Dunia Kesihatan

Thursday, July 8, 2010

mulia aku hanya kerana ISLAM


Alhamdulillah..akhirnya diberi jua kesempatan untuk menyiapkan entry ini walaupun dalam kesibukan untuk menyiapkan thesisku..maaf pada sahabat2 yang menanti-nanti..
3)Yvonne Ridley –terpesona dengan al-Quran
Yvonne Ridley adalah wartawan british yang lantang menghentam Islam menerusi hak kebebasan wanita. Beliau memasuki Afghanistan secara haram dengan memakai burka selepas permohon visanya ditolak beberapa kali. Beliau menjadi masyhur setelah diculik pihak Taliban kerana menegsyakinya seorang perisik. Salah seorang anggota Taliban yang menahannya menyuruh beliau memeluk islam tetapi beliau enggan. Sebaliknya Yvonne berjanji akan membaca al-Quran setelah dia dibebaskan. Beliau bersikap kurang ajar kepada orang yang menahannya termasuklah meludah ke muka mereka.n
Walaupun begitu Taliban melayannya dengan baik dan menjaga kehormatannya sebagai seorang perempuan. Sehinggakan beliau diberi kunci bilik tahanan supaya boleh menguncinya dari dalam. Setelah dibebaskan beliau menunaikan janjinya untuk membaca al-Quran oleh kerana kagum dengan sikap puak Taliban yang melayannya dengan baik. Terpesona dengan al-Quran sebagai satu-satunya kitab yang mengangkat status wanita, Yvonne memeluk islam pada 2002 dan menjadi seorang pengkritik yang disegani.
4) Daniel Streich-tidak lagi anti islam
Daniel Streich adalah bekas ahli Swiss People`s Parti (SVP) di Switzerland dan seorang tokoh politik yang terkenal. Kemasyhuran beliau memuncak apabila mula bergiat menentang islam termasuk melancarkan kempen mengharamkan pembinaan menara masjid di seluruh Switzerland. Daniel Streich juga giat menyemarakkan sentiment anti islam di Switzerland. Kempen tersebut meneybabkan beliau diberi penghormatan dengan ditawarkan jawatan tinggi dalam tentera Swiss.
Beliau membeli banyak buku berkaitan islam termasuk al-Quran untuk mencari fakta yang boleh digunakan untuk menghentam Islam. Beliau kemudiannya mendapat hidayah dan memeluk islam pada bulan November 2009
5) A R Rahman tidak melengahkan solat
A R Rahman adalah seorang pengubah lagu terkenal dalam industry perfileman di india. Beliau telah memenangi dua Grammy Award dan dua Academy Award. A R Rahman juga tersenarai sebagai salah satu daripada 100 orang yang paling berpengaruh di dunia oleh majalah Time.
Pada usia 23 tahun, beliau telah memeluk islam dan menukar namanya daripada Dileep kumar kepada AR Rahman. AR Rahman bukan sahaja terkenal sebagai pengubah lagu, beliau juga sangat disegani sebagai seorang yang menjag waktu solatnya. Walaupun diasak dengan kesibukan industry hiburan, beliau akan mengerjakan solat sebaik masuk waktu tanpa berlengah walaupun sedang bekerja dan tidak kira di mana beliau berada.
6)Litvinenko- Ejen perisikan Rusia mati dalam Islam
Alexender Valterovich Litvinenko adalah pegawai tinggi dalam Badan Perisikan Ketenteraan Rusia (FSB) dan mempunyai hubungan peribadi dengan Presiden Vladmir Putin. Beliau dipecat daripada jawatannya apabila mendedahkan gejala rasuah dalam agensi perisikan tersebut.
Pada November 1998 Litvenenko menuduh orang atasannya mengarahkan pembunuhan ahli perniagaan Rusia, Oligarch Boris Berezovsky. Litvenenko kemudian ditahan atas tuduhan melangkaui pegawai atasannya pada 1999. Percubaan untuk menyeret Litvenenko ke penjara gagal sebanyak 2 kali apabila beliau didapati tidak bersalah oleh mahkamah. Litvenenko melarikan diri ke UK sebelum percubaan ke tiga dilakukan.
Semasa di London beliau menulis dua buku berkaitan kekejaman Agensi Perisikan Russia dan beliau juga menuduh Vladmir Putin megarahkan pembunuhan Anna Politkovskaya, seorang wartawan yang terlibat dalam pendedahan kegiatan agensi itu yang menjadi pembunuh upahan Presiden Russia.
Pada masa yyang sama, beliau merasa tidak berpuas hati dengan agama yang dianutinya iaitu kristian Ortodok. Beliau kemudian memeluk Islam pada November 2006. Mengikut bapanya, Litvenenko menyatakan hasratnya untuk memeluk islam sebelum November 2006.
Bagaimanapun, Litvenenko mati selepas 10 hari memeluk islam. Beliau telah diracun oleh ejen KGB dengan bahan radio aktif yang dikenali sebagai Polonium 210. Kesimpulan daripada siasatan kematian beliau adalah kerana permohonan kerajaan Rusia untuk membawanya pulang gagal.
7) Min Keller- Mualaf bertaraf ulama
Mulanya, Nu Ha Min Keller adalah warga Amerika Syarikat beragama Kristian dan memeluk agama islam setelah beliau mengkaji dan mendalami Islam. Sebelum memeluk islam beliau sentiasa dalam pencarian untuk memilih agama ketuhanan yang benar.
Setelah memeluk agama islam, Min Keller menjadi penterjemah buku-buku islam dan pakar dalam bidang perundangan islam. Terjemahan kitab Umdat al-Salik sebuah kitab syriah pegangan mazhab Syafiie dalam bidang Syariah boleh dianggap paling masyhur. Reliance of the Traveller adalah kitab perundangan islam dalam bahasa Eropah yang pertama menerima pengiktirafan dari university Al-Azhar.
8) Dr Hafmann- diplomat berjiwa Islam
Murad Wilfred Hofmann dilahrkan sebagai seorang Katolik dan memeluk Islam pada 1980. Beliau adalah seorang yang berprofil tinggi dalam kerajaan Jerman. Kemasukannya dalam agama islam menimbulkan kontroversi memandangkan jawatan yang disandang tidak seiirng dalam doktrin kristian.
Dr Hofman bertugas sebagai seorang pegawai tinggi di Perkhidmatan Luar Jerman pada 1961 sehingga 1994. Mula bertugas sebagai pakar dalam pertahanan nulkear dan selepas itu menjadi pengarah informasi NATO di Brazil. Antara jawatan anatarabangsa yang disandangnya adalah duta Jerman di Algeria dan MAghribi. Beliau sekarang menjadi penaung Pusat Islam di Jerman.
9) Sharifuddin- budak ajaib Afrika
Lahir di Arusha Tanzania kepada keluarga Katolik yang berbahasa Swahii, Sharifuddin telah menunjukkan ketokohannya semenjak bayi berusia dua bulan. Sharifuddin enggan disusui oleh ibunya. Lebih menakjubkan pada usia 4 bulan, beliau boleh membaca ayat al-Quran.
Dilaorkan perkataan pertama yang keluar dari mulutnya adalah, “Kamu semua bertaubatlah semoga diterima oleh tuhan” dalam bahasa Arab. Ibu bapanya yang risaudan menganggap anak mereka telah dirasuk jin memanggil paderi kristian untuk mendoakan anak mereka supaya pulih eperti bayi normal.
Berita ini telah sampai kepada seorang jiran yang telah dating dan menterjemahkan kata-kata Sharifuddin dalam bahasa arab. Sejurus selepas itu, ibu bapanya memeluk islam. Setelah berusia satu tahun Sharifuddin boleh bertutur dan member ceramah di dalam bahas arab.
Setelah umurnya mencecah lima tahun beliau dibawa serata dunia untuk member ceramah agama. Pada usia sebegitu muda, beliau boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, Itali, Perancis, arab dan Swahili dengan baik. Salah satu peminatnya yang setia adalah Presiden Libya, Muamar Guadafi.
~islam agama fitrah manusia..islam itu tunduk dan patuh pada perintah dan larangan tuhan..maka siapa yang menurut apa yang benar2 dimaksudkan dengan islam disini barulah dia digelar sebagai muslim..peredaran malam dan siang juga muslim..pergerakan planet2 pada orbitnya juga dikatakan muslim..peredaran darah dan degupan jantung dalam diri manusia juga adalah muslim..kerana apa??..kerana semuanya bergerak dan beredar menurut ketetapan Illahi..inilah sunnatullah…lalu dimanakah kita??..adakah benar kita ini muslim..apatah lagi mahu digelar mukmin..mari sama2 kita muhasabah diri kita..semoga entry kali ini bermanfaat untuk yang membaca..ameen~

3 comments:

voltox said...

terima kasih atas perkongsian yg menarik ni..hehe..hidayah hanya milik Allah kan..disebabkan awk tulis tentang mereka yg memeluk Islam..jadi sy nak kongsi ngn awk..tentang Ruben abu bakar..sy pun baru sempat tgk link ni..tgk sambil dgr lagu maher zain..(mungkin awk dh pernah tgk sebelum ni..takpe sy nak kongsi gak}..ni link dia

http://www.youtube.com/watch?v=Vlrb1rOT36o

kepada ain..sibuk je=p

@inuRisLaM said...

thanks atas suggestion link nie..memang tersentuh bile dgr sambil tgk video klip Open ur eyes..memang lagu faveret..Ruben Abu Bakar nie sape ea?..xdpt dgr abes..tersekat2..speed dah smakin slow..huhuhu

lagi satu..nape plak tetibe..ain sibuk je..hehehe..=D

Unknown said...

awk, yg recent mualaf ade tak?
best tahu psl diorng ni, sbb diorang hadir dari kelompok yang mana islam sbgai golongan minoriti..
~termenung sejenak memikirkan sejauh mana penghayatan islam dlm diri~

dgn ini ingin sya umumkan, sya sgt suke AR RAHMAN, die nyanyi lagu lame, beeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeest!