Dunia Kesihatan

Friday, November 4, 2011

10 awal Dzulhijah



Ahlan wasahlan ke laman sesawang ana yang dah bersawang ni..

Bismillahi wal hamdulillah, detik masa semakin melangkah pergi, namun terasa diri semakin jauh dari Illahi,

Mungkin dek kesibukan kerja dan taklifan-taklifan yang semakin bertambah.

Kadang diri terasa lemah dan tidak bermaya,

keikhlasan bekerja semakin menyongsang lari meninggalkan kita,

..dan ketika ini diri memerlukan motivasi.

‘Assamah perlu disemarakkan.

Ia perlu bagi merangsang kesungguhan kita melakukan ibadah..

Hari ni mungkin ana rasa agak tidak bermaya, mengadap skrin komputer 8 jam sehari, naik muntah rasanya, di darabkan dengan 6 hari bekerja.. lama-lama boleh jadi robot bergerak mungkin, namun seperti yang ana sebutkan tadi, keikhlasan perlu dijana, baru diri jadi lebih bersemangat. kadang-kadang kita perlu mengetahui sebab kenapa kita melakukan sesuatu, barulah diri akan termotivasi, menyuntik semangat beribadah padaNya. menyumbang jasa pada makhluk disekeliling

Jadi, bagi yang rasa keletihan, namun menggagahkan diri untuk merebut puasa sunat, beribadah mengejar fadhilat di sepuluh hari pertama Dzulhijah,

Di sini ana kongsikan sedikit input, hikmah di sepuluh hari awal Dzulhijah,

moga kita terus bersemangat dan berkobar-kobar melakukan ibadah.

Dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma dia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ. يَعْنِى أَيَّامَ الْعَشْرِ. قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلاَ الْجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ : وَلاَ الْجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَىْءٍ.

“Tidak ada hari-hari yang pada waktu itu amal shaleh lebih dicintai oleh Allah melebihi sepuluh hari pertama (di bulan Dzulhijjah).” Para sahabat radhiyallahu ‘anhum bertanya, “Wahai Rasulullah, juga (melebihi keutamaan) jihad di jalan Allah?” Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “(Ya, melebihi) jihad di jalan Allah, kecuali seorang yang keluar (berjihad di jalan Allah) dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak ada yang kembali sedikitpun.”[1]

Hadits yang agung ini menunjukkan keutamaan beramal shaleh pada sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah. Oleh karena itu, Imam an-Nawawi dalam kitab beliau Riyadhush Shalihin[2] mencantumkan hadits ini pada bab: Keutamaan ibadah puasa dan (ibadah-ibadah) lainnya pada sepuluh hari pertama di bulan Dzulhijjah.
Mutiara hikmah yang dapat kita petik dari hadits ini:
  1. Allah melebihkan keutamaan zaman/waktu tertentu di atas zaman/waktu lainnya, dan Dia mensyariatkan padanya ibadah dan amal shaleh untuk mendekatkan diri kepada-Nya[3].
  2. Karena besarnya keutamaan sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah ini, Allah Ta’ala sampai bersumpah dengannya dalam firman-Nya: وَلَيَالٍ عَشْرٍ  “Dan demi malam yang sepuluh.” (Qs. al-Fajr: 2). Yaitu: sepuluh malam pertama bulan Dzulhijjah, menurut pendapat yang dikuatkan oleh Ibnu Katsir dan Ibnu Rajab[4], [serta menjadi pendapat mayoritas ulama].
  3. Imam Ibnu Hajar al-’Asqalani berkata, “Tampaknya sebab yang menjadikan istimewanya sepuluh hari (pertama) Dzulhijjah adalah kerana padanya terkumpul ibadah-ibadah induk (besar), yaitu: shalat, puasa, sedekah dan haji, yang (semua) ini tidak terdapat pada hari-hari yang lain.”[5]
  4. Amal shaleh dalam hadits ini bersifat umum, termasuk shalat, sedekah, puasa, berzikir, membaca al-Qur’an, berbuat baik kepada orang tua dan sebagainya.[6]
  5. Termasuk amal shaleh yang paling dianjurkan pada waktu ini adalah berpuasa pada hari ‘Arafah (tanggal 9 Dzulhijjah)[7], bagi yang tidak sedang melakukan ibadah haji[8], karena Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika ditanya tentang puasa pada hari ‘arafah, beliau bersabda,

أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِى بَعْدَهُ
“Aku berharap kepada Allah puasa ini menggugurkan (dosa-dosa) di tahun yang lalu dan tahun berikutnya.”[9]
  1. Khusus untuk puasa, ada larangan dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk melakukannya pada tanggal 10 Dzulhijjah[10], maka ini termasuk pengecualian.
  2. Dalam hadits ini juga terdapat dalil yang menunjukkan bahwa berjihad di jalan Allah Ta’ala adalah termasuk amal yang paling utama[11].

Rujukan
    [1] HSR al-Bukhari (no. 926), Abu Dawud (no. 2438), at-Tirmidzi (no. 757) dan Ibnu Majah (no. 1727), dan ini lafazh Abu Dawud.
    [2] 2/382- Bahjatun Naazhirin.
    [3] Lihat keterangan Imam Ibnu Rajab al-Hambali dalam kitab Latha-iful Ma’aarif (hal. 19-20).
    [4] Lihat Tafsir Ibnu Katsir (4/651) dan Latha-iful Ma’aarif (hal. 20).
    [5] Fathul Baari (2/460).
    [6] Lihat keterangan Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin dalam Syarhu Riyadhis Shalihin (3/411).
    [7] Lihat keterangan Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin dalam as-Syarhul Mumti’ (3/102).
    [8] Karena Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak puasa pada hari itu ketika melakukan ibadah haji, sebagaimana dalam HSR al-Bukhari (no. 1887) dan Muslim (no. 123). Lihat kitab Zaadul Ma’ad (2/73).
    [9] HSR Muslim (no. 1162).
    [10] Sebagaimana dalam HSR al-Bukhari (no. 1889) dan Muslim (no. 1137).
    [11] Lihat Syarhu Riyadhis Shalihin (3/411).

    Thursday, November 3, 2011

    Puasa di hari 'Arafah

    PUASA SUNAT (HARI 'ARAFAH)

    Bilakah hari ‘Arafah? Apa dalil bagi kelebihan puasa hari ‘Arafah?

    Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).

    Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda; “(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).

    Adakah sunat berpuasa pada hari ‘Arafah itu ada pengecualian?

    Ya. Dikecualikan dari jamaah haji. Mereka tidak disunatkan berpuasa pada hari tersebut sebagai mencontohi Nabi s.a.w. dan juga untuk menjaga kekuatan bagi memperbanyakkan berdoa pada hari itu.

    Maimunah isteri Rasulullah s.a.w. menceritakan; orang ramai ragu-ragu apakah Rasulullah s.a.w. berpuasa atau tidak pada hari ‘Arafah. Lalu ia (yakni Maimunah) menghantar kepada baginda satu bekas berisi susu tatkala baginda sedang berwukuf di Padang ‘Arafah itu. Lalu baginda meminum susu tersebut dengan dilihat oleh orang ramai kepadanya (Riwayat Imam Muslim).

    Malah terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah” (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim). 

    Monday, October 3, 2011

    aKu dAn EnGkAu~



    Hari berganti hari, malam berganti malam, bulan berganti bulan..
    Detik usia semakin meningkat..
    Apakah sumbangan kau pada ISLAM?
    Kitab bertimbun susah untuk dikhatamkan..
    Sahabat disebelah kau abaikan
    Dulu kau pernah kata..dia akan kau jadikan mad’u mu..
    Tapi kini, apa sumbangan kau kepada dia?
    Apakah benar telah kau jadikan dirimu contoh terbaik?
    Kau pernah berjanji denganku..
    Kau mahu berkorban untuk ibumu..
    Untuk Islam yang kau cinta..
    Untuk adik-adik yang kau sayangi..
    Kau janji padaku..
    Biarlah dirimu kau korbankan untuk orang lain..
    Kau nak cuba yang terbaik membantu orang lain..
    Kau kata padaku..
    Biarlah Allah sahaja yang membantu Mu..
    Biarlah Allah sahaja tempat kau mengadu dan menangis dihadapaNya..
    Cuba kau renungkan..
    Berapa banyakkah janji-janjimu yang kau tunaikan pada ku..
    Aku bimbang akan dirimu..
    Aku khuatir kau tidak mampu laksanakan janji-janjinmu..
    Namun aku sentiasa doakan untukmu…
    Agar kau Istiqamah dan diberi kekuatan oleh al-Aziz..
    Untuk terus berdiri teguh..
    Laksanakan amanahmu..
    Kota kan janji-janji mu..
    Arrahman.. Arraheem.. moga kau dilindungi dari kemurkaanNya..
    Dilimpahi rahmat dan kasih sayangNya..
    Monolog aku untuk diriku [03102011~23:46]

    Saturday, October 1, 2011

    Apa yang anda fikirkan??


    Lori di hadapanku menghalang laluan,

     ditambah pula asakan percikan sisa pasir dari tayarnya yang besar itu.. 

    “ish..tak boleh jadi ni..aku mesti potong, kesian farouqku..abes terkena hujanan pasir dari lori ni..”

    member di sebelahku pun berseloroh menyuarakan pendapat “banyak betul peristiwa-peristiwa kita dengan lori ni kan”..

    “hehe..” aku hanya mampu bergelak, hatiku masih tekad ingin memotong…

    bismillah..hatiku tenang, sambil kaki menekan pedal minyak..

    “ada dua ekor rupanye lori depan aku ni, patut la lambat” ..

    “alamak! ada lagi sekor lori dari arah bertentangan.. pedal minyak sudah ku tekan, aku takkan berundur, makin ku tekan lagi pedal minyakku….

    Masa tak mengizinkan aku terpaksa memakan jalan dan memotong lori yang bawa sisa pasir tadi, lalu membuatkan dia terpaksa mengelak ketepi..

    yep..seperti yang dijangka, dia hon aku  tanda marah..

    Erm.. tapi hatiku masih tenang, takde rase kecut perut pun..cume rase kecut kaki je..hehe..

    Bilamana berhadapan dengan situasi seperti  ini,

    Sebenarnya kita mempunyai pilihan,

    pilihan tanpa paksaan,

     tapi memerlukan ketangkasan dan kecekapan berfikir,

     disamping kemahiran yang perlu di praktiskan..

    kebanyakan kita selalu fikirkan apakah yang orang lain akan lakukan untuk kita,

    tapi kita jarang sekali mahu fikirkan apakah yang perlu kita buat dan sumbangkan untuk orang lain..

    Seperti adegan memotong berekor-ekor lori tadi..

    Mungkin apa yang saya fikirkan dan saya harapkan, lori dari arah bertentangan saya tadi perlu ke tepi sedikit untuk berikan saya laluan..

    Mungkin juga saya mahukan lori yang sedekahkan sisa pasir dari tayarnya tadi memperlahankan kenderaannya bagi membenarkan saya memotongnya..

    Tapi, apa yang saya harap dan fikirkan langsung tidak berlaku..

    Pendek kata saya lah yang sepatutnya bertindak, membantutkan pemotongan berekor-ekor lori tadi.. mungkin dengan itu, saya tidak membuatkan orang lain berasa marah dengan saya… banarkah?

    “kita perlu sentiasa merancang dan fikirkan apa sumbangan kita untuk orang lain, bukannya apa sumbangan orang lain untuk kita”.. moga dengan kehadiran kita pada setiap tempat memberi manfaat kepada orang lain.. bukankah begitu?

    seperti para rasul dan sahabat.. “qudwah hasanah” dan manjadikan diri “Rahmatal lil`alameen” menjadi asas utama tindak-tanduk mereka..

    bermula dari pemikiran yang positif, akan mempengaruhi sikap yang positif, kata-kata yang positif..dan akhirnya, lahirlah individu yang menjadi tunas-tunas islam..

    Siapakah tunas-tunas islam itu?

    Mereka adalah mukmin yang sedar, sedar hatinya, celik matanya dan terbuka pintu imannya.

    Mereka adalah orang yang menghiasi dirinya dengan syakhsiatul muslim… dan sentiasa membesarkan Allah di setiap detik nafasnya..

    Seperti yang difirmankan Allah dalam al-Quran,

    “ Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih pergantian malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal”   [Surah Ali-Imran: 190]

    Masyarakat Islam akan terbina apabila wujud individu-individu yang benar-benar berpegang kepadanya.

    Cara dan corak kehidupan Islam tercerna apabila penganut-penganutnya melaksanakan segala yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. melalui al-Quran sepertimana dicontohi oleh Muhammad SAW.

    Untuk melaksanakan dan menegakkan agama Allah ini  memerlukan orang-orang yang telah menerima dan dibina menurut islam.

    Kewujudan individu-individu yang berjiwa dan berkeperibadian islam akan mencorakkan ke arah suatu suasana keimanan dan ketakwaan kepada Allah.

    Kemantapan masyarakat islam tidak tergugat oleh pengaruh yang menghancurkannya.
    Bermula dari kesedaran dalam diri..

    Sentiasa rencanakan motto “rahmatil lil alameen” walau dimana jua kita dicampakkan.. hatta sekecil zarah sekalipun sumbangan yang mampu diberikan.. moga semuanya kerana Allah..
    Percakapan, persoalan, respond dan segala tindak tanduk kita melambangkan intipati dari dalam diri kita..

    Kesemuanya ini sentiasa berlaku secara spontan..

    Dan tindakan yang spontan itulah lahir dari akar pokok dalam diri kita..

    Lihat pula bagaimana akar pokok itu dibajai..

    Adakah dengan iman, takwa dan pengabdian sepenuhnya pada Allah….

    Atau..kenikmatan material dunia yang sementara..

    Demikianlah picisan kongsian ilmiah dari saya yang juga menajadi teguran dan peringatan buat diri saya yang masih terlalu banyak kekurangan..

    Moga kita semua mempunyai tekad dan usaha yang mampan untuk menjadi seorang individu muslim, yang menjiwai dan mempraktikkan syakhsiatul muslim secara holistik.. moga kita diberi kekuatan kea rah itu..ameen 

    Tuesday, September 6, 2011

    Halal for Everyone



    "HALAL for Everyone"


    Tema HALAL awareness kami yang diadakan pada 22 Ogos 2011,

    Alhamdulillah, mendapat sambutan yang baik.. kehadiran peserta dari  Sek Men Agama Persekutuan Labu, Sek Men Agama Nilai, Sek Men Keb Bandar Baru Bangi dan Institut Perguruan Bangi melengkapi lagi karnival halal ini.

    Selaku ketua bahagian pengisian sesi TALK yang diadakan di Dewan Kuliah Utama Fakulti Pengajian Al-Quran dan Sunnah, USIM. Tidak terlambat rasanya untuk memohon ribuan kemaafan andai ada kekhilafan mahupun kekurangan.

    To all my trainer, teachers and friends.. thanks for your advices and supports..

    HALAL EXECUTIVE TRAINEE, USIM 2011~~ we must work in a team.. !!

    Walaupun kini jarak memisahkan kita, namun saya berharap agar kita tetap bersatu..kerana tugas kita ini membawa misi dakwah yang besar..
    "di dahi kita ter`cop' Amar Maaruf Nahi Munkar!" Kata-kata yang pernah disampaikan oleh ust Lukman ketika bulan pertama berada dalam kelas.

    siket pantub 6 kerat.. =)

    Basic syariah halal in food perlu kita khadamkan,
    food processing and ingredients mesti dalam kepala,
    act and regulation pula harus diingat dan perlu di implemenkan,
    kalau sampai pening kepala,
    ust elyas dan puan haizam lah jadi mangsa kaunter pertanyaan.. ;p

    kat bawah ni saya kongsikan video yang saya dan team saya bikin sempena halal awareness.. moga menginsafkan dan bermanfaat.. =)












    Tuesday, August 30, 2011

    Kasihnya ibu


    Jam 6.30 petang. 

    Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. 

    Ayah baru balik dari sawah. 

    Ayah tanya Mak, “Along mana?’ 

    Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.” 

    Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?” 

    Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.” 

    Ayah tanya Mak, “Ateh mana?” 

    Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?” 

    Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?” 

    Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.” 

    Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika. 

    Dua puluh tahun kemudian 

    Jam 6.30 petang 

    Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari. 

    Ayah tanya Along, “Mana Mak?” 

    Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.” 

    Ayah tanya Angah, “Mana Mak?” 

    Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.” 

    Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?” 


    Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah. 


    Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" 


    Ateh  menjawab, “Entah.” 


    Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah. 

    Ayah tanya Alang, “Mana Mak?” 

    Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu. 


    Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu. 


    Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak. Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?" 

    Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!” 

    Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik. 


    Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. 


    Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika. 


    Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" 


    Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.


    Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.  


    Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.


    Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini. 

    Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. 


    Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham. 


    Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."


    Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.


    Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.


    Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.


    Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. 


    Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu. 


    Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam. 

    Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat." 


    Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.


    Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.” Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. 

    Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. 


    Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak. Beberapa tahun kemudian 

    Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. 

    Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.” 

    Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. 


    Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. 


    Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu. 

    Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. 


    Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak. Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai. 

    Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah, "Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya. 

    Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "


    Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."


    "Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.. 


    Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"    


    Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. 

    Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnyaSolat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

    Saturday, July 23, 2011

    Mr. Sya dan Mr Ram

    Salam mahabbah dari Mr Sya dan Mr Ram

    Mr Sya: Assalamualaikum, nama saya Syaaban, Saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya, Ramadhan  akan datang mengunjungi anda tak lama lagi, dia bawa bersama isterinya iaitu rezeki dan 2 anaknya iaitu, Sahur dan Iftar. Mereka ditemani 3 cucunya, Rahmat, Keampunan dan Barakah. Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan pesawat Eid airlines. Hargailah mereka kerana anda akan beruntung dan mendapat berkat. InsyaAllah..

    Mr Ram: Saya dan Mr Sya datang jumpa anda setahun sakali je, kehadiran saya kelak akan membuatkan musuh anda (Syaitan) diikat, satu ibadah yang anda lakukan akan dilipatgandakan 10 kali. bersama saya juga ada malam al-Qadr, malam kemuliaan yang lebih baik dari seribu bulan, pada malam itu turun malaikat dan ruh (jibril) dengan izin tuhannya  untuk mengatur semua urusan. Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar. Hanya orang yang bertuah je yg boleh jumpa malam al-qadr.

    *”Ku mengharapkan RAMADHAN kali ini penuh makna”

    * Saya ingin menyeru diri saya dan pembaca budiman agar mempersiapkan diri sebelum menemui ramadhan, bulan mulia, bulan penuh barakah.  

    Saturday, June 18, 2011

    Hidup is Life, Life For Ta`abud


    “Takde life la keje ni..menyesal aku amik course ni dulu..busy memanjang..”

    “Berat keje saya ni...besar tanggungjawab saya..saya tak yakin mampu nak pikul amanah ni..”

    “Kalaulah tak amik course ni dulu..kan best keje cam dia..rilek je..”


    Inilah antara dialog-dialog remaja-remaja sekarang yang baru start kerja atau baru nak start kerja termasuklah diri penulis..hehe..Penulis teringat balik dialog-dialog ni bila tengok rancangan “Tanyalah Ustaz” semalam tentang “Himpunan Di Padang Mahsyar”. Kata ustaz dalam rancangan tersebut, Rasulullah s.a.w pernah bersabda 


    “Tidak akan berganjak kaki anak Adam pada Hari Kiamat dari sisi Rabbnya sampai dia ditanya tentang 4 (perkara) : Tentang umurnya dimana dia habiskan, tentang masa mudanya dimana dia usangkan, tentang ilmunya apa yang telah dia amalkan, dan tentang hartanya dari mana dia mendapatkannya dan kemana dia membelanjakannya”. (HR. At-Tirmizi)


    Sekarang ni terlalu banyak course yang disediakan di universiti, dan lebih banyak lagi graduan yang bekerja tidak sesuai dengan course yang diambilnya. Belajar lain, kerja lain..hanya sebilangan kecil yang mendapat kerja sesuai dengan apa yang pernah dipelajarinya


    Mereka yang diberi peluang untuk mempraktikkan pengkhususan bidang yang pernah mereka pelajari ini sebenarnya secara tak sedar telah mempunyai bekalan untuk menjawab salah satu soalan ‘bocor’ (yang di highlight kat atas) pastinya akan ditanya sebelum kita ke padang mahsyar. Itupun kalau kita bekerja dengan ikhlas, menjadikan kerja sebagai suatu ibadah dan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata.


    Ambil saja contoh kerja yang dikatakan paling sibuk,paling busy,paling takde life dan paling-paling seterusnya….iaitu kerja sebagai doktor terutama doktor pelatih. Sebelum matahari terbit mereka ni dah bertolak ke hospital,lepas bulan mengambang barulah balik ke rumah. Ramai doktor-doktor ni yang mengeluh kononnya tak dapat nak menikmati matahari.. Apatah lagi kalau kena oncall, 36 jam lah alamatnya kat hospital tu.. hingga pernah seorang senior ditanya oleh pesakitnya,    Doktor,doktor tak balik rumah ke? Hari-hari doktor ada kat hospital..” Demi meraikan pesakitnya sambil tersenyum senior tadi pun menjawab “nilah rumah saya pakcik...” Belum ditambah dengan herdikan dan maki-hamun dari doktor-doktor pakar, bertambah-tambah stresslah doktor-doktor muda ni. Akibatnya, hampir semua doktor-doktor ini pernah mengalami kemalangan dek kerana terlalu letih dan stress..Na’uzubillah..Namun bukan kesusahan dan keletihan doktor pelatih ni yang penulis nak kongsikan..


    Cuma alangkah baiknya kalau segala kepenatan dan keletihan anda ini disertakan dengan keikhlasan, insyaAllah semuanya akan bernilai ibadah di sisi Allah. Semoga dengan dugaan yang Allah berikan kepada pesakit ni menyedarkan dia akan nikmat-nikmat yang Allah telah berikan dan semoga dengan aku merawat pesakit ni, pesakit ni dapat sembuh dengan izin Allah dan dapat kembali melakukan ibadah kepadaNYA dengan sempurna. SubhanAllah, betapa indahnya hidup kalau hari-hari kita sentiasa begini. InsyaAllah kalau ikhlas yang anda beri, ikhlas juga yang anda akan dapat balik. Bak kata bijak pandai, what you give you get back. Memang kerja ni paling sibuk, sebab sibuk melakukan ibadah kepada Allah. Siapa kata kerja ni takde life, sebab nilah tujuan utama hidup kita, untuk sentiasa beribadah kepada Allah.


    “Dan tidak Aku jadikan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu”. Ala cakap nak jadi baik memangla senang,tapi nak buatnya payah... Sebab itulah Allah tidak melihat kepada hasil sesuatu usaha,tetapi Allah menilai proses dan mujahadah dari usaha tersebut.. SubhanaAllah betapa baiknya Allah,tetapi kenapa susah sangat kita nak jadi baik..??


    Bukan hanya para doktor yang peluangnya terbuka luas untuk sentiasa menyibukkan dirinya mengamalkan ilmu yang mereka ada, tapi setiap kerja di dunia ini mempunyai potensi yang sama. Sama ada anda seorang ustaz, guru, polis, bos, CEO, hatta cleaning service sekalipun, semuanya bergantung bagaimana anda memanfaatkan potensi tersebut. Apatah lagi seseorang yang bekerja demi kemaslahatan ummat. Semakin besar tanggungjawab, semakin besar potensi yang anda miliki. Berapa banyak ilmu yang telah kita amalkan? Apa lagi. jom siapkan bekalan untuk soalan bocor tu dari sekarang. Amalkan ilmu yang kita miliki! Semua kita mampu melakukannya.. 



    "sesungguhnya hidupku, matiku hanya untuk Allah, tuhan sekalian alam"

    'syafiurrahman; 160611