahwa sesungguhnya Aku mengetahui rahasia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan?"
Hopefully, semakin byk yg kita tau sepatutnya semakin bertambah keimanan kita pada yang maha SATU…barulah boleh dikatakan ilmu yg kita tuntut itu adalah ilmu yg bermanfaat…jika ilmu yg kita pelajari sedikit pun tidak menambahkan gerun dan rasa Al-`azim Nya…maka menjadilah ilmu itu sia-sia…(kata-kata yang sempat melekat di ingatan saya ketika mendengar syarahan kitab bidayatul hidayah di radio IKIM sepanjang perjalanan saya pulang dari kelas mengaji)… moga saya juga tergolong di kalangan org yg memperoleh Ilman Nafi`an, InsyaAllah..
In my research, am studied the kinetic mechanism of an enzyme called Novozyme 435, type of lipase that has been modified with immobilization..dulu masa sekolah menengah belajar tentang enzyme, ada lipase..breakdown lipid to free fatty acid and glycerol, but then am already know that lipase ni bukan ade satu jenis je…dia banyak lagi anak2 nya…penemuan demi penemuan dijumpai menyebabkan high demand, in food products, pharmaceutical, detergent, cosmetics and lubricants… all are used to enhance the productivity of human life…hatta tumbuhan dan haiwan juga digunakan manusia yg dikira sebagai pelengkap hidup di bumi ini….from my observation, dan dengan ilmu yg sedikit ni…saya lihat semua benda termasuk tumbuhan dan haiwan digunakan untuk manusia…tak kira la samada untuk makanan, pakaian mahupun kajian….. bila belajar genetic engineering, saya belajar how to modify DNA, RNA… nk enhance product yields from plant..then plant tu guna utk sape…utk MANUSIA…detect pula penemuan baru, then inject to animal…animals plak jd mangsa utk lihat keberkesanannya sebelum di beri kpd manusia… bile belajar microbiology, saya belajar camane microbe nie bleh secrete enzyme…menjadilah enzyme yg dirembeskan ini as a catalyst, activate a certain function (either benefit or not, depends on how we control them)….belajar plak enzyme technology…saya lihat how the modification, utilization of enzyme…to get sustainability…ada juga fermentation….byk guna utk food….semua ni utk sape?... YES…All are for HUMAN!!...thats why we must know that we are KHALIFAH…. Allah gives us responsibility as a KHALIFAH. .we cannot deny it… why?.... lihat saja consequence penciptaan manusia, yg diberikan satu kesempurnaan berupa akal dan fikiran yang tidak pernah di miliki oleh mahluk-mahluk hidup yang lainnya. Manusia sebagai mahluk yang telah diberikan kesempurnaan haruslah mampu menempatkan dirinya sesuai dengan hakikat diciptakannya yakni sebagai penjaga atau pengelola bumi yang dalam hal ini disebut dengan KHALIFAH. Status manusia sebagai khalifah , dinyatakan dalam Surat Al-Baqarah ayat 30.
30. Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakkan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."

inilah salah satu tujuan manusia diciptakan, menjadi khalifah dimuka bumi…selain itu manusia juga diciptakan adalah untuk beribadah kepada tuhan yang ESA…dalilnya dalam surah adZariat ayat 56
“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadat kepadaKU”
Moga setiap apa yg kita lakukan, menjadi ibadah *
*ibadah terbahagi kepada 2 iaitu ibadah khusus dan umum, ibadah khusus adalah ibadah yg sedia termaktub rukun dan syaratnya seperti puasa ramadhan, solat 5 waktu dan zakat…manakala ibadah umum merangkumi apa sahaja yg kita lakukan selagimana ia tidak melanggar syara` dan diniatkan hanya kerana Allah