Wednesday, July 7, 2010

Islam pilihan saya!!


Astaghfirullah..Maafkan aku kawan2 aku tidak mampu mengajak kalian bersama2 dengan ku..bersama membina satu barisan seperti yang disarankan dalam Kalamullah yang suci (AsSoff; ayat 4)…atau mungkinkah aku akan disoal olehNya di hari perhitungan kelak seperti yang dijanjikan dalam surah AdzZukhruff; ayat 67..ighfir zunubi ya rabb..

Alhamdulillah..kubangga denganmu wahai sahabat..keteguhan dan kekuatanmu menghadapi arus kehidupan..merentasi segala rencana musuh2 mu, jua musuh2 islam..doakan ku agar aku diberi kekuatan dan ketabahan seperti kalian..
Ya zaljala li wal ikram…amitna a`la diinil Islam..
Aku ini kerdil dihadapanMu..aku ini hina ya Allah..aku ini sering bergantung padaMu.. aku ini tidak mampu teruskan hidup tanpa petunjukMu ya Allah..namun aku bersyukur..dengan Islam..aku ada matlamat..dengan islam aku ada manual hidup..dengan islamlah Manusia yang dari setitis air mani yang hina..kemudian menjadi mulia..hanya kerana ISLAM..ya..ISLAM..tiada agama yang tinggi selain islam “al-Islamu yu`la wa la yu`la `alaihi”

Sahabat2..siapa kita ini??,,islam kah kita seperti yang dituntut..wajarkah kita digelar muslim??..apakah maksud muslim??..tahukah kita??..kita ngaku kita muslim..kita ikrar saban waktu pada yang maha Esa..”inna solati wa nusuki wa ma yahya wa mamati LILLAHIRABBUL`ALAMEEN”.. sesungguhnya..solatku, hidupku..dan matiku hanya untuk Allah, tuhan sekalian alam.
Islam pilihan saya??..mengapa?
Jum kita singkap kisah2 berikut

1)Muhammad Ali-Legenda Tinju Dunia
Muhammad Ali dilahirkan di Louiville Kentucky, Amerika Syarikat pada 17 januari 1942. Nama kristian beliau adalah Casscius Marcellus Clay dan beliau menukar namanyap Muhammad Ali selepas menyertai . Nation of Islam yang pernah mendakwa Malcolm X sebagai nabi di amerika. Ali kemudian mengubah pendiriannya dan menjadi seorang ahli sunnah wal jamaah.
Baginya Islam adalah agama yang benar, namun isu beliau memeluk islam menjadi kontroversi apabila penganjur pertandingan tinju masih menyebut nama beliau sebagai Casscius Clay. Ali enggan masuk ke ke gelanggang sehingga beliau dipanggil dengan nama Muhammad Ali.
Beliau bersara dari sukan tinju pada 1981 dengan mencatat rekod 56 kali menang dan 5 kali kalah. Apa yang pasti, beliau yang kini berusia 68 tahun ialah seorang lagenda tinju dunia. Beliau ialah muslim pertama menjadi peninju dunia yang terkenal seluruh dunia.

2)Yusuf Islam- janji penyanyi rock kepada tuhan
Pada 1979, Cat stevens yang kini dikenali sebagai Yusuf Islam berdepan dengan maut apabila kakiya mengalami kekkejangan sewaktu mandi dipantai. Cat Stevens penyayi rock yang dianggap sebagai bapa rock n roll bebisik didalam hati, jika tuhan menyelamatkannya dia akanbekerja untuk tuhan. Sejurus selepas itu ombak besar dating dengan tiba-tiba dan menghanyutkannya ke tepi pantai. Beliau cedera dan terpaksa dimasukkan ke hospiutal, adiknya yang baru balik dari Palestin telah menghadiahkan sebuah buku terjemahan al-Quran. Beliau membacanya dan mendapat hidayah untuk memeluk islam.

3)Yvonne Ridley –terpesona dengan al-Quran
Yvonne Ridley adalah wartawan british yang lantang menghentam Islam menerusi hak kebebasan wanita. Beliau memasuki Afghanistan secara haram dengan memakai burka selepas permohon visanya ditolak beberapa kali. Beliau menjadi masyhur setelah diculik pihak Taliban kerana menegsyakinya seorang perisik…
….mata dah nagantuk..insyaallah saya sambung crite ini jika diizinkan esok…selamat malam..=)

4 comments:

voltox said...

sy tgk jam tu dekat pukul 3..mmg patut pn ngantuk..eheh

sy suka baca kisah2 org masuk Islam ni..sy harap sy dpt baca sambungannya..hehe

NOorain said...

eh2, Bleh plak komen... ehe~

en voltox ni ad je dia....haha~

teruskn menulis hsnh, byk dpt ilmu...:-)

Islam is the way of life~

ainur islam said...

thanks for d comments..leh bace sambungannya..baru siap..ain..nanas cookies tue if dah sedap bglah saye try..test sensory..hehehe=)

NOorain said...

da bc sambungnnya..
syukran ats perkongsian itu..
beruntunglah sesiapa yg dikurniakn hidayah oleh Allah untk berada di jalnNya...moga kita semua pun terus thabat di jalan NYA..amiin.:-)

cookies nanas tu eh??hehe~i.allah, semua kena jd sensory panelist sy nnt...en voltox pun nk gak ke??? hehe~