Dunia Kesihatan

Thursday, September 16, 2010

Sahabat....



Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana masih dikuniakan 2 nikmat terbesar pada kita iaitu nikmat iman dan islam, individu muslim perlulah sentiasa berusaha untuk sentiasa mendekatkan diri nya kepada Tuhan Pencipta sekalian alam..dan Alhamdulillah pagi ni kita masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumiNya..anugerah Allah yang tidak terhingga dan tidak terhitung banyaknya, maka layakkah kita untuk berpaling dariNYA.
..dan dikesempatan pagi 7 syawal 1431, hati berasa sungguh tenang..malah diberi kesempatan untukku menerobos entry terbaru ku buat julung2 kalinya di bulan Syawal yang mulia ini..entry kali ini bukan nak cerita tentang kemeriahan syawal, tapi nak kongsi seciput ilmu yang ku dengar melalui online oleh Ust Kazim..teringat zaman muda remaja dulu, zaman transformasi diri ke arah yang lebih baik, hidup yang lebih tersusun, implementasi dari tarbiyyah yang mendidik jiwa, tidak pernah lengang dengan aktiviti2 ilmiah, begitu besar sumbangan tarbiyyah walidayni juga tarbiyyah guru2..yang boleh kukatakan mampu mencapai gelaran mursyid.. terutama ustaz2 di SMKAS..juga ustaz joha di SM Sains Sultan Iskandar Syah yang dulu dikenali sebgai SBP Integrasi Mersing. Jiwa jadi kosong bila satu hari tidak mendengar majlis Ilmu..mengapakah begitu?..mungkin itulah fitrah seorang manusia..fizikal dan nuraninya perlu sentiasa diisi..pagi ni pula sempat dengar ceramah dari ust Kazim, walaupun hanya 5 minit, namun ia member impak yang besar pada diri ini..jadi disini ingin ku kongsikan bersama pembaca yang setia menjelajah ke blog ku ini..
Erm..tajuk nya ape ea..dy xstate kan la pula..nie video dari FB..my uncle yang post kat wall dia.. berdasarkan isi2 yang disampaikan, banyak berkisar tentang apa yang tersirat di sebalik isra` mi`raj..Perancangan Allah itu maha hebat, apa yang direncanakan menjadi panduan kepada hambaNya untuk sentiasa berfikir dan berzikir..
Kita tidak perlu susah hati jika orang hina kita, orang mengata kita, kita tidak perlu susah hati, kita senyum je..kita takkan terjejas ape2 pun..rileks je la..selalu berfikiran positif.
Antara pengajaran kepada kita daripada peristiwa isra` mi`raj
1. Kenapa nabi SAW isra` mi`raj waktu malam?
2. Kenapa nabi naik Burraq?
3. Kenapa nabi dibawa oleh jibril?
Manifestasinya…
1. Malam-kegunaan utk beribadah kepada Allah, masa yang sesuai menuju kepada Allah
2. Hati-nabi dibersihkan hati nya sebelum menuju ke langit (4 kali)
3. Buraq_ gambaran nak menuju kepada Allah perlu ada amalan
4. jibrail-sebagai pembimbing, kita mesti ada pembimbing/guru, sebab tu nabi Muhammad tak pergi sorang2, baginda pergi bersama Jibrail-membimbing ke langit
· guru- Siapa guru yang mursyid/boleh bimbing kita
1. Bila kita berguru dgn dia, dia boleh mengubah kita dari bakhil kpd dermawan, jadi pemurah.
Dalam crite PRamlee, Cikgu Murni yang boleh mengubah haji bakhil..haa..inilah peranan media..message yg nk disampaikan..mungkin penerbit buat nie secara tak sengaja..namun kita amek je ibrahnye
2. Boleh ubah dari mulut yang cabul kepada orang yang sgt bersopan santun dalam berbicara
3. Ubah akhlak jadi seorang penyabar, bersopan santun, berlemah lembut, sangat bertoleransi
Apa yang menyelamatkan kita di dalam kubur dan di hari kiamat?
1. Taqwa
· takut kepada Allah, moga Allah sentiasa menjaga kita
2. Amalan
3. Ilmu
4. Jihad
Di mana kita berada sekalipun, meskipun di kalangan jemaah islam, namun jika 4 perkara ini tidak dijaga, sia2lah kita, huraian mendasar ke empat2 point nie tidak pula dijelaskan, moga jadi pencetus untuk kita untuk berusaha ke arah ingin tahu, semakin banyak yang kita tahu rupanya banyak lagi yang kita tidak tahu. Sesungguhnya jika Allah ingin memberikan kebaikan kepada hambaNya maka dia akan diberi pengetahuan/ilmu tentang islam..”Allahumma Faqihna Fiddeen..”
~Pembaca yang dirahmati Allah..ana sgt2 mengalu-alukan sebarang komen atau percambahan perkongsian yang tidak seberapa ini, semoga menjadi wadah untuk kita berbincang dan menambahkan ilmu~

No comments: