Dunia Kesihatan

Sunday, May 24, 2009

iNni AkHafULLAH!!















Satu peristiwa yang telah disaksikan sendiri oleh Nabi Muhammad S.A.W. semasa dalam perjalanan Isra’ Mi’raj yang ada kaitannya dengan penghuraian dengan AlTabarruj (bersolek)

Diriwayatkan Saidina ‘Ali Karamallahuwajhah:


“Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasullulah s.a.w.kami dapati Baginda sedang menangis lalu kami bertanya kepadanya : “Apakah ayahanda menangis ya Rasulullah?”

Rasulullah menjawab : “Aku lihat yang rambutnya tergantung ,otaknya menggelegak .Aku lihat perempuan yang digantung lidahnya ,tangannya terikat ke belakang dan Qathran (air yang menggelegak )dicurahkan ke dalam halkumnya .Aku melihat perempuan digantung ,kedua kakinya diikat ke arah ubun –ubunnya dan disuakan dengan ular dan kala”


“AkuAku lihat perempuan memakan badannya sendiri ,di bawah dinyalakan api .Aku lihat perempuan yang memotong tubuhnya dengan gunting daripada api neraka .Aku lihat perempuan yang bermuka hitam ,memakan tali perut sendiri.Aku melihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta ,diisi ke dalam sebuah peti yang diperbuat daripada api neraka,otaknya keluar dari lubang hidungnya , badannya berbau busuk ,kerana penyakit sopak dan kusta .Aku lihat perempuan kepalanya seperti babi ,badannya seperti keldai ,beribu-ribu kesengsaraan yang dirasainya.Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing ,kala dan ular masuk ke kemaluannya ,atau ke mulutnya dan keluar di duburnya .Malaikat memukul kepalanya dengan dengan corong dari api neraka”.


Fatimah pun berdiri dan bertanya kepada ayahnya : “Ayahanda yang dikasihi , ceritakanlah kepada anakanda apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan-perempuan itu?”


Rasulullah menjawab “Fatimah adapun perempuan yang tergantung rambutnya itu ,ialah perempuan yang tidak menutup rambutnya daripada lelaki yang bukan muhrimnya.”


“Perempuan yang lidahnya tergantung itu,ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki hamun dan menyakiti hati suaminya .”


“Perempuan yang kedua-dua kakinya tergantung itu ,ialah perempuan yang keluar dari rumahnya dengan tidak mendapat keizinan dari suaminya dan tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.”


“Perempuan yang memakan badannya sendiri itu ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat-ngumpat orang.”


“Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan dengan gunting api neraka ,ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing ,bersolek dan berhias supaya kecantikannya itu dilihat oleh lelaki lain .”

“Perempuan yang diikat kedua-dua kakinya ,tangannya ke arah ubun-ubun dan disuakan dengan ular dan kala ,ianya boleh bersembahyang dan berpuasa tetapi tidak mahu mengambil air sembahyang dan tidak mahu mengerjakan sembahyang ,juga tidak mahu mandi janabah (junub).”


“Perempuanyang kepalanya itu seperti kepala babi dan badannya serupa badan keldai ,ialah perempuan ahli pengumpat dan pendusta.”


“Perempuan yang seperti anjing itu ,adalah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.”

No comments: