Dunia Kesihatan

Saturday, April 23, 2011

Pendekatan baru @inurISLAM

Salam mahabbah, adik-adik dan sahabat-sahabat semua. Alhamdulillah, setelah beberapa hari menjadi blogwalking.. tiba-tiba mendapat ilham untuk tambah label on komik dan risalah. Pendekatan yang agak menarik, terutama kanak-kanak dan pelajar sekolah. Kebetulan hari ini @inurISLAM bersemangat untuk memberi sesuatu kepada adik-adik usrah @inurISLAM malam ni. Idea ni terlintas bila memikirkan printer @inurISLAM yang hampir 4 bulan terbengkalai. Dulu masa beli, beli sebab nak print notes and thesis project. tapi bende tu semua dah setle. so, printer @inurISLAM ni jadi penganggur setia pula. erm... Nikmat yang sedia ada jangan disia-siakan, betul tak?..=)

nak buat sendiri risalah tu, masih belum berkesempatan, jadinya @inurISLAM hanya mengumpulkan dulu komik2 dan risalah2 menarik.. adik-adik dan sahabat2 semua, if nak, ambil je.. sebar2 kan untuk kebaikan.. hehe..minta maaf pada pembikinan sebenar komik2 dan risalah ni, @inurISLAm minta izin copy paste ye... =)


 Risalah 1 : Adab menuntut ilmu


Komik 1: Pencuri Cinta 


Komik  2: Allah pencipta alam


Animasi 1: success


Komik 3: Salam imtihan


Komik 4: Penyejuk mata, penawar hati

Saturday, April 16, 2011



Pesta buku datang lagi...22 april hingga 1 mei 2011.. erm.. berapa bajet anda tahun ini?... dah dapatkan list buku-buku yang ingin dibeli?.. seumur hidup ana, baru 2 kali sempat ke sana, first masa zaman hingusan di sekolah dulu, second, masa tahun satu di USIM... excited sangat tengok buku, semua rasa macam nak beli, bertimbun-timbun dah buku tersimpan dalam kotak kat rumah.. bleh buat library sendiri agaknya...hehehe


Mungkin peluang yang baik ini, boleh kita luangkan masa bertemu anak usrah, sahabat-sahabat lama mahupun aktiviti bermanfaat bersama keluarga dan anak-anak di pesta buku ini.. insyaAllah moga ia juga satu ibadah untuk kita.. ana sendiripun fikir banyak kali nak gi ke tak.. bukan ape takut kempunan bile tak cukup bajet nak beli buku yang berkenan nanti..hehehe... apa-apa pun, mari kita tanamkan semangat budaya membaca.. membaca itukan jambatan ilmu, semakin banyak kita baca, semakin banyak yang kita tak tahu.. 

Bacalah, kerana ia permulaan ilmu =)

Friday, April 15, 2011

makanan kita


Pagi Jumaat, pagi yang menggembirakan, penghulu segala hari, banyak amalan sunat kite leh buat...dan macam biasa kami berempat sampai ke tempat kerja paling lewat pun awal 10 minit..hehe...sampai2 je...perkara pertama yang kami buat adalah meng"on" kan laptop kami dan mula meng"online"....hehe.....dah puas mengonline barulah kami start kerje2 kami...inilah rutin harian kami...=)

pagi ni cam bese ana bkak laman sesawang kesayangan ana...hehe...ada plak sorang hamba Allah bg soalan kat shout box...trimekasih ats soalan enti/a, ana try menjawab sebaik dan semampu ana...soalannya: enti ambil bahagian pemakanan kn.. nak minta commen tentang makanan fast food atau burger dan hotdog.. bagus ke dan manfaat ke...

erm....mencabar gak soalan ni..sebelum tu kan, ana nk kongsi satu kalam tuhan :


Surah Al Ma’idah Ayat 88.


MAKSUDNYA:



”Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah Telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya.”



Allah sayang kita, sebab tu Allah dah pesan kat kite makan yang halal lagi baik...apa tujuan pesanan Allah ni?...Allah nak lihat kite jaga kesihatan kita, jaga anggota badan yang Allah pinjamkan dgn sebaiknya...kemudian gunakanlah ia ke jalan yg dikehendakiNYA..=)

erm...kirenye soalan enti/a ini ana kongsikan untuk pembaca yg lain ye...

pertama sekali berkaitan dgn fast food.. setakat pengetahuan ana yg cetek ini...pemprosesan fast food ini agak membahayakan...advantage nye memang dy akn faster kan lg masa kte sbb name dy pun fast food kan ....tp sbnarnye dy memberi effect jangka masa panjang....biasanya fast food, comfirm2 dia tambah preservative, preservative ni fungsi dy untuk bg makanan tu tahan lama (extend shelflife)... contoh preservative yg bese org letak ialah Calcium Propionate, disodium EDTA.. Chemicals ni bukanlah nutrien dan dy tak menyumbang langsung untuk kesihatan kite. 

keduanya berkaitan Burger dan Hotdog... 
burger dan hotdog ni besenye dy amek dari daging yg kat bhgn2 yg tak digunakan lagi contohnya kat bahagian bone, dan proses pembuatannya ditambah dgn colorant..sbb tu nampak merah dan sedap je kan..erm..yg hotdog ni plak..byk isu nye...ana sndri pun dah tak makan ape jenis hotdog sekalipun... lagi satu biasa org buat hotdog mengggunakan surimi... surimi ni adalah satu bahan yang digunakan untuk bg rasa yg sama dgn original perisa dy and mostly digunakan utk bg dy bentuk..tu yg dy jd bentuk kenyal dan lawa tu kan..byk org kaitkan ianya dgn penggunaan platelet darah... yg ini ana tak sure kesohihannya..tp ape2 pun ia dah menjadikan syubhah pd ana.. 

Setakat inilah secara ringkasnya boleh ana terangkan.. hope dapatlah view nye.. sama ada bagus atau bermanfaat ke tidak, pada ana if ada pilihan lain, pilih lah makanan yg lebih baik... bukan apa, kita try mkn ikut sunnah, banyak orang sekarang beriya-iya nak buat ibadah ikut sunah, tapi kite lupe bab makanan ni..makanan pun perlu lah ikut sunnah...btul tak?... perincian tentang pemprosesan dan penggunaan bahan-bahan dalam makanan tersebut  ada huraiannya lagi.. insyaAllah, ada masa ana cuba tuliskan.. wallahua`lam.

Thursday, April 14, 2011

Fatimah Syarha - Nikmat Cinta Setelah Berkahwin.

Kejarlah cinta Allah, insyaAllah mujahid/mujahidah pilihanmu telah Allah tetapkan.
Bukankah Allah lebih mengetahui dari kamu.
maka jaga urusanmu dengan Allah.
moga Allah sentiasa dekat dihati =)


intisari: Muhasabah dan ikhlas

Wednesday, April 13, 2011

Kembalikan Hasil Bumi untuk Anak Jati

KUALA LUMPUR, 13 April: Kelab PAS Ireland menyeru seluruh rakyat Sarawak bangkit dengan penuh kesedaran dan membawa perubahan yang positif kepada negeri agar hasil bumi negeri dapat dinikmati oleh semua anak jati.
“Penentuan siapa yang bakal memerintah Sarawak sedang berada di tangan anda semua. Laksanakan tanggungjawab anda semua dengan baik,” seru kelab berkenaan dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Pilihan raya Negeri Sarawak yang bakal berlangsung pada 16 April 2011 adalah yang ke 10 semenjak Borneo menyertai Gagasan Malaysia pada tahun 1963.
Menurut kenyataan itu, beberapa dekad berlalu menyaksikan ‘apathy’ kepimpinan yang berjaya mengikis minda pribumi serta membunuh dalam diam semangat juang Bangsa Sarawak.
Bagi kelab tersebut, itulah hegemoni diktator Bumi Kenyalang, Taib Mahmud, bermaharajalela sepertiga kurun, merampok hasil bumi, mencabul hak-hak serta memundurkan ekonomi rakyat.
“Kini angin perubahan telah tiba ke Bumi Kenyalang. Arus deras yang melanda sudah tidak bisa dikekang lagi. Tsunami PRU12 2008 yang mengubah corak lanskap politik Malaysia masakini mula dirasai oleh anak-anak bangsa Sarawak,” tambah kenyataan itu.
Bagi mereka, penamaan calon yang telah berlangsung pada 6 April lalu telah menunjukkan sokongan yang padu kepada politik baru yang dibawa oleh PAS dan rakan-rakan lain dalam Pakatan Rakyat.
Sumber: Harakahdaily

Monday, April 11, 2011

Soal Hati

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, entry kali ini berkesempatan untuk ana kongsikan serba sedikit pengalaman yang dikutip daripada seorang pembaca setia yang melalui liku-liku kehidupan sebagai seorang pelajar perubatan. 

“Baliighu annii walau ayyah.”. 
 “sampaikan meski hanya satu ayat

 

“Ustaz, hati tu jantung ke?”

“Isshh..bukan..” Dengan yakin kita menjawab.

“Hati tu sama dengan akal eh?”

“Mmm...bukan kot...”

“Habis tu, hati tu apa ustaz?”

“Errr....”

Bila kita ditanya atau bercakap tentang HATI,pasti anda dan saya sendiri kurang mengerti dan faham tentang makhluk Allah yang satu ini.Kalaupun ada antara anda yang faham, pasti susah untuk  anda jelaskan. Ia umpama angin,dapat anda rasa tapi tak dapat anda lihat. Hati tak sama dengan akal, dan bukan pula jantung, walaupun tempatnya sama-sama di dada.

 “Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati di dalam dada.” (Surah al-Hajj, ayat 46)

Apapun hati itu, yang lebih penting adalah bagaimana cara kita menjaga dan menggunakannya. Sebab seketul daging inilah yang menentukan baik atau rosaknya diri kita. Selalu kita berada dalam satu kondisi atau situasi yang sama, tapi cara dan sudut pandang antara kita dan orang sekeliling kita berbeza-beza. Contohnya, saya ambil dari pengalaman diri saya sendiri. Selama 5 tahun lebih belajar di negeri jiran, banyak pengalaman dan pengajaran yang dapat saya bawa pulang. Antaranya, yang paling saya tak boleh lupakan, iaitu ketika bertugas(clinical) di department O&G (wad bersalin). Banyak antara kawan-kawan yang masuk department tersebut dengan niat nak kuasai betul-betul ilmu yang ada kat situ supaya boleh dipraktikkan di Malaysia nanti..Alhamdulillah..namun ada juga yang masuk dengan fikiran yang agak nakal..nauzubillah...Saya pulak masuk dengan harapan nak tengok satu benda =) Untuk pengetahuan anda semua, kami kena bertugas di department ni selama 3 bulan..Pada minggu pertama, benda yang saya nak sangat tengok tak dapat..sedih..masuk minggu kedua pun belum dapat..tambah sedih..minggu ketiga pun tak ada..mulai risau..minggu keempat pun masih belum ada..tambah risau..minggu kelima,keenam..dan akhirnya minggu ketujuh..selepas selamat melahirkan, seorang ibu memanggil saya. ”Dok, boleh tolong azankan anakku?Bapaknya lagi ke luar kota..minta tolong ya dok...” isk isk betapa terharunya waktu tu..akhirnya penantian saya selama ni terbalas juga.hehe..alhamdulillah.. “InsyaAllah,boleh banget buk..Allahu Akbar Allahu akbar!!

Begitu susahnya sekarang ini kita nak melihat anak  yang baru dilahirkan dengan fitrah yang  suci mendengar buat kali pertama hidup di alam barunya dengan kalimat yang juga suci. Amat sedih rasanya. Walaupun amalan ini bukanlah suatu kewajipan bagi seorang bapa, tetapi ia merupakan sunat muakkad yang diajarkan oleh kekasih kita, Rasulullah S.A.W. Dan sepanjang 3 bulan saya di department tersebut, tidak sampai 10 kali saya dapat melihat perkara tersebut. Ingatlah para doktor dan bakal doktor, tugas anda bukan hanya membantu orang-orang yang sakit di luar sana, tetapi gunakanlah setiap ruang dan peluang yang ada untuk menyampaikan dakwah. Wahai ibu bapa dan bakal-bakal ibu dan bapa,tunaikanlah tanggungjawab anda terhadap anak-anak anda sejak mereka masih dalam kandungan, sedari mereka diselimuti oleh 3 kegelapan lagi.Pandanglah sesuatu dengan pandangan hati anda, bukan semata-mata dengan pandangan mata yang menipu. Pandanglah apa yang tersurat, hayatilah apa yang tersirat. Dari mata turun ke hati, dari hati membawa kepada Ilahi.

Pandangan mata selalu menipu

Pandangan akal selalu tersalah

Pandangan nafsu selalu melelulu

Pandangan HATI itu yang hakiki

Kalau hati itu bersih...


Ya Allah,Engkau lembutkanlah hati-hati kami sebagaimana Engkau lembutkan besi untuk nabi Daud. Engkau bimbinglah hati-hati kami untuk sentiasa mentaatimu, dan janganlah sesekali Engkau biarkan kami sendirian dalam mengurus hati ini..ameen..

Syafiurrahman