
Tanpa dakwah, ajakan tidak berlaku, seruan tidak terjadi. Dakwah bukan sahaja menjentik minda tetapi perlu keberkesanan di hati. Kalimah dakwah bukan sekadar mengajak mengajar berfikir, bahkan membimbing manusia ke arah kebenaran dan perubahan.
Sunday, October 24, 2010
Khawlah al-Azwar, lembutmu bukan halangan

Friday, October 22, 2010
apakah CINTA

Agenda membincangkan perjalanan amal Jamie dimulai dengan sedikit pengisian oleh seorang sahabat yang bertajuk APAKAH CINTA?..ana kira tajuk ini sahaja sudah menarik minat ramai pembaca untuk terus lanjutkan pembacaan…maka teruskan..jangan berhenti..hanya 2 hingga 3 minit sahaja masa anda diperlukan…
Apakah CINTA?...Cinta adalah perasaan pada sesuatu.. Inagatlah ALLAH lah yang layak di hati kita. jika kita putuskan cinta kita dengan NYA.. maka ALLAH makin menghampiri hambaNYA lebih dekat dari urat leher kita dan helaan nafas kita…
Ayat suci Al-quran yang menerangkan tentang CINTA kepada ALLAH SWT
Ali Imran: 31
Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Luqman :17
Hai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).
Ali Imran 159
Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu[246]. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. |
[246]. Maksudnya: urusan peperangan dan hal-hal duniawiyah lainnya, seperti urusan politik, ekonomi, kemasyarakatan dan lain-lainnya. |
Taubah: 24
Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik
Fahami & hayati firman ALLAH ini, ia merupakan ayat cinta dan kasih sayang ALLAH pada kita…
Serlahkanlah sifat keramahan dan kelembutan dari diri kita.. kasihi ibu bapa kita, curahkan pada keluarga kita..
Hayati ajaran Al-Quran, moga kita tergolong dalam golongan yang bertaqwa..
moga ALLAH menitipkan dan menganugerahkan sedikit rasa takut dan rindu kepada NYA..
cinta itu hanya pada Allah..ya..ALLAH dan RASULNYA...
malah cinta yg disandarkan kepada manusia dengan meletakkan cinta pada Allah itu ujian bagi kita..
mengapa pula di namakan ujian?...
kerana cinta itu adalah satu amanah buat kita…dgn cinta.. kita akan lebih bertanggungjawab terhadap apa yg kita lakukan.. satu tanggungjawab untuk bersama segala perkara yg minjadi lambang cinta Allah kepada kita.. apa jua yang kiata buat… manifestasikannya sebagai lambang cinta kita pada Allah dan Rasulullah SAW.. Allah mengurniakan cinta pada isi hati hambaNya.. untuk kita lebih ingati Allah. mengamalkan ajaran islam yg diiktirafnya..
ada orang bagi kita bunga...kita ingat bunga atau org yang bagi kita bunga tu??
mata hati yang sebenar adalah... kita nampak keindahan ciptaan ALLAH... iaitu keindahan bunga itu..
dalam Al-Quran dan hadith nabi banyak berkisar soal cinta ini.. dan di antara makom shuhudiah... (dalam tasawuf iaitu bershahadah kepada ALLAH dalam semua gerak kerja kita)…. semua benda yang kita buat mesti ingat ALLAH…ALLAH, ALLAH, ALLAH, ALLAH.
cinta adalah amanah dan tanggungjawab yg besar buat kita.. malah ia boleh jadi ujian bagi hamba yg lemah macam kita juga...cinta itu suatu fitrah...cinta Agung adalah cinta pada Ilahi…labuhkan sahaja cintamu sepenuh hati padaNYA..nescaya akan kamu temui hamba yang mencintaimu kerana cintanya pada penciptamu…salam mahabbah..
Wednesday, October 20, 2010
Tuesday, October 19, 2010
Assyahid Hassan al-Banna (siri 1)
Wednesday, October 13, 2010
muslimah kah kita?
Astaghfirullah..ya Allah ampunkan dosa hambaMu yang hina..sering lalai dan leka…setelah berjam lamanya mengadap skrin laptop..hajat ingin melunaskan sedikit lagi chapter 4 thesis ku..tapi tidak juga kesampaian…sedikit ruang yang ada ini..sebelum ku tunaikan janji dengan sahabatku untuk keluar membeli hadiah perkahwinan kenalan kami…tanganku bergerak laju me”nype” dan klik artikel2 dalam iLuvislam…ya rabb…sungguh tersedar dgn karya2 nye…aku ditegur secara tidak sengaja…tentang “gambar muslimahkah ini"… hanya sekerat Cuma membaca nya aku terus bertindak untuk men”delete” gambar yang pernah aku letakkan untuk entry aku tentang “sifat orang cemerlang”…paparan gambarku harus ku buang…maaf ea sahabat2…sebagai muslimah…kita harus jaga diri kita…jangan sewenag2nye paparkan gambar kita melainkan untuk keperluan tertentu sahaja..yang ku maksudkan disini mungkin dibenarkan dari sudut siasah..tapi untuk saje2..baiklah tidak perlu…so aku “delete”…tentang hukum bab ni..ada sape2 nak bg pendapat..tafadhal…ana alu-alukan…dan sangat mengalu-alukan
Saturday, October 9, 2010
DARUL TAQWA & DATUK DR JOHAR

Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. "Di mana aku sebenarnya ni?" Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, Ini Jalan Chow Kit ditengah bandar Kuala lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada. "Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din, Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini." Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar. "Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat..."
"Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al Abrar, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!" Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah.Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga. "Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki." "Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan."Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya. "Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!". Lelaki itu tersenyum. "Empat puluh tahun yang lalu adalah.Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad,pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs.Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan,"terangnya. Mukanya jernih.Serban dan jubahnya serba putih. "Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni..." "Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu... Subhanallah...." Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia manggeleng -gelengkan kepalanya. Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk. "Nasi beriani sepinggan !"ujarnya kepada pelayan. "Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan. "Ya ! Apa peliknya?", "Baik,tuan.Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang ?" tanya pelayan berkulit hitam itu. Dia tambah geram.direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang menikmati makanan.Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.
"Nanti dulu pakcik,selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya," kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia.
Kemudian getaran suara bergema ...
stanza hati merindu Ilahi!" Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran.
"Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah ..."
Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata " Saya bayar dengan kad kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya. "Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima, kami halalkan sajalah."
"Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-nungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri." Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka." "Ah, aku tak nak dengar semuanya.makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu. Di luar,semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi. Pemandu bullet train berserban merah tersenyumkepadanya. Pilot helikopter dengan tulisan 'MAKRUFAT AIR TRANSPORT' sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan tertegakpapan iklan dengan tulisan yang jelas :" KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH ". Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah. Isy,meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya,semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus.
Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu.
"Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi. Mereka tak mahu pilihanraya..."
"Habis, mereka mahu apa?"
"Mereka mahu Islam, Datuk!"
"Islam ? " keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya.