Dunia Kesihatan

Friday, November 19, 2010

Korban dan Erti Pengorbanan

Ketaatan Ismail wajar dicontohi,

Kesetiaan Hajar lambang kasih sejati,

Bersama Hayati Erti Pengurbanan sebenar

~Salam eiduladha 1432 H~





Oleh itu kerjakanlah solat kerana tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sbg bersyukur) -[al-Kauthar : 2]-

Alhamdulillah setinggi tinggi kesyukuran dirafa`kan pada rabbul izzati, masih lagi diberi kesempatan umtuk kita menyambut apa yang dikatakan Rasulullah SAW antara 2 hari raya tebesar untuk ummat islam iaitu Aidilfitri dan Aiduladha.

Alhamdulillah, kemeriahan aiduladha kali ini dapat dirasai bersama keluarga tercinta..hajat mahu seminggu duduk di kampung, namun sedikit kerja memanggil saya kembali ke kampus semula.. cuti yg asalnya dirancang untuk 7 hari hanya tinggal 3 hari sahaja....terasa diri ini sayang kampus...sayangkah??...ish...x nak ngaku..redha je la..mungkin ada hikmah tersembunyi. Allah lebih mengetahui.
Bersyukur ke hadrat iLLahi kerana aidiladha kali ini saya berkesempatan me"nyibukkan" diri atau dengan kata lain jadi penyibuk jap ikut mak ke markas PAS Simpang Renggam... sekurang2 nya dapatlah megenali sedikit demi sedikit figure2 srikandi2 di Simpang Renggam, Johor...itulah hajat asal.. kadang2 terfikir bagaimana mungkin diri ini mahu terus tsabat dan istiqamah berada di jalan dakwah...Ya Allah jauhkanlah hambaMu ini dari Ghurur, mutasaaqituun fit toriquddakwah...apatah lagi futur..berilah hambaMu ini peluang berada dijalan yang KAU redhai...ameen
Seribu kemaafan jika ayat yg di"type" tidak teratur...mencuri sedikit masa untuk berkongsi bingkisan sambutan aidiladha dan sama2 mengajak pembaca menekuri kisah hebatnya CINTA dan UBUDIAH IBRAHIM Alaihi Salam kepada tuhan yg ESA...seterusnya menjadai tauladan kepada kita untuk mencontohinya...moga post kali ini bermanfaat.


sedikit bingkisan gambar yang ingin dikongsikan... =)





3 ekor lembu selamat menjadi korban
location : Markas PAS Simpang Renggam



"Sepakat membawa berkat"


Semoga di Hari Raya Korban ini kita dapat menghayati hikmah disebalik pensyari'atan korban sekaligus menjadikan kita seorang Muslim sejati. Firman Allah:

Daging dan darah binatang qurban atau hadyi itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa daripada kamu”.
[Al-Haj: 37]
Allah memerintahkan Nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail adalah untuk menguji sejauh mana Nabi Ibrahim sanggup mengorbankan segala benda yang dimilikinya di muka bumi ini demi kecintaannya kepada Allah. Ternyata cinta Nabi Ibrahim kepada Allah mengatasi kecintaannya terhadap dunia sehingga dia sanggup mengorbankan Nabi Ismail sekaligus berjaya mengharungi dugaan daripada Allah.

Kisah tentang penyembelihan Nabi Ibrahim AS atas Nabi Ismail AS, yang kemudian diganti oleh Allah SWT seekor kambing, telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam Al-Qur'an, tepatnya surah Ash-Shaffat, ayat 99-113


Dan Ibrahim berkata:"Sesungguhnya aku pergi menghadap kepada Tuhanku, dan Dia akan memberi petunjuk kepadaku


Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh.


Maka Kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar (nabi Ismail Alaihi Salam)



Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar."



Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya ).



Dan Kami panggillah dia: "Hai Ibrahim,

sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu [*] sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.
[*]Yang dimaksud dengan membenarkan mimpi ialah mempercayai bahwa mimpi itu benar dari Allah s.w.t. dan wajib melaksana- kannya.
Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata.


Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar[*]

[*]Sesudah nyata kesabaran dan ketaatan Ibrahim dan Ismail a.s. maka Allah melarang menyembelih Ismail dan untuk meneruskan korban, Allah menggantinya dengan seekor sembelihan (kambing). Peristiwa ini menjadi dasar disyariatkannya Qurban yang dilakukan pada hari Raya Haji.


Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian,


(yaitu)"Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim."



Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.



Sesungguhnya ia termasuk hamba-hamba Kami yang beriman.



Dan Kami beri dia kabar gembira dengan (kelahiran) Ishaq seorang nabi yang termasuk orang-orang yang saleh.


Kami limpahkan keberkatan atasnya dan atas Ishaq. Dan diantara anak cucunya ada yang berbuat baik dan ada (pula) yang Zalim terhadap dirinya sendiri dengan nyata.
Sesungguhnya peristiwa tersebut merupakan satu peristiwa besar, menifestasi sebuah pengorbanan agung dalam mentaati perintah Allah. Peristiwa yang berlaku pada tanggal 10 Zulhijjah ini jugalah yang ‘dirayakan’ oleh umat Islam seluruh dunia pada setiap tahun.

Manusia adalah hamba Allah. Hakikat seorang hamba adalah kepatuhan total terhadap perintah tuannya tanpa merasa keberatan, walaupun rahsia atau hikmah di sebalik perintah tersebut tidak difahami. Seorang hamba tidak berhak untuk mempersoalkan apatah lagi untuk engkar akan perintah tersebut. Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Ahzab: 36:

“Dan tidaklah harus bagi orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. dan sesiapa Yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan Yang jelas nyata” (Al-Ahzab: 36)
Islam bukannya sekumpulan konsep-konsep lesu yang berlegar-legar di minda manusia. Islam juga bukan bererti kepercayaan-keprcayaan buta yang dipaksa kepada manusia. Islam bukan sekadar beberapa perlakuan ritual (’aktiviti keagamaan’) yang wajib dilaksanakan secara membuta-tuli. Sebaliknya, Islam adalah agama praktikal yang berpengaruh di dalam kehidupan manusia. Islam bermaksud ketundukan yang sepenuhnya kepada syariat Allah. Seorang muslim tidak pilihan, kecuali menjadikan keseluruhan hidupnya dibawah naungan syariat Allah yang sempurna. Sekiranya seorang muslim itu memilih untuk hidup di luar syariat, maka pada hakikatnya dia bukanlah seorang muslim, walaupun dia mengaku beriman. Firman Allah s.w.t:
"Katakanlah (Wahai Muhammad): Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang kafir." (Ali-Imran: 32)




3 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Haji Napee said...

Nabi Ibrahim adalah seorang jutawan di zamannya.Beliau mempunyai beratus-ratus ekor lembu.Pada suatu hari beliau ditanya,milik sipakah lembu-lembu ini?Beliau menjawab:Ia adalah milik Allah tapi untuk sementara ia adalah milikku.Bila Allah menginginkannya kembali,akan aku serahkan semuanya kembali kepadaNya,hatta jika Allah menginginkan anakku,akan aku serahkan kepadaNya.
(petikan dari khutbah jumaat 19 Nov 2011)
Berangkat dari peristiwa inilah,Allah benar-benar menguji keimanan Nabi Ibarahim tentang apa yang diucapkannya yaitu untuk mengorbankan anaknya Ismail..Wallahua'lam..

@inuRisLaM said...

Anonymous...
maaf, no komen...ape2 pun syukran sudi ziarah blog ni..

Haji Napee...
Syukran, input tambahan..kisah yg menarik...inkuiri nk tau lebih lanjut...rasanya yg datang bertanya mengenai lembu/kambing tu malaikat kan?...nk menguji tahap keimanan Ibrahim AS...dan Qibash yg digantikan Allah semasa menyembelih Ismail AS tu Qibash dari Syurga yg menjadi hadiah dari Habil semasa diminta Allah, dlm pemilihan pemberian terbaik dari Qabil dan Habil...betul x?...
kalau xsilap la...cam pernah dengar ceramah kisah ni..tapi x berapa pasti...