Dunia Kesihatan

Sunday, May 24, 2009

BELAJAR BERUBAH DARIPADA RASULULLAH SAW

“Dunia menyediakan jalan kepada orang yang punya tujuan.

Bila tujuan seorang hamba menuju Allah,

pasti akan ditunjukkanNya menerusi sunnah”



BELAJAR BERUBAH DARIPADA RASULULLAH SAW


Tertarik dengan penulisan dalam solusi edisi terbaru kali ini, entry pertamanya “belajar berubah daripada Rasulullah”


Acap kali kita memperkatakan tentang perubahan.`kita perlu berubah itu..kita kena berubah ini..bla…bla..tapi sedarkah kita apakah diri kita benar-benar menjadi contoh kepada orang lain sebelum ingin merubah orang lain..ehm..benar-benar tersentuh..


Memang benar apa yang dikatakan, kadang-kadang keinginan nak berubah itu hanya retorik semata, sedap dilafazkan meniti di bibir-bibir sahaja, memberi perangsang kata semangat kepada orang lain. Namun diri sendiri sedikitpun tidak berusaha untuk berubah.” Jadi mengapa kita tidak belajar sahaja daripada Rasulullah SAW?..bukankah Baginda itu kita akui sebagai role model dalam kehidupan?” persoalan yang sebenarmya memang kita akui, namun tidak pernah berusaha menemukan jawapannya, buktikan pada diri sendiri.


Apa yang dibincangkan dalam ruangan pertama Solusi kali ini meletakkan Rasullullah sebagai Qudwah Hasanah, contoh ikutan terbaik sekiranya kita mahu berubah. Rasulullah menggunakan kaedah daripada Allah untuk mengubah manusia. Walaupun arab jahiliah ketika itu sedang berdepan dengan kegawatan politik (mereka sentiasa berbalah sesama sendiri), kegawatan ekonomi ( ekonommi mereka di monopoli oleh orang yahudi), dan kegawatan social ( perzinaan, perogolan, minum arak dan membunuh anak perempuan sendiri), tetapi rasulullah SAWn tidak mengubat “penyakit-penyakit” itu pada kesannya, tapi terus pada puncanya.


Baginda yakin kegawatan yang bersifat lahiriah itu adalah hasil daripada “sakitnya” tiga elemen dalam dalaman manusia iaitu akal yang jahil, hati yang keras dan nafsu yang liar. Inilah punca kejahatan manusia. Menyedari hakikat ini, Rasulullah SAW memulakan perubahannya dari dalam ke luar(Inside out) bukan dari luar ke dalam (Outside in).


Tiga belas tahun Rasulullah SAW menangani eleman dalaman dengan wahyu di peringkat makkiyah. Ayat-ayat Al-Quran peringkat itu pendek-pendek dan sarat dengan pesoalan tauhid. Semuanya berkisar pada asas iman yang menerangkan tentang keesaan, keagungan, kebesaran dan keindahan Allah. Juga mengambarkan betapa nikmatnya berada di dalam syurga dan seksanya di dalam neraka.


Itulah kunci ke arah perubahan sikap. Tauhid yang kuat, secara automatic mengubah rasa, fikiran dan tingkah lakumanusia. Transformasi, reformasi, evolusi atau apa sahaja istilah yang dikaitkan dengan perubahan mesti berlandaskan tauhid. Semua itu membekalkan kekuatan pengetahuan, kemahuan dan kemampuan untuk berubah.

Tauhid adalah elemen kekuatan kerana ia mapu mengatasi semua eleman negative yang dating dari luar diri sama ada yang dating dari keluarga, persekitaran, budaya bangsa, pengaruh atsan dan keserakkan nafsunya sendiri.


Selepas itu, iaini ketika di peringkat madaniyah, aplikasi system islam mula dilaksanakan secara total. Dimulakan dengan agenda ekonomi, politik, budaya, pertahanan dan lain-lain. Namun asas dan teras tauhud yang dibina diperingkat Makiyah tidak pernah dopinggirkan, bahkan terus menerus disuburkan.


Kejayaan mengubah manusia banyak bergantung kepada factor pengubah (individu yang hendak mengubah) itu sendiri. Justeru, pemimpin atau sesiapa sahaja dalam kalngan orang melayu yang hendak mengubah sikap bangsanya mestilah menjadi teladan ke atas perubahan. Jadi, berubahlah untuk merubah orang lain.


Rasulullah berjaya mengubah manusia kerana baginda terlebih dahulu manjadi Qudwah Hasanah ( contoh ikutan terbaik samada pada seruan, pendidikan mahupun pimpinannya). Hanya orang yang berjaya mengubah sikapnya terlebih dahulu, barulah dia berjaya mengubah sikap orang lain. Hal ini kerana manusia lebih mempercayai mata daripada telinga. Maksudnya cakap kita yang didengar manusia jadi hambar sekiranya sikap kita yang dipandang amat tercemar.


Dua factor perubahan di atas ; pertama, formula perubahan, kedua, pemimpin perubahan, perlu ditangani secara serius sekiranya kita benar-benar ingin berubah. Kita berdoa, semoga setiap pemimpin muslim tidak kira di kumpulan mana sekalipun mereka berada, sedarlah hakikat ini dan mulalah menelusuri kaedah Rasulullah SAW ini untuk berubah. Insya Allah muqadimah yang tepat pasti memberikan kita natijah yang baik.

No comments: