Dunia Kesihatan

Tuesday, June 22, 2010

Antara Ciri2 Orang Cemerlang : Bergerak dalam Kumpulan






Alhamdulillah..syukur ke hadrat illahi, selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW

Sekian lama tidak berkesempatan menulis, untuk entry kali ini tertarik nak berkongsi beberapa input yang diperoleh sepanjang Jambori Nisa` di Bukit Lagong yang berjalan selama 3 hari 2 malam. Pengalaman permusafiran yang sepatutnye dekat menjadi jauh..dan khibrahnya..alhamdulillah, Allah memilih diri ini untuk menerima ujian NYA..ujian supaya diri ini lebih bersabar..terasa diri ini perlu lebih dekat padaNya.. “ dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” .. “nilai ketaqwaan dapat dinilai daripada tahap kesabaran seseorang”..dzupp!! itulah ayat yang ku dengar dari ceramah di masjid al-Firdaus, saat singgah untuk solat isyak sebentar sebelum sampai ke destinasi....seolah2 terkena pada batang hidung sendiri.. memang tidak dapat dinafikan.. bila memandu kereta dan tidak jumpa jalan yang nak dituju..ditambah pula pusing-pusing di tempat yang sama.. kesabaranku memang diuji.. itulah khibrah pertama yang kuperoleh.. moga diri ini sentiasa sabar dan tenang.. Ya Rabb, uniknya tarbiyahMu.

Baiklah..back to the main point..sedikit perkongsian semasa slot motivasi..sungguh teruja ku mendengarnya.. “Hijrah to the Great Team” oleh Ust Zaidi (www.mantop.com.my).. Bukan ingin berceloteh panjang..sekadar berkongsi sedikit ilmu yang ku peroleh.. antara resolusi nya

SATU : Organisasi Unggul perlulah mempunyai 4P iaitu


1)Prestasi Gemilang dan berterusan
2)Pelanggan yang setia
3)Pekerja dengan Budaya cemerlang
4)Penghasilan yang bermakna

Factor-faktor di atas boleh dicapai melalui
1) Individu yang Hebat
2) Pemimpin yang hebat


DUA: Mari belajar dari Angsa…Mengapa??


SubhanAllah..kejadian burung angsa yang memberikan “message” kepada kita tentang bagaimana membentuk pasukan dan kerja kumpulan..apa yang mereka beritahu kita adalah 5S iaitu:


1) Satu wawasan
--matlamat yang sama..mereka satu hati…walaupun mereka tidak dikurniakan akal fikiran, Maha Besar Allah yang menciptakan setiap makhluk itu ada kelebihan dan manfaatnya…mereka ada WAWASAN


2) Sistem dan Sinergy
--Bentuk Aerodinamik seperti satu formasi, dapat mengurangkan rintangan angin terutama burung angsa yang berada di barisan belakang, jimat tenaga sebanyak 70%..SUBHANALLAH!!.. dan synergy pula…bila ada kesatuan..hasilnya boleh mencapai berlipat kali ganda…mereka saling bertukar- tukar kedudukan, dan setiap daripada mereka akan merasai menjadi “leader”..yang mana perlu menghapai rintangan angin yang paling tinggi..


3) Sayang dan Prihatin
--Kisah menarik!..apabila salah seekor daripada mereka tercedera dan terjatuh, seekor lagi yang lain akan bersama-sama menemani si “cedera” tadi sehingga benar-benar pulih, sementara yang lain akan meneruskan perjalan.. apabila si “cedera” tadi pulih, mereka akan kejar menyertai semula pasukan mereka yang lain.
--apakah pengajaranyya untuk kita tauladani?? Peneman si “cedera” tadi bertindak sebagai unit kebajikan.. bilamana berlaku kecederaan.. hanya unit berkaitan sahaja yang bertindak..ahli lain perlu meneruskan misi mereka.. mengapa pula tidak semua sekali membantu yang si “cedera” tadi??..tentu sekali tidak mungkin..yang lain perlu meneruskan misi mereka..andaikan dalam sebuah syarikat..hanya seorang cedera..perlukah mereka menutup terus syarikat mereka??..nah!..maka disini rasional bukan?


4) Sediakan pelapis
---seperti yang telah disebutkan sebelum ini..leader permusafiran mereka akan saling bertukar..apa-apa pun dalam sebuah organisasi..pelapis memang sangat diperlukan..perlunya ada perintis dan pelapis bagi memastikan kesinambungan gerak kerja kita.


5) Sentiasa memberikan motivasi
--apa yang burung angsa ini buat sepanjang perjalanan mereka, akan sentiasa mengeluarkan bunyi dari paruh mereka..inilah communication yang mampu memberikan self motivation sesama pasukan.


TIGA : Bagaimana membentuk ahli pasukan?


1)Pilih
-- jika dalam sesebuah organisai..ini berperanan sebagai Human Resource.. Recruitment..then, selection..atau mungkin kadang-kadang memerlukan screening juga


2)Posisi
--selepas kita pilih, apakah posisi yang sesuai untuk orang yang kita pilih itu..sebab itu kita perlu memahami orang lain terlebih dahulu sebelum kita mahu kita difahami.


3)Bina
--bile dah “on his/her track”..then, kita perlu bina..bina kekuatan sesame pasukan, empowerment team with multiiskill .


4)Hargai
--Hasilnya..adakah pasukan kita dihargai?

No comments: