Dunia Kesihatan

Thursday, December 31, 2009

AMBIL IKTIBAR



SEPOTONG ayat al-Quran pada peha Ali.

-----Marilah kita sama2 membaca dengan penuh keinsafan...


Selamat membaca di bawah ini.



DUNIA Mufti Rusia komen ayat pada kulit bayi GAMBAR menunjukkan ayat al-Quran muncul pada kulit Ali.


MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.

Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.

Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.

Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.".

Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.

Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. - Agensi

~Halimzakaria


Ayat al-Quran pada kulit bayi

SEBAHAGIAN ayat al-Quran pada kulit Ali.

MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.

Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.


Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.

"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.

Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.

Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.

"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi

~email yang dikirim lanjut

Tuesday, December 29, 2009

Sambungan entry sebelum ini…hidup untuk memberi…




Manfaat memberi turut dilimpahkan kepada kepada orang bukan islam (Bukti betapa pemberinya Allah , AL WAHHAB)
Henry Ford, pencipta kereta yang pertama, mempunyai cita-cita ingin melihat ramai orang memiliki kereta. Tetapi cita-citanya tidak dipersetujui oleh pelaburnya yang pertama. Henry Ford berfikir bagaimanahendak member, sedangkan pelaburnya berfikir sebaliknya, yakni berfikir bagaimana hendak menerima.
Henry Ford berfikir bagaimana hendak membuat kereta dengan kos yang murah dan dijual dengan harga yang murah supaya ramai orang mampu memilikinya. Sedangkan pelaburnya berfikir sebaliknya.
Henry Ford mencari pelabur yang lain. Apibila ditemuinya, kereta mula dibuat dengan kos yang rendah dan dijual dengan harga yang murah. Akhirnya ramai orang mampu membelinya. Rugikah Henry Ford? Tentulah tidak! Dia mendapat semula apa yang diberikannya. Lebih ramai orang membeli kereta bererti lebih banyak keuntungan yang didapatinya. Benarlah What you give, you get back!

Kita memberi dahulu kemudian menerima, mana mungkin kita menerima tanpa memberi
Penemuan yang menakjubkan. Didapati orang yang pemurah jarang menjadi penguin rumah sakit jiwa . Bermakna kebanyakan penghuni rumah sakit jiwa ialah orang yang kedekut- tidak mahu member. Mereka rasa tertekan kerana tidak disayangi atau tidak diendahkan, tetapi mungkin mereka terlupa punca mereka tidak disayangi atau tidak diendahkan itu. Mungkin sebelum ini mereka tidak terlebih dahulu menyayangi atau mengendahkan orang lain.
bersambung...


Tuesday, December 22, 2009

Salam Maal Hijrah 1431




bumi mekah seakan menghimpit

mengancam nyawa risalah langit
ketika itu turun perintah
untuk berhijrah ke kota harapan

pergi bukan bererti mundur
tapi menyusun langkah teratur
demi mencapai matlamat agung
membawa rahmat ke seluruh alam

satu muharam detik bersejarah
dimasa umat telah berhijrah
dari kota mekah ke kota madinah
tinggal segala harta keluarga
sahabat handai dan yang tercinta

tiada yang lebih berharga
selain iman yang sejahtera
kerananya sanggup berkorban
harta dan nyawa watan tercinta

kerana ikatan ukhuwah fillah
mengatasi ikatan saudara
kaum ansar mendakap rasul
dan muhajirin sujud bersyukur

disinilah ketabahan
umat islam diuji....

Wednesday, December 16, 2009

Hidup Untuk Memberi



"Ramai orang yang gagal dalam hidup ini kerana lebih pentingkan bagaimana untuk mendapatkan, berbanding bagaimana untuk memberi. Sedangkan mengikut kajian, orang yang berjaya dalam hidup ialah orang yang banyak memberi"


Bagaimana ini boleh berlaku?..bukankah dengan menerima kita akan mendapat lebih, sebaliknya memberi akan mengurangkan..Bukankah Rasulullah SAW paling banyak memberi?...Tabligh, menyampaikan..salah satu sifat wajib rasulullah.... sejarah merakamkan Rasulullah SAW memberi bukan sahaja sewaktu senang, bahkan semasa susah..sewaktu susah baginda memberi penuh kesabaran..sewaktu senang Baginda memberi dengan penuh kesyukuran...
...memberi kemaafan..memberi peringatan...memberi masa, tenaga dan jiwa untuk menyebarkan dakwah......
...nak tau lebih lanjut..jom bace Solusi isu ke 14 .....Hidup Untuk Memberi =)