Dunia Kesihatan

Thursday, September 30, 2010

Cinta dan Perkahwinan



Alhamdulillah, segala puji tuhan sekalian alam…masih diberi nafas untuk terus hidup di bumi pinjamaNYA ini…semalam tamat lah sudah last paper untuk mid sem Exam…alhamdulillah..itulah yang terbaik mampu ku lakukan…Tawakkaltu `alaLLah..pagi nie nak share satu entry yang berkisar tentang cinta dan perkahwinan …kali ni bukan ayat sendiri tau…nie dapat dari email..member yang post…untuk ibrah kita bersama…insyaAllah moga bermanfaat =)
Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan
tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan
sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......

Kesimpulannya... janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini.
Kalau dah dapat yang rasa macam ok jer tu.. cukup syarat seperti tuntutan agama.. apa tunggu lagi??

12 comments:

Unknown said...

terbaik!!!!

Noorain said...

hahahaha..~

ayat yg last sekali tu sesuai untk en voltox...betul x??? =p

@inuRisLaM said...

Habib alWafiy...
terbaik!! untuk awak..hehe

Norain...
..ehem..ehem..ade ape2 ke ain...nape mesti en voltox..;)

voltox said...

wah menarik2..eheh..hasanah semenjak kereta baru ni rajin pula update blog kan..good2..eheh=p

ain tu nk cakap sy ni memilih la tu..dia selalu tak puas hati dgn sy..=p

apa pun, habib, ain, hasanah..bila lagi..?ehem ehem..

@inuRisLaM said...

voltox...
eh eh...ain memang xpuas hati ngan en voltox..bukan ain je..ramai lg kot...sbb en voltox suke kacau org...hehe

xde kaitan ngan kerete baru eh...tu kerete pinjam je..

seorg shbt..? said...

huk..huk..batuk ckit..ha3..(memenuhi permintaan shbt)
mabruk hasanah.. =D
ingin kukongsikan..
"apabila org yg kamu redha agama dan akhlaknya dtg meminang, hendaklah kamu kahwinkannya. Sekiranye kamu tidak melakukannya nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di atas muka bumi"
jadi,jom pakat2 kawen klw2 da jmp calon beriman..huu~ [sapekah?..boleh teka ke CIK HASANAH..?hee~]

Noorain said...

macam kenal je sape seorang sahabat? tu..hee~

hasanah, x baik tau kenakan saya, kenakan en voltox xpe dan jgn salah tafsir plak eh..

en voltox, soalan cepu mas tu..org ty dia, dia ty org balik...hahah~

sori hasanah..buat mcm blog sendiri plak..=p

@inuRisLaM said...

seorg sahabat...
syukran hadis tue..saye kenal sape kamu..;D

Noorain..
xpe2 ain...buatlah cam blog sendiri...saye lagi suke..=)

AMIN - ALFIKRUUMAH said...

salam .. ukhti.. izin ana berkongsi info ini pada sahabat di UKM kl ... syukran

ibn khalid

@inuRisLaM said...

AMIN - ALFIKRUUMAH..
tafadhal3x...

seorg shbt..? said...

huk2..huk2..dan untuk kedua kalinya,ku mohon maaf kerana atas kesilapan yang tidak dielakkan sumber hadis di atas tertinggal..
hadis di atas bersumber dari: hadis riwayat al-Tirmizi dalam Kitab Nikah (no.1080) daripada Abu Hatim al-Munzi. ~harap maklum~

@inuRisLaM said...

seorg shbt...
kamu banyak kitab rupenye...leh lah saye pinjam...