Dunia Kesihatan

Sunday, May 24, 2009

CREATE A GOOD STRATEGY, AND NEVER FALL IN THE SAME MISTAKE.


Entry kali ini, saya ingin mengajak pembaca meneliti srategi yang dimainkan dalam permainan catur untuk diaplikasikannya dalam satu peperangan. Peperangan yang dimaksudkan disini bukan sekadar peperangan di medan perang, bahkan ia mengikut kesesuaian situasi semasa yang berlaku dan lebih dikhususkan lagi peperangan dengan menggunakan akal fikiran.


Dalam permainan catur apabila buah putih memulakan langkahnnya, bermakna bermulanya perubahan. Perubahan yang cuba dicorakkan oleh pemain mempunyai matlamat iaitu kemenangan menawan pihak musuh. Setiap langkah yang diambil memerlukan penelitian dan perancangan yang teliti, bahkan pengalaman jua menjadi aspek penting untuk mencorakkan langkah, apakah strategi yang sesuai untuk mengalahkan musuh.


Selepas buah putih memulakan langkahnya, lantas bagaimana pula buah hitam mahu bergerak. Permulaan langkah daripada buah putih diperhatikan dan diteliti, langkah pertama yang dimulakan memberi seribu kemungkinan.


Dalam situasi begini perkara pertama yang perlu ada pada kedua-dua pihak adalah undang-undang permainan, bagaimana pergerakan setiap buah catur. Contohnya kuda (knight) perlu bergerak 3 langkah tegak dan dua langkah ke kiri atau ke kanan, kelebihan kuda ini berbanding buah catur yang lain, ia adalah satu-satunya buah yang boleh bergerak dengan melangkah buah lain. Kemudian tembok (castle) pula hanya boleh bergerak secara menegak, kelebihannya boleh bergerak jauh dan peranannya kadang- kadang menyebabkan musuh tidak perasan akan kebolehan tindakan nya menyerang dari jauh. Begitu juga dengan (bishop), Permaisuri Putih (Queen), Raja (King), Askar (Pawns), Kaedah "castle- kingside”. Masing-masing ada peranan dan kelebihan tersendiri. Dengan mengetahuinya pemain boleh menentukan keutamaan kepentingan setiap buah tersebut apabila berlaku pertembungan antara dua, buah manakah yang perlu diselamatkan. Keutamaan bagi menyelamatkan buah tersebut adalah bukan dipilih secara sambrono, malah perlu mengambil kira kelebihan, kehebatan dan kelemahan diri sendiri dan juga pihak lawan.


Sebagai ahli yang berada dalam sebuah organisasi atau sepasukan tenaga kerja, apabila kita dipilih sebagai pemimpin, maka perlu bagi kita mengetahui peranan, kelebihan dan kekurangan yang dimiliki oleh setiap anak buah kita. Dengan demikian pencaturan dan pemobilasian setiap ahli dapat meletakkan mereka pada tempat yang sesuai dengan keupayaan mereka. Bahkan jika kita hanya sebagai ahli sekalipun, setiap antara kita memainkan peranan yang sangat penting untuk saling membantu antara sebahagian yang lain. Sehingga sampai tahap kita kadang-kadang perlu berkorban untuk menyelamatkan ahli yang lain demi mencapai matlamat utama yang dikehendaki.


Selepas mengetahui setiap pergerakan perlu pula mengetahui beberapa strategi mudah contohnya strategi pembukaan dan strategi membentuk kubu pertahanan seperti Ruy Lopez, King`s Gambit or Sicillian Defense. Strategi yang diperoleh adalah berdasarkan daripada pengalaman diri sendiri mahupun di kutip daripada orang lain yang lebih lama mengenali dan bergiat dalam perlawaanan ini.Perlu diingat bahawa pemilihan untuk menggunakan strategi ini perlu terlebih dahulu diteliti, ia juga mengambil kira kesesuaian strategi yang digunakan oleh pihak lawan.


Satu cara Grandmaster memperbaiki permainan mereka ialah dengan mengenal pasti apakah kesilapan yang pernah mereka lakukan. Mereka akan menganalisis kembali semua permainan yang telah dimainkan samada menang ataupun kalah. Tujuannya adalah untuk mengenalpasti kesilapan yang menyebabkan mereka kalah dan kesilapan pihak musuh yang menyebabkan mereka menang.


Begitu juga sebagai ahli penggerak dalam organisasi, analisis, dan penkajian pengalaman penggerak-penggerak yang telah lama berkecimpung jangan diabaikan. Kesilapan mereka jangan kita ulangi, malah perubahan ke arah yang lebih baik amat diperlukan. Selaras prinsip saidina Umar al-Khatab, jadikan hari esok lebih baik dari hari ini dan, hari ini lebih baik dari semalam. Kesinambungan gerak kerja perlu diterapkan. Kelompangan yang ada perlu diperbaiki. Sedikit kerosakan pada rumah yang sedia ada perlu diperbaiki. Penambahbaikan sedikit demi sedikit menjadikan rumah tersebut semakin indah dan selesa untuk didiami. Tidak perlu membazir tenaga dan wang untuk membina semula rumah baru, malah tenaga dan wang tersebut mungkin boleh digunakan untuk manfaat yang lain. Analogi yang simple, substensif atau retorikkah kita? Persoalan yang masih belum terungkai dalam banyak minda individu muslim. Hanya hebat menulis dan berkata-kata, hasilnya tiada.


No comments: