Dunia Kesihatan

Friday, June 26, 2009

Cara MAKAN kita....

Sedikit perkongsian ilmu yang sahabat saye emelkan..

Camni lah…nak bg analogi sket..

Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya
tetap Ada satu.
Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut,
anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...



::Cara MAKAN kita::

Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan kawan2 semua?

Rupa2nya tanpa kita sedo, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.


Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan2 cubalaa.....
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.


Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah....


Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat
amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran
darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...

Sama2lah kita mengamalkannya. .......

Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaallah Allah akan
menggandakan 10 kali kepadanya.

Tuesday, June 23, 2009

Dialog Dua Hala dalam surah al-Fatehah


Dari tafsir al-Kabir oleh Imam al-Fakhru al-Razi Juz 1 halaman 270~mudah mudahan dengan mengerti tafsir dari alfatehah ini akan membuatkan kita lebih khusyuk

::Apabila seorang hamba berkata “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang” [Bismillahir rahmanirrahim]

>>> Allah menjawab “hambaKu telah mengingatKu”
::Bila si hamba berkata Segala Puji bagi Allah tuhan Semesta Alam” [Alhamdulillah rabbil`alamiin]

>>>Allah menjawab “HambaKu telah memujiKu”

:: Bila si hamba berkata “Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”

>>> Allah menjawab “HambaKu telah mengagungkan Ku”

::Bila si hamba berkata “Raja yang Menguasai Hari Pembalasan”

>>>Allah menjawab ”HambaKu telah memuliakanKu”

::Bila si hamba berkata: “ Hanya kepada Engkau Kami menyembah dan kepada Engkau Kami memohon pertolongan”

>>>Allah menjawab “ Ayat ini antara Aku dan hambaKu, dan hambaKu berhak atas apa yang ia minta”

::Bila si hamba berkata “tunjukkilah kepadaku jalan yang lurus ,jalan orang yang telah Engkau beri nikmat, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang yang sesat”

>>>Allah menjawab “Ini semua untuk hambaKu dan hambaKu berhak atas apa yang dia minta”

Semoge kite beriltizam untuk sentiasa menambah kekhusyukkan dalam solat..

Tuesday, June 2, 2009

nak share je...




Alhamdulillah malam semalam ana baru sahaja mendengar ceramah oleh ketua pemuda PAS negeri Johor Ust. Khairul Faizin dan bekas pemimpin UMNO yang convert to PAS. Banyak pengajaran yang nak ana kongsikan bersama...Agak lame jgak ana x hadiri kuliah dan ceramah2 seperti nie..astaghfirullah..baru sedar..semenjak musim xm hari tue..banyak sibukkan diri dengan study..huhuhu..abes je xzam..adhoc menyertai team catur ke pertandingan MASUM…hingga lupe ntuk sibukkan diri dengan program2 tarbiyah..pengisian rohani..lapar sungguh rohaniku..Erm..melihat keadaan sekeliling..persoalan pertama yang terdetik..kenapa orang yang hadir semakin berkurang..kalau tidak..sebelum nie..tyme2 ceramah macam nie..kat markaz nie..punyelah ramai orang..skarang yang hadir..muslimatnye boleh dibilang dengan jari..motor2..kereta2 yang datang tak delah sesak macam dulu..pelik!,,kemanakah tarbiyah kita skarang…ana tak salahkan sape2..tapi ana salahkan diri ana sendiri..Ops!..asif kathiran..bukan niat ana nak crite bende nie ntuk entry kali nie..sebenarnya ana nak kongsi bersama ape yang ana dapat semalam..semoge bermanfaat..
Alhamdulillah penceramah jemputan kali nie Ust Abdul Hamid..Pandai sungguh penceramah menarik minat pendengar, muqaddimahnya sahaja dah mengaitkan kisah Sultan Muhammad al-Fateh..ape kaitannya?..kaitannya dengan perjuangan dan hidup kita..bagaimana Sultan Muhammad Al-fateh dalam usia yang muda menjadi seorang pemimpin. Bahkan disebut oleh Rasulullah SAW ketika menggali parit perang khandak

Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

Tersentuh juga apabila menyingkap bagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh memilih tenteranya. Penapisannya mudah sahaja, amalan fardhi masing..tak perlu kita menuding jari pada orang lain, bahkan check amalan diri sendiri…

Solan yang ditujukan kepada tenteranya :

  1. Siapakah antara kalian di sini yang sejak baligh tidak pernah meninggalkan solat fardhu
>>> tiada seorang pon..
  1. ….solat sunat rawatib?
>>> sebahagian dari mereka mengaku pernah tinggalkan, maka tinggallah sebahagian sahaja yang masih berdiri.
  1. sejak baligh tidak pernah tinggalkan solat tahajjud dan witir?
>>> semua duduk….tinggallah Sultan Muhammad al-Fateh sahaja yang berdiri.
Lihat disini sahabat2..mari sama2 kita muhasabah diri kita..
Kalau kita seorang pemimpin..bagaimanakah amal fardhi kita…kita mahu Allah beri petunjuk pada kita..kita mahu sepanjang kepimpinan kita dirahmati dan diberkatiNya..lalu bagaimana pula hubungan kita dengan sang Pencipta…kerdilnya kita dihadapannya..astaghfirullah..Kalian pasti sudah tahu kan kisah Constantinople dan kelebihan Sultan Muhammad al-Fateh serta 150,000 tenteranya…dan lagi..pembinaan meriam pertama..same2 kita mengambil ibrahnye..semoge coretan ini menjadi pencetus kepada kita untuk berterusan membaca..especially wak2 cuti- cuti skang nie…moge bermanfaat =)