Thursday, November 26, 2009

Rebranding our product : Mukmin Profesional




jika seorang atlet sukan bola sepak menggunakan helah mengelirukan musuh dengan cara sepak kannya, jika seorang pemain catur memerlukan strategi seribu lngkah kehadapan untuk menawan lawannya, dan jika seorang pembuat roti memerlukan kemahiran membuat doh adunan terbaik bagi memastikan keistimewaan rotinya, bahkan jika anda seorang usahawan xkirelah intraprenourship ke entraprenourship ke, anda juga perlu mempunyai strategi untuk mencapai maturity produk anda..apa jua kita dimuka bumi ini, al Quran dan sunnah tetap menjadi landasan utama kita…Apakah bentuk atau imej umat islam yang hendak kita bina? Apakah kita sudah ada gambaran yang jelas tentang “end product” yang hendak kita hasilkan? Ataupun kita masih tercari-cari atau teraba-raba?



Kini kita dengar..kita lihat.. pelbagai bencana berlaku. Tahukah kita bahawa umat islam sedang dilanda pelbagai cabaran. Selain bencana alam, umat islam juga sedang dilanda “bencana rohani”. Perang saudara, perpecahan, jenayah, gejala social, dadah, rasuah dll. Hakikatnya, bencana rohani lebih buruk kesannya daripada bencana alam, justeru impak buruknya itu akan berpanjangan hingga ke akhirat. Islam terhukum oleh kelemahan umatnya sendiri. Kelemahan umat islam bukanlah bukti kelemahan ajaran islam, tetapi dunia akan terus bertanya-tanya “kalau begitu di manakah keupayaan umat islam dalam memacu kejayaan dan kecemerlangan umatnya? Apakah keindahan islam itu hanya wujud dalam teori dan fantasi semata-mata.

Mukmin professional..pendekatan kontemporari untuk kembali kepada ajaran islam yang sejati seperti yang dibawa oleh Rasulullah SAW…namun siapakah mukmin profesianal?..mukmin professional ialah mereka yang berkemampuan menyejarkan dan menyepadukan pelaksanaan fardhu ain dan fardhu kifayah, tanggungjawab hamba dengan khalifah, kesinambungan ilmu naqli dengan `aqli, kesucian zikir (kebersihan hati) dan kekuatan fikir (kecanggihan teknologi) dalam kehidupan.

Seorang usahawan perlu memahami “product life cycle” dalam “business planning” nye. Effort yang tinggi diperlukan diperingkan permulaan, berbagai-bagai cara, strategi, idea, kriteria2 for creating and pricing the product bagi memastiakan penetration prduct mereka mencapai target market hinggalah mereka Berjaya mencapai peringkat pertumbuhan “growth phase” dan seterusnya menjejaki “maturity phase”. Jika kita leka dan lalai hanya setakat fasa ini, maka bersedialah untuk menemui zaman kejatuhan yang dinamakan decline phase. Maka, apakah cara untuk mengatasinya?..inilah yang dinamakan rebranding. Penjenamaan semula imej dengan mengetengahkan gagasan mukmin professional. Rebranding dari segi imej dalaman dan luarannya, agar dilihat lebih produktif, didahului oleh proses reengineering dari segi pembangunan sumber manusia. Siapa lagi yang boleh initiate sekaligus bertindak sebagai prime cause untuk mencorakkannya kalau bukan manusia yang bergelar muslim.

“sesungguhnya orang yang paling baik untuk engkau berikan kerja adalah orang yang kuat lagi amanah” (al-Qasas 28;26)... Al-Qawiy (kuat) dan al-amin(amanah)..end product yang kita harapkan..di bahu orang seperti inilah terpikulnya satu misi besar untuk merealisasikan keunggulan islam secara holistic. Dengan sifat mukmin mereka mampu memperbaiki keadaan umat yang dilanda pelbagai bencana rohani, manakala dengan kepakaran mereka mampu menyelesaikan masalah umat yang ketinggalan dalam bidang ekonomi, akademik, sains dan teknologi.




“mereka yang sentiasa berzikir (ingat) kepada Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring dan berfikir tentang kejadian langit dan bumi sambil berkata : wahai tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan menjadikan benda2 ini dengan sia2, maha suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka” (Surah Ali Imran 3:191)

Inilah 2 proses zikir dan fikir yang dinyatakan Allah swt menerusi firmannya. Pros Hamka berkata “hujung fikir adalah zikir”…Fikir sangat penting kerana ia adalah asas ilmu aqliah. Dengan berfikir seseorang akan mengetahui rahsia ciptaan tuhan. Pengetahuan ini akan membolehkan manusia menjadi pakar tentang alam dan seterusnya menguasainya, maka dengan mudah manusia dapat mentadbirnya. Dengan kelebihan itu manusia menjadi makhluk yang arif tentang sunnatullah sekaligus melayakkan mereka menjadi khalifah. Namun manusia yang hanya berikir berpotensi membuat kerosakan dan kemusnahan. Oleh itu, fikir mesti diiringi dengan zikir. Potensi aqliah mesti dipimpin oleh wahyu. Mukmin professional meletakkan fikirnya dilandasan zikirnya. Mereka jugalah yang disebut ulul albab di dalam al Quran.

Olahan dari penulisan Pahrol Mohamad Juoi “siapakah mukmin professional” dan sisipan hasil pembacaan yang diperoleh dari “introduction to muamalat”

No comments: