Tanpa dakwah, ajakan tidak berlaku, seruan tidak terjadi. Dakwah bukan sahaja menjentik minda tetapi perlu keberkesanan di hati. Kalimah dakwah bukan sekadar mengajak mengajar berfikir, bahkan membimbing manusia ke arah kebenaran dan perubahan.
Friday, December 31, 2010
Khadijah Cinta Sejati Rasulullah SAW
Sunday, December 19, 2010
Rintihanku padaMU
Koreksi diri mula menziarahiku..
Menjemput aku ke singgahsana keinsafan..
Terasa diri begitu kerdil di hadapan Illahi..
Acap kali memohon pertolonganNYA..
Di kala kebuntuan menghantui diri..
Ku bersujud dan berharap padaMU..
Dalam tangis dan doaku di sepertiga malam..
Tanpa jemu dan bosan..
Lalu menjengah ketenangan ke lubuk hatiKu
Tika KAU temukan aku dengan penyelesaianMU..
Yang tanpa ku sangka-sangka…
Sungguh sayang KAU pada hambaMU yg hina ini..
Menjadikan aku semakin dekat padaMU..
Izinkan aku mencintaiMU..
Dengan sepenuh hatiku..
Agar ku tidak lagi berharap selain dari ENGKAU..
Wahai tuhan yang maha Penyayang lagi maha Mengasihani..
dekatkan hatiku padaMu…
suburkan cintaKu padaMu..
jadikanlah hatiku ini tempat jatuhnya pandanganMu..
kerana aku sentiasa mengharapkan pertolonganMu..
tiada lain..hanya ENGKAU ya ALLAH..
kini kurasa, aku tidak mampu mengatur hidupku sendiri..
hanya ku mampu… berusaha dan berserah kepadaMU
kerana KAU lebih mengetahui… apakah yg terbaik pada pandanganMU?
Dan jangan KAU bebani aku, apa yg tidak sanggup aku tempuhi..
ku mohan KAU berikanku yg terbaik seperti yg telah KAU tetapkan..
ya Allah…
berilah kekuatan padaku utk sentiasa mentaati perintahMU…
ku mohon radhaMU mengiriku tika ruhku terpisah dari jasadku..
dan KAU terimalah segala amalanku..
rahmatilah aku…
ya Allah…
pelihara dan kasihilah hamba-hambaMU
yg telah KAU tamukan kasihku dgn mereka yg disadasari KASIH dan REDHAMU…
kemudian temukanlah kami disyurgaMU..
ya RABBaAA’lamiin…dengarlah rintihanku ini…
nukilan @inurISLAM ; 23.47; 18122010
Wednesday, December 15, 2010
Puasa 9 dan 10 Muharram
Di antara ibadat puasa yang disunatkan kepada umat Islam ialah berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Ini kerana tarikh 10 Muharram (atau dinamakan hari ‘asyura yang bermaksud sepuluh) mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri di dalam sejarah manusia khususnya umat Islam. Manakala disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharram sebagai mukhalafah (membezakan) di antara kaum Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram.
Di antara perkara penting yang berlaku pada 10 Muharram ialah Allah menyelamatkan Bani Israel dari kekejaman Firaun dan tentera-tenteranya serta menenggelamkan Firaun ke dalam laut akibat keingkaran dan keangkuhannya. Oelh yang demikian tarikh 10 Muharram ialah merupakan tarikh di mana bermulanya episod baru dalam kehidupan Bani Israel setelah berabad lamanya ditindas oleh rejim Firaun di bumi Mesir. Firman Allah SWT yang bermaksud : Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): "Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)". – Surah Yunus, ayat 90.
Manakala hujah yang menyatakan bahawa peristiwa ini berlaku pada tarikh 10 Muharram ialah hadis yang bermaksud : Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Sewaktu Rasulullah s.a.w tiba di Madinah, baginda mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Ketika ditanya tentang puasa mereka itu, mereka menjawab: Hari ini adalah hari kemenangan yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s dan kaum Bani Israel dari Firaun. Kami merasa perlu untuk berpuasa pada hari ini sebagai suatu pengagungan kami padaNya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kami lebih berhak daripada kamu dan Nabi Musa dalam hal ini. Kemudian baginda memerintahkan para Sahabat supaya berpuasa pada hari tersebut. – Hadis diriwayatkan Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi. Kesemuanya di dalam Kitab Puasa.
Di dalam hadis yang tersebut di atas, Nabi SAW tidak menolak dakwaan Bani Israel bahawa pada tarikh 10 Muharram itu ialah tarikh di mana nabi Musa dan kaumnya diselamatkan oleh Allah SWT. Secara tidak langsung, perintah baginda supaya para sahabat berpuasa pada hari tersebut ialah satu pengiktirafan kepada dakwaan Bani Israel.
Manakala peristiwa lain yang berlaku pada 10 Muharram juga ialah pembunuhan Hussein RA di Karbala semasa perselisihan faham dengan tentera Yazid bin Muawiyah. Persitiwa ini membawa kesan besar di dalam sejarah yang seterusnya menjadi amalan penganut-penganut mazhab Syiah untuk merayakannya setiap tahun. Perayaan ini dapat dilihat dengan jelas di Iran dan sebahagian besar kawasan di Iraq.
Peristiwa lain yang dikatakan berlaku pada 10 Muharram ialah mendaratnya kapal Nabi Nuh as di atas bukit Judi sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. Nabi Nuh kemudiannya berpuasa pada hari tersebut sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT. – Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, www.islamonline.net
Mengenai ibadat puasa pada hari ‘asyura ini, Syeikh Sayyid Sabiq di dalam kitabnya Fiqhus-Sunnah menyenaraikan beberapa hadis yang menyatakan kelebihan berpuasa pada hari tersebut. Antaranya :
1. Daripada Abu Hurairah RA : Rasulullah SAW ditanya, apakah solat yang paling afdhal selepas solat fardhu? Baginda menjawab, “Solat pada pertengahan malam.” Kemudian ditanya lagi, apakah puasa yang paling afdhal selepas puasa Ramadhan? Baginda menjawab, “(Puasa pada) bulan Allah yang kamu gelarkan sebagai Muharram” – Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan Abu Daud.
2. Daripada Muawiyah bin Abu Sufian bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Hari ini ialah hari ‘asyura dan tidak diwajibkan ke tas kamu berpuasa sedangkan aku berpuasa. Maka barangsiapa yang ingin berpuasa, berpuasalah manakala barangsiapa yang ingin berbuka, berbukalah.”
3. Daripada Aisyah RA berkata, “Sesungguhnya hari ‘asyura merupakan hari yang berpuasa padanya kaum Quraisy di zaman Jahiliyyah. Adapaun Rasulullah SAW juga berpuasa padanya. Apabila baginda memasuki Madinah, baginda terus berpuasa dan memerintahkan manusia berpuasa. Apabila diwajibkan puasa Ramadhan, baginda bersabda, “Barangsiapa yang ingin berpuasa, teruskan. Barangsiapa yang ingin meninggalkan (juga dibolehkan). – Muttafaq ‘Alaih
4. Daripada Ibnu Abbas RA berkata : Nabi SAW memasuki Madinah dan melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘asyura. Baginda bertanya, “Apakah ini?” Mereka menjawab, “Ini ialah hari yang baik, Allah menyelamatkan di dalamnya Musa dan Babi Israel daripada musuh mereka, lalu Musa berpuasa.” Maka Rasulullah bersabda, “Kami lebih layak terhadap Musa daripada kamu.” Baginda kemudiannya berpuasa dan memerintahkan para sahabat berpuasa. – Muttafaq ‘alaih
5. Daripada Abi Musa Al-Asy’ari RA berkata, : “Ini ialah hari ‘asyura yang dimuliakan oleh kaum Yahudi dan dijadikan hari raya. Maka Rasulullah SAW berkata, “Berpuasalah kamu semua.” – Muttafaq ‘alaih
6. Daripada Ibnu Abbas RA berkata : Apabila Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan para sahabat berpuasa padanya, mereka berkata : Wahai Rasulullah, ini ialah ahri yang dimuliakan oleh Yahudi dan Nasrani. Maka Rasulullah SAW berkata, “Pada tahun hadapan – Insya Allah- kita berpuasa pada hari kesembilan.” Maka tidak tibanya tahun hadapan itu sehingga wafatlah Rasulullah SAW. – Diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Daud. Di dalam lafaz yang lain disebut sabda Rasulullah SAW : “Seandainya aku masih hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan (iaitu bersama hari ‘asyura) – riwayat Ahmad dan Muslim.
Berdasarkan kepada hadis-hadis di atas, para ulama mengambil kesimpulan bahawa disunatkan berpuasa pada hari ‘asyura di dalam tiga kaedah:
1. Puasa pada tiga hari iaitu 9, 10 dan 11 Muharram.
2. Puasa pada hari ke 9 dan 10 Muharram
3. Puasa pada hari ke 10 sahaja.
Seandainya timbul persoalan, bagaimanakah Nabi SAW menyontohi kaum Yahudi berpuasa pada 10 Muharram padahal baginda sendiri melarangnya di dalam sabdanya, “Berbezalah kamu dengan Yahudi serta Nasrani… berbezalah dengan Musyrikin..”. Maka kita menjawab bahawa puasa Nabi SAW pada 10 Muharram bukanlah semata-mata menyontohi kaum Yahudi bahkan kaum Quraisy telah terlebih dahulu berpuasa pada hari tersebut sebagaimana yang disebut di dalam hadis di atas yang diriwayatkan oleh Aisyah RA. Oleh yang demikian, dapat diambil kesimpulan bahawa sunnah berpuasa 10 Muharram dimulakan oleh syariat Nabi Ibrahim sebelum diamalkan oleh kaum Yahudi. – Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, www.islamonline.net
Manakala kelebihan beramal pada 10 Muharram disebut di dalam satu hadis yang bermaksud : “Sesiapa yang meluaskan (memudahkan urusan) ke atas dirinya serta ahlinya pada hari ‘asyura, Allah SWT akan meluaskan padanya sepanjang tahun..” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Ibnu Abdil Barr. Hadis ini mempunyai sanad-sanad yang lain namun dikatakan kesemuanya ialah sanad yang dhoif. Bagaimanapun jika digabungkan sebahagiannya dengan yang lain, ia boleh diterima sebagai hadis yang kuat. – Syeikh Sayyd Sabiq, Fiqhus-Sunnah.
Adapun amalan masyarakat Melayu kita yang merayakan hari ‘asyura dengan mengadakan program membuat bubur ‘asyura adalah satu perbuatan yang tidak pernah dilakukan oleh baginda SAW . Apatah lagi jika dinisbahkan perbuatan tersebut kepada Nabi Nuh AS dengan mendakwa bahawa Nabi Nuh AS membuat bubur tersebut apabila turun dari kapal. Ia adalah satu dakwaan yang sama sekali tidak mempunyai sandaran di dalam agama. Oleh yang demikian, jika tetap mahu diadakan program membuat bubur tersbeut, perlulah diyakini bahawa ia tidak lebih dari program gotong-royong dan jamuan makan yang sememangnya digalakkan di dalam Islam. Manakala membuat bubur itu sendiri seandainya diyakini datang daripada sunnah Rasulullah SAW atau Nabi Nuh, maka ia adalah kepercayaan yang karut dan perlu diperbetulkan.
Wallahu'alam.
Saturday, December 11, 2010
Enzyme dan microbe itu muslim??
Kemudian Dia mengajarkan manusia apa yang manusia tidak tahu…
32. Mereka menjawab: "Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
inilah salah satu tujuan manusia diciptakan, menjadi khalifah dimuka bumi…selain itu manusia juga diciptakan adalah untuk beribadah kepada tuhan yang ESA…dalilnya dalam surah adZariat ayat 56
Tuesday, November 30, 2010
Friday, November 19, 2010
Korban dan Erti Pengorbanan
Kesetiaan Hajar lambang kasih sejati,
Bersama Hayati Erti Pengurbanan sebenar
~Salam eiduladha 1432 H~

Alhamdulillah, kemeriahan aiduladha kali ini dapat dirasai bersama keluarga tercinta..hajat mahu seminggu duduk di kampung, namun sedikit kerja memanggil saya kembali ke kampus semula.. cuti yg asalnya dirancang untuk 7 hari hanya tinggal 3 hari sahaja....terasa diri ini sayang kampus...sayangkah??...ish...x nak ngaku..redha je la..mungkin ada hikmah tersembunyi. Allah lebih mengetahui.
sedikit bingkisan gambar yang ingin dikongsikan... =)
location : Markas PAS Simpang Renggam
Kisah tentang penyembelihan Nabi Ibrahim AS atas Nabi Ismail AS, yang kemudian diganti oleh Allah SWT seekor kambing, telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam Al-Qur'an, tepatnya surah Ash-Shaffat, ayat 99-113
Dan Ibrahim berkata:"Sesungguhnya aku pergi menghadap kepada Tuhanku, dan Dia akan memberi petunjuk kepadaku
Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh.
Maka Kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar (nabi Ismail Alaihi Salam)
Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar."
Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya ).
Dan Kami panggillah dia: "Hai Ibrahim,
sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu [*] sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.
[*]Yang dimaksud dengan membenarkan mimpi ialah mempercayai bahwa mimpi itu benar dari Allah s.w.t. dan wajib melaksana- kannya.
Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar[*]
Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian,
(yaitu)"Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim."
Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.
Sesungguhnya ia termasuk hamba-hamba Kami yang beriman.
Dan Kami beri dia kabar gembira dengan (kelahiran) Ishaq seorang nabi yang termasuk orang-orang yang saleh.
Kami limpahkan keberkatan atasnya dan atas Ishaq. Dan diantara anak cucunya ada yang berbuat baik dan ada (pula) yang Zalim terhadap dirinya sendiri dengan nyata.
Manusia adalah hamba Allah. Hakikat seorang hamba adalah kepatuhan total terhadap perintah tuannya tanpa merasa keberatan, walaupun rahsia atau hikmah di sebalik perintah tersebut tidak difahami. Seorang hamba tidak berhak untuk mempersoalkan apatah lagi untuk engkar akan perintah tersebut. Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Ahzab: 36:
“Dan tidaklah harus bagi orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. dan sesiapa Yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan Yang jelas nyata” (Al-Ahzab: 36)
Sunday, November 14, 2010
perancangan menuju matlamat dan kemanisan ubudiah
(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.
Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar.
(asSaff: 10-12)
.::hidup terancang bila punyai matlamat yg jelas,
kemanisan ubudiah terasa bila sedar dunia ini sementara::..
Quote yang terlintas dari benakku..resolusi dari apa yg ku bincangkan dan borak2 dengan sahabatku..itu yang mampu kutulis setakat nie..tersirat seribu maksud, mampu difikirkan oleh kurniaan akal yang Allah pinjamkan...zikir dan fikir...Monday, November 1, 2010
Jongkang Jongkit Study & Dakwah

Jongkang Jongkit Study & Dakwah
Lia, jomlah berdakwah
Lia, ummah semakin koyak
Lia, jomlah kita bangkit mengubah
segalanya
Aku tidak mahu
Aku kena study
Markah semester lepas dah cukup teruk
Gara-gara dakwah, tarbiah dan program
Aku menyesal megikuti semua itu
Bosan!!
Dakwah bukan je plainly cerita
rububiyah ketuhanan,tapi banyak lagi
skopnya
Bukan ke islam tu syumul
Kalau nak berjaya, kena study
Waktu study, studylah
Esok kalau dah berjaya
Aku buatlah kerja dakwah tu
Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal
dalam pelajaranku
Kan nanti aku menutup mata orang lain
terhadap Islam
Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam
jongkang jongking
Jongkang jongking?
Apa kau merepek ni?
Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam
jongkang jongking
Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah
Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah
Tu bukan dakwah namanya
Dan tu bukan belajar namanya
Habis tu?
Hmm, dakwah dan pelajaran kena
berkadar terus
Tak boleh inversely proportional
Apa maksud kau?
Orang yang melakukan kerja dakwah
dengan ikhlas akan menemukan Allah
dalam pelajarannya
Aku tidak faham
Tak pe, aku terangkan
Macam gini, bila dah berdakwah tu
Rasa senang je nak study
Bila belajar tentang mitokondria
misalnya
Boleh bayangkan betapa hebatnya Allah
ciptakan mitokondria
Bila belajar tentang algebra, terasa
kerdilnya diri
Bila belajar tentang Hukum Boyle,
terasa akrab dengan Pencipta
Kenapa?
Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum
tersebut adalah hukum Allah
Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah
Rasa senang hati nak terima ilmu
Kalau orang lain study 1 jam
Dia hanya perlu study 10 minit sahaja
Sebab apa?
Sebab ada keberkatan masa dalam
studynya itu
Aku tak pernah rasa semua itu
Lain tu, selama ni kau nak cakap yang
aku ikut program tarbiah dan dakwah tu
tak ikhlas?
Tak, itu bukan maksud aku
Cuma kena checklah sikit hati tu
Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak
berlaku tarik tali dengan Allah
Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?
Ok, aku berikan contoh
Misalnya waktu buat kerja dakwah tu,
Terdetik tak kat hati , banyak lagi
yang tidak habis belajar
Terdetik tak kat hati, assignment
banyak lagi
Itulah maksudnya tarik tali dengan
Allah
Ada keraguan dalam hati
Seolah-olah tidak yakin dengan janji
Allah
Siapa yang menolong agama Allah,
nescaya Allah akan menolongnya
Kita melakukan jual beli dengan Allah,
tapi kita tidak bayar lagi
Kita berdoa, tapi tak de kesungguhan
dalam doa kita
Kita berdakwah, tapi hati kita tiada
dengan Allah
Lia dah faham
Lia kena banyak muhasabah
Lia dah study dari tadi, tapi tak
masuk-masuk
Lia tahu itu maksudnya peringatan dari
Allah
Lia yang tahu hukum berdakwah tidak
mengerjakan kerja tersebut
Lia, sahabatku,
Seorang ibu pernah mengatakan
Aku ingin dakwah terlihat dalam setiap
perbuatanku
Setiap kali aku bergaul dengan
jiranku, aku ingin mereka merasakan
kemanisan iman dan Islam
Setiap kali jiranku melihat kebahagian
rumahtanggaku, aku ingin mereka
merasakan keindahan Islam
Lia, itulah yang inginku kubentuk
dalam diriku
Aku ingin setiap perbuatanku menjadi
manifestasi dakwah itu sendiri
Pelajaranku, hubunganku dengan
keluarga dan sahabat, segalanya adalah
dakwah
Moga kita bersama dalam usaha
merealisasikannya
Lia, aku ingin berkongsi dua kisah,
Pertama, mengenai kisah Assyahid Imam
Hassan AlBanna
Dan kedua kisah sahabatku di Indonesia
Moga kedua-dua kisah ini dapat kita
renungkan bersama
Menjadi motivasi buat kita untuk terus
berada dalam mandala ini.
Lia, kau pastinya arif mengenai
Assyahid Imam Hassan AlBanna.
Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu. Dia berdakwah sehingga ke kawasan perkampungan di gunung-gunung yang tinggi. Semua manusia mengenalinya. Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu, kenalkah kamu dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna, pasti semua mengenalinya kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah .
Lia, aku akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran, kita kena berusaha. Itu Sunnatullah. Tapi Lia, kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja. Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha. Itu juga adalah Sunnatullah. Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya.
Lia, aku kongsikan pembacaanku dalam buku Detik-detik Hidupku karangan
Assyahid Imam Hassan Al Banna:
Allah, dengan sifat ArRahaman dan ArRahimNya, memberi ketenangan dan kepuasan kepada hambaNya yang beriman apabila Dia mahukan segala sesuatu urusan/ perkara Dia akan
mempermudahkan hambaNya itu untuk mencapainya. Pada malam sebelum ujian nahu, saya telah bermimpi. Di dalam mimpi tersebut, saya sedang berada dalam sebuah perahu bersama-sama ulama yang terkenal.Perahu itu sedang berlayar di Sungai Nil. Salah seorang
ulama itu menghampiri saya. Dia memakai pakaian orang-orang di pedalaman Mesir. Dia menyoal saya, Di mana syarah (huraian) Ibnu Aqeel mengenai al-Afiyah? Saya menjawab, Ini dia! Katanya, Mari kita ulangkaji sebahagian darinya. Buka ke muka surat sekian-sekian .
Saya pun membuka ke muka surat-muka surat yang disebutkannya dan mula mengulangkaji. Kemudian saya terkejut jaga. Saya sangat gembira. Pagi esoknya saya menduduki ujian. Saya
dapati kebanyakan soalan datang dari muka surat-muka surat yang saya baca di dalam mimpi tersebut. Ini semua adalah rahmat Allah. Allah telah memberi rahmat istimewa kepada saya.
Mimpi yang benar adalah sumber maklumat kepada seorang Mukmin. Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.
Itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin.
Seorang sahabat di Indonesia pernah bercerita mengenai pelajarannya.
Alhamdulillah, dia memperolehi yang terbaik.
Dia ingin mempertahankan prestasi terbaik untuk Allah, agama Allah. Di sudut lainnya, dia tidak suka mengejar dunia, bersaing untuk berasa hebat. Dia hanya ingin memberikan yang terbaik sebagai hamba Allah.
Dahulu dia bukan begitu. Dia pernah kecundang. Dia pernah bertanya kepada Allah - Ya Allah, kenapa engkau mentakdirkan prestasi yang baik buat temanku? Apakah temanku itu punya
alasan yang kuat sehingga Engkau menolongnya. Aku mempunyai mimpi yang besar untuk menegakkan agamaMu melalui pergerakan dakwah. Maka aku mohon bahawa aku harus berjaya.
Lalu Allah memberitahu dirinya melalui suatu kisah sahabat yang dijamin masuk syurga, padahal seharian ibadahnya sama saja seperti sahabat yang lain. Dan ketika ditanya prinsip hidupnya, sahabat itu menjawab "Aku tak suka membanding-bandingk an apa yang Allah
berikan kepada hamba-hambaNya. Aku yakin Allah Maha Baik dan menjamin kebaikan untukku dalam situasi sulit atau lapang. Aku akan tetap redha kepada Allah dalam situasi apapun. Aku akan tetap bersaksi bahawa Allah adalah Robb yang Maha Esa, meskipun gunung-gunung harta itu milikku atau aku tak punya harta sedikit pun.
Lia, saya teringat email yang pernah saya terima dari seorang kawan. Tulisannya benar-benar terkesan di hati saya. Dia bercerita tentang seorang wanita yang terkena penyakit
disebabkan poliovirus semenjak kecil. Kisah ini kisah benar. Saya namakan wanita ini A. A memerlukan tongkat untuk berjalan. A tidak berapa cantik, tidak slim dan tidak tinggi. Satu
sahaja keinginan A. A ingin sesiapa sahaja yang melihatnya mengucapkan Subhanallah.
Keinginan A tercapai. Bila A belajar di sekolah menengah dan berjaya, manusia yang ditemuinya mengucapkan Subahanallah. Bila A berjaya masuk ke universiti, sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah. Bila A menyudahkan pelajarannya, sekali lagi manusia mengucapkan Subhanallah. Dan sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah apabila A mengahwini seorang lelaki yang kacak dan beriman.
Orang ramai tertanya-tanya, apa yang mampu A berikan kepada suaminya. Takdir Allah menentukan yang sebaiknya. Allah mengurniakan A dan suaminya 3 orang anak yang comel dan
sempurna. Sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah.
Dengan kecacatanya, A masih mampu membuat manusia mengingati Allah. Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa paras bukan persoalan utama. Ingat lagi tentang Abdullah bin Ummi Makhtum. Dia sahabat nabi yang buta. Dia mahu membawa panji bendera Islam. Katanya, buta menyebabkan dia tidak takut kerana dia tidak akan dapat melihat bilangan musuh. Akhirnya dia syahid. Mereka yang menemui mayatnya tidak dapat mengecamnya kerana terlalu banyak luka parah yang dialaminya. Subhanallah.
Pasti Lia ingat lagi Assyahid Sheikh Ahmad Yassin. Dia cacat. Duduk di atas kerusi roda. Tapi apa yang telah dia lakukan? HAMAS berdiri dengan 'izzah. Musuh menggeruninya.
Lia, kita sempurna. Ayuh lakukan
sesuatu untuk Islam. Ayuh berada dalam saf perjuangan.
" Mendambakan Cintaku Keranamu Allah"
Sesungguhnya, segala urusannya adalah baik.
Apabila mendapat kesenangan, dia bersyukur,
dan apabila ditimpa kesusahan, dia redha.
Maka menjadilah keduanya baik baginya"
-H.R.Bukhari-
Halaqah sentuhan qalbu-ikon part 3 [tv 9]
Sunday, October 24, 2010
Khawlah al-Azwar, lembutmu bukan halangan
