Tuesday, October 19, 2010

Assyahid Hassan al-Banna (siri 1)

Alhamdulillah segala puji bagi Allah memberi jua penulis blog ini kesempatan untuk menerobos entry terbaru…..lame juga tak update blog nie.. erm.. penulis berharap agar medan blog ini dijadikan juga satu wasilah untuk kita berusrah..tidak perlu sempitkan pemikiran bahawa usrah itu hanya terbentuk dengan adanya bulatan..jangan kita rigid kan kepala otak kita bilamana adanya bulatan barulah ada nya usrah..method usrah pelbagai…kita fleksible kan…ingat lagi dulu dalam usrah penulis belajar antara ciri-ciri istimewa islam atau bahasa arabnya sebut Khasais Islam, ialah Tsabat wa Murunah iaitu tetap dan fleksibel..tetap pada hukumnya dan fleksibel pada pelaksanaannya..jadi pendapat penulis jangan kita jadi terlampau jumud.. jum kita mulakan..
Hari ini penulis nak bawa pembaca menelusuri tauladan hidup as-Syahid imam Hassan al-Banna.. penulis dapat dari buku Memperingati 100 tahun Hassan al-Banna, penyusun oleh ust. Ridhuan Muhamad.. penulis dari dulu lagi kagum dengan tokoh-tokoh pejuang islam ini… kalau kita baca sejarah mereka..banyak akhlak yang baik kita temui… bukan sekadar itu bahkan hubungan dengan Allah pun sangat-sangat rapat.. penulis jadi cemburu.. mampukah kita jadi macam mereka.. sampai sekarang yang penulis tidak lupa semasa penulis membaca buku Khalid al-Walid, novel sejarah yang ditulis oleh Abdul Latip.. terpanar bila baca satu ayat yang disebut oleh Khalifah islam pada ketika itu tentang Khalid al-Walid.. “ tidak akan ada seorang ibu pun selepas ini yang dapat mengandungkan anak seperti Khalid al-walid”… ya Allah cemburu sungguh..hehe..cemburu bertempat tak pe kan??
Tentang Imam Hassan al-Banna pula, selain yang kita sedia maklum mengenai kehebatan dakwah dan tarbuyah beliau dalam ikhwan muslimin..diiktiraf sebagai mujahid alaf 21…penulis nak kongsi sedikit berkenaan denganperibadi beliau seperti yang diceritakan oleh putera beliau iaitu Saiful Islam.
Dia adalah seorang ayah, pendidik, suami dan juga seorang insan.
Sesungguhnya apa yang diketahui oleh orang ramai mengenai As-Syahid Imam Hassan Al-Banna adalah sangat sedikit berbanding dengan hakikat sebenarnya. Batinnya adalah beribu kali lebih baik daripada zahirnya, dia mempunyai satu keperibadian yanf sama di dalam dan di luar rumah yang mana dia adalah contoh ikutan bagi setiap individu dalam keluarganya beitu juga bagi semua saudaranya dalam jemaah Ikhwanul Muslimin.
Beliau adalah seorang lelaki yang beriman
Daripada kata-kata imam Hassan al-Banna “ apabila terdapat seorang lelaki yang beriman maka terdapat bersamanya factor-faktor kejayaan”
Kata-kata ini sangatlah bertepatan dengan diri beliau sendiri, kerana waktu kehidupannya mempunyai berkat yang sangat besar, dan Allah memudahkan baginya melakukan kerja yang banyak pada masa yang sedikit. Begitu juga dengan keikhlasan yang sempurna setiap orang mampu melakukan kerja yang besar pada masa yang singkat.
Beliau adalah contoh terbaik bagi setiap perkara yang dilakukannya kerana kehebatab dan kesungguhan beliau dalam mempelajari dan menguasai al-Quran, begiru juga beliau sangat kuat berpegang dengan sunnah Rasulullah SAW, semenjak lahirnya beliau dalam suasana berilmu dan beragama, seolah-olah Allah Taala telah menyediakan baginya suasana terssebut untuk meneruskan corak kehidupannya yang hebat selepas itu.
Keprihatinan beliau terhadap anak-anaknya
Saiful Islam “ tidak keterlaluan jika saya mengatakan yang imam Hassan al-Banna adalah ketua keluarga yang mithal, semenjak saya kecil sehinggalah saya besar saya tidak pernah merasakan yang beliaupernah mengabaikan urusan kami, bahkan kami berasa takjub kerana kami mendapat keprihatinan yang sedekian darioada beliau. Beliau menyediakan satu fail khas bagi setiap anaknya yang dilahirkan. Imam Hassan al-Banna menulis sendiri tarikh lahir anaknya begitu tarikh-tarikh lain berkenaan dengan anaknya. Beliau juga menyimpan semua maklumat-malumat perubatab abaknya yang telah diubati, jika sekiranya ada dikalangan anak-anaknya yang ditimpa sakit sekali lagi beliau akan memudahlkan beliau mengemukakan laporan tersebut kepada doctor dan setiap malumat tersebut disertakan dengan keterangan-keterangan lain seperti ubat apa yang telah di ambil oleh si anak dan berapa lama dia memakannya serta berapa lama si anak mengalami sakit tersebut dan adakah dia memakan semua ubat tersebut?.. ayah saya juga menyimpan semua sijil-sijil pelajaran anak-anaknya beserta catitan-catitan tertentu seperti: saif perlu menekankan subjek ini dan dia lemah dalam subjek itu…begitulah secara umum apa yang beliau lakukan bagi setiap anak-anaknya..”
Hassan al-Banna sebagai ketua keluarga
Imam Hassan al-Banna juga sangat mengambil berat mengenai urusan rumah tangganya, dia menulis sendiri semua keperluan rumah bagi setiap bulan, dan dia menyerahkan senarai keperluan rumah kepada seorang kawan dari ikhwan muslimin yang bernama Sayyid Shihabuddin yang mana dia mempunyai kedai runcit yang masyhur untuk memenuhi keperluan rumah bagi setiap bulan.
Beliau juga seorang yang sangat lemah-lembut, beliau sangat menjaga perasaan anak-anaknya dan beliau mempunyai satu kemampuan yang membuatkan kami taat kepadanya tanpa disuruh begitu juga merasa sangat segan untuk melanggar arahannya dan bukan kerana perasaan takut terhadap al-marhum.
Saiful islam “ saya teringat yang beliau pernah menyebut masuk panggung wayang bukanlah akhlak seorang muslim, oleh kerana itu saya tidak pernah memasukinya walauoun sekali sehinggalah sekarang ini dan ia juga disebabkan oleh kuatnya kesan dan tarikan daripada kata-kata beliau. Hukuman paling berat beliau pernah kenakan kepada anak-anaknya hanyalah cubit telinga, pernah sekali saya dicubit telinga olehnya dan itulah hukuman yang paling berat pernah saya terima disebabkan satu kesalahan yang saya lakukan pada satu pagi. Akan tetapi pada pukul 11 tengahari itu juga beliau menelefon saya dan menenangkan saya serta berdamai, dan ianya member kesan yang sangat besar pada diri saya. Beliau juga sangat pemurah dengan anak-anaknya. Saya teringat yang member duit belanja kepada anak-anaknya dan pada tahun 1943 Masihi beliau member 3 Qurusy kepada setiap anak-anaknya dan jumlah tersebut sangatlah besar pada ketika itu kerana kawan-kawan saya di skeolah hanya mendapat suku Qurusy atau setengah Qurusy sahaja”.
Saiful islam : saya teringat perkara ini ketika saya membaca majalah Musamarat Habib ketika majalah tersebut membuat satu temuramah dengan ayah saya dan saya masih menyimpan majalah tersebut, ayah saya di Tanya:
Wartawan: Adakah kamu ada menyimpan duit gaji kamu?
Hassan alBanna: tidak, saya membelanjakannya semua sekali
Wartawan: berapakah duit belanja yang kamu beri kepada anak kamu?
Hassan al-Banna: 3 Qurusy setiap orang.
Jumlah ini tidak termasuk duit yang beliau berikan kepada kami pada setiap jumaat untuk di bahagi-bahagikan kepada fakir miskin di masjid, kemungkinan pada hari itu sahaja beliau member 5 atau 10 Qurusy, saya tidak ingat. Setelah sekian lama barulah saya menyedari yang beliau sentiasa memerhatikan tibdak tanduk saya selama ini dengan teliti, saya menyedari perkara tersebut setelah saya besar dan setelah saya mengimbas kembali tindak tanduk beliau, saya pasti yang beliau sentiasa memerhatikan tindakan saya.


3 comments:

Thaqifah said...

“ tidak akan ada seorang ibu pun selepas ini yang dapat mengandungkan anak seperti Khalid al-walid”…

Nak kan kepastian.. Btl ke ade hadith nie?? Klu ade buku ape nye.. Sbb setahu ana yang bukan ahli dlm bidang agama nie.. Saidina Umar yang penah berkata,

"women who give birth to men like Khaalid are extremely rare"

This sentence i quoted from the book 'Men and Women around Rasulullah' - "Ar-Rijal wan Nisa' haularRasul" - page 244

Wallahua'alam

@inuRisLaM said...

thanks for ur concern...
insyaAllah..saye cek smule..

@inuRisLaM said...

Thaqifah..
terimekaseh atas soalan berbentuk teguran awak...benar, ayat itu bukan hadis...ia adalah kata2 dari khalifah pada ketika khalid alwalid menajdi panglima islam...sy dah betulkan...syukran maratan ukhra..=)