Dunia Kesihatan

Monday, January 31, 2011

Motivasikan diri bermula dari niat kerana yang Maha satu

Dengan Nama Allah yang maha Pemurah lagi maha mengasihi. Apa khabar diri dan iman kita hari ini? Harapnya akan terus meningkat dari hari ke hari. Dua nikmat yang sering dilupai kebanyakan manusia iaitu nikmat sihat dan waktu lapang. Maka, sebagai seorang manusia yang bernafas dalam jiwa hambaNya, perlulah sentiasa berusaha untuk memastikan sihat dan waktu lapang yang diberikan harus dimanfaatkan sebaiknya. Namun, benarkah kita lapang sekarang? Memetik kata-kata Assyahid Imam Hassan al-Banna, “ Kerja yang ada melebihi dari masa yang kita ada”. Benarkah kita merasainya tika ini. Jika kita merasai masa terlalu lapang, atau dengan kata lain “bosan” atau “boring”, maka usahakanlah diri untuk mencari kerja. Ingatlah bahawa “ tanggungjawab kita sebenarnya melebihi dari masa yang kita ada” dan bagi orang yang beriman dan menggelarkan diri sebagai seorang “pejuang” seharusnya tiada istilah rehat dalam hidupnya, kerana mereka menganggap bahawa kubur itulah tempat rehat mereka. Namun, bagi kita yang biasa-biasa ini, adakah dijamin mendapat kerehatan ketika di alam barzakh nanti? Mari sama-sama kita tingkatkan fardhi muslim kita, istiqamah dengan mutabaah amal kita. insyaAllah janji Allah itu pasti. Memetik pula kata-kata Zainab al-Ghazali “...Hidup ini terlalu singkat untuk menjadi orang biasa...". Perlu jadi yang luar biasa untuk mendapat tempat yang luar biasa di akhirat kelak!

Mengambil sedikit masa yang singkat ini untuk memaksakan diri menulis, dan ingin berkongsi kata-kata motivasi saya pada hari ini iaitu “Memotivasikan diri dengan mentajdidkan niat kerana yang Maha Esa”.

Kita adalah motivator terbaik untuk diri kita, jika rasa lemah dan tidak bersemangat, binalah semangat itu dari dalam diri kita sendiri. Beri perangsang kata-kata semangat untuk diri sendiri. Roh dan jasad kita adalah dua makhluk yang berbeza, dan kedua-dua ini perlu saling berkerjasama untuk menghasilkan individu yang Productive.

Sebagai manusia yang bernafas dalam jiwa hamba, kita tidak lari dari fitrah dan sunnatullah yang Maha Pencipta. Merasai ketenangan di hati dan menghadirkan kesungguhan dalam diri adalah bermula dari niat kita di awal pagi. Maka selalukanlah mendidik hati sentiasa ikhlas dan cinta kepada tuhan kita. Lakukanlah semuanya hanya kerana Allah, maka dengan itu kita tidak akan meinginginkan ganjaran dari orang lain selain rahmat dan redha Allah SWT.

No comments: