Monday, April 11, 2011

Soal Hati

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, entry kali ini berkesempatan untuk ana kongsikan serba sedikit pengalaman yang dikutip daripada seorang pembaca setia yang melalui liku-liku kehidupan sebagai seorang pelajar perubatan. 

“Baliighu annii walau ayyah.”. 
 “sampaikan meski hanya satu ayat

 

“Ustaz, hati tu jantung ke?”

“Isshh..bukan..” Dengan yakin kita menjawab.

“Hati tu sama dengan akal eh?”

“Mmm...bukan kot...”

“Habis tu, hati tu apa ustaz?”

“Errr....”

Bila kita ditanya atau bercakap tentang HATI,pasti anda dan saya sendiri kurang mengerti dan faham tentang makhluk Allah yang satu ini.Kalaupun ada antara anda yang faham, pasti susah untuk  anda jelaskan. Ia umpama angin,dapat anda rasa tapi tak dapat anda lihat. Hati tak sama dengan akal, dan bukan pula jantung, walaupun tempatnya sama-sama di dada.

 “Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati di dalam dada.” (Surah al-Hajj, ayat 46)

Apapun hati itu, yang lebih penting adalah bagaimana cara kita menjaga dan menggunakannya. Sebab seketul daging inilah yang menentukan baik atau rosaknya diri kita. Selalu kita berada dalam satu kondisi atau situasi yang sama, tapi cara dan sudut pandang antara kita dan orang sekeliling kita berbeza-beza. Contohnya, saya ambil dari pengalaman diri saya sendiri. Selama 5 tahun lebih belajar di negeri jiran, banyak pengalaman dan pengajaran yang dapat saya bawa pulang. Antaranya, yang paling saya tak boleh lupakan, iaitu ketika bertugas(clinical) di department O&G (wad bersalin). Banyak antara kawan-kawan yang masuk department tersebut dengan niat nak kuasai betul-betul ilmu yang ada kat situ supaya boleh dipraktikkan di Malaysia nanti..Alhamdulillah..namun ada juga yang masuk dengan fikiran yang agak nakal..nauzubillah...Saya pulak masuk dengan harapan nak tengok satu benda =) Untuk pengetahuan anda semua, kami kena bertugas di department ni selama 3 bulan..Pada minggu pertama, benda yang saya nak sangat tengok tak dapat..sedih..masuk minggu kedua pun belum dapat..tambah sedih..minggu ketiga pun tak ada..mulai risau..minggu keempat pun masih belum ada..tambah risau..minggu kelima,keenam..dan akhirnya minggu ketujuh..selepas selamat melahirkan, seorang ibu memanggil saya. ”Dok, boleh tolong azankan anakku?Bapaknya lagi ke luar kota..minta tolong ya dok...” isk isk betapa terharunya waktu tu..akhirnya penantian saya selama ni terbalas juga.hehe..alhamdulillah.. “InsyaAllah,boleh banget buk..Allahu Akbar Allahu akbar!!

Begitu susahnya sekarang ini kita nak melihat anak  yang baru dilahirkan dengan fitrah yang  suci mendengar buat kali pertama hidup di alam barunya dengan kalimat yang juga suci. Amat sedih rasanya. Walaupun amalan ini bukanlah suatu kewajipan bagi seorang bapa, tetapi ia merupakan sunat muakkad yang diajarkan oleh kekasih kita, Rasulullah S.A.W. Dan sepanjang 3 bulan saya di department tersebut, tidak sampai 10 kali saya dapat melihat perkara tersebut. Ingatlah para doktor dan bakal doktor, tugas anda bukan hanya membantu orang-orang yang sakit di luar sana, tetapi gunakanlah setiap ruang dan peluang yang ada untuk menyampaikan dakwah. Wahai ibu bapa dan bakal-bakal ibu dan bapa,tunaikanlah tanggungjawab anda terhadap anak-anak anda sejak mereka masih dalam kandungan, sedari mereka diselimuti oleh 3 kegelapan lagi.Pandanglah sesuatu dengan pandangan hati anda, bukan semata-mata dengan pandangan mata yang menipu. Pandanglah apa yang tersurat, hayatilah apa yang tersirat. Dari mata turun ke hati, dari hati membawa kepada Ilahi.

Pandangan mata selalu menipu

Pandangan akal selalu tersalah

Pandangan nafsu selalu melelulu

Pandangan HATI itu yang hakiki

Kalau hati itu bersih...


Ya Allah,Engkau lembutkanlah hati-hati kami sebagaimana Engkau lembutkan besi untuk nabi Daud. Engkau bimbinglah hati-hati kami untuk sentiasa mentaatimu, dan janganlah sesekali Engkau biarkan kami sendirian dalam mengurus hati ini..ameen..

Syafiurrahman 

1 comment:

Anonymous said...

experience is the best teacher =)