Dunia Kesihatan

Wednesday, September 1, 2010

Screening by the Creator, siapakah yang berjaya memperolehnya?


ramadhan ke 21 tiba ke penghujungnya..bermula lah kini malam ke 22 ramadhan..hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kita hampir meninggalkan ramadhan kali ini..sedih rasa di hati..sungguh, sayu..rasa ku ingin selamanya berada di bulan barakah ini..


"surah al-qadr" keluar dari bibirku..seperti biasa kelas mengaji quran ku selalunya akan ku mulai dengan bacaan surah2 lazim...namun sejak bermulanya bulan ramadhan surah al-Qadr sering menjadi pilihanku..seronok bila melihat mereka berebut2 ingin membaca..menjadi tabiat dalam kelasku..markah tertinggi akan ku berikan kepada mereka yang dapat membaca dengan lancar..silap satu makhraj atau tajwidnya akan ku tolak satu markah..maka di situ, tanpa kusedari rupanya mereka saling compete sesama mereka..menatijahkan mereka hadirnya rasa mahu untuk membaca...boleh kah begitu?...mungkin itu methodku supaya mereka benar2 lancar dengan ayat2 dalam surah lazim ini..alhamdulillah, mereka dah semakin familiar dengan surah2 lazim ini..stage seterusnya..aku mula menerangkan sedikit demi sedikit maksud pada surah2 tertentu..pada aku, ini juga satu usrah, sejak dari awal lagi aku menganggap mereka mad`u ku, anak usrahku, yang ku anggap seperti adik2 ku sendiri..sehingga mereka menganggap ku seperti kawan..huh..payah juga yang ni..bile dah anggap mcm kawan, tiada pula nampak rasa hormat dia kepada ku sebagai gurunya...tak mengapalah, sekurang-kurang nya kehadiranku memberi manfaat kepada mereka..iyya..asalnya ingin ku ceritakan tentang surah al Qadr..surah yang menceritakan bagaimana malam al Qadr itu.


Dengan menyebut nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.


1. sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam al-Qadr
2. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
3. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan
4. Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin tuhannya untuk mengatur semua urusan
5. Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar

TAFSIRNYA

Lailatul Qadr juga dikenali dengan Lailatul Mubarakah sebagaimana yang disebut dalam firman Allah yang berbunyi, “Innaa anzalnahu fi lailatin mubaarakah.” yg maksudnya, “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya(al Qur’an) pada malam yang penuh keberkatan”. Dan malam tersebut sudah pastinya di bulan Ramadhan, sebagaimana firman Allah yang bermaksud, “Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al Qur’an.” Ibn Abbas berkata: Allah telah menurunkan al Qur’an dalam jumlah yang satu(sekaligus) daripada lauh mahfuz ke baitul ‘Izzah di Langit Dunia. Kemudian ia diturunkan secara beransur-ansur berdasarkan kejadian yang berlaku sepanjang kehidupan Nabi Muhammad sebagai Rasulullah selama tempoh 23 tahun.


Ayat 2 & 3-ASAL USUL SERIBU BULAN


Diriwayatkan daripada Ibnu Abi Hatim daripada Mujahid bahawa ada seorang lelaki dari Bani Israil, namanya Syam’un. beliau merupakan seorang pahlawan Islam yang berjuang di jalan Allah selama seribu bulan. Selama perjuangannya seribu bulan, beliau tidak pernah dikalahkan oleh musuhnya.
Ada pula riwayat Ibnu Jarir daripada Mujahid juga, mengatakan beliau (lelaki Bani Israil) itu pada malam harinya sentiasa mendirikan ibadah malam sehingga subuh, manakala pada siang harinya berjihad menentang musuh sehinggalah menjelang petang selama seribu bulan.


Hikayat Sham’un


Imam Al Ghazali menceritakan kisah Sham’un dengan agak terperinci. Kisahnya begini: Sham’un merupakan seorang pahlawan di kalangan Bani Israil dan beliau tidak pernah dikalahkan musuh. Suatu hari, musuh nya berbincang cara untuk menewaskan Syam’un. Lalu mereka menghantar utusan kepada Isteri Syam’un untuk memperdayakannya. Utusan tersebut membawa satu bejana ppenuh dengan emas dan meminta isteri Syam’un supaya mengikat suaminya pada malam hari. Akibat tamakkan emas, isterinya sanggup mengikat Syam’un pada malam harinya. Keesokkan paginya, apabila Syam’un bangkit dari tidur, dengan mudahnya tali yang mengikatnya terputus satu demi satu. Lalu beliau bertanya kepada isterinya kenapa beliau diikat? Jawab isterinya, dia mahu menguji kekuatan Syam’un. Apabila pihak musuh mengetahui bahawa rancangan tersebut gagal, mereka berputus asa. Kemudian Iblis datang menemui mereka dan menasihati mereka agar meminta isteri Syam’un tanya suaminya itu apakah rahsia kekuatannya? Pada malam nya, si isteri bertanyakan Syam’un tentang perkara itu. Syam’un yang pada awalnya keberatan memberitahu, akhirnya mendedahkan rahsia kekuatannya terletak pada lapan helai janggutnya yang panjangnya hingga ke tanah. Setelah Syam’un terlena, si isteri pun memotong janggut suaminya yang hanya lapan helai itu lalu diikatnya pada kaki dan tangan Syam’un. Pihak musuh datang menangkap Syam’un dan membawanya ke rumah pasung untuk diseksa. Mereka menyeksa Syam’un dengan memotong sedikit demi sedikit anggota tubuh Syam’un seperti telinga, mulut dan lain-lain. Lalu Syam’un yang berada dalam kesakitan , berdoa kepada Allah agar diberikan kekuatan untuk melawan musuhnya. Tiba-tiba Allah memakbulkan doa Syam’un , dan Syam’un menarik ikatan yang mengikatnya pada tiang2 besar di rumah pasung itu hingga menyebabkannya runtuh lalu menimpa musuh2nya sehingga mati.


Sambungan Tafsir


Sufyan as Thauri berkata, “telah disampaikan kepada aku daripada Mujahid bahawa malam al qadr lebih baik daripada seribu bulan (maknanya): amalannya, puasanya, dan mendirikan malamnya adalah lebih baik dari seribu bulan. Dan daripada Mujahid, Malam al qadr lebih baik daripada seribu bulan yang tidak ada malam al qadr padanya.

Daripada Abi Hurairah radhiallahu anhu berkata bahawa Rasulullah bersabda, 


Barangsiapa yang mendirikan malam al qadr dengan penuh keimanan dan mengharapkan keampunan dari Allah, diampunkan baginya dosanya yang telah lampau.”

Ayat 4-Malaikat Turun Bawa Rahmat dan Berkat


Malaikat-malaikat yang dimaksudkan dala ayat ialah malaikat rahmat yang membawa segala rahmat dan keberkatan pada malam itu. Banyaknya malaikat turun menandakan banyaknya keberkatan dan rahmat turun pada malam al qadr. Keadaan ini samalah ketika turunnya Malaikat kepada orang yang sedang membaca al Qur’an atau orang yang duduk dalam majlis /halaqah zikr. Mereka melingkungi orang yang berzikir serta melabuhkan sayap mereka ke atas orang2 yang menuntut ilmu kerana memuliakan penuntut ilmu.


Manakala ar Ruh pula ialah Malaikat Jibril alaihissalam.Adapun “membawa segala urusan” membawa maksud segala taqdir berkaitan ajal dan rezeki, dan ketentuan segala perkara sebagaimana disebut oleh qatadah.


Ayat 5-Sejahtera hingga Subuh


Sejahtera di sini bermaksud Syaitan tidak dibenarkan melakukan perkara 2 jahat pada malam itu. Kata Qatadah dan Ibn Zaid , Rasulullah bersabda, “ Salaamun hia” bermaksud baik seluruhnya , tidak ada padanya(malam al qadr) kejahatan hinggalah terbitnya fajr(Subuh).


Adapun antara tanda Malam al Qadr ialah berdasarkan kepada hadis2 di bawah:


Dari ‘Ubay Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.


“Ertinya : Pagi hari malam Lailatul Qadar, matahari terbit tidak menyilaukan, seperti bejana hingga meninggi” [Hadits Riwayat Muslim 762]

Dari Abu Hurairah, ia berkata : Kami menyebutkan malam Lailatul Qadar di sisi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda.
“Ertinya : Siapa di antara kalian yang ingat ketika terbit bulan seperti syiqi jafnah” 


Dan dari Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Artinya : (Malam) Lailatul Qadar adalah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, (dan) keesokan harinya cahaya sinar mataharinya melemah kemerah-merahan” [Tahayalisi 349, Ibnu Khuzaimah 3/231, Bazzar 1/486, sanadnya Hasan]

PENUTUP


Marilah kita sama2 mencari lailatul qadar pada malam2 yang ganjil sebagaimana sabda RASULULLAH yang baksudnya, “…Maka carilah ia sungguh2 pada 10 malam yang terakhir dari Ramadhan.”


~penjelasan tafsir surah dari ibnuabbas( http://ibnuabbas.wordpress.com)~



4 comments:

N A U R A H said...

hebat ar hasanah..ulasan yang jelas

voltox said...

betul tu sufi..untung anak murid dpt cikgu mcm hasanah ni kan..eheh

@inuRisLaM said...

Sufi Alfaruqi..

information about tafsiran surah al-Qadr nie saya amek dari penulisan org laen je..saye x faqih bab tafsir2 and sabab nuzul nie..tapi saye minat untuk ingin tahu..hehe..teringin sangat nk tau sabab nuzul, terjemahan dan tafsir seluruh kandungan kalamullah nie..ape pun..ilmu yang kita dapat mari same2 kita sampaikan.."Baaligh `anni walau ayaah"..

@inuRisLaM said...

voltox..

syukran atas pujian tue..mereka x untung dapat cekgu macam saye, malah saye lah yg untung dapat anak murid macam mereka..sunguh2 menguji kesabaran..hehe..