Dunia Kesihatan

Sunday, October 24, 2010

Khawlah al-Azwar, lembutmu bukan halangan


Kilatan demi kilatan pedang tangkas menghunus.perang semakin sengit.Tentera muslim berdepan dengan tentera rom yang ramai.Perindu2 syahid keletihan.Saat melamar bidadari syurga terasa kian hampir.biar syahid,mengalah tidak sekali.
Seekor kuda perang meluncur gagah.Penunggangnya,wajah berlitup kain.Berani.Debu2 berterbangan.Mata2 terbeliak kagum.Teruja.Amuk si pewira mengayun tombak dengan garang.Musuh2 Allah jatuh.Allahukbar.Semangat tentera muslim menggelegar di udara.Musuh berasa gerun."Adakah itu khalid bin al-walid?"musuh tertanya2.Sememangnya nama besar khalid al-walid cukup menggetarkan mereka.
Salah seorang ketua skuad islam,Raafe bin Umaira berbisik kagum,"beliau bertempur seperti khalid al-walid".Tersingkap tabir wajah,nyatalah si pewira bukan seorang laki berhati waja sebaliknya seorang srikandi yang perkasa.Tatkala mengetahui tentera yang sedang mengucar-kacirkan musuh itu adalah khawlah al-azwar,khalid al-walid hampir terjatuh dari kudanya.Takjub!
Membebaskan abg tersayang.
Khawlah al-azwar terdorong menggempur musuh,mencari syahid dalam peperangan itu sebaik sahaja telinganya menangkap berita ,
abangnya zirar al-azwar telah ditawan.Sangkar besi milik tentera rom yang penuh dengan penyeksaan membuatkan khawlah al-azwar tidak mampu lagi berdiam diri,lantas membuat pembelaan.Beliau asyik membayangkan betapa deritanya si abang melalui saat2 ngeri disebalik jeriji2 besi.
Peperangan beransur reda apabila pertahanan pihak musuh berjaya dipecahkan.Khawlah tidak sabar2 menanti operasi seterusnya.Abangnya mesti dibebaskan.tentera muslimin mengatur operasi serangan seterusnya di Beit Lahiya,Gaza Palestin.di situ zirar al-azwar dipercayai terpenjara.Khawlah al-azwar menghunus pedang,menyertai perang.Akhirnya di situ abangnya yang tersayang di bebaskan.
Mahir berkuda dan bersenjata.
Khawlah al-azwar,nama seindah identiti.dibesarkan pd zaman islam sering diancam peperangan.Ayahnya memperlengkapkan dirinya dengan ilmu mempertahankan diri.Sejak kecil,dia diasuh menunggang kuda dan bermain pedang.Segala teknik dan kemahiran diperturunkan.Maka mekarlah mawar agama itu sebagai seorang srikandi dengan perkasa.Dalam perang Yarmouk,beliau cukup berwibawa memimpin dan memelihara kaum wanita yang ikut serta dalam peperangan itu.Tidak lengkap pasukan tentera islam tanpa kaum wanita sebagai sayap kiri perjuangan.keberanian khawlah terserlah sehingga kepalanya cedera mengalirkan darah.Pengorbanannya tidak sia2.Panji kemenangan muslim berkibar2 dalam peperangan itu hingga membawa kepada pembukaan syam.Bandar damsyik bercahaya dengan sinar baru.
Membuka kurungan.
Dalam peperangan sahura,khawlah dan beberapa orang mujahadah muslimah tertawan.Ah,tiada episod kekalahan.Lawan tetap lawan.Mungkin begitu jeritan batin khawlah.Beliau tidak mahu hanya menanti bantuan tanpa berusaha melakukan tindakan.tertendang-tendang hatinya menyuruh berlawan.Pengawal2 yang mengurung mereka nampak gagah perkasa.Sekali pandang,untuk menemui kebebasan memang mustahil.Dia mungkin tidak berupaya melawan secara berseorangan.Lalu dia berpidato untuk meniup semangat teman2 seperjuangan.
"Wahai sahabat2ku yang berjuang di jalan Allah,apakah saudari2 semua sanggup menjadi tukang2 picit orang rom?apakah saudari2 sanggup menjadi hamba2 orang kafir yang dilaknati?Adakah saudari rela dihina dan dicaci maki oleh bangsa rom yang durjana?Di manakah letaknya kehormatan saudari sebagai seorang muslimah yang bertaqwa?Sesungguhnya mati itu lebih baik bgi kita dari menjadi hamba orang2 rom."
Sebelum memulakan misi serangan ke atas pengawal2 rom itu,mereka berdoa,bertaubat dan bermunajat sesungguh dan seikhlas hati kerana selepas ini mereka mungkin dibantu Allah ataupun dibawa kembali selamanya kepada Allah.Menang atau mati syahid,mengalah tidak sekali.
Khawlah al-azwar berpidato sekali lagi.
"Jangan sekali2 saudari gentar dan takut.Kita semua harus bersatu dalam perjuangan dan jangan ada yang terkecuali.Patahkan tombak mereka,hancurkan pedang merekaperbanyakkan takbir serta kuatkan hati.insyaAllah pertolongan Allah sudah dekat."
Allahuakbar! Pejuang2 muslimah bertempur dengan pengawal2 durjana itu dan akhirnya berjaya menumpaskan mereka.Lantas mereka lari membebaskan diri dari kurungan untuk terus berjihad bergabung dengan tentera muslimin.
Begitulah kentalnya episod hidup khawlah al-azwar yang terakam unggul.Adakah akan lahir seorang lagi srikandi seperti beliau?beliau juga seorang wanita yang punyai 1 akal dan 9 nafsu.
source: majalah solusi karangan Fathimah Syarha Mohd Noordin.
ilal liqa'.

Friday, October 22, 2010

apakah CINTA


Agenda membincangkan perjalanan amal Jamie dimulai dengan sedikit pengisian oleh seorang sahabat yang bertajuk APAKAH CINTA?..ana kira tajuk ini sahaja sudah menarik minat ramai pembaca untuk terus lanjutkan pembacaan…maka teruskan..jangan berhenti..hanya 2 hingga 3 minit sahaja masa anda diperlukan…

Apakah CINTA?...Cinta adalah perasaan pada sesuatu.. Inagatlah ALLAH lah yang layak di hati kita. jika kita putuskan cinta kita dengan NYA.. maka ALLAH makin menghampiri hambaNYA lebih dekat dari urat leher kita dan helaan nafas kita…

Ayat suci Al-quran yang menerangkan tentang CINTA kepada ALLAH SWT

Ali Imran: 31

Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Luqman :17

Hai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).

Ali Imran 159

Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu[246]. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.

[246]. Maksudnya: urusan peperangan dan hal-hal duniawiyah lainnya, seperti urusan politik, ekonomi, kemasyarakatan dan lain-lainnya.

Taubah: 24

Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik

Fahami & hayati firman ALLAH ini, ia merupakan ayat cinta dan kasih sayang ALLAH pada kita…

Serlahkanlah sifat keramahan dan kelembutan dari diri kita.. kasihi ibu bapa kita, curahkan pada keluarga kita..

Hayati ajaran Al-Quran, moga kita tergolong dalam golongan yang bertaqwa..

moga ALLAH menitipkan dan menganugerahkan sedikit rasa takut dan rindu kepada NYA..

cinta itu hanya pada Allah..ya..ALLAH dan RASULNYA...

malah cinta yg disandarkan kepada manusia dengan meletakkan cinta pada Allah itu ujian bagi kita..

mengapa pula di namakan ujian?...

kerana cinta itu adalah satu amanah buat kita…dgn cinta.. kita akan lebih bertanggungjawab terhadap apa yg kita lakukan.. satu tanggungjawab untuk bersama segala perkara yg minjadi lambang cinta Allah kepada kita.. apa jua yang kiata buat… manifestasikannya sebagai lambang cinta kita pada Allah dan Rasulullah SAW.. Allah mengurniakan cinta pada isi hati hambaNya.. untuk kita lebih ingati Allah. mengamalkan ajaran islam yg diiktirafnya..

ada orang bagi kita bunga...kita ingat bunga atau org yang bagi kita bunga tu??

mata hati yang sebenar adalah... kita nampak keindahan ciptaan ALLAH... iaitu keindahan bunga itu..

dalam Al-Quran dan hadith nabi banyak berkisar soal cinta ini.. dan di antara makom shuhudiah... (dalam tasawuf iaitu bershahadah kepada ALLAH dalam semua gerak kerja kita)…. semua benda yang kita buat mesti ingat ALLAH…ALLAH, ALLAH, ALLAH, ALLAH.

cinta adalah amanah dan tanggungjawab yg besar buat kita.. malah ia boleh jadi ujian bagi hamba yg lemah macam kita juga...cinta itu suatu fitrah...cinta Agung adalah cinta pada Ilahi…labuhkan sahaja cintamu sepenuh hati padaNYA..nescaya akan kamu temui hamba yang mencintaimu kerana cintanya pada penciptamu…salam mahabbah..


Wednesday, October 20, 2010

IFF: islamic fashion festival

APAKAH INI??

APAKAH YANG DAH TERJADI??

AYUH BANGKIT UMAT ISLAM!!..INI BUKAN CARA KITA!!

1 GAMBAR...1000 PERSOALAN...2000 KEBINGUNGAN...1 PILIHAN..PIKIR-PIKIRKAN!!

PERLUKAH KITA BERDIAM DIRI???

Tuesday, October 19, 2010

Assyahid Hassan al-Banna (siri 1)

Alhamdulillah segala puji bagi Allah memberi jua penulis blog ini kesempatan untuk menerobos entry terbaru…..lame juga tak update blog nie.. erm.. penulis berharap agar medan blog ini dijadikan juga satu wasilah untuk kita berusrah..tidak perlu sempitkan pemikiran bahawa usrah itu hanya terbentuk dengan adanya bulatan..jangan kita rigid kan kepala otak kita bilamana adanya bulatan barulah ada nya usrah..method usrah pelbagai…kita fleksible kan…ingat lagi dulu dalam usrah penulis belajar antara ciri-ciri istimewa islam atau bahasa arabnya sebut Khasais Islam, ialah Tsabat wa Murunah iaitu tetap dan fleksibel..tetap pada hukumnya dan fleksibel pada pelaksanaannya..jadi pendapat penulis jangan kita jadi terlampau jumud.. jum kita mulakan..
Hari ini penulis nak bawa pembaca menelusuri tauladan hidup as-Syahid imam Hassan al-Banna.. penulis dapat dari buku Memperingati 100 tahun Hassan al-Banna, penyusun oleh ust. Ridhuan Muhamad.. penulis dari dulu lagi kagum dengan tokoh-tokoh pejuang islam ini… kalau kita baca sejarah mereka..banyak akhlak yang baik kita temui… bukan sekadar itu bahkan hubungan dengan Allah pun sangat-sangat rapat.. penulis jadi cemburu.. mampukah kita jadi macam mereka.. sampai sekarang yang penulis tidak lupa semasa penulis membaca buku Khalid al-Walid, novel sejarah yang ditulis oleh Abdul Latip.. terpanar bila baca satu ayat yang disebut oleh Khalifah islam pada ketika itu tentang Khalid al-Walid.. “ tidak akan ada seorang ibu pun selepas ini yang dapat mengandungkan anak seperti Khalid al-walid”… ya Allah cemburu sungguh..hehe..cemburu bertempat tak pe kan??
Tentang Imam Hassan al-Banna pula, selain yang kita sedia maklum mengenai kehebatan dakwah dan tarbuyah beliau dalam ikhwan muslimin..diiktiraf sebagai mujahid alaf 21…penulis nak kongsi sedikit berkenaan denganperibadi beliau seperti yang diceritakan oleh putera beliau iaitu Saiful Islam.
Dia adalah seorang ayah, pendidik, suami dan juga seorang insan.
Sesungguhnya apa yang diketahui oleh orang ramai mengenai As-Syahid Imam Hassan Al-Banna adalah sangat sedikit berbanding dengan hakikat sebenarnya. Batinnya adalah beribu kali lebih baik daripada zahirnya, dia mempunyai satu keperibadian yanf sama di dalam dan di luar rumah yang mana dia adalah contoh ikutan bagi setiap individu dalam keluarganya beitu juga bagi semua saudaranya dalam jemaah Ikhwanul Muslimin.
Beliau adalah seorang lelaki yang beriman
Daripada kata-kata imam Hassan al-Banna “ apabila terdapat seorang lelaki yang beriman maka terdapat bersamanya factor-faktor kejayaan”
Kata-kata ini sangatlah bertepatan dengan diri beliau sendiri, kerana waktu kehidupannya mempunyai berkat yang sangat besar, dan Allah memudahkan baginya melakukan kerja yang banyak pada masa yang sedikit. Begitu juga dengan keikhlasan yang sempurna setiap orang mampu melakukan kerja yang besar pada masa yang singkat.
Beliau adalah contoh terbaik bagi setiap perkara yang dilakukannya kerana kehebatab dan kesungguhan beliau dalam mempelajari dan menguasai al-Quran, begiru juga beliau sangat kuat berpegang dengan sunnah Rasulullah SAW, semenjak lahirnya beliau dalam suasana berilmu dan beragama, seolah-olah Allah Taala telah menyediakan baginya suasana terssebut untuk meneruskan corak kehidupannya yang hebat selepas itu.
Keprihatinan beliau terhadap anak-anaknya
Saiful Islam “ tidak keterlaluan jika saya mengatakan yang imam Hassan al-Banna adalah ketua keluarga yang mithal, semenjak saya kecil sehinggalah saya besar saya tidak pernah merasakan yang beliaupernah mengabaikan urusan kami, bahkan kami berasa takjub kerana kami mendapat keprihatinan yang sedekian darioada beliau. Beliau menyediakan satu fail khas bagi setiap anaknya yang dilahirkan. Imam Hassan al-Banna menulis sendiri tarikh lahir anaknya begitu tarikh-tarikh lain berkenaan dengan anaknya. Beliau juga menyimpan semua maklumat-malumat perubatab abaknya yang telah diubati, jika sekiranya ada dikalangan anak-anaknya yang ditimpa sakit sekali lagi beliau akan memudahlkan beliau mengemukakan laporan tersebut kepada doctor dan setiap malumat tersebut disertakan dengan keterangan-keterangan lain seperti ubat apa yang telah di ambil oleh si anak dan berapa lama dia memakannya serta berapa lama si anak mengalami sakit tersebut dan adakah dia memakan semua ubat tersebut?.. ayah saya juga menyimpan semua sijil-sijil pelajaran anak-anaknya beserta catitan-catitan tertentu seperti: saif perlu menekankan subjek ini dan dia lemah dalam subjek itu…begitulah secara umum apa yang beliau lakukan bagi setiap anak-anaknya..”
Hassan al-Banna sebagai ketua keluarga
Imam Hassan al-Banna juga sangat mengambil berat mengenai urusan rumah tangganya, dia menulis sendiri semua keperluan rumah bagi setiap bulan, dan dia menyerahkan senarai keperluan rumah kepada seorang kawan dari ikhwan muslimin yang bernama Sayyid Shihabuddin yang mana dia mempunyai kedai runcit yang masyhur untuk memenuhi keperluan rumah bagi setiap bulan.
Beliau juga seorang yang sangat lemah-lembut, beliau sangat menjaga perasaan anak-anaknya dan beliau mempunyai satu kemampuan yang membuatkan kami taat kepadanya tanpa disuruh begitu juga merasa sangat segan untuk melanggar arahannya dan bukan kerana perasaan takut terhadap al-marhum.
Saiful islam “ saya teringat yang beliau pernah menyebut masuk panggung wayang bukanlah akhlak seorang muslim, oleh kerana itu saya tidak pernah memasukinya walauoun sekali sehinggalah sekarang ini dan ia juga disebabkan oleh kuatnya kesan dan tarikan daripada kata-kata beliau. Hukuman paling berat beliau pernah kenakan kepada anak-anaknya hanyalah cubit telinga, pernah sekali saya dicubit telinga olehnya dan itulah hukuman yang paling berat pernah saya terima disebabkan satu kesalahan yang saya lakukan pada satu pagi. Akan tetapi pada pukul 11 tengahari itu juga beliau menelefon saya dan menenangkan saya serta berdamai, dan ianya member kesan yang sangat besar pada diri saya. Beliau juga sangat pemurah dengan anak-anaknya. Saya teringat yang member duit belanja kepada anak-anaknya dan pada tahun 1943 Masihi beliau member 3 Qurusy kepada setiap anak-anaknya dan jumlah tersebut sangatlah besar pada ketika itu kerana kawan-kawan saya di skeolah hanya mendapat suku Qurusy atau setengah Qurusy sahaja”.
Saiful islam : saya teringat perkara ini ketika saya membaca majalah Musamarat Habib ketika majalah tersebut membuat satu temuramah dengan ayah saya dan saya masih menyimpan majalah tersebut, ayah saya di Tanya:
Wartawan: Adakah kamu ada menyimpan duit gaji kamu?
Hassan alBanna: tidak, saya membelanjakannya semua sekali
Wartawan: berapakah duit belanja yang kamu beri kepada anak kamu?
Hassan al-Banna: 3 Qurusy setiap orang.
Jumlah ini tidak termasuk duit yang beliau berikan kepada kami pada setiap jumaat untuk di bahagi-bahagikan kepada fakir miskin di masjid, kemungkinan pada hari itu sahaja beliau member 5 atau 10 Qurusy, saya tidak ingat. Setelah sekian lama barulah saya menyedari yang beliau sentiasa memerhatikan tibdak tanduk saya selama ini dengan teliti, saya menyedari perkara tersebut setelah saya besar dan setelah saya mengimbas kembali tindak tanduk beliau, saya pasti yang beliau sentiasa memerhatikan tindakan saya.


Wednesday, October 13, 2010

muslimah kah kita?

Astaghfirullah..ya Allah ampunkan dosa hambaMu yang hina..sering lalai dan leka…setelah berjam lamanya mengadap skrin laptop..hajat ingin melunaskan sedikit lagi chapter 4 thesis ku..tapi tidak juga kesampaian…sedikit ruang yang ada ini..sebelum ku tunaikan janji dengan sahabatku untuk keluar membeli hadiah perkahwinan kenalan kami…tanganku bergerak laju me”nype” dan klik artikel2 dalam iLuvislam…ya rabb…sungguh tersedar dgn karya2 nye…aku ditegur secara tidak sengaja…tentang “gambar muslimahkah ini"… hanya sekerat Cuma membaca nya aku terus bertindak untuk men”delete” gambar yang pernah aku letakkan untuk entry aku tentang “sifat orang cemerlang”…paparan gambarku harus ku buang…maaf ea sahabat2…sebagai muslimah…kita harus jaga diri kita…jangan sewenag2nye paparkan gambar kita melainkan untuk keperluan tertentu sahaja..yang ku maksudkan disini mungkin dibenarkan dari sudut siasah..tapi untuk saje2..baiklah tidak perlu…so aku “delete”…tentang hukum bab ni..ada sape2 nak bg pendapat..tafadhal…ana alu-alukan…dan sangat mengalu-alukan


Saturday, October 9, 2010

DARUL TAQWA & DATUK DR JOHAR



Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.
"Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman." Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini. "Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya. Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini . Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang -siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden. Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka...Ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar.
"Hoi budak, Aku dimana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi. Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat,tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru. "Assalamualaikum....Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman.... Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali." Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku ? " Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ? " tanyanya angkuh. "Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang. "Oh, oh .... maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu? Mana pak cik dapat pakaian macam itu ?" Tanya pegawai itu pula. Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula - Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman. "Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. " "Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti darul Taqwa."


Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. "Di mana aku sebenarnya ni?" Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, Ini Jalan Chow Kit ditengah bandar Kuala lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada. "Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din, Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini." Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar. "Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat..."
Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh.Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa. "Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Neraka amat pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya di hukum di Akhirat!" rayu lelaki itu. Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati.Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia terlepas ...Lega.Dahaga , lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan.Dia perlu minum. Tapi di mana? Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan :


"Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al Abrar, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!" Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah.Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga. "Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki." "Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan."Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya. "Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!". Lelaki itu tersenyum. "Empat puluh tahun yang lalu adalah.Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad,pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs.Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan,"terangnya. Mukanya jernih.Serban dan jubahnya serba putih. "Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni..." "Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu... Subhanallah...." Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia manggeleng -gelengkan kepalanya. Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk. "Nasi beriani sepinggan !"ujarnya kepada pelayan. "Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan. "Ya ! Apa peliknya?", "Baik,tuan.Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang ?" tanya pelayan berkulit hitam itu. Dia tambah geram.direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang menikmati makanan.Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.
"Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu dengan sopan. Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang. " Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, " ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja "Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain ?"tanya sahabatnya di sebelah.Dia nampak simpati. Datuk Dr. Johar pasang telinga saja. "Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit ..malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana " Keluhnya."Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita.Tolonglah terima sedekah kita.Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, Di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita."keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi "Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian-kementeriannya.... saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan -lahan. Datuk Dr.Johar makin pelik. "Tambah nasi sepinggan lagi!" ujarnya kepada pelayan restoran. "Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan ... berhentilah sebelum kenyang.Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan ....," kata pelayan itu lagi. "Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!" bentaknya. Marah campur geram. "Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak perlu hospital!" "Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini ?" leternya perlahan-lahan. "Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya....." "Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang ...Di mana boleh saya dapati ?" tanyanya. "Di sana, tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma... Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai -bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya? Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan . Dalam skrin timbul tajuk besar- KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYESALAN , IZRAEL DATANG TIBA-TIBA Oh...Oh ... seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit. Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. aku belum nak mati lagi, protes hati Datuk Dr.Johar. Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer: RAJA'. kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti... FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI�.. Kepala datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni? "Tak ada lagu yang hot sikit ke?" tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya. "Nanti ya pakcik . Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni.Top-hit anak-anak muda sekarang..." "Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu. Ayat suci Al-Quran a... "Eh ...ni suara orang mengaji,"


"Nanti dulu pakcik,selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya," kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia.

Kemudian getaran suara bergema ...
Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu
mendamba kasih yang tidak berhujung
mengutip sayang di hamparan cinta suci Inilah getaran hatiku memburu cinta.......
stanza hati merindu Ilahi!" Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran.
"Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah ..."
Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata " Saya bayar dengan kad kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya. "Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima, kami halalkan sajalah."
"Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-nungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri." Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka." "Ah, aku tak nak dengar semuanya.makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu. Di luar,semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi. Pemandu bullet train berserban merah tersenyumkepadanya. Pilot helikopter dengan tulisan 'MAKRUFAT AIR TRANSPORT' sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan tertegakpapan iklan dengan tulisan yang jelas :" KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH ". Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah. Isy,meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya,semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus.
"Datuk..!Datuk..! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !"
Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu.
"Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? "tanya Datuk Dr. Johar.
"Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi. Mereka tak mahu pilihanraya..."
"Habis, mereka mahu apa?"
"Mereka mahu Islam, Datuk!"
"Islam ? " keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya.
"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG.....ITULAH JANJI ILAHI"


"Pasakkan Sabat Teguhkan Istiqamah"


p/s: rajin2 la forward cerita ni.. moga jadi inspirasi dlm perjuangan kita!! infiroo khifafan wathiqolan!!
go2!! muslim mesti cemerlang...

"Ambillah hikmah (kebijaksaaan) dari mana pun datangnya."