Dunia Kesihatan

Monday, January 31, 2011

Motivasikan diri bermula dari niat kerana yang Maha satu

Dengan Nama Allah yang maha Pemurah lagi maha mengasihi. Apa khabar diri dan iman kita hari ini? Harapnya akan terus meningkat dari hari ke hari. Dua nikmat yang sering dilupai kebanyakan manusia iaitu nikmat sihat dan waktu lapang. Maka, sebagai seorang manusia yang bernafas dalam jiwa hambaNya, perlulah sentiasa berusaha untuk memastikan sihat dan waktu lapang yang diberikan harus dimanfaatkan sebaiknya. Namun, benarkah kita lapang sekarang? Memetik kata-kata Assyahid Imam Hassan al-Banna, “ Kerja yang ada melebihi dari masa yang kita ada”. Benarkah kita merasainya tika ini. Jika kita merasai masa terlalu lapang, atau dengan kata lain “bosan” atau “boring”, maka usahakanlah diri untuk mencari kerja. Ingatlah bahawa “ tanggungjawab kita sebenarnya melebihi dari masa yang kita ada” dan bagi orang yang beriman dan menggelarkan diri sebagai seorang “pejuang” seharusnya tiada istilah rehat dalam hidupnya, kerana mereka menganggap bahawa kubur itulah tempat rehat mereka. Namun, bagi kita yang biasa-biasa ini, adakah dijamin mendapat kerehatan ketika di alam barzakh nanti? Mari sama-sama kita tingkatkan fardhi muslim kita, istiqamah dengan mutabaah amal kita. insyaAllah janji Allah itu pasti. Memetik pula kata-kata Zainab al-Ghazali “...Hidup ini terlalu singkat untuk menjadi orang biasa...". Perlu jadi yang luar biasa untuk mendapat tempat yang luar biasa di akhirat kelak!

Mengambil sedikit masa yang singkat ini untuk memaksakan diri menulis, dan ingin berkongsi kata-kata motivasi saya pada hari ini iaitu “Memotivasikan diri dengan mentajdidkan niat kerana yang Maha Esa”.

Kita adalah motivator terbaik untuk diri kita, jika rasa lemah dan tidak bersemangat, binalah semangat itu dari dalam diri kita sendiri. Beri perangsang kata-kata semangat untuk diri sendiri. Roh dan jasad kita adalah dua makhluk yang berbeza, dan kedua-dua ini perlu saling berkerjasama untuk menghasilkan individu yang Productive.

Sebagai manusia yang bernafas dalam jiwa hamba, kita tidak lari dari fitrah dan sunnatullah yang Maha Pencipta. Merasai ketenangan di hati dan menghadirkan kesungguhan dalam diri adalah bermula dari niat kita di awal pagi. Maka selalukanlah mendidik hati sentiasa ikhlas dan cinta kepada tuhan kita. Lakukanlah semuanya hanya kerana Allah, maka dengan itu kita tidak akan meinginginkan ganjaran dari orang lain selain rahmat dan redha Allah SWT.

Monday, January 24, 2011

MODUL ICE BREAKING

Selesai taaruf ringkas, kami membahagikan peserta kepada 2 kumpulan, saya dan kak Ti “lead” untuk group satu, manakala Hajar “lead” untuk group dua, tenaga 3 muslimat untuk 30 peserta muslimat terlebih memadai bilamana Hajar memainkan peranan penting sebagai “Boss” kami. Untuk usrah kali ini, kami hanya menyediakan 2 modul ringkas dengan memakan masa hampir 2 jam. Permulaan pengenalan dengan “ice breaking” yang disaluti sedikit aspek ukhuwah dan pengenalan islam sebagai “precursor” untuk usrah-usrah yang seterusnya.

Modul 1: bulat kecil, bulat besar

Peserta diminta membuat satu bulatan, kemudian kesemua peserta diminta rapat kehadapan. Setiap peserta diminta memegang erat tangan kawan-kawan yang lain.

Syarat yang diberikan:

1. Setiap orang tidak dibenarkan memegang tangan kawan yang sama pada kanan dan kirinya

2. Tangan kawan yang dipegang hendaklah bukan dari kawan yang berdiri berdekatan, perlu menjadikan tangan yang dipegang bersilang dengan orang berhadapan.

Kemudian, peserta diminta bergerak kebelakang dan bina semula bulatan tanpa sedikit pun melepaskan tangan sahabat mereka. Dalam proses ini kita akan lihat bagaimana sikap peserta dari sudut kekreatifan dan nilai kasih sayang terhadap sahabat. Dua aspek penting ini akan melatih mereka untuk berfikir sebelum bertindak. Jika diperhatikan matlamat pada mata kasarnya adalah untuk mencapai satu bulatan dalam limit masa yang singkat, untuk mencapai matlamat ini, “force” yang hadir adalah “masa”, namun adakah dalam usaha mereka mencapai matlamat dan tekanan masa ini menghadirkan rasa “empathy” mereka sesama rakan yang lain. Adakah demi mencapai matlamat, mereka sanggup melihat ada antara kawan-kawan mereka yang disakiti. Terseliuh tangan mungkin akan berlaku bilamana dari tangan yang berselirat tadi perlu membentuk semula satu bulatan.

Modul 2: saya tahu kamu tahu

Peserta diminta membuat satu bulatan besar. Setiap peserta diberikan sehelai kertas dan sebatang pen. Dalam masa 10 minit mereka diminta “describe” ciri-ciri fizikal dan sifat-sifat salah seorang sahabat mereka tanpa perlu menulis nama sahabat itu. Mereka diingatkan untuk menulis perkara yang baik-baik sahaja agar nantinya tiada sebarang rasa tidak puas hati antara mereka.

Setelah selesai, kami mengumpulkan semua kertas mereka dan salah seorang dari kami (Hajar) mengambil secara rawak untuk dibaca dihadapan mereka. Setiap baris perkataan yang disebutkan Hajar memberi respon yang memberangsangkan dari peserta. Mereka nampaknya terhibur dan terlalu “inquiri” untuk meneka siapakah orang yang disebutkan itu. Ada juga yang terharu bilamana terasa dirinya dihargai oleh sahabat sendiri.

Masa yang agak singkat membataskan kami untuk membaca kesemua kertas-kertas itu, namun, mereka sempat membuat “MOU” dengan kami meminta kertas tersebut dibaca habis untuk sesi usrah yang akan datang. InsyaAllah, kami cuba jika diberi kesempatan masa dan umur yang panjang.

Apakah objektif kita?

OBJEKTIF 1: Ukhuwah Islamiyah

Ukhuwah nucleus usrah,

Tanpa ukhuwah tiada usrah,

Dari ukhuwah lahirnya mahabbah.

Keterikatan hati sesama sahabiah.

Ukhuwah yang paling indah adalah ukhuwah islamiyah. Menurut Imam Assyahid Hassan al-Banna Ukhuwah Islamiyah adalah keterikatan hati dan jiwa antara satu sama lain dengan ikatan aqidah.


Hakikat Ukhuwah Islamiyah :
1.Nikmat Allah (Q.S. 3:103)
2.Perumpamaan tali tasbih (Q.S.43:67)
3.Merupakan arahan Rabbani (Q.S. 8:63)
4.Merupakan cermin kekuatan iman (Q.S.49:10)

Darihal Usrah Hassan al-Banna. Sesungguhnya Islam memandang sangat mustahak untuk membentuk ikatan-ikatan perpaduan untuk penganut-penganutnya. Ikatan-ikatan ini dinamakan “Usrah” atau “Keluarga” Dengan terbentuknya apa yang dinamakan “Usrah” atau “Keluarga” seperti itu akan dapatlah dipimpin penganut-penganut Islam tadi ke arah contoh-contoh pujaan yang tinggi, dan dapatlah pula diperkuatkan ikatan-ikatan yang ada pada mereka, bahkan akan dapatlah dipertinggikan mutu “Ukhuwah” atau “Persaudaraan” di antara sesama mereka sendiri; iaitu dengan jalan membawa contoh-contoh pujaan dan persaudaraan itu dan peringkat bualan dan pandangan teori kepada peringkat perbuatan dan amalan. Oleh itu, saudara sendiri juga hendaklah turut memandang berat serta bersedia untuk menjadi batu-bata yang sihat lagi berguna kepada bangunan keluarga bentukan yang mulia ini; iaitu “Usrah Islamiah” atau “Keluarga Islam”.

Rukun ikatan “Usrah” ini terdapat tiga perkara yang mana hendaklah saudara memelihara serta mengambil berat untuk bersungguh-sungguh menjayakannya supaya ikatan “usrah” tersebut tidaklah semata-mata menjadi suatu beban yang tidak mempunyai sebarang erti. Tiga rukun tersebut ialah:

(1) Berkenalan; (2) Bersefahaman; dan (3) Berseimbangan.

Erti Berkenalan: “Berkenalan” di antara satu sama lain ialah rukun yang pertama bagi pengertian “Usrah”; Oleh itu “ta’aruf” saudara-saudara hendaklah berkenal kenalan serta berkasih sayang dengan semangat cinta kepada Agama Allah, dan hendaklah saudara-saudara menyedari serta memahami pengertian hakikat “ukhuwah” (persaudaraan) sejati di antara sesama saudara saudara sendiri. Saudara-saudara hendaklah berusaha bersungguh-sungguh supaya jangan ada apa pun juga yang boleh mengerohkan perhubungan “ukhuwah” itu. Ini boleh saudara-saudara lakukan dengan jalan sentiasa menjunjung titah perintah firman-firman Allah dan hadith-hadith Rasul, bahkan dengan jalan menjadikan firman-firman dan hadith-hadith itu perkara perkara yang wajib diutamakan ke atas perkara-perkara yang lainnya.

Bersefahaman: Rukun yang kedua bagi “Peraturan”, atau susunan “Usrah”, ini ialah “Ta-faahum” atau “Bersefahaman”: oleh itu, saudara-saudara hendaklah selama-lamanya berpegang dengan “Kebenaran”; iaitu dengan jalan mengerjakan apa-apa yang diperintah Allah dan menghentikantikan apa-apa yang dilarangnya dan saudara-saudara juga hendaklah memeriksa diri sendiri dengan sehalus-halusnya samada saudara saudara benar taat kepada perintah Allah atau pun terlibat ke dalam arena kederhakaan. Setelah memeriksa diri sendiri, saudara-saudara hendaklah pula nasihat menasihati di antara satu sama lain apabila kelihatan sesuatu “cacat”.

Dalam soal nasihat menasihati ini hendaklah saudara yang diberi nasihat itu bersedia serta sanggup menerima nasihat dan saudaranya tadi dengan sukacita dan gembira dan memberi terimakasih atas nasihatnya itu.

Saudara yang memberi nasihat itu pula janganlah berubah hati terhadap saudaranya yang “tersilap” tadi walau pun perubahan perasaan hati itu sejarak sehelai rambut sekalipun.

Nasihat-nasihat hendaklah diberi dengan cara yang baik dengan tidak memandang rendah terhadap saudara yang dinasihatinya itu. Orang yang memberi nasihat janganlah menganggap dirinya lebih mulia bahkan ia hendaklah memberi nasihat dengan cara tidak melahirkan terang-terangan akan kesilapan saudaranya itu kira-kira selama sebulan dengan tidak pun menceritakan segala kecacatan yang telah pun diperhatinya pada “Ketuanya” (Ketua Usrah). Ia hendaklah menceritakan hal itu kepada “Ketua Usrah” jika ia rasa tidak berdaya memperbaikinya. Dalam apa hal sekalipun, iaitu janganlah sekali-kali merasai tawar hati terhadap saudaranya yang “silap” tadi malah hendaklah ia tetap memberi kasih sayang terus menerus kepadanya sehinggalah Allah melakukan apa-apa perubahan yang dikehendakinya.

Dalam semua hal seperti yang dibentangkan tadi, saudara yang diberikan nasihat pula janganlah menunjukkan kedegilan dan sikap keras kepalanya malah ia janganlah berubah hati walau jarak rambut sekali pun terhadap saudaranya yang memberi nasihat tadi; hendaklah difaham bahawa martabat “kasih sayang” kerana Allah itu adalah setinggi-tinggi martabat bagi pengertian “kasih sayang” di kalangan umat manusia, manakala “nasihat” itu pula adalah satusatunya dasar yang amat penting di dalam ugama Islam. Rasul bersabda- (ad dii-nun na-sii-hah) ertinya: (Agama itu adalah nasihat).

Oleh itu, perhatikanlah dalam-dalam, mudah-mudahan Allah memberi rahmat kepada kamu. Perhatikanlah dalam- dalam akan pengajaran yang mulia di dalam hadith Rasul tadi, mudah-mudahan Allah selamatkan saudara-saudara di antara sesama saudara-saudara sendiri, dan semoga Allah perkokohkan susunan saudara-saudara dengan berkat ta’at saudara-saudara kepadaNya; dan semoga Allah elakkan kita dan saudarasaudara semua danipada tipu-daya syaitan.

Berseimbangan: “Berseimbangan” atau (ta-kaa ful) ialah dasar memelihara nasib sesama sendiri supaya jangan ada orang yang terbiar atau terlantar; oleh itu saudara-saudara hendaklah mengamalkan dasar “takaful” ini dengan cara yang bersungguh-sunggul untuk bersama-sama menolong memikul bebanan sesama sendiri. Dasar “Bersaimbangan” atau “takaful” ini merupakan tunjang iman dan inti-sari “ukhuwah” sejati. Untuk mengamalkan rukun “Bersaimbangan” ini, saudara- saudara hendaklah sentiasa bertanya khabar sesama sendiri, ziarah menziarah, dan berganti ganti membuat kebajikan dengan jalan segera menolong di antara satu sama lain sedaya upaya.

Perhatikan sabda Rasulullah SAW:

Ertinya: (Kalau seseorang dan kamu itu berjalan kerana hendak menolong saudaranya adalah lebih baginya daripada ia ber ‘iktikaf sebulan di masjidku ini.)

Dalam suatu sabdanya yang lain, Rasul berkata yang ertinya: (Barang siapa memberi kesukaan kepada keluarga sesebuah rumah orang muslim nescaya tidak lain yang dibalas Allah melainkan dengan syurga).

Mudah-mudahan Allah padukan kita dengan pertolongannya sendiri; kerana Allah itulah sebaik-baik Pengawal dan sebaik-baik Pembantu.

OBJEKTIF 2: Precursor dalam membentuk individu muslim

Individu yang dikatakan muslim adalah individu yang keseluruhan aspek kehidupannya berteraskan islam. Akhlak, ibadat, aqidah dan fikrah islam. Melahirkan individu muslim adalah asas pertama yang digariskan oleh Imam Hassan al-Banna yang seterusnya kelak akan melahirkan keluarga muslim, masyarakat muslim, daulah islamiyah dan akhirnya tertegak pula Khilafah islamiyah.

Rujukan : Usrah dan Dakwah oleh Imam as-Syahid Hassan al-Banna

Wednesday, January 19, 2011

~Detik-detik di hari miggu~


Andai ada kata-kata yang lebih tinggi dari ucapan Alhamdulillah, maka ucapan itulah yang akan ku ungkapkan, namun masihkah ada lagi ucapan terima kasih ku kepadaMu selain Alhamdulillah, hanya Kau sahaja yang lebih mengetahui apakah yang tersirat di hatiku. Ya Rabb ku mohon padaMu agar KAU permudahkanlah urusan ku.

Minggu pertama aku di sini…terasa penat, mungkin terkejut dengan suasana kerje. Satu transformasi dari alam kampus ke dunia pekerjaan sebenar. Atau mungkin letih dek kerana tiada kerje yang dibebankan, ooh..diriku belum bersedia untuk menerima berita “tiada kerje untuk aku” yang akhirnya membuatkan aku terkapai-kapai apakah yang perlu kuisi masa kosongku. Tiada satupun buku mahupun kitab Kalamullah ku bawa bersama pada minggu pertama menghadapi momentum alam pekerjaan. Maka, aku jadi kaku, apa harus ku buat?...

Pengajaran pertama untukku: sentiasa bersedia untuk mengisi masa secara optimum.

Hujung minggu pertama di bulan Januari. Tiada yang menarik, ku bergerak mengikut apa yang telah dirancang, rindu ingin bertemu anak muridku. Kelas ditangguh ke 11.30 pagi dan bersambung pula sesi malamnya selama sejam. Temujanji ku menemui seorang kakak usrahku berlangsung seperti yang dirancang. Tepat 1.00 pm, dia membawaku ke rumahnya. Sungguh terharu aku bertemu dengannya, membantu memberi nasihat dan tunjuk ajar, lembut tutur katanya menjadi tauladan kepada diriku yang serba kedhaifan ini. Oh tuhan, sekali lagi ku panjatkan syukurku padaMu, memberiku peluang mengenali dirinya dalam satu medan yang sentiasa ku dambakan.

Pengajaran kedua untukku: perbaikilah akhlak mu wahai hamba ALLAH!...dan sentiasalah bersyukur, nikmat yang datang bukan selalu, tapi syukurmu perlu sentiasa hadirkan dalam diri..kerana dengan bersyukurlah yang akan menjadikan kau sentiasa menghargai dan Qana’ah dengan apa yang ada.

Kisahku berlegar hanya di hari minggu. Mengapa?..erm..mungkin tiada yang menarik untuk ku kongsikan pada hari lain..erm..atau mungkin biarlah hari selain hujung mingguku adalah rahsiaku..tujuan kukongsikan adalah untuk pengajaran buatku, dan moga memberi sedikit manfaat pada diri orang yang membacanya.

Bersambung kembali kisah ku di hujung minggu ke dua januari 2011. Kepala ligat memikirkan, di mana pula perlu ku menumpang teduh pada hujung minggu ini. Oh tuhan, permudahkan urusanku dan izinkan aku berpeluang berada di jalan dakwahmu. Seawal 7.30 pagi ku membawa “Faraouq” menerobos jalan raya yang agak lengang dari kebiasaan. Dari Damansara ke Nilai, meredah Puchong dan Putrajaya. “teet” inbox ku menerima message, lega bila menerima maklumat dari ibu kepada anak muridku yang meminta kelas ditangguhkan ke jam 9.20 pagi..alhamdulillah, Allah beri aku kesempatan dan sedikit kelapangan untukku menunaikan solat dhuha. Ku mencari dan tercari, dimanakah perlu ku merehatkan “Farouq”.. akhirnya, sempat ku menyinggah di stesen minyak SHELL.. “maaflah tauke SHELL, aku datang bukan nak isi minyak, “Farouq” aku dah breakfast awal-awal lagi, dia boleh bertahan sampai esok. Aku nak tumpang tandas dan surau je..hehe” …

Tepat jam 9.20 pagi aku tiba di rumah yang tersergam indah, landskap yang cantik dihiasi kolam dan pancutan air di tepi rumah. Dan, seperti biasa, Lambogini, Turbo dan Ferrari nya gah tersusun di laman rumah. Anak-anak sedang menungguku di satu bilik khas. Sungguh bertuah mereka, punyai ibu bapa yang prihatin walaupun dalam kesibukkan menguruskan perniagaan…Alhamdulillah..Bersyukurlah wahai anak muridku.

Pengajaran ketiga untukku: Kuatkan tekad dan pergantungan serta tawakkal yang tinggi pada ALLAH, sentiasa dekat denganNYA, nescaya akan KAU temui sinar ketenangan yang dicari.

Pengajaran keempat buat diriku: Disiplinkanlah diri untuk tepati masa, gunakan masa dengan optimum.









Seusai kelas, “teet”..peti inbox ku menerima message, aku dijemput pakcikku untuk ke Sri Kembangan pula. Alhamdulillah, aku dapat “Lunch” free hari tu. Rezeki Allah nak bagi, sape tau kan..hehe.. bertuahlah kau wahai perut..dapat makan free.








Terus ku merentas ke Serdang pula, seorang kakak usrahku mengajakku ke satu sesi dialog bersama YB Zailah (Dun Rantau Panjang). Alhamdulillah, akhirnya sampai juga hajatku untuk mengisi rohani ku pula. Namun, kesesakan lalu lintas menyebabkan perjalanan yang hanya memakan masa 15 minit mencecah hampir 1 jam. Aku lewat dari masa yang telah dijanjikan. Keterlewatanku ku maklumkan pada kakak usrahku itu agar dia tidak tertunggu-tunggu. Alhamdulillah, suaranya yang tenang mendengar alasan kelewatanku membuatkan aku lebih tenang.

Pengajaran kelima: tiada lain selain sentiasa bersyukur, dikelilingi sahabat yang berhati mulia.

Sedikit bingkisan yang ingin ku kongsikan dari sesi dialog bersama YB Zailah, atau lebih mesra dipanggil Kak Lah. Walaupun agak terlewat, namun sempatku menangkap tajuk tazkirah beliau iaitu “Jalan Menuju ke Syurga”… Ayat pertama yang kudengar ialah “ Orang mukmin memberi kepada saudaranya apa yang dia kasih”.. kemudian Kak Lah menceritakan kisah Saidatina Fatimah. Kisah Fatimah yang memberi sedekah baju pengantin yang diterimanya kepada peminta sedekah yang datang ke rumahnya. Oleh kerana hanya itu sahaja yang Beliau miliki, maka dengan ikhlas beliau memberikannya hatta baju itu pemberian yang perlu digunakkannya di hari pernikahannya. Namun keihlasan terserlah dengan bentuk sedekah yang diberikannya seraya doanya agar Allah terima sedekahnya itu. Doa nya didengar Allah lalu melalui malaikat jibrail, Allah memberikan sepasang pakaian sutera dari syurga dan diberikan kepada Rasulullah SAW untuk disampaikan kepada Saidatina Fatimah. masyaAllah, pemurahnya Allah dan hebatnya puteri kesayangan Rasululllah SAW.

Pengajan kisah:

· Jika ingin mencapai syurga Allah, kita perlu memberi untuk Isam.

· Dan apa sahaja yang kita lakukan, perlu Nampak syurga dihadapan kita.

· Dalam jalan menuju ke syurga Allah, perlu ada iman, ilmu yang diamalkan, perlu khusyuk dalam solat, menangis waktu malam kerana takut pada Allah, perlu sanggup berkorban dan berjihad, sentiasa sabar dan istiqamah, sentiasa taat, sujud dan ruku’ kepada Allah.

Tambahan kak Lah lagi.. “ melalui jalan menuju syurga Allah, bukanlah dihamparkan dengan permaidani yang indah, untuk mencapai syurga Allah perlu berdepan dengan cabaran dan halangan. Telusuri pula kisah Rasulullah SAW. Perjuangan baginda berpuluh kali lebih hebat dari ujian yang kita hadapi. Perlu kita menekuni kisah kekasih ALLAH ini sebagai motivasi dan tauladan untuk kita”.. dalam surah hujrat ayat ke 15 “ Sesungguhnya orang-orang mukmin yang sebenarnya adalah mereka yang beriman kepada ALLAH dan RasulNYA, kemudian mereka tidak ragu-ragu, dan mereka berjihad dengan harta dan jiwanya di jalan ALLAH. Mereka itulah orang-orang yang benar”

Tepat jam 5.00 petang, sesi dialog berakhir, kak Lah mengajak kami berjemaah asar bersama-sama, masyaAllah rindunya aku suasana seperti ini…solat berjemaah beramai-ramai, kemudian makan bersama-sama. Alhamdulillah, ku merasai masaku kali ini begitu berharaga. Walaupun kehadiranku dilihat seperti orang asing, namun dengan muka tembok dan hati kering ku ini tidak menghalang aku bertegur sapa dengan sahabat-sahabat baru ku..alhamdulillah…all praise due to Allah.

Malam itu aku di ‘offer’ pula mengikuti usrah kolej bersama sahabatku.. “boleh ke saya ikut?...takpe ke?..mane tau perlukan sir wa hadzar kan..”aku bertanya.. kakak usrahku menjawab “ sahabat kamu itu naqibahnya, takde masalah pun”… “ waah…bestnya”…hatiku berbunga riang.. aku mula mempersiapkan diri, seusai solat maghrib, selesema ku mula bertamu, mataku mula berair, bersinku entah ke berapa kali.. “masyaAllah, apakah symptom demamku mula datang?” monologku… ya Allah berilah aku kekuatan. Seusai solat isyak, ku merasakan selesemaku seakan ingin bermastautin. Aku perlu menyelesaikan tugas ku lagi esok, apakah aku perlu terus berehat atau meneruskan perancangan untuk mengikut sahabatku ke usrah?..erm..dengan rasa kesal, akhirnya ku suarakan ke kakak usrahku bahawa aku tidak mampu ikut sama sahabatku ke usrahnya, teringin, tapi insyaAllah, ada rezeki mungkin di lain hari. Aku kemudian tumpang berteduh di rumah seorang lagi kakak usrah ku…kebetulan abangnya tiada di rumah, tanpa segan silu ku mohon izin bertandang ke rumahnya untuk tumpang bermalam. Alhamdulillah, kehadiranku di sambut baik. Tanpa kusedari aku ter‘syahid’ hingga ke subuh, walaupun amat kesal kerana terlepas tahajud pada malam itu, namun aku tetap bersyukur, serasa symptom demamku hilang tanpa sedikitpun meninggalkan khabar berita..Alhamdulillah, aku mengajak sahabat dan dua orang kakak usrahku bersarapan. Kami bertemu, berbincang dan merancang. Alhamdulillah planning untuk hujung minggu ke tiga ku selamat kuisi dalam takwimku. Aku bersyukur ditemukan sahabat seperti mereka. Aku sentiasa berpegang pada kata-kata “ sibukkanlah diri kamu dengan kebenaran, jika tidak, kamu akan disibukkan dengan kebatilan” ..dan kerana kata-kata inilah aku sering mencari dan tercari, tugas-tugas yang perlu aku lakukan, agar aku sentiasa tidak terlepas dari rahmat dan redhaNYA…itulah yang ku dambakan.. moga ia kekal di lubuk hatiku… kemudian, jika ditimpa sebarang ujian, maka ingatlah kalam tuhan dalam surah al-Baqarah ayat 216 iaitu “ …boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”…moga Allah sentiasa bersama aku..disetiap denyutan nadi dan hembusan nafas ini…ameen ya rabbal a’lamen.