Dunia Kesihatan

Thursday, December 31, 2009

AMBIL IKTIBAR



SEPOTONG ayat al-Quran pada peha Ali.

-----Marilah kita sama2 membaca dengan penuh keinsafan...


Selamat membaca di bawah ini.



DUNIA Mufti Rusia komen ayat pada kulit bayi GAMBAR menunjukkan ayat al-Quran muncul pada kulit Ali.


MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.

Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.

Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.

Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.".

Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.

Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. - Agensi

~Halimzakaria


Ayat al-Quran pada kulit bayi

SEBAHAGIAN ayat al-Quran pada kulit Ali.

MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.

Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.


Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.

"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.

Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.

Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.

"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi

~email yang dikirim lanjut

Tuesday, December 29, 2009

Sambungan entry sebelum ini…hidup untuk memberi…




Manfaat memberi turut dilimpahkan kepada kepada orang bukan islam (Bukti betapa pemberinya Allah , AL WAHHAB)
Henry Ford, pencipta kereta yang pertama, mempunyai cita-cita ingin melihat ramai orang memiliki kereta. Tetapi cita-citanya tidak dipersetujui oleh pelaburnya yang pertama. Henry Ford berfikir bagaimanahendak member, sedangkan pelaburnya berfikir sebaliknya, yakni berfikir bagaimana hendak menerima.
Henry Ford berfikir bagaimana hendak membuat kereta dengan kos yang murah dan dijual dengan harga yang murah supaya ramai orang mampu memilikinya. Sedangkan pelaburnya berfikir sebaliknya.
Henry Ford mencari pelabur yang lain. Apibila ditemuinya, kereta mula dibuat dengan kos yang rendah dan dijual dengan harga yang murah. Akhirnya ramai orang mampu membelinya. Rugikah Henry Ford? Tentulah tidak! Dia mendapat semula apa yang diberikannya. Lebih ramai orang membeli kereta bererti lebih banyak keuntungan yang didapatinya. Benarlah What you give, you get back!

Kita memberi dahulu kemudian menerima, mana mungkin kita menerima tanpa memberi
Penemuan yang menakjubkan. Didapati orang yang pemurah jarang menjadi penguin rumah sakit jiwa . Bermakna kebanyakan penghuni rumah sakit jiwa ialah orang yang kedekut- tidak mahu member. Mereka rasa tertekan kerana tidak disayangi atau tidak diendahkan, tetapi mungkin mereka terlupa punca mereka tidak disayangi atau tidak diendahkan itu. Mungkin sebelum ini mereka tidak terlebih dahulu menyayangi atau mengendahkan orang lain.
bersambung...


Tuesday, December 22, 2009

Salam Maal Hijrah 1431




bumi mekah seakan menghimpit

mengancam nyawa risalah langit
ketika itu turun perintah
untuk berhijrah ke kota harapan

pergi bukan bererti mundur
tapi menyusun langkah teratur
demi mencapai matlamat agung
membawa rahmat ke seluruh alam

satu muharam detik bersejarah
dimasa umat telah berhijrah
dari kota mekah ke kota madinah
tinggal segala harta keluarga
sahabat handai dan yang tercinta

tiada yang lebih berharga
selain iman yang sejahtera
kerananya sanggup berkorban
harta dan nyawa watan tercinta

kerana ikatan ukhuwah fillah
mengatasi ikatan saudara
kaum ansar mendakap rasul
dan muhajirin sujud bersyukur

disinilah ketabahan
umat islam diuji....

Wednesday, December 16, 2009

Hidup Untuk Memberi



"Ramai orang yang gagal dalam hidup ini kerana lebih pentingkan bagaimana untuk mendapatkan, berbanding bagaimana untuk memberi. Sedangkan mengikut kajian, orang yang berjaya dalam hidup ialah orang yang banyak memberi"


Bagaimana ini boleh berlaku?..bukankah dengan menerima kita akan mendapat lebih, sebaliknya memberi akan mengurangkan..Bukankah Rasulullah SAW paling banyak memberi?...Tabligh, menyampaikan..salah satu sifat wajib rasulullah.... sejarah merakamkan Rasulullah SAW memberi bukan sahaja sewaktu senang, bahkan semasa susah..sewaktu susah baginda memberi penuh kesabaran..sewaktu senang Baginda memberi dengan penuh kesyukuran...
...memberi kemaafan..memberi peringatan...memberi masa, tenaga dan jiwa untuk menyebarkan dakwah......
...nak tau lebih lanjut..jom bace Solusi isu ke 14 .....Hidup Untuk Memberi =)

Thursday, November 26, 2009

Rebranding our product : Mukmin Profesional




jika seorang atlet sukan bola sepak menggunakan helah mengelirukan musuh dengan cara sepak kannya, jika seorang pemain catur memerlukan strategi seribu lngkah kehadapan untuk menawan lawannya, dan jika seorang pembuat roti memerlukan kemahiran membuat doh adunan terbaik bagi memastikan keistimewaan rotinya, bahkan jika anda seorang usahawan xkirelah intraprenourship ke entraprenourship ke, anda juga perlu mempunyai strategi untuk mencapai maturity produk anda..apa jua kita dimuka bumi ini, al Quran dan sunnah tetap menjadi landasan utama kita…Apakah bentuk atau imej umat islam yang hendak kita bina? Apakah kita sudah ada gambaran yang jelas tentang “end product” yang hendak kita hasilkan? Ataupun kita masih tercari-cari atau teraba-raba?



Kini kita dengar..kita lihat.. pelbagai bencana berlaku. Tahukah kita bahawa umat islam sedang dilanda pelbagai cabaran. Selain bencana alam, umat islam juga sedang dilanda “bencana rohani”. Perang saudara, perpecahan, jenayah, gejala social, dadah, rasuah dll. Hakikatnya, bencana rohani lebih buruk kesannya daripada bencana alam, justeru impak buruknya itu akan berpanjangan hingga ke akhirat. Islam terhukum oleh kelemahan umatnya sendiri. Kelemahan umat islam bukanlah bukti kelemahan ajaran islam, tetapi dunia akan terus bertanya-tanya “kalau begitu di manakah keupayaan umat islam dalam memacu kejayaan dan kecemerlangan umatnya? Apakah keindahan islam itu hanya wujud dalam teori dan fantasi semata-mata.

Mukmin professional..pendekatan kontemporari untuk kembali kepada ajaran islam yang sejati seperti yang dibawa oleh Rasulullah SAW…namun siapakah mukmin profesianal?..mukmin professional ialah mereka yang berkemampuan menyejarkan dan menyepadukan pelaksanaan fardhu ain dan fardhu kifayah, tanggungjawab hamba dengan khalifah, kesinambungan ilmu naqli dengan `aqli, kesucian zikir (kebersihan hati) dan kekuatan fikir (kecanggihan teknologi) dalam kehidupan.

Seorang usahawan perlu memahami “product life cycle” dalam “business planning” nye. Effort yang tinggi diperlukan diperingkan permulaan, berbagai-bagai cara, strategi, idea, kriteria2 for creating and pricing the product bagi memastiakan penetration prduct mereka mencapai target market hinggalah mereka Berjaya mencapai peringkat pertumbuhan “growth phase” dan seterusnya menjejaki “maturity phase”. Jika kita leka dan lalai hanya setakat fasa ini, maka bersedialah untuk menemui zaman kejatuhan yang dinamakan decline phase. Maka, apakah cara untuk mengatasinya?..inilah yang dinamakan rebranding. Penjenamaan semula imej dengan mengetengahkan gagasan mukmin professional. Rebranding dari segi imej dalaman dan luarannya, agar dilihat lebih produktif, didahului oleh proses reengineering dari segi pembangunan sumber manusia. Siapa lagi yang boleh initiate sekaligus bertindak sebagai prime cause untuk mencorakkannya kalau bukan manusia yang bergelar muslim.

“sesungguhnya orang yang paling baik untuk engkau berikan kerja adalah orang yang kuat lagi amanah” (al-Qasas 28;26)... Al-Qawiy (kuat) dan al-amin(amanah)..end product yang kita harapkan..di bahu orang seperti inilah terpikulnya satu misi besar untuk merealisasikan keunggulan islam secara holistic. Dengan sifat mukmin mereka mampu memperbaiki keadaan umat yang dilanda pelbagai bencana rohani, manakala dengan kepakaran mereka mampu menyelesaikan masalah umat yang ketinggalan dalam bidang ekonomi, akademik, sains dan teknologi.




“mereka yang sentiasa berzikir (ingat) kepada Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring dan berfikir tentang kejadian langit dan bumi sambil berkata : wahai tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan menjadikan benda2 ini dengan sia2, maha suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka” (Surah Ali Imran 3:191)

Inilah 2 proses zikir dan fikir yang dinyatakan Allah swt menerusi firmannya. Pros Hamka berkata “hujung fikir adalah zikir”…Fikir sangat penting kerana ia adalah asas ilmu aqliah. Dengan berfikir seseorang akan mengetahui rahsia ciptaan tuhan. Pengetahuan ini akan membolehkan manusia menjadi pakar tentang alam dan seterusnya menguasainya, maka dengan mudah manusia dapat mentadbirnya. Dengan kelebihan itu manusia menjadi makhluk yang arif tentang sunnatullah sekaligus melayakkan mereka menjadi khalifah. Namun manusia yang hanya berikir berpotensi membuat kerosakan dan kemusnahan. Oleh itu, fikir mesti diiringi dengan zikir. Potensi aqliah mesti dipimpin oleh wahyu. Mukmin professional meletakkan fikirnya dilandasan zikirnya. Mereka jugalah yang disebut ulul albab di dalam al Quran.

Olahan dari penulisan Pahrol Mohamad Juoi “siapakah mukmin professional” dan sisipan hasil pembacaan yang diperoleh dari “introduction to muamalat”

Wednesday, September 16, 2009

NASIHAT SYEIKH ALI TANTAWI KEPADA SEMUA MUSLIMAT:



Kepada Puteriku,



Wahai puteriku..aku seorang bapa yang sedang memasuki usia lima puluh tahun. Usia muda telah aku lewati aku tinggalkan kenangan, impian, lamunan-lamunan dengan segala ujian-ujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.

Wahai puteriku…banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.

Semua itu berterusan aku sampaikan, aku tulis dan khutbahkan…sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu. Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi. Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.




Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk. Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubuhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu negara Islam yang mampu mengelak.

Sebagai contoh negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yag sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya, sekarang masyaAllah!! Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. Kita gagal, dan aku kira kita tidak akan berjaya. Tahukah engkau apa penyebabnya? Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya

Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha unuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.

Engkau benar puteriku, bahawa kaum lelakilah yang mula-mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.

Engkau berkata kepada pencuri : “Silakan masuk”…dan setelah engkau kecurian barulah engkau tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak .. “tolong….tolong...aku kecurian.”

Seandaiya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala. Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalaj pencuri, pasti engkau akan berhati hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang kikir terhadap pencuri. Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki meinginkan lebih dari sekadar kambing…dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.

Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.
Wahai puteriku…Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.


Aku bersumpah lagi: “Demi Allah, jangan percaya terhadap kata-kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab”. Bohong…Bohong!…Demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.

Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.
Apakah sesudah itu puteriku?


Renungkanlah!


Wednesday, September 9, 2009

Profil Peribadi Muslim Yang digariskan oleh Imam Shaheed Hasan alBanna





........................................................................................
PROFIL PERIBADI MUSLIM

1. Salimul Aqidah (Aqidah Yang Bersih)


2. Sahihul Ibadah (Ibadah Yang Benar)


3. Matinul Khuluq (Akhlak Yang Kukuh)


4. Qowiyyul Jismi (Kekuatan Jasmani)


5. Mutsaqqoful Fikri (Intelek Dalam Berfikir)


6. Mujahadatul Linafsihi (Berjuang Melawan Hawa Nafsu)


7. Harishun Ala Waqtihi (Pandai Menjaga Masa)

8. Munazhzhamun Fi Syuunihi (Teratur Dalam Sesuatu Urusan)


9. Qadirun Alal Kasbi (Memiliki Kemampuan Usaha Sendiri)


10.Nafi'un Lighoirihi (Bermanfaat Kepada Orang Lain)


Al-Qur'an dan Sunnah merupakan dua pusaka Rasulullah (SAW) yang harus selalu dirujuk oleh setiap muslim di dalam segala aspek kehidupan. Salah satu daripada aspek-aspek kehidupan yang penting ialah pembentukan dan pengembangan peribadi muslim. Peribadi muslim yang dikehendaki Al-Qur'an dan Sunnah adalah peribadi yang soleh.


Peribadi muslim merangkumi sikap, ucapan dan tindakan berlandaskan oleh nilai-nilai yang datang dari Allah (SWT). Persepsi atau gambaran masyarakat tentang peribadi muslim memang berbeza-beza. Bahkan banyak yang pemahamannya terlalu sempit sehingga seolah-olah peribadi muslim itu tercermin pada orang yang hanya rajin menjalankan Islam dari aspek ubudiyah atau ibadah yang khusus seperti solat, puasa, zakat dan haji. Padahal itu hanyalah satu aspek saja dan masih banyak aspek-aspek lain yang harus dihayati dan dimiliki oleh peribadi seorang muslim. Oleh itu, satu piawai peribadi muslim yang berdasarkan Al Qur'an dan Sunnah merupakan sesuatu yang harus dirumuskan, sehingga dapat menjadi acuan bagi pembentukan peribadi muslim. Bila disederhanakan, setidaknya ada sepuluh sifat atau ciri khas yang mesti ada pada peribadi muslim.

[1]. Salimul Aqidah (Aqidah yang bersih)

Salimul aqidah merupakan sesuatu yang harus ada pada setiap muslim. Dengan aqidah yang bersih, seorang muslim akan memiliki ikatan yang kuat kepada Allah (SWT). Dengan ikatan yang kuat itu dia tidak akan menyimpang dari jalan dan ketentuan-ketentuan -Nya. Dengan kebersihan dan kemantapan aqidah, seorang muslim akan menyerahkan segala perbuatannya kepada Allah sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku, semua bagi Allah tuhan semesta alam" (Al-an'aam:162). Kerana aqidah yang salim merupakan sesuatu yang amat penting, maka dalam awal da'wahnya kepada para sahabat di Mekkah, Rasulullah (SAW) mengutamakan pembinaan aqidah, iman dan tauhid.

[2]. Shahihul Ibadah (Ibadah yang benar)

Apabila disebut ibadah di dalam Islam, ia tidak hanya tertumpu kepada ibadah khusus seperti ibadat solat, puasa, zakat dan haji. Malah, ibadah di dalam Islam merangkumi segala urusan hidup kerana ia bersesuaian dengan firman Allah (SWT) yang bermaksud: "Aku tidak menjadikan jin dan manusia kecuali mereka beribadat kepadaKu" (Az- Zariyat: 56). Adalah menjadi kewajipan kita membetulkan niat yang ikhlas di dalam menjalankan setiap amalan harian kita agar menepati firman Allah (SWT) tersebut dan memastikan amalan-amalan tersebut tidak bertentangan dengan ajaran Rasulullah (SAW). Shahihul ibadah merupakan salah satu perintah Rasulullah (SAW) yang penting. Dalam satu hadisnya, beliau bersabda yang bermaksud: "Solatlah kamu sebagaimana melihat aku solat". Dari ungkapan ini maka dapat disimpulkan bahawa dalam melaksanakan setiap
peribadatan haruslah merujuk kepada sunnah Rasulullah (SAW) yang bererti tidak boleh ada unsur penambahan atau pengurangan.

[3]. Matinul Khuluq (Akhlak yang kukuh)

Matinul khuluq merupakan sikap dan perilaku yang harus dimiliki oleh setiap muslim, baik dalam hubungannya kepada Allah maupun dengan makhluk-makhluk- Nya. Dengan akhlak yang mulia, manusia akan bahagia dalam hidupnya, baik di dunia dan di akhirat. Karana begitu penting memiliki akhlak yang mulia bagi umat manusia, maka Rasulullah (SAW) diutus untuk memperbaiki akhlak dan beliau sendiri telah mencontohkan kepada kita akhlaknya yang agung sehingga diabadikan oleh Allah (SWT) di dalam Al Qur'an. Allah berfirman yang bermaksud:


"Dan sesungguhnya kamu benar-benar memiliki akhlak yang agung"
(Al- Qalam: 4).

[4]. Qowiyyul Jismi (Kekuatan jasmani)

Qowiyyul jismi merupakan salah satu sisi peribadi muslim yang harus ada. Kekuatan jasmani bererti seorang muslim memiliki daya tahan tubuh sehingga dapat melaksanakan ajaran Islam secara optimal dengan fizikalnya yang kuat. Solat, puasa, zakat dan haji merupakan amalan di dalam Islam yang harus dilaksanakan dengan fizikal yang sihat dan kuat. Apalagi berjihad di jalan Allah dan bentuk-bentuk perjuangan yang lainnya. Oleh kerana itu, kesihatan jasmani harus mendapat perhatian seorang muslim dan pencegahan dari penyakit jauh lebih utama daripada pengubatan. Meskipun demikian, sakit tetap kita anggap sebagai sesuatu yang wajar bila hal itu kadang-kadang terjadi. Namun jangan sampai seorang muslim bersakit-sakitan. Kerana kekuatan jasmani juga termasuk hal yang penting, maka Rasulullah (SAW) bersabda yang bermaksud: "Mukmin yang kuat lebih aku cintai
daripada mukmin yang lemah (HR. Muslim)

[5]. Mutsaqqoful Fikri (intelek dalam berfikir)

Mutsaqqoful fikri merupakan salah satu sisi peribadi muslim yang juga penting. Kerana itu salah satu sifat Rasul adalah fatonah (cerdas). Al Qur'an juga banyak mengungkap ayat-ayat yang merangsang manusia untuk berfikir, misalnya firman Allah yang bermaksud: "Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. katakanlah: " pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa nfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya". Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: "Yang lebih dari keperluan". Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir" (Al- Baqarah: 219) Di dalam Islam, tidak ada satupun perbuatan yang harus kita lakukan, kecuali harus dimulai dengan aktiviti berfikir. Kerananya seorang muslim harus memiliki wawasan keislaman dan keilmuan yang luas. Bayangkan, betapa bahayanya suatu perbuatan tanpa mendapatkan
pertimbangan pemikiran secara matang terlebih dahulu. Oleh kerana itu Allah mempertanyakan kepada kita tentang tingkatan intelektual seseorang, sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
Katakanlah: "samakah orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?"', sesungguhnya orang-orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran". (Az-Zumar: 9)

[6]. Mujahadatul Linafsihi (Berjuang melawan hawa nafsu)

Mujahadatul linafsihi merupakan salah satu keperibadian yang harus ada pada diri seorang muslim kerana setiap manusia memiliki kecenderungan pada yang baik dan yang buruk. Melaksanakan kecenderungan pada yang baik dan menghindari yang buruk amat menuntut adanya kesungguhan. Kesungguhan itu akan ada manakala seseorang berjuang dalam melawan hawa nafsu. Hawa nafsu yang ada pada setiap diri manusia harus diupayakan tunduk pada ajaran Islam. Rasulullah (SAW) bersabda yang bermaksud: "
Tidak beriman seseorang
dari kamu sehingga ia menjadikan hawa nafsunya mengikuti apa yang
aku bawa (ajaran Islam)" (HR. Hakim)

[7]. Harishun Ala Waqtihi (Pandai menjaga masa)

Harishun ala waqtihi merupakan faktor penting bagi manusia. Hal ini kerana waktu mendapat perhatian yang begitu besar dari Allah dan Rasul-Nya. Allah (SWT) banyak bersumpah di dalam Al Qur'an dengan menyebut nama waktu seperti wal fajri, wad dhuha, wal asri, wallaili dan seterusnya.

Allah (SWT) memberikan waktu kepada manusia dalam jumlah yang sama, yakni 24 jam sehari semalam. Dari waktu yang 24 jam itu, ada manusia yang beruntung dan tak sedikit manusia yang rugi. Kerana itu tepatlah sebuah peribahasa yang menyatakan: "Lebih baik kehilangan jam daripada kehilangan waktu". Waktu merupakan sesuatu yang cepat berlalu dan tidak akan pernah kembali lagi. Oleh kerana itu setiap muslim amat dituntut untuk pandai mengelola waktunya dengan baik sehingga waktu berlalu dengan penggunaan yang efektif, tak ada yang
sia-sia. Maka di antara yang ditegur oleh Nabi (SAW) adalah memanfaatkan momentum lima perkara sebelum datang lima perkara, yakni waktu hidup sebelum mati, sihat sebelum datang sakit, muda sebelum tua, lapang sebelum sibuk dan kaya sebelum miskin. Hadis tersebut diriwayatkan Imam Hakim dalam kitab al-Mustadrak.

[8]. Munazhzhamun fi Syuunihi (Bersistematik dalam menjalankan
sesuatu urusan)

Munazhzhaman fi syuunihi termasuk keperibadian seorang muslim yang ditekankan oleh Al Qur'an maupun Sunnah. Oleh kerana itu dalam hukum Islam, baik yang terkait dengan masalah ubudiyah maupun muamalah harus diselesaikan dan dilaksanakan dengan baik. Ketika suatu urusan ditangani secara bersama-sama, maka diharuskan bekerjasama dengan baik sehingga Allah menjadi cinta kepadanya. Dengan kata lain, suatu urusan mesti dikerjakan secara profesional. Apapun yang dikerjakan, profesionalisme selalu diperhatikan. Bersungguh-sungguh, bersemangat, berkorban, berkelanjutan dan berdasarkan ilmu pengetahuan merupakan hal-hal yang mesti mendapat perhatian serius dalam penunaian tugas-tugas yang diamanahkan.

[9]. Qodirun Alal Kasbi (Memiliki kemampuan usaha sendiri/mandiri)

Qodirun alal kasbi merupakan ciri lain yang harus ada pada diri seorang muslim. Ini merupakan sesuatu yang amat diperlukan. Mempertahankan kebenaran dan berjuang menegakkannya baru boleh dilaksanakan manakala seseorang medmiliki kemandirian terutama dari segi ekonomi. Tak sedikit seseorang mengorbankan prinsip yang telah ianutnya kerana tidak memiliki kemandirian dari segi ekonomi. Kerana peribadi muslim tidaklah mesti miskin, seorang muslim boleh saja kaya bahkan memang harus kaya agar dia boleh menunaikan ibadah haji dan umroh, zakat, infaq, shadaqah dan mempersiapkan masa depan yang baik. Oleh kerana itu perintah mencari nafkah amat banyak di dalam Al Qur'an maupun hadis dan hal itu memiliki keutamaan yang sangat tinggi. Dalam kaitan menciptakan kemandirian inilah seorang muslim amat dituntut memiliki keahlian apa saja yang baik. Keahliannya itu menjadi sebab baginya mendapat rizeki daripada Allah (SWT). Rezeki yang telah Allah sediakan harus diambil dan untuk mengambilnya diperlukan kepakaran atau ketrampilan.

[10]. Nafi'un Lighoirihi (Bermanfaat kepada orang lain)

Nafi'un lighoirihi merupakan sebuah tuntutan kepada setiap muslim. Manfaat yang dimaksud tentu saja manfaat yang baik sehingga dimanapun dia berada, orang disekitarnya merasakan keberadaannya. Jangan sampai keberadaan seorang muslim tidak menggenapkan dan ketiadaannya tidak mengganjilkan. Ini bererti setiap muslim itu harus selalu berfikir, mempersiapkan dirinya dan berupaya semaksima mungkin untuk bermanfaat dan berperanan dengan baik dalam masyarakatnya. Di dalam hal ini, Rasulullah (SAW) bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain" (HR. Qudhy dari Jabir). Demikian secara umum profil seorang muslim yang disebutkan dalam Al Qur'an dan sunnah. Sesuatu yang perlu kita hayati dan amalkan pada diri kita masing-masing.

Saturday, September 5, 2009

..::Hari ini..dan seterusnya...dalam pembacaan::..


Apakah Perspektif Quran dan Sains terhadap kecerdasan?


Apakah aspek istimewa di dalam otak yang membolehkan manusia berfikir?


Apakah persamaan dan perbezaan IQ EQ dan SQ dan bagaimana ia membantu dalam meningkatkan kecerdasan minda manusia?


Apakah yang dimaksudkan dengan Fenomena Eureka?


Bagaimana manusia dapat membangkitkan kecerdasan secara sepadu seperti yang diajarkan dalam al-Quran?



Persoalan-persoalan yang dirungkai daripada REVOLUSI IQ EQ dan SQ, yang ditulis oleh Taufik Pasiak, keluaran PTS
ayuh teman kita membudayakan membaca di mana sahaja kita berada, ilmu Allah itu luas, makin kita cari makin banyak yang sebenarnya kita tidak tahu



..::salam Ramadhan Kareem::..


Wednesday, August 26, 2009

السلام عليكم

BeRmiNat berbaKti PadA aNAk BAngSa??

KErja KosONG…

MemERLUkaN sEOrAnG Guru YaNg KoMited..

Akasia,Nilai akan membuka PASTI bermula 2010…
…dan…masih lagi mencari gerangan mereka yang berminat menjadi GURU PASTI sepenuh masa..

Maklumat lanjut hubungi hotline 019 5585160

Friday, August 14, 2009

muamalat


Terkoncoh2 aku ke kelas…alamak lewat hari nie..kelas start kul 8 pagi..nie kul 8 baru aku nak keluar rumah…huh!...cepat2…xsempat nak nek bas..terpakse nek kete..


Sue!...lecturer dah masuk?..entahlah..tadi blum lagi..sue baru balik dari toilet…jalanku semakin pantas menuju ke kelas..semput aku dibuatnya..alhamdulillah..lecturer x masuk lagi…


Baru je beberapa saat aku duduk. Lecturer pon masuk…”baiklah, hari nie kite nak wat discussion..bincangkan dalam kumpulan anda mengenai system ekonomi capitalisme, socialisme, dan Islamic..(CSI)….huh..muke surat brape nie..owh yang nie…buku depan tajuk muamalat tapi dalamnya tulis bahasa inggeris..best gak perbincangan nie…


Saye amek tajuk capitalisme…sape nak huraikan socialisme dan Islamic…masing2 ambil bahagian..terselit satu2 nya kaum adam dalam group..ape lagi..kamu jadi moderator lah ea…ok start bincang..


Saye start dulu lah ea..secara basicnye capitalisme nie, kesannya akan menjadikan yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin…manakala socialisme nie pula akan memberikan keuntungan yang sama rata walaupun ada dikalangan mereka yang berusaha kuat dan ada juga yang hanya sedikit sahaja usahanya..jadi kat sini kedua2 sistem nie unfair lah kan?....owh…abes tue islam nie pula macam mane?..dalam islam kite x amek kedua2 sistem nie..islam itu adil..sape yang usaha lebih akan dapat apa yang diusahakan..dan dalam masa yang sama islam mewajibkan umatnya membayar zakat..zakat perlu diberikan pada yang hak..orang fakir,mualaf, musafir, yang sedang menuntut ilmu…kalau awak, pilih yang mana?...aku, mestilah kapitalis..sape yang berusaha dialah yang dapat lebih..huh! ternyata mereka masih lagi tidak faham..aku juga cetek ilmu tentang ekonomi nie..camane aku nak terang kan ea..awak pula?...saye lebih nampak socialism…kenapa?...tengok dia macam adil..government yang uruskan sume…adoiii!..nie sorang lagi..dah berbuih aku citer tadi..xkan xpaham2…


Ok..group mane lagi nak bentang….dah banyak group bentang…nak bangun ke x nie… aku mulakan bicara…erm…saya Cuma nak tambah cket, secara basicnya kita spatutnya sedia maklum kapitalisme dan sosialisme nie adalah satu system yang dibuat, direka oleh manusia sendiri..kalau nak dibandingkan dengan islam..hukum dan sisitem nya di buat oleh tuhan pencipta kita..Allah..yang menjadikan kita..Dia lebih memahami ftrah dan keperluan kita…erm…aku huraikan semula apa yang aku ceritakan mase discuss dalam group tadi…


I have a question..how about if the muslim still don`t want to pay zakat?..how can we overcome it?..baiklah…this problem does not impossible..kita berbalik pada sirah zaman khalifah Abu Bakar As Siddiq dan Umar al Khatab…bagaimana beliau memerangi pekara ini..how they overcome it?..mungkinkah dengan cara memulaukan mereka..sejarah silam memberi tauladan pada kita…terjawab x soalan awak tadi?...ok2..tq..another question..how about the payment of zakat does not distribute properly?.the problem is about the person who incharge the zakat..itu perlulah tindakan dari pihak pemimpin..pihak yang berkuasa..pemilihan `amil di buat macamana..mestilah ikut syarat2 nya…situasi sekarang nie pun rasuah masih berleluasa..kita x bleh nak bt ape kalo pemimpin x tegas dalam hal nie..huh..dia tersenyum…ok..tq…any question?...suara satu kelas bising..xpe2 duduk2..kedengaran di hujung sana..aku duduk…alhamdulillah Allah bagi ilham untuk aku jawab soalannya..aku sendiri xtau banyak tentang ekonomi islam nie..baru sedar betapa jahilnya diri…


Baru berapa saat je nak panas punggung member sebelah bersuara…abes tue kan camane org AS blh kuasai ekonomi dunia?...diorang boleh kaya?..agak2 ade x rakyat dorang yang miskin papa kedana mcam kat cini ek?...adoii..bertubi2 dia tanye..aku nak jawab ape nie…bdak nie tadi sokong kapitalis..mase aku terangkan ms discussion group tadi dia macam x setuju gn aku…nie peluang baik nie..nampak gaye dia sendiri nak tau keadaan sebenar dan mula menerima kata2 aku…aku mesti bagi dia jawapan yang terbaik..tapi..aku x dapat jawab dengan baik..aku sendiri xtau..ape yg lecturer terangkan dorang nie skang gune system capitalism…bagi aku nie fitrah manusia..kaya raya mane pon seseorang tue pasti ada terdetik kat hati dia untuk dermakan harta dia untuk kebajikan..dorang memang xdwajibkan zakat…tapi derma menderma nie memang naluri manusia..cuba bayangkan kalau seseorang tue memang dah kaya dah..apa yang dia nak sume dah dapat…bahkan generasi dia pon confirm bleh idop senang..bende nie fitrah..dorang sendiri sedar nanti dorang akan mati juga….amek contoh jutawan dunia macam bill gates..nie aku dapat dari majalah solusi..ko try lah baca..kebetulan aku baru je baca bab nie…


Jutawan Gila atau kita yang mabuk?...input yang best..boleh lah nak kaitkan dengan soalan tadi..nie untuk perkongsian kita bersama..ruangan nie ditulis oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman.


Firstly..we talk about Bill Gates..as we know he is the one of the millionare..Jun 2008, waktu tue umur dia 52 tahun, dia buat pengumuman berikan hartanya sebanyak US$58 billion untuk kebajikan..dia tulis nie dalam surat wasiatnya…apa yang mengangumkan adalah kata2 nya “ We want to give it back to society in the way that it will have the most positive impact, I want to make a positive contribution to the world”

Then, we proceed about Warren Buffet..Pada Jun 2006, umurnya 75, menderma kepada yaysan gates untuk tujuan yang sama. Jumlah yang didermakan adalah sebanyak US$44 billion. Bukan sedikit tetapi mencecah berbillion dollar..bukan itu sahaja Warren Buffet juga mahukan wang yang didermakan itu digunakan pada tahun itu juga, dia tidak mahu ditangguhkan lagi…berikut adalah kata2 nya


“while owning property and making money is important, it is not as important as people”


“the biggest thing with most people is money , but with me is not. I want to give it up and do somethimg more more for others’


“we can all do something by leaving money to charity when we die, but why don`t we do something while we are still living?”


Erm.. kite sendiri boleh menilai kan?...mengkin ada yang berpendapat…mereka dah kaya, so memang xde masalah…cuba kita tengok dari perspektif islam…xterfikirkah kita untuk berusaha menjadi jutawan?...pernah terdengar dulu satu ceramah yang membbicarakan tentang zuhud..apakah pandangan kita tentang zuhud?...adakah dengan berpakaian koyak rabak..selipar yang hamper putus?..itukah zuhud yang diajar islam?...jawapannnya tentulah TIDAK!....orang yang zuhud adalah orang yang menguasai harta dunia ditangannya dan tidak sesekali kekayaan dunia itu tertaut pada hatinya…pernah x dengar satu cerita apabila seseorang hamba Allah yang hendak dimasukkan ke dalam syurga, lalu dia menolaknya…dia memberi laluan kepada ustaz yang pernah mengajarnya tentang islam lalu dia mahu ustaz itu terlebih dahulu masuk ke syurga, datang kepada ustaz itu pula, juga menolaknya dan memberi laluan kepada orang kaya yang telah membelanjakan hartanya untuk mendirikan tempat untuk dia menyampaikan islam, masuk ke syurga terlebih dahulu..ambillah pengajaran daripada tauladan disini..


Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 262 ( Orang2 yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut2 pemberiannya dan dengan tidak menyakiti perasaan si penerima, mereka peroleh pahala disisi tuhan mereka. Tidak ada kekhuatiran kepada mereka dan tidak pula mereka bersedih hati)..


lagi dalam surah as-Soff ayat 10-11 (wahai orang2 beriman! Mahukah Aku tunjukkan kepada kamu satu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu datipada azab yang pedih iaitu kamu beriman kepada Allah dan rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu, itulah yang lebih baik kamu jika kamu mengetahui)

Friday, June 26, 2009

Cara MAKAN kita....

Sedikit perkongsian ilmu yang sahabat saye emelkan..

Camni lah…nak bg analogi sket..

Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya
tetap Ada satu.
Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut,
anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...



::Cara MAKAN kita::

Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan kawan2 semua?

Rupa2nya tanpa kita sedo, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.


Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan2 cubalaa.....
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.


Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah....


Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat
amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran
darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...

Sama2lah kita mengamalkannya. .......

Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaallah Allah akan
menggandakan 10 kali kepadanya.

Tuesday, June 23, 2009

Dialog Dua Hala dalam surah al-Fatehah


Dari tafsir al-Kabir oleh Imam al-Fakhru al-Razi Juz 1 halaman 270~mudah mudahan dengan mengerti tafsir dari alfatehah ini akan membuatkan kita lebih khusyuk

::Apabila seorang hamba berkata “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang” [Bismillahir rahmanirrahim]

>>> Allah menjawab “hambaKu telah mengingatKu”
::Bila si hamba berkata Segala Puji bagi Allah tuhan Semesta Alam” [Alhamdulillah rabbil`alamiin]

>>>Allah menjawab “HambaKu telah memujiKu”

:: Bila si hamba berkata “Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”

>>> Allah menjawab “HambaKu telah mengagungkan Ku”

::Bila si hamba berkata “Raja yang Menguasai Hari Pembalasan”

>>>Allah menjawab ”HambaKu telah memuliakanKu”

::Bila si hamba berkata: “ Hanya kepada Engkau Kami menyembah dan kepada Engkau Kami memohon pertolongan”

>>>Allah menjawab “ Ayat ini antara Aku dan hambaKu, dan hambaKu berhak atas apa yang ia minta”

::Bila si hamba berkata “tunjukkilah kepadaku jalan yang lurus ,jalan orang yang telah Engkau beri nikmat, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang yang sesat”

>>>Allah menjawab “Ini semua untuk hambaKu dan hambaKu berhak atas apa yang dia minta”

Semoge kite beriltizam untuk sentiasa menambah kekhusyukkan dalam solat..

Tuesday, June 2, 2009

nak share je...




Alhamdulillah malam semalam ana baru sahaja mendengar ceramah oleh ketua pemuda PAS negeri Johor Ust. Khairul Faizin dan bekas pemimpin UMNO yang convert to PAS. Banyak pengajaran yang nak ana kongsikan bersama...Agak lame jgak ana x hadiri kuliah dan ceramah2 seperti nie..astaghfirullah..baru sedar..semenjak musim xm hari tue..banyak sibukkan diri dengan study..huhuhu..abes je xzam..adhoc menyertai team catur ke pertandingan MASUM…hingga lupe ntuk sibukkan diri dengan program2 tarbiyah..pengisian rohani..lapar sungguh rohaniku..Erm..melihat keadaan sekeliling..persoalan pertama yang terdetik..kenapa orang yang hadir semakin berkurang..kalau tidak..sebelum nie..tyme2 ceramah macam nie..kat markaz nie..punyelah ramai orang..skarang yang hadir..muslimatnye boleh dibilang dengan jari..motor2..kereta2 yang datang tak delah sesak macam dulu..pelik!,,kemanakah tarbiyah kita skarang…ana tak salahkan sape2..tapi ana salahkan diri ana sendiri..Ops!..asif kathiran..bukan niat ana nak crite bende nie ntuk entry kali nie..sebenarnya ana nak kongsi bersama ape yang ana dapat semalam..semoge bermanfaat..
Alhamdulillah penceramah jemputan kali nie Ust Abdul Hamid..Pandai sungguh penceramah menarik minat pendengar, muqaddimahnya sahaja dah mengaitkan kisah Sultan Muhammad al-Fateh..ape kaitannya?..kaitannya dengan perjuangan dan hidup kita..bagaimana Sultan Muhammad Al-fateh dalam usia yang muda menjadi seorang pemimpin. Bahkan disebut oleh Rasulullah SAW ketika menggali parit perang khandak

Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

Tersentuh juga apabila menyingkap bagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh memilih tenteranya. Penapisannya mudah sahaja, amalan fardhi masing..tak perlu kita menuding jari pada orang lain, bahkan check amalan diri sendiri…

Solan yang ditujukan kepada tenteranya :

  1. Siapakah antara kalian di sini yang sejak baligh tidak pernah meninggalkan solat fardhu
>>> tiada seorang pon..
  1. ….solat sunat rawatib?
>>> sebahagian dari mereka mengaku pernah tinggalkan, maka tinggallah sebahagian sahaja yang masih berdiri.
  1. sejak baligh tidak pernah tinggalkan solat tahajjud dan witir?
>>> semua duduk….tinggallah Sultan Muhammad al-Fateh sahaja yang berdiri.
Lihat disini sahabat2..mari sama2 kita muhasabah diri kita..
Kalau kita seorang pemimpin..bagaimanakah amal fardhi kita…kita mahu Allah beri petunjuk pada kita..kita mahu sepanjang kepimpinan kita dirahmati dan diberkatiNya..lalu bagaimana pula hubungan kita dengan sang Pencipta…kerdilnya kita dihadapannya..astaghfirullah..Kalian pasti sudah tahu kan kisah Constantinople dan kelebihan Sultan Muhammad al-Fateh serta 150,000 tenteranya…dan lagi..pembinaan meriam pertama..same2 kita mengambil ibrahnye..semoge coretan ini menjadi pencetus kepada kita untuk berterusan membaca..especially wak2 cuti- cuti skang nie…moge bermanfaat =)