Wednesday, April 13, 2011

Kembalikan Hasil Bumi untuk Anak Jati

KUALA LUMPUR, 13 April: Kelab PAS Ireland menyeru seluruh rakyat Sarawak bangkit dengan penuh kesedaran dan membawa perubahan yang positif kepada negeri agar hasil bumi negeri dapat dinikmati oleh semua anak jati.
“Penentuan siapa yang bakal memerintah Sarawak sedang berada di tangan anda semua. Laksanakan tanggungjawab anda semua dengan baik,” seru kelab berkenaan dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Pilihan raya Negeri Sarawak yang bakal berlangsung pada 16 April 2011 adalah yang ke 10 semenjak Borneo menyertai Gagasan Malaysia pada tahun 1963.
Menurut kenyataan itu, beberapa dekad berlalu menyaksikan ‘apathy’ kepimpinan yang berjaya mengikis minda pribumi serta membunuh dalam diam semangat juang Bangsa Sarawak.
Bagi kelab tersebut, itulah hegemoni diktator Bumi Kenyalang, Taib Mahmud, bermaharajalela sepertiga kurun, merampok hasil bumi, mencabul hak-hak serta memundurkan ekonomi rakyat.
“Kini angin perubahan telah tiba ke Bumi Kenyalang. Arus deras yang melanda sudah tidak bisa dikekang lagi. Tsunami PRU12 2008 yang mengubah corak lanskap politik Malaysia masakini mula dirasai oleh anak-anak bangsa Sarawak,” tambah kenyataan itu.
Bagi mereka, penamaan calon yang telah berlangsung pada 6 April lalu telah menunjukkan sokongan yang padu kepada politik baru yang dibawa oleh PAS dan rakan-rakan lain dalam Pakatan Rakyat.
Sumber: Harakahdaily

No comments: