Dunia Kesihatan

Monday, May 31, 2010

Katanye kau seorang pejuang!



katanya kau seorang pejuang


tapi ikhtilat mu tidak dijaga

katanya kau seorang pejuang
tapi kau masih assobiyyah

katanya kau seorang pejuang
tapi ibadah mu dan amalanmu masih seperti dahulu

katanya kau seorang pejuang
kau masih layan tv , movie dan game dgn alasan nak release tension

katanya kau seorang pejuang
cinta dunia masih menempati hatimu berbanding cinta allah dan rasulNYA

katanya kau seorang pejuang
kau sibuk update isu semasa berbanding AL QURAN 1juz sehari

katanya kau seorang pejuang
kau xpun berdakwah

katanya kau seorang pejuang
kau masih layan muzik-muzik yang lagha

katanya kau seorang pejuang
tapi sering beralasan untuk dakwah dan jihad

katanya kau seorang pejuang
kau lebih bela jemaah berbanding islam

katanya kau seorang pejuang
kau masih ada karat jahiliyyah dihatimu tanpa usaha membuangnya

katanya kau seorang pejuang
mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan

katanya kau seorang pejuang
ukhuwwahmu hanya untuk kepentinganmu bukan kepentingan ummat

katanya kau seorang pejuang
kau sering tinggal QIAMULLAIL berbanding mengamalkannya

katanya kau seorang pejuang
berapa banyak ummat yang kau ziarah?

katanya kau seorang pejuang
kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sediri akibat lalai kerana tidak berdakwah

katanya kau seorang pejuang
kau lebih banyak berdakyah berbanding berdakwah

katanya kau seorang pejuang
tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah

katanya kau seorang pejuang
tapi untuk berinfaq saja kau sudah kikir

katanya kau seorang pejuang
hidupmu masih senang lenang dan mewah

katanya kau seorang pejuang
kau sudah menganggap dirimu mulia sedangkan kau harus lebih tawadhuk

katanya kau seorang pejuang
kau jarang sekali menangis untuk bertaubat

katanya kau seorang pejuang
kau masih seronok dengan maksiat di sekitarmu

katanya kau seorang pejuang
kau tidak rasa apa-apa bila berbuat maksiat

katanya kau seorang pejuang….

Saturday, May 8, 2010

Mehnah Ujian



Satu kuliah yang pernah kudengar dari ustaz Zahazan mengenai tafsir surah al-insyirah..mungkin ada kaitan dengan tajuk perkongsian entry kali ini..

Surah al-insyirah... surah yang diturunkan sebelum peristiwa hijrah..
Ertinya mempunyai kaitan dengan perjuangan nabi Muhammad SAW
Memberikan kepada nabi SAW satu bentuk hiburan kerana tekanan dan bebanan yang dihadapi pada masa dan ketika itu...just pendahuluan..ibrah nya disini apa pun bentuk tekanan dan ujian..hiburannya adalah alquran..teguh dan tenangkan hati kita dengan alunan KALAMULLAH

1) Kenapa aku diuji???

" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan :

"Kami telah beriman", sedangkan mereka belum diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." ( Al-‘Ankabut : 2-3)


2) Kenapa masih tak dapat apa yang aku impikan???

" ….boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)


3) Kenapa aku dapat ujian seberat ini??

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya…." (Al-Baqarah :286)


4) Rasa frust??

"Janganlah kamu merasa lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali-‘Imran:139)


5) Bagaimana harus aku hadapinya???

" Wahai orang-orang yang beriman ! Bersabarlah kamu menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan, dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan, dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya mencapai kemenangan" (Ali-‘Imran:200)


" Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang ; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Al-Baqarah: 45)


6) Apa yang aku dapat daripada semua ini???

" Sesungguhnya Allah telah membeli daripada org-org mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka….." (At-Taubah:111)


7) Pada siapa yang patut aku mengharap??? ?

"…….Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal…..." (At-Taubah:129)


8) Aku dah tak dapat tahan lagi!!!!!!

"....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa daripada rahmat Allah hanyalah orang-orang yang kafir." (Yusuf:87)

-Life is a journey-