Friday, December 31, 2010

Khadijah Cinta Sejati Rasulullah SAW


Menelusuri kisah serikandi teragung Saidatina khadijah, isteri tercinta Rasulullah SAW. Wanita pertama yang memeluk islam . Orang pertama yang beriman kepada Rasulullah SAW tanpa sedikitpun merasa ragu. Khadijah pula yang selalu menenangkan Rasulullah pada setiap keresahan dan cemas menyinggah sanubari kekasih Allah itu. Dalam setiap kesulitan Khadijah lah orang pertama yang berada di sisi Rasulullah. Tika permulaan wahyu diturunkan, Khadijah sering meyakinkan Rasulullah SAW bahawa Allah tidak pernah mengabaikan orang sebaik baginda. Khadijah juga sering mencurahkan cintanya yang paling tulus, cinta yang memberi ketenangan kepada Rasulullah SAW dan menjadikan baginda Rasulullah SAW melupakan segala kesulitan serta rasa lelah dalam perjuangan menyebarkan ISLAM. Tidak ada penolakan, penghinaan, dan pendustaan yang dihadapi Rasulullah SAW kecuali Khadijah berperanan penting dalam meringankannya.
Bukan sekadar fikiran dan kasih sayang, malah Khadijah juga membelanjakan seluruh hartanya untuk keperluan perjuangan. Segenap suka dan duka dijalaninya bersama suaminya, tanpa keluh kesah. Kerana itu Allah sendiri berkenan mengirimkan salam kepada Khadijah melalui Jibril. Allah juga menjanjanjikan bagi khadijah sebuah rumah yang terbuat dari permata di syurga. Kepada Fatimah, Rasulullah SAW menjelaskan bahawa rumah untuk Khadijah itu terbuat dari mutiara, permata dan bebatuan yang indah. Di sanalah kelak Khadijah akan menikmati ketenangan, kedamaian, dan kebahagiaan abadi. Tidak ada rasa lelah, ketakutan, kebisingan, ataupun kesengsaraan di sana. Khadijah tidak akan pernah lagi merasakan pedihnya kehilangan seseorang yang dia cintai.
Dalam sebuah hadis disebutkan;
“Jibril dating kepadaku dan berkata ‘ Wahai Rasulullah, sebentar lagi Khadijah akan membawakan makanan dan minuman untukmu. Kalau dia dating, sampaikan kepadanya salam dari ALLAH dan dariku, beritahu juga dia bahawa akan dibangun untuknya disyurga sebuah rumah dari permata, tidak ada hiruk pikuk dan rasa lelah di sana’, ” (HADIS RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM).
Tradisi jahiliah yang menempatkan orang kaya di atas orang miskin dan orang kuat di atas oang yang lemah langsung berlawanan dengan sikap saidatina Khadijah. Allah menganugerahinya visi yang jernih dan tekad yang kuat untuk melakukan perlawanan kepada tradisi yang salah. Ini terbukti apabila beliau memilihkan calon suami untuk puteri sulungnya, Zainab. Pilihan yang dibuat didasari penilaian akhlak yang mulia dan sifat-sifat kesatria, bukan pula kerana factor kekerabatan atau kekayaan materi.
Orang pertama yang memutuskan untuk beriman kepada Allah dan menolak tradisi penyembahan berhala, kemudian berjuang sekuat tenaga mendampingi, memotivasi, serta menghibur suaminya untuk menghadapi setiap kesulitan dan tentangan.
Kasih sayang dan pengorbanan Khadijah kepada Rasulullah disingkap lagi melalui akhlak yang terpamer indah dalam kisah Zaid ibnu Haritsah dan ibu susuan Rasulullah SAW.
Zaid ibnu Haritsah, seorang pemuda yang dibelinya dengan hartanya sendiri kemudian dihadiahkan kepada suaminya. Ketika pemuda ini diangkat oleh Rasulullah SAW menjadi anak, Khadijah pun dengan ikhlas menyayangi Zaid selayaknya sebagai anak kandung sendiri.
Tsuwaibah, budak perempuan milik Abu Lahab, yang pernah menyusui Rasulullah SAW ketika Baginda Rasulullah SAW masih kecil. Kemudian, khadijah berusaha sekuat tenaga agar Tsuwaibah mampu dibeli dan dimerdekakannya. Malah, penghoramatan yang sama juga diberikan kepada Halimatus Sa’diyah dan Ummu Ayman, iaitu dua wanita yang berjasa dalam kehidupan Rasulullah SAW.


No comments: