Dunia Kesihatan

Tuesday, December 29, 2009

Sambungan entry sebelum ini…hidup untuk memberi…




Manfaat memberi turut dilimpahkan kepada kepada orang bukan islam (Bukti betapa pemberinya Allah , AL WAHHAB)
Henry Ford, pencipta kereta yang pertama, mempunyai cita-cita ingin melihat ramai orang memiliki kereta. Tetapi cita-citanya tidak dipersetujui oleh pelaburnya yang pertama. Henry Ford berfikir bagaimanahendak member, sedangkan pelaburnya berfikir sebaliknya, yakni berfikir bagaimana hendak menerima.
Henry Ford berfikir bagaimana hendak membuat kereta dengan kos yang murah dan dijual dengan harga yang murah supaya ramai orang mampu memilikinya. Sedangkan pelaburnya berfikir sebaliknya.
Henry Ford mencari pelabur yang lain. Apibila ditemuinya, kereta mula dibuat dengan kos yang rendah dan dijual dengan harga yang murah. Akhirnya ramai orang mampu membelinya. Rugikah Henry Ford? Tentulah tidak! Dia mendapat semula apa yang diberikannya. Lebih ramai orang membeli kereta bererti lebih banyak keuntungan yang didapatinya. Benarlah What you give, you get back!

Kita memberi dahulu kemudian menerima, mana mungkin kita menerima tanpa memberi
Penemuan yang menakjubkan. Didapati orang yang pemurah jarang menjadi penguin rumah sakit jiwa . Bermakna kebanyakan penghuni rumah sakit jiwa ialah orang yang kedekut- tidak mahu member. Mereka rasa tertekan kerana tidak disayangi atau tidak diendahkan, tetapi mungkin mereka terlupa punca mereka tidak disayangi atau tidak diendahkan itu. Mungkin sebelum ini mereka tidak terlebih dahulu menyayangi atau mengendahkan orang lain.
bersambung...


No comments: