Dunia Kesihatan

Wednesday, March 30, 2011

Cellulase dan Muslim





Alhamdulillah, segala puji tuhan sekalian alam, tiada yang indah selain mengingatiNya, hati akan tenang, jiwa akan tenteram. Indah hidup ini andai meletakkan Allah segala-galanya. Melakukan kerja kerana Allah, memaafkan orang lain kerana Allah, menuntut ilmu kerana Allah, menziarahi sahabat dan saudara-mara kerana Allah, mengeratkan sillaturrahim kerana Allah, bermusafir kerana Allah...segala-galanya kerana Allah. Apa jua yang kita lakukan kerana Allah, mengimplementasi hadirnya rasa syukur dan sabar, redha dan qanaah, rajin dan tabah..insyaAllah, moga kita diberi kekuatan. Kita adalah apa yang kita fikirkan, bermula dari dalam diri kita (niat), ini yang dinamakan inside to outside...mari kita fikir dan zikir.

Mencuri sedikit masa yang ada sementara menunggu cellulase hydrolysis yang sedang menjalani marhalah  centrifuge dalam proses tarbiyahnya. Mari saya kongsikan secebis input dan ibrah kehidupan sekumpulan enzyme (cellulase) yang menjalani tarbiyah hydrolysis untuk menghasilkan glucose sebagai goal of end product. Proses kehidupan mereka sangat menarik minat saya. Sejak men"ter-jebakkan" diri ke rencah enzim di tahun akhir pengajian saya dalam bioteknologi makanan..sifat-sifat enzim ini benar-benar memuakau hati saya...nak tahu kenapa??..

Suka untuk saya berkongsi terlebih dahulu apa yang saya peroleh dari buku yang pernah saya baca karangan Abu 'Ala al-Mauddudi bertajuk Asas-asas Islam. Beliau menerangkan tentang islam dengan mudah dan logik bilamana beliau mengaitkan islam itu dengan fitrah kehidupan alam. Buku ini juga mampu menjadi hujah untuk kita berinteraksi dengan non-muslim. Di awal pembukaan, beliau menerangkan tentang islam dan muslim, yang berkait rapat dengan adil dan zalim. 



MAKNA PERKATAAN ISLAM

Apabila anda memeriksa kitab-kitab kamus, anda akan mengetahui bahawa makna perkataan Islam ialah “tunduk dan patuh kepada perintah Maha Pemerintah dan larangan Nya tanpa bantahan”. Dinamai agama kita ini dengan Islam kerana ia mengajarkan kepatuhan kepada Allah dan tunduk kepada perintahNya tanpa membantah.





HAKIKAT ISLAM

Adalah dimaklumi bahawa tiap sesuatu yang ada di alam ini tertakluk kepada kaedah tertentu
dan undang-undang yang khas. Matahari, bulan dan bintang-bintang menjalani peredarannya
mengikut suatu kaedah yang tetap. Ia tidak menyimpang dan kaedah itu dan tidak terkeluar meskipun sesimpul rambut. Bumi beredar di sekeliling kutubnya, tidak bergerak lebih daripada kadar yang ditentukan baginya. Pergerakan dan perjalanan gerakannya tidak berlain dan tidak bertukar. Air, udara, cahaya dan panas, semuanya berlaku mengikut peraturan yang khas. Benda-benda beku, tumbuh tumbuhan dan biluknatang-binatang, semuanya mengikut cara yang tetap, tidak mengembang dan tidak menyusut, tidak hidup dan tidak mati melainkan dengan kehendak pengaturNya. Bahkan manusia sendiri, apabila anda perhatikan keadaannya, nyatalah kepada anda bahawa ia tunduk kepada ketentuan tabi’i sepenuhnya. Ia tidak bernafas dan tidak merasakan hajatnya akan air, makanan, cahaya dan panas melainkan mengikut undang-undang tabi’i yang berkenaan dengan hayatnya. Dan kerana adanya undang-undang inilah, dengan sendirinya hati manusia terpandu dalam gerak-gerinya, dalam peredaran darahnya, dalam keluar masuk nafasnya. Kepadanya tertakluk seluruh anggota tubuhnya, seperti otak, perut, paru-paru, urat-saraf, dua tangan, dua kaki, lidah, dua mata, hidung dan telinga. Segala pekerjaan yang dilakukan oleh anggota-anggota ini tidak akan berlaku melainkan mengikut apa yang ditentukan oleh tabi’i. Mereka tidak akan berbuat apa-apa melainkan sejauh jalan yang telah ditetapkan baginya.



Nah, terlampau banyak bukti kekuasaan dan peraturan alam yang Allah tetapkan sesuai dengan tabi`i makhluknya. Saya simpulkan disini bahawa apa jua yang bergerak dan menjalankan fungsinya sesuai dengan perintah Allah, maka ia dikira Muslim. Bukankah maksud Islam tadi tunduk dan patuh? maka semua yang patuh pada hakikat kejadiaannya maka ia dikira muslim, begitu juga dengan cellulase yang saya katakan di awal perbicaraan tadi. Fasa pertama yang perlu saya tahu ialah main obejective. Seperti apa yang dikatakan Stephen Covey dalam bukunya "7 habits of Highly Effective People" ...antaranya ialah "Begin with the end of mind"...the ability to envision in your mind what you cannot at present see with your eyes. It is based on the principle that all things are created twice...berkait rapat dengan hydrolysis cellulase ini, end product yang  saya aim ialah glucose. Daripada glucose inilah maka saya perlukan cellulase. Kemudian, bila kita dah ada target...Kita akan merancang langkah-langkah seterusnya untuk mencapai target ini bukan??

Perancangan demi perancangan dilakukan, bagaimana cara yang paling optimum untuk menghasilkan glucose dengan menggunakan enzyme ini?? ya..fitrah makhluk Allah yang dinamakan cellulase ini memerlukan condition yang terbaik untuk memanifestasikan momentumnya. Mereka juga perlu melalui marhalah tarbiyah mengikut hukum tabi`i mereka. Setiap marhalah yang mereka lalui mempunyai matlamat atau objektif tersendiri. Mengenalpasti substrate, menentukan amount substrate dan enzyme, menemukan optimum suhu, pH, dan Reaction time dan akhir sekali mendapatkan berapa banyak produk yang mampu dihasilkan implimentasi optimum momentum reaction mereka. Dalam proses ini langkah yang tersusun perlu di atur, Put first thing first, iaitu habit ke 3 yang disebut oleh stephen Covey yang sebenarnya digagaskan oleh Islam terlebih dahulu dalam fiqh awalawiyat.

Habit 3 is about life management as well--your purpose, values, roles, and priorities. What are "first things?" First things are those things you, personally, find of most worth. If you put first things first, you are organizing and managing time and events according to the personal priorities you established in Habit 2 (Begin with the end of mind).

Tanpa disedari, inilah hukum alam yang Allah tetapkan untuk enzyme ini. Maka, layak bukan mereka juga digelar muslim?? ...lalu dimanakah kita?.layakkah kita bergelar muslim??..sedang perintah dan larangan Allah sering kita abaikan...malunya kita dihadapan Allah..apakah yang akan kita jawab di hadapan Allah kelak??...Allah ciptakan kita sebagai sebaik-baik kejadian..Allah telah beri kita manual hidup yang benar melalui al-FurqanNya yang dibawa oleh Nabi kita...apakah ada lagi alasan untuk kita lari di hari perhitungan kelak...Ya Allah, tetap dan teguhkanlah iman kami...moga mati kami dalam Husnul Khatimah..Redhai dan terimalah segala amalan kami ya Allah..

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya. Maka apakah yang menyebabkan kamu mendustakan (hari) pembalasan sesudah (adanya keterangan-keterangan) itu. Bukankah Allah Hakim yang seadil-adilnya? [QS 95:4-8]



2 comments:

seorang hamba~ said...

Enzyme pon pandai ikot hukum Allah, manusia kalo nk pakai otak sdr...lu pk la sdr=P
What a nice tresurer u had done there. I'm proud of you...bl study krn Allah sgl y kita lakuakan akan relate pd kekuasaan-Nya dan buat kita makin bersyukur dilahirkan dlm nikmat iman n Islam

ili_far

@inurISLAM said...

waah...kak ili...sy suka ayt akk ni "lu pk la sdr"...hehe..rindu nk jmpe akk..dtg umah tdo skali cam dlu2...kagum ble tgk akk..sakit2 pn still gagahkn diri bc quran..akhlakmu memikatku..keh3x...sjak ble plak ayt sy jiwang karat ni..ap2 pun kak..mari same2 kte truskan memblogger kerana Allah=)