Tuesday, October 28, 2014

TIPS ISTERI SOLEHAH

10 Tips Jadi Isteri Solehah

Friday, December 14, 2012
PERNIKAHAN merupakan permulaan kepada sebuah hidup yang dipenuhi dengan tanggungjawab sebagai suami dan isteri dan juga tanggungjawab sebagai ibu dan bapa. Sekiranya kita bijak melayari bahtera rumahtangga, kita akan belayar di lautan yang tenang dan membahagiakan. Bukan badai, ombak besar atau ribut taufan yang diharapkan, tetapi cukuplah sekadar ombak kecil yang akan lebih merapatkan hubungan mesra penuh kasih sayang dan meningkatkan kefahaman antara pasangan.

Dibawah ini merupakan kata-kata yang diucapkan oleh Umamah binti Harith kepada anak perempuannya yang bakal bernikah dengan Raja dari Yaman, Al-Harith bin Amru.

Daku Amat Menyintai Mu

”Wahai puteriku, aku ingin memberitahumu sepuluh perkara sebagai pedoman dan panduanmu dalam melayari alam rumahtangga nanti”

1) "Jalinkan hubungan dengan suamimu penuh ketaatan, perhatikan tempat menjadi kesenangannya dan jangan sampai dia melihat kepada sesuatu yang buruk atau tercium sesuatu yang busuk" .

Jangan melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh suami. Malaikat akan melaknat si isteri sehingga waktu subuh seandai si suami tidur dalam keadaan marah terhadapnya.

2) "Hendaklah kamu sentiasa membanggakannya kerana ini akan membuatkannya bertambah kasih padamu".

Selalulah melakukan perkara yang disukainya, pasti suami akan bertambah sayang. Kalau suami suka makan asam pedas, masaklah asam pedas, jangan masak gulai tempoyak pula. Kalau suami suka warna biru, berhiaslah dengan warna biru, jangan berhias dengan warna kelabu pula.

3) "Benarkanlah segala pendapat dan sikapnya nescaya dia akan bersikap lembut terhadapmu".

Berlembutlah dengan suami. Kalau berlaku pertengkaran, selesaikan dengan berhemah. Jangan sampai periuk belanga di dapur yang menjadi mangsa. Kalau suami terkhilaf, tegurlah dengan hikmah kerana lelaki mempunyai ego, tidak mahu dilihat lemah dihadapan perempuan. Oleh itu, berlembutlah.

4) "Kamu hendaklah menguruskan hal ehwal rumah tangga dengan sempurna dan baik".

Kerana itulah seorang isteri itu lebih digalakkan untuk berada di rumah. Rumah merupakan tanggungjawab isteri. Dialah yang akan menjadikan suasana sesebuah rumah itu seperti syurga dunia atau neraka dunia. Bayangkan, jika si isteri bekerja sehingga lewat malam, pasti dia tidak akan mempunyai masa untuk menguruskan rumahtangga dengan baik dan ini boleh menimbulkan perbalahan.

5) "Sentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatannya".


Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
(al-Nisa’: 34)

Ketika suami keluar bekerja, peliharalah maruah dirimu. Jangan menjemput orang asing ke rumah sesuka hati. Apabila kita berkahwin, kita bukan hanya berkahwin dengan pasangan kita tetapi juga berkahwin dengan keluarganya. Peliharalah maruah diri suami dan keluarganya. Jangan menceritakan aib mereka kepada orang lain.

6) "Simpankan segala rahsianya dengan baik, jangan kamu sesekali membantah suruhannya kerana ini akan melukakan hatinya".

Orang perempuan, memang suka bercerita tetapi hati-hati jangan sesekali menceritakan tentang suami kita kepada orang lain. Khuatir ada yang jatuh cinta dengan suami kita pula. Kalau suami kita menyuruh kita melakukan sesuatu, taatilah dia selagi mana permintaannya itu tidak melanggar hukum syarak.

7) "Jagalah waktu makannya dan waktu beristirahat kerana apabila perut lapar akan membuatkan darah cepat naik. Begitulah juga dengan tidur yang tidak cukup akan menyebabkan keletihan".

Air tangan seorang isteri mampu memikat hati suami. Jagalah makan minumnya, jangan sampai dia keluar mencari makan di kedai mamak.

8) "Andainya suamimu nanti sedang bergembira, janganlah kamu menunjukkan kesedihan pula, tetapi kamu hendaklah pandai menyesuaikan keadaan dan bijak mengikut suasana hatinya".

Bersama-samalah suami dalam senang dan susah. Jika dia bergembira, anda perlulah menunjukkan anada juga gembira. Dan jika dia bersedih, pujuklah hatinya agar tenang semula supaya dia tahu anda akan selalu bersamanya.

9) "Kamu hendaklah sentiasa menghiasi dirimu selalu supaya suamimu nanti berasa senang apabila menatap wajahmu".

Isteri yang baik adalah isteri yang berhias dan bersolek cantik ketika berada di rumah. Bukannya bersolek dan berhias sakan ketika berada di luar rumah. Ada isteri yang kurang prihatin, apabila dia berada di rumah, badan berbau bawang dan rambut kusut-masai. Suami yang penat bekerja, bertambah penat melihat sikap si isteri. Anehnya, bila keluar ke pasar...amboi, cantiknya mengalahkan Miss Universe. 

10) "Jadikanlah dirimu sebagai amah kepadanya, nescaya nanti suami akan menjadi penolong pula pada dirimu".

Syurga seorang isteri dibawah tapak kaki suami. Teringat kisah ketika zaman Rasulullah SAW, terdapat seorang wanita pada zaman itu yang dikatakan akan mendahului puteri nabi, Fatimah ketika masuk ke syurga. Wanita itu akan berjalan dihadapan Fatimah kerana beliau yang akan memegang tali kuda yang ditunggangi puteri Nabi itu. Ia merupakan ganjaran baginya kerana mentaati suaminya.

Demikianlah 10 petua daripada Umamah binti Harith untuk anak perempuannya yang boleh dijadikan panduan oleh wanita yang berazam mahu menjadi isteri yang solehah.

Sabda nabi SAW :


“Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya : Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau suka”.

Allahu'alam, apa yang penting suami isteri perlu tahu peranan masing-masing dalam hidup berumahtangga. Sikap bertolak ansur dan saling memahami akan mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia, harmoni dan melimpah ruah dengan rasa kasih sayang.

Sunday, February 19, 2012

Tahukah anda?

Tahukah kalian wahai teman-teman,

Majlis Rakyat Mesir (parlimen Mesir) sekarang ini memiliki :
- Lebih 140 orang ahli Parlimen yang hafiz Quran.
- Lebih 100 orang ahli Parlimen yang hafal lebih 10,000 hadith
- Lebih 180 orang ahli Parlimen yang hafal lebih daripada setengah al-Quran.
- Lebih 170 orang ahli Parlimen yang memiliki PhD dalam pelbagai bidang kepakaran.
- Lebih 50 orang ahli Parlimen tidak memiliki kereta.
- Lebih 350 orang ahli Parlimen pernah dipenjarakan bagi tempoh antara 6 bulan sehingga 9 atau 10 tahun.

Apa pandangan kalian berkenaan Parlimen Mesir 2012?

Syria..apa yang berlaku?

Nota ini adalah hasil perkongsian tokoh ulama' syria,Syeik Hassan di UPM yang datang ke malaysia akhir tahun lepas dan menceritakan peristiwa sebenarnya yang berlaku di Syria:)Ana turut berkesempatan berada disana.

PERISTIWA SYRIA

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.
1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..
#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA
Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

PERKARA TERBARU
1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....
4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?
1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..
2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA
-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.
(Jzkk AKH Abu Abdullah)
(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia)

This is what happens to the mouth of a person who says the word “Freedom” in Syria. O ALLAH please do help our brothers and sisters there..ameen

Friday, November 4, 2011

10 awal Dzulhijah



Ahlan wasahlan ke laman sesawang ana yang dah bersawang ni..

Bismillahi wal hamdulillah, detik masa semakin melangkah pergi, namun terasa diri semakin jauh dari Illahi,

Mungkin dek kesibukan kerja dan taklifan-taklifan yang semakin bertambah.

Kadang diri terasa lemah dan tidak bermaya,

keikhlasan bekerja semakin menyongsang lari meninggalkan kita,

..dan ketika ini diri memerlukan motivasi.

‘Assamah perlu disemarakkan.

Ia perlu bagi merangsang kesungguhan kita melakukan ibadah..

Hari ni mungkin ana rasa agak tidak bermaya, mengadap skrin komputer 8 jam sehari, naik muntah rasanya, di darabkan dengan 6 hari bekerja.. lama-lama boleh jadi robot bergerak mungkin, namun seperti yang ana sebutkan tadi, keikhlasan perlu dijana, baru diri jadi lebih bersemangat. kadang-kadang kita perlu mengetahui sebab kenapa kita melakukan sesuatu, barulah diri akan termotivasi, menyuntik semangat beribadah padaNya. menyumbang jasa pada makhluk disekeliling

Jadi, bagi yang rasa keletihan, namun menggagahkan diri untuk merebut puasa sunat, beribadah mengejar fadhilat di sepuluh hari pertama Dzulhijah,

Di sini ana kongsikan sedikit input, hikmah di sepuluh hari awal Dzulhijah,

moga kita terus bersemangat dan berkobar-kobar melakukan ibadah.

Dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma dia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ. يَعْنِى أَيَّامَ الْعَشْرِ. قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلاَ الْجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ : وَلاَ الْجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَىْءٍ.

“Tidak ada hari-hari yang pada waktu itu amal shaleh lebih dicintai oleh Allah melebihi sepuluh hari pertama (di bulan Dzulhijjah).” Para sahabat radhiyallahu ‘anhum bertanya, “Wahai Rasulullah, juga (melebihi keutamaan) jihad di jalan Allah?” Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “(Ya, melebihi) jihad di jalan Allah, kecuali seorang yang keluar (berjihad di jalan Allah) dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak ada yang kembali sedikitpun.”[1]

Hadits yang agung ini menunjukkan keutamaan beramal shaleh pada sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah. Oleh karena itu, Imam an-Nawawi dalam kitab beliau Riyadhush Shalihin[2] mencantumkan hadits ini pada bab: Keutamaan ibadah puasa dan (ibadah-ibadah) lainnya pada sepuluh hari pertama di bulan Dzulhijjah.
Mutiara hikmah yang dapat kita petik dari hadits ini:
  1. Allah melebihkan keutamaan zaman/waktu tertentu di atas zaman/waktu lainnya, dan Dia mensyariatkan padanya ibadah dan amal shaleh untuk mendekatkan diri kepada-Nya[3].
  2. Karena besarnya keutamaan sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah ini, Allah Ta’ala sampai bersumpah dengannya dalam firman-Nya: وَلَيَالٍ عَشْرٍ  “Dan demi malam yang sepuluh.” (Qs. al-Fajr: 2). Yaitu: sepuluh malam pertama bulan Dzulhijjah, menurut pendapat yang dikuatkan oleh Ibnu Katsir dan Ibnu Rajab[4], [serta menjadi pendapat mayoritas ulama].
  3. Imam Ibnu Hajar al-’Asqalani berkata, “Tampaknya sebab yang menjadikan istimewanya sepuluh hari (pertama) Dzulhijjah adalah kerana padanya terkumpul ibadah-ibadah induk (besar), yaitu: shalat, puasa, sedekah dan haji, yang (semua) ini tidak terdapat pada hari-hari yang lain.”[5]
  4. Amal shaleh dalam hadits ini bersifat umum, termasuk shalat, sedekah, puasa, berzikir, membaca al-Qur’an, berbuat baik kepada orang tua dan sebagainya.[6]
  5. Termasuk amal shaleh yang paling dianjurkan pada waktu ini adalah berpuasa pada hari ‘Arafah (tanggal 9 Dzulhijjah)[7], bagi yang tidak sedang melakukan ibadah haji[8], karena Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika ditanya tentang puasa pada hari ‘arafah, beliau bersabda,

أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِى بَعْدَهُ
“Aku berharap kepada Allah puasa ini menggugurkan (dosa-dosa) di tahun yang lalu dan tahun berikutnya.”[9]
  1. Khusus untuk puasa, ada larangan dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk melakukannya pada tanggal 10 Dzulhijjah[10], maka ini termasuk pengecualian.
  2. Dalam hadits ini juga terdapat dalil yang menunjukkan bahwa berjihad di jalan Allah Ta’ala adalah termasuk amal yang paling utama[11].

Rujukan
    [1] HSR al-Bukhari (no. 926), Abu Dawud (no. 2438), at-Tirmidzi (no. 757) dan Ibnu Majah (no. 1727), dan ini lafazh Abu Dawud.
    [2] 2/382- Bahjatun Naazhirin.
    [3] Lihat keterangan Imam Ibnu Rajab al-Hambali dalam kitab Latha-iful Ma’aarif (hal. 19-20).
    [4] Lihat Tafsir Ibnu Katsir (4/651) dan Latha-iful Ma’aarif (hal. 20).
    [5] Fathul Baari (2/460).
    [6] Lihat keterangan Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin dalam Syarhu Riyadhis Shalihin (3/411).
    [7] Lihat keterangan Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin dalam as-Syarhul Mumti’ (3/102).
    [8] Karena Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak puasa pada hari itu ketika melakukan ibadah haji, sebagaimana dalam HSR al-Bukhari (no. 1887) dan Muslim (no. 123). Lihat kitab Zaadul Ma’ad (2/73).
    [9] HSR Muslim (no. 1162).
    [10] Sebagaimana dalam HSR al-Bukhari (no. 1889) dan Muslim (no. 1137).
    [11] Lihat Syarhu Riyadhis Shalihin (3/411).

    Thursday, November 3, 2011

    Puasa di hari 'Arafah

    PUASA SUNAT (HARI 'ARAFAH)

    Bilakah hari ‘Arafah? Apa dalil bagi kelebihan puasa hari ‘Arafah?

    Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).

    Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda; “(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).

    Adakah sunat berpuasa pada hari ‘Arafah itu ada pengecualian?

    Ya. Dikecualikan dari jamaah haji. Mereka tidak disunatkan berpuasa pada hari tersebut sebagai mencontohi Nabi s.a.w. dan juga untuk menjaga kekuatan bagi memperbanyakkan berdoa pada hari itu.

    Maimunah isteri Rasulullah s.a.w. menceritakan; orang ramai ragu-ragu apakah Rasulullah s.a.w. berpuasa atau tidak pada hari ‘Arafah. Lalu ia (yakni Maimunah) menghantar kepada baginda satu bekas berisi susu tatkala baginda sedang berwukuf di Padang ‘Arafah itu. Lalu baginda meminum susu tersebut dengan dilihat oleh orang ramai kepadanya (Riwayat Imam Muslim).

    Malah terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah” (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim). 

    Monday, October 3, 2011

    aKu dAn EnGkAu~



    Hari berganti hari, malam berganti malam, bulan berganti bulan..
    Detik usia semakin meningkat..
    Apakah sumbangan kau pada ISLAM?
    Kitab bertimbun susah untuk dikhatamkan..
    Sahabat disebelah kau abaikan
    Dulu kau pernah kata..dia akan kau jadikan mad’u mu..
    Tapi kini, apa sumbangan kau kepada dia?
    Apakah benar telah kau jadikan dirimu contoh terbaik?
    Kau pernah berjanji denganku..
    Kau mahu berkorban untuk ibumu..
    Untuk Islam yang kau cinta..
    Untuk adik-adik yang kau sayangi..
    Kau janji padaku..
    Biarlah dirimu kau korbankan untuk orang lain..
    Kau nak cuba yang terbaik membantu orang lain..
    Kau kata padaku..
    Biarlah Allah sahaja yang membantu Mu..
    Biarlah Allah sahaja tempat kau mengadu dan menangis dihadapaNya..
    Cuba kau renungkan..
    Berapa banyakkah janji-janjimu yang kau tunaikan pada ku..
    Aku bimbang akan dirimu..
    Aku khuatir kau tidak mampu laksanakan janji-janjinmu..
    Namun aku sentiasa doakan untukmu…
    Agar kau Istiqamah dan diberi kekuatan oleh al-Aziz..
    Untuk terus berdiri teguh..
    Laksanakan amanahmu..
    Kota kan janji-janji mu..
    Arrahman.. Arraheem.. moga kau dilindungi dari kemurkaanNya..
    Dilimpahi rahmat dan kasih sayangNya..
    Monolog aku untuk diriku [03102011~23:46]

    Saturday, October 1, 2011

    Apa yang anda fikirkan??


    Lori di hadapanku menghalang laluan,

     ditambah pula asakan percikan sisa pasir dari tayarnya yang besar itu.. 

    “ish..tak boleh jadi ni..aku mesti potong, kesian farouqku..abes terkena hujanan pasir dari lori ni..”

    member di sebelahku pun berseloroh menyuarakan pendapat “banyak betul peristiwa-peristiwa kita dengan lori ni kan”..

    “hehe..” aku hanya mampu bergelak, hatiku masih tekad ingin memotong…

    bismillah..hatiku tenang, sambil kaki menekan pedal minyak..

    “ada dua ekor rupanye lori depan aku ni, patut la lambat” ..

    “alamak! ada lagi sekor lori dari arah bertentangan.. pedal minyak sudah ku tekan, aku takkan berundur, makin ku tekan lagi pedal minyakku….

    Masa tak mengizinkan aku terpaksa memakan jalan dan memotong lori yang bawa sisa pasir tadi, lalu membuatkan dia terpaksa mengelak ketepi..

    yep..seperti yang dijangka, dia hon aku  tanda marah..

    Erm.. tapi hatiku masih tenang, takde rase kecut perut pun..cume rase kecut kaki je..hehe..

    Bilamana berhadapan dengan situasi seperti  ini,

    Sebenarnya kita mempunyai pilihan,

    pilihan tanpa paksaan,

     tapi memerlukan ketangkasan dan kecekapan berfikir,

     disamping kemahiran yang perlu di praktiskan..

    kebanyakan kita selalu fikirkan apakah yang orang lain akan lakukan untuk kita,

    tapi kita jarang sekali mahu fikirkan apakah yang perlu kita buat dan sumbangkan untuk orang lain..

    Seperti adegan memotong berekor-ekor lori tadi..

    Mungkin apa yang saya fikirkan dan saya harapkan, lori dari arah bertentangan saya tadi perlu ke tepi sedikit untuk berikan saya laluan..

    Mungkin juga saya mahukan lori yang sedekahkan sisa pasir dari tayarnya tadi memperlahankan kenderaannya bagi membenarkan saya memotongnya..

    Tapi, apa yang saya harap dan fikirkan langsung tidak berlaku..

    Pendek kata saya lah yang sepatutnya bertindak, membantutkan pemotongan berekor-ekor lori tadi.. mungkin dengan itu, saya tidak membuatkan orang lain berasa marah dengan saya… banarkah?

    “kita perlu sentiasa merancang dan fikirkan apa sumbangan kita untuk orang lain, bukannya apa sumbangan orang lain untuk kita”.. moga dengan kehadiran kita pada setiap tempat memberi manfaat kepada orang lain.. bukankah begitu?

    seperti para rasul dan sahabat.. “qudwah hasanah” dan manjadikan diri “Rahmatal lil`alameen” menjadi asas utama tindak-tanduk mereka..

    bermula dari pemikiran yang positif, akan mempengaruhi sikap yang positif, kata-kata yang positif..dan akhirnya, lahirlah individu yang menjadi tunas-tunas islam..

    Siapakah tunas-tunas islam itu?

    Mereka adalah mukmin yang sedar, sedar hatinya, celik matanya dan terbuka pintu imannya.

    Mereka adalah orang yang menghiasi dirinya dengan syakhsiatul muslim… dan sentiasa membesarkan Allah di setiap detik nafasnya..

    Seperti yang difirmankan Allah dalam al-Quran,

    “ Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih pergantian malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal”   [Surah Ali-Imran: 190]

    Masyarakat Islam akan terbina apabila wujud individu-individu yang benar-benar berpegang kepadanya.

    Cara dan corak kehidupan Islam tercerna apabila penganut-penganutnya melaksanakan segala yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. melalui al-Quran sepertimana dicontohi oleh Muhammad SAW.

    Untuk melaksanakan dan menegakkan agama Allah ini  memerlukan orang-orang yang telah menerima dan dibina menurut islam.

    Kewujudan individu-individu yang berjiwa dan berkeperibadian islam akan mencorakkan ke arah suatu suasana keimanan dan ketakwaan kepada Allah.

    Kemantapan masyarakat islam tidak tergugat oleh pengaruh yang menghancurkannya.
    Bermula dari kesedaran dalam diri..

    Sentiasa rencanakan motto “rahmatil lil alameen” walau dimana jua kita dicampakkan.. hatta sekecil zarah sekalipun sumbangan yang mampu diberikan.. moga semuanya kerana Allah..
    Percakapan, persoalan, respond dan segala tindak tanduk kita melambangkan intipati dari dalam diri kita..

    Kesemuanya ini sentiasa berlaku secara spontan..

    Dan tindakan yang spontan itulah lahir dari akar pokok dalam diri kita..

    Lihat pula bagaimana akar pokok itu dibajai..

    Adakah dengan iman, takwa dan pengabdian sepenuhnya pada Allah….

    Atau..kenikmatan material dunia yang sementara..

    Demikianlah picisan kongsian ilmiah dari saya yang juga menajadi teguran dan peringatan buat diri saya yang masih terlalu banyak kekurangan..

    Moga kita semua mempunyai tekad dan usaha yang mampan untuk menjadi seorang individu muslim, yang menjiwai dan mempraktikkan syakhsiatul muslim secara holistik.. moga kita diberi kekuatan kea rah itu..ameen