Dunia Kesihatan

Wednesday, January 19, 2011

~Detik-detik di hari miggu~


Andai ada kata-kata yang lebih tinggi dari ucapan Alhamdulillah, maka ucapan itulah yang akan ku ungkapkan, namun masihkah ada lagi ucapan terima kasih ku kepadaMu selain Alhamdulillah, hanya Kau sahaja yang lebih mengetahui apakah yang tersirat di hatiku. Ya Rabb ku mohon padaMu agar KAU permudahkanlah urusan ku.

Minggu pertama aku di sini…terasa penat, mungkin terkejut dengan suasana kerje. Satu transformasi dari alam kampus ke dunia pekerjaan sebenar. Atau mungkin letih dek kerana tiada kerje yang dibebankan, ooh..diriku belum bersedia untuk menerima berita “tiada kerje untuk aku” yang akhirnya membuatkan aku terkapai-kapai apakah yang perlu kuisi masa kosongku. Tiada satupun buku mahupun kitab Kalamullah ku bawa bersama pada minggu pertama menghadapi momentum alam pekerjaan. Maka, aku jadi kaku, apa harus ku buat?...

Pengajaran pertama untukku: sentiasa bersedia untuk mengisi masa secara optimum.

Hujung minggu pertama di bulan Januari. Tiada yang menarik, ku bergerak mengikut apa yang telah dirancang, rindu ingin bertemu anak muridku. Kelas ditangguh ke 11.30 pagi dan bersambung pula sesi malamnya selama sejam. Temujanji ku menemui seorang kakak usrahku berlangsung seperti yang dirancang. Tepat 1.00 pm, dia membawaku ke rumahnya. Sungguh terharu aku bertemu dengannya, membantu memberi nasihat dan tunjuk ajar, lembut tutur katanya menjadi tauladan kepada diriku yang serba kedhaifan ini. Oh tuhan, sekali lagi ku panjatkan syukurku padaMu, memberiku peluang mengenali dirinya dalam satu medan yang sentiasa ku dambakan.

Pengajaran kedua untukku: perbaikilah akhlak mu wahai hamba ALLAH!...dan sentiasalah bersyukur, nikmat yang datang bukan selalu, tapi syukurmu perlu sentiasa hadirkan dalam diri..kerana dengan bersyukurlah yang akan menjadikan kau sentiasa menghargai dan Qana’ah dengan apa yang ada.

Kisahku berlegar hanya di hari minggu. Mengapa?..erm..mungkin tiada yang menarik untuk ku kongsikan pada hari lain..erm..atau mungkin biarlah hari selain hujung mingguku adalah rahsiaku..tujuan kukongsikan adalah untuk pengajaran buatku, dan moga memberi sedikit manfaat pada diri orang yang membacanya.

Bersambung kembali kisah ku di hujung minggu ke dua januari 2011. Kepala ligat memikirkan, di mana pula perlu ku menumpang teduh pada hujung minggu ini. Oh tuhan, permudahkan urusanku dan izinkan aku berpeluang berada di jalan dakwahmu. Seawal 7.30 pagi ku membawa “Faraouq” menerobos jalan raya yang agak lengang dari kebiasaan. Dari Damansara ke Nilai, meredah Puchong dan Putrajaya. “teet” inbox ku menerima message, lega bila menerima maklumat dari ibu kepada anak muridku yang meminta kelas ditangguhkan ke jam 9.20 pagi..alhamdulillah, Allah beri aku kesempatan dan sedikit kelapangan untukku menunaikan solat dhuha. Ku mencari dan tercari, dimanakah perlu ku merehatkan “Farouq”.. akhirnya, sempat ku menyinggah di stesen minyak SHELL.. “maaflah tauke SHELL, aku datang bukan nak isi minyak, “Farouq” aku dah breakfast awal-awal lagi, dia boleh bertahan sampai esok. Aku nak tumpang tandas dan surau je..hehe” …

Tepat jam 9.20 pagi aku tiba di rumah yang tersergam indah, landskap yang cantik dihiasi kolam dan pancutan air di tepi rumah. Dan, seperti biasa, Lambogini, Turbo dan Ferrari nya gah tersusun di laman rumah. Anak-anak sedang menungguku di satu bilik khas. Sungguh bertuah mereka, punyai ibu bapa yang prihatin walaupun dalam kesibukkan menguruskan perniagaan…Alhamdulillah..Bersyukurlah wahai anak muridku.

Pengajaran ketiga untukku: Kuatkan tekad dan pergantungan serta tawakkal yang tinggi pada ALLAH, sentiasa dekat denganNYA, nescaya akan KAU temui sinar ketenangan yang dicari.

Pengajaran keempat buat diriku: Disiplinkanlah diri untuk tepati masa, gunakan masa dengan optimum.









Seusai kelas, “teet”..peti inbox ku menerima message, aku dijemput pakcikku untuk ke Sri Kembangan pula. Alhamdulillah, aku dapat “Lunch” free hari tu. Rezeki Allah nak bagi, sape tau kan..hehe.. bertuahlah kau wahai perut..dapat makan free.








Terus ku merentas ke Serdang pula, seorang kakak usrahku mengajakku ke satu sesi dialog bersama YB Zailah (Dun Rantau Panjang). Alhamdulillah, akhirnya sampai juga hajatku untuk mengisi rohani ku pula. Namun, kesesakan lalu lintas menyebabkan perjalanan yang hanya memakan masa 15 minit mencecah hampir 1 jam. Aku lewat dari masa yang telah dijanjikan. Keterlewatanku ku maklumkan pada kakak usrahku itu agar dia tidak tertunggu-tunggu. Alhamdulillah, suaranya yang tenang mendengar alasan kelewatanku membuatkan aku lebih tenang.

Pengajaran kelima: tiada lain selain sentiasa bersyukur, dikelilingi sahabat yang berhati mulia.

Sedikit bingkisan yang ingin ku kongsikan dari sesi dialog bersama YB Zailah, atau lebih mesra dipanggil Kak Lah. Walaupun agak terlewat, namun sempatku menangkap tajuk tazkirah beliau iaitu “Jalan Menuju ke Syurga”… Ayat pertama yang kudengar ialah “ Orang mukmin memberi kepada saudaranya apa yang dia kasih”.. kemudian Kak Lah menceritakan kisah Saidatina Fatimah. Kisah Fatimah yang memberi sedekah baju pengantin yang diterimanya kepada peminta sedekah yang datang ke rumahnya. Oleh kerana hanya itu sahaja yang Beliau miliki, maka dengan ikhlas beliau memberikannya hatta baju itu pemberian yang perlu digunakkannya di hari pernikahannya. Namun keihlasan terserlah dengan bentuk sedekah yang diberikannya seraya doanya agar Allah terima sedekahnya itu. Doa nya didengar Allah lalu melalui malaikat jibrail, Allah memberikan sepasang pakaian sutera dari syurga dan diberikan kepada Rasulullah SAW untuk disampaikan kepada Saidatina Fatimah. masyaAllah, pemurahnya Allah dan hebatnya puteri kesayangan Rasululllah SAW.

Pengajan kisah:

· Jika ingin mencapai syurga Allah, kita perlu memberi untuk Isam.

· Dan apa sahaja yang kita lakukan, perlu Nampak syurga dihadapan kita.

· Dalam jalan menuju ke syurga Allah, perlu ada iman, ilmu yang diamalkan, perlu khusyuk dalam solat, menangis waktu malam kerana takut pada Allah, perlu sanggup berkorban dan berjihad, sentiasa sabar dan istiqamah, sentiasa taat, sujud dan ruku’ kepada Allah.

Tambahan kak Lah lagi.. “ melalui jalan menuju syurga Allah, bukanlah dihamparkan dengan permaidani yang indah, untuk mencapai syurga Allah perlu berdepan dengan cabaran dan halangan. Telusuri pula kisah Rasulullah SAW. Perjuangan baginda berpuluh kali lebih hebat dari ujian yang kita hadapi. Perlu kita menekuni kisah kekasih ALLAH ini sebagai motivasi dan tauladan untuk kita”.. dalam surah hujrat ayat ke 15 “ Sesungguhnya orang-orang mukmin yang sebenarnya adalah mereka yang beriman kepada ALLAH dan RasulNYA, kemudian mereka tidak ragu-ragu, dan mereka berjihad dengan harta dan jiwanya di jalan ALLAH. Mereka itulah orang-orang yang benar”

Tepat jam 5.00 petang, sesi dialog berakhir, kak Lah mengajak kami berjemaah asar bersama-sama, masyaAllah rindunya aku suasana seperti ini…solat berjemaah beramai-ramai, kemudian makan bersama-sama. Alhamdulillah, ku merasai masaku kali ini begitu berharaga. Walaupun kehadiranku dilihat seperti orang asing, namun dengan muka tembok dan hati kering ku ini tidak menghalang aku bertegur sapa dengan sahabat-sahabat baru ku..alhamdulillah…all praise due to Allah.

Malam itu aku di ‘offer’ pula mengikuti usrah kolej bersama sahabatku.. “boleh ke saya ikut?...takpe ke?..mane tau perlukan sir wa hadzar kan..”aku bertanya.. kakak usrahku menjawab “ sahabat kamu itu naqibahnya, takde masalah pun”… “ waah…bestnya”…hatiku berbunga riang.. aku mula mempersiapkan diri, seusai solat maghrib, selesema ku mula bertamu, mataku mula berair, bersinku entah ke berapa kali.. “masyaAllah, apakah symptom demamku mula datang?” monologku… ya Allah berilah aku kekuatan. Seusai solat isyak, ku merasakan selesemaku seakan ingin bermastautin. Aku perlu menyelesaikan tugas ku lagi esok, apakah aku perlu terus berehat atau meneruskan perancangan untuk mengikut sahabatku ke usrah?..erm..dengan rasa kesal, akhirnya ku suarakan ke kakak usrahku bahawa aku tidak mampu ikut sama sahabatku ke usrahnya, teringin, tapi insyaAllah, ada rezeki mungkin di lain hari. Aku kemudian tumpang berteduh di rumah seorang lagi kakak usrah ku…kebetulan abangnya tiada di rumah, tanpa segan silu ku mohon izin bertandang ke rumahnya untuk tumpang bermalam. Alhamdulillah, kehadiranku di sambut baik. Tanpa kusedari aku ter‘syahid’ hingga ke subuh, walaupun amat kesal kerana terlepas tahajud pada malam itu, namun aku tetap bersyukur, serasa symptom demamku hilang tanpa sedikitpun meninggalkan khabar berita..Alhamdulillah, aku mengajak sahabat dan dua orang kakak usrahku bersarapan. Kami bertemu, berbincang dan merancang. Alhamdulillah planning untuk hujung minggu ke tiga ku selamat kuisi dalam takwimku. Aku bersyukur ditemukan sahabat seperti mereka. Aku sentiasa berpegang pada kata-kata “ sibukkanlah diri kamu dengan kebenaran, jika tidak, kamu akan disibukkan dengan kebatilan” ..dan kerana kata-kata inilah aku sering mencari dan tercari, tugas-tugas yang perlu aku lakukan, agar aku sentiasa tidak terlepas dari rahmat dan redhaNYA…itulah yang ku dambakan.. moga ia kekal di lubuk hatiku… kemudian, jika ditimpa sebarang ujian, maka ingatlah kalam tuhan dalam surah al-Baqarah ayat 216 iaitu “ …boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”…moga Allah sentiasa bersama aku..disetiap denyutan nadi dan hembusan nafas ini…ameen ya rabbal a’lamen.

7 comments:

noorain said...

Alhamdulillah...

Moga-moga hasanah dlm lindungan Allah sentiasa...teringat kata-kata ini..

"Jagalah Allah, dan Allah akan menjaga kamu.."

rinduuuuuuuuuu....=(

doakan saya disini ea..

kim salam su, cik naz n ain J...=)

Pengunjung Setia said...

Subhanallah...moga sentiasa di bawah redhaNYA...

cuma nak kongsi sikit pasal ayat ni "dan sentiasalah bersyukur, NIKMAT YANG DATANG BUKAN SELALU, tapi syukurmu perlu sentiasa hadirkan dalam diri"

tiap detik hidup kita dan tiap hela dan hembus nafas kita adalah nikmat tak terbanding yang Allah berikan kpd kita dgn sifat ar-rahman dan ar-rahimNYA.Oksigen,degupan jantung,pengaturan sel2 dan enzim2 serta byk lg yg amat dekat dgn diri kita adalah NIKMAT YANG SELALU dan tiap masa diberikan kepada kita...maka memang patut dan haruslah kita sentiasa menghadirkan syukur dalam diri... alhamdulillah...Wallahua'lam..

(QS:Ibrahim;34)

@inurISLAM said...
This comment has been removed by a blog administrator.
@inurISLAM said...

noorain...

sahabat, moga kamu juga sentiasa dilindungi dan dikasihi Allah... rindu itu anugerah dari Allah, saya rindu kamu juge...moga dengan hadirnya rindu ini, kita saling sentiasa dekat dan bertambah kasih kepada pencipta kita..ya 'AZIM.

[al-Baqarah 2: 165; ali Imran 3: 31-32]

@inurISLAM said...

Pengunjung setia..

alhamdulillah, syukran atas perkongsian dan peringatan itu, benar..nikmat Allah sangat banyak, terlalu banyak...cuma manusia sering lalai dan leka..NIKMAT YANG DATANG BUKAN SELALU mungkin tidak sesuai digunakan, berdasarkan ayat al-Quran itu, maka saya rasa, saya perlu sentiasa ingat yang NIKMAT DATANG SGT BANYAK, tp mungkin saya yg tidak sedar..betapa dhaif nya saya, Syukran.

Arina AR said...

~~~~~~taking a break @ ainur islam cafe.~~~~~~~~~ thanks for the spiritual treat. InnalLaha ma'asSabireen. inshaAllah you'll be rewarded by Him. plz make dua for your lonely friend here-to always follows His path. wassalam.

@inurISLAM said...

insyaAllah...i know you can do it...you r not lonely, Allah is always by your side...remember, certainty make you achieve the level of strength ...
bittaufiq wannajah ala kullihal..=)