Dunia Kesihatan

Sunday, July 18, 2010

Siapa Spain Yang Kau Puja?



Aku sangat sedih hari ini. Truly, i am.
Aku melihat betapa jauhnya perjalanan dakwah ini kerana masih lagi kita terus-terusan dibelenggu duniawi. Aku merasai bebanannya dan aku harap kamu juga begitu. Aku tahu aku juga belum bersih dari kotoran jahiliyah, dan aku tahu kamu juga begitu. Kita serupa. Tak ada bedanya. Aku sekadar ingin melakarkan apa yang aku rasa kerana sudah tidak tertahan lagi di dada ini.
Semalam ada perlawanan bola antara Spain dengan German. Wah, hebat betul sokongan dari kalangan kenalan-kenalanku. Sejak sebelum aku tidur, malam semalam, facebook sudah dibanjiri status-status yang menampilkan sokongan besar pada dua negara ini. Fine, nak buat macam mana, tak apa lah. Sekali sekala, tak ada salahnya bukan? Sokong-sokong bola, bangun awal- awal pagi untuk tonton bola bersama keluarga… itulah pandanganku terhadap rakan-rakan yang minat bola.
Tapi yang berlawan semalam adalah Spain dan German.
Dan pagi tadi, aku melihat, ramai yang gembira betul dengan kemenangan Spain, tak kurang juga yang bersedih dengan kekalahan German. Aku melihat sokongan yang padu diberikan kepada Spain. SPAIN YANG SUATU KETIKA DULU MERAMPAS BUMI FILIPINA DARI UMAT ISLAM DALAM PEPERANGAN YANG SANGAT LAMA!
LUPAKAH KALIAN?
Aku berasa sedih sekali. Aku tahu, alaaa…ni just game bola aje. Rilek la weii… Bukan sokong betul-betul pun. Bukan sedih betul-betul pun…
Aku tak peduli. Tetap juga bagiku, perkara ini perkara besar. Ini soal apa yang occupy minda kebanyakan kita hari ini. Bahkan dari kalangan orang-orang yang sudah mendapat tarbiyyah pun, aku lihat beriya-riya sekali. Jangan sampai kita sekular. Berkobar-kobar semangat dan jati diri di program-program, menangis dengan video-video pembunuhan kejam dan layanan buruk terhadap umat Islam, tapi tiba saat lawan bola, kita sama saja dengan orang-orang lain. Tak ada beza. Seolah-olah tidak pernah ditarbiyyah. Seolah-olah tidak pernah mendendami musuh-musuh ini! Padahal mereka terus-terusan mendendami kita.
Aku tak peduli kalau orang nak kata aku ekstreme. Aku mungkin tak faham perasaan minat bola. Tapi ada org pernah minat music-music barat dan pernah minat Jay Z dan Linkin Park. Orang tu pernah hafal-hafal lagu semua. Tapi hari ini alhamdulillah, orang tu boleh benci sebencinya, kerana dia sudah tak mampu lagi menahan untuk menangis tiap kali lihat keadaan umat yang dibelenggu kegagalan dan dalam masa yang sama dia pula menambahkan lagi kegagalan umat.
Aku teringat kisah bagaimana Tentera France dulu nak merampas Andalusia. Tidakkah kalian ingat? Bagaimana mereka menghantar perisik untuk melihat keadaan pemuda Islam di Andalusia. Kali pertama dan kedua perisik itu turun ke sempadan, mereka bertemu pemuda yang menangis kerana tidak dibenarkan oleh ibunya untuk menyertai batalion jihad tentera Islam kerana dia belum habis menghafaz Al Quran. Lalu perisik tentera France terkocoh-kocoh pulang kerana tau tak mungkin ada peluang untuk menguasai bumi Islam Andalusia saat itu kerana pemuda-pemudanya masih berhatikan Al Quran. Beberapa tahun kemudian, selepas sampah imperialism dilonggok ke tengah-tengah masyarakat Islam Andalusia, perisik France turun lagi dan kali ini bertemu pemuda yang bersedih hati kerana tak dapat membeli seorang lagi hamba wanita.
Terus, perisik itu pulang dan tentera France berangkat dengan penuh semangat dan akhirnya Andalusia dirampas seluruhnya dengan begitu mudah! Kerana apa? Kerana pemudanya sudah berhatikan wanita.
Bagaimana pula kita? Adakah kita sudah berhatikan bola? Mahukah antum melihat kita mengulangi sejarah Filipina?
Tahukah kalian, 16 March 1521, tentera Sepanyol memulakan ekspedisi mengkoloni bumi Islam Filipina melalui jajahan Ferdinand de Magellans. Ketika itu, majoriti penduduk Filipina, rata-ratanya adalah MUSLIM. Tentera SEPANYOL mengkoloni wilayah utara Filipina dengan mudah sekali. Lalu penduduk wilayah utara dikristiankan dan diserap masuk ke dalam anggota tentera dan diseru-seru supaya meneruskan misi yang kononnya suci.
Namun begitu, tentera sepanyol mendapat tentangan yang sangat dahsyat dari wilayah Selatan. Tentera kafir ini terpaksa bertempur dengan para jundullah kilometer demi kilometer untuk sampai ke Mindanao-Sulu dan akhirnya Kesultanan Sulu jatuh ke tangan Sepanyol pada tahun 1876. Beerti Sepanyol suatu ketika dahulu terpaksa ambil masa selama 375 TAHUN untuk mengalahkan kamu muslimin Filipina!
Dan selama peperangan itu, bukan sedikit lah muslimin yang dibunuh kerana mempertahankan tanah air mereka kerana mereka sedar MEREKA ADALAH KHALIFAH!
Saat kolonialisme itu jugalah Sepanyol memulakan sistem sekular pecah dan perintah di Filipina, mission-sacre ke atas orang Islam dan ejekan-ejekan buruk diterapkan terhadap orang Islam. Tahukah kalian orang Islam digelar dengan panggilan “MORO” yang bermaksud orang buta huruf, tak bertuhan, jahat, dan pembunuh. Dan gelaran ini lekat SAMPAI HARI INI! Dendam, pembunuhan dan pertelingkahan masih lagi berlaku antara kristian dan muslim di Filipina hari ini…semuanya, semuanya, semuanya adalah kerana kolonisasi SEPANYOL di bumi Fillipina suatu ketika dahulu.
Wahai saudaraku, aku tidak minta kalian untuk bergadai seluruh hartamu, atau membunuh dirimu, atau menggadai maruahmu. Pintaku cuma satu, ayuhlah bersama-sama, kita bangkit kembali. Jangan terlalaikan dengan buai dunia.
Kita tidak mungkin jadi sempurna. Kita pasti ada kelemahan. Tapi jangan sampai kelemahan kita melemahkan Islam yang sebenarnya cukup sempurna.
Allahul musta’an.
Aiyuhal ikhwah, jaahidu fillah haqqa jihadih!
Tapakkanlah kaki di jalan Ilahi
Jangan ragu lagia janji surganya pasti
Kobarkanlah api peperangan suci
Yakin kemenangan janjikan bidadari
Bangkitlah segera wahai pemuda
Jangan terlalaikan oleh buai dunia
Di sana ada negeri Islam terluka
Sadarkan jiwamu untuk membela
Siapkan diri, rangkul senjata
Panjatkan do?a untuk citakan surga
Pekikkan takbir sampai nafas terakhir
Kejayaan di tangan kita
Satu? hati? bebaskan Palestina
Hancurkan yahudi penjajah
Tegap? maju? dan songsonglah surga
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka
Hahahahahahahahahah aa
Hahahahahahahahahah aa
Aha hahaha Ahahahahaha
Aha hahaha hahahahaha
Satu? hati? bebaskan Palestina
Hancurkan yahudi penjajah
Tegap? maju? dan songsonglah surga
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka
Bangkitlah segera wahai pemuda
Jangan terlalaikan oleh buai dunia
Di sana ada negeri Islam terluka
Sadarkan jiwamu untuk membela
Siapkan diri, rangkul senjata
Panjatkan do?a untuk citakan surga
Pekikkan takbir sampai nafas terakhir
Kejayaan di tangan kita
Satu? hati? bebaskan Palestina
Hancurkan yahudi penjajah
Tegap? maju? dan songsonglah surga
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka
Satu? hati? bebaskan Palestina
Hancurkan yahudi penjajah
Tegap? maju? dan songsonglah surga
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka
Cita Pemuda-Shoutul Harakah.


No comments: