Dunia Kesihatan

Wednesday, October 6, 2010

Warkah Buatmu Sahabat





Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang…alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Masih lagi memberiku kekuatan dan kesempatan untuk menikmati dan meneruskan permusafiran ku di bumi yang fana ini…ladang untuk bekalan menuju akhirat yang abadi.. sahabat yang dirahmati Allah, apa khabar iman kita hari ini?.. sudahkah kita melengkapkan tazkiyatunnafs yang kita rencanakan sebagai wadah taqarrub kita dengan pemilik kita?.. tepuk dada Tanya iman?.. =)
Empat tahun yang lalu…Sedang aku leka berjalan di kaki lebuh raya ..tiba-tiba “hasanah!!..enti jalan sini sikit, ana masih sayangkan enti”..jerit seorang sahabat kepadaku.. ya Allah baru ku sedar yang aku hampir berada di tengah jalan…sungguh membahayakan…maklumlah kereta-kereta di lebuh raya ..laju-laju belaka..aku pikir aku ni badang apa..suka-suki buat jalan raya tu macam aku yang punya….tegurannya itu mambuatkan aku terharu.. “sahabat..kamu menyayangi aku rupanya”..desis hati kecilku..tersenyum aku bersendirian.. “ana masih sayangkan enti!”..kata-katamu yang tidak pernah luput dari ingatanku…..sahabat..ketahuilah yang aku juga menyayangimu..tapi malu untuk aku membalas kata-kata mu itu dengan ungkapan dari mulutku..padaku..cukuplah sekadar aku mendoakan kesejahteraan mengiringi setiap detik kehidupanmu…
Sahabat…
Ukhuwah yang terbina bukan kuntuman bunga, tapi persis tasbih, ada awal, tiada penghujung..dibuat untuk menigingatiNYA..dicantum dengan cintaNYA..diratib dengan redhaNYA..
Implementasi ukhuwah hasil simpulan kesatuan aqidah, kita dipertemukan dengan matlamat yang sama..ingin melihat islam kan tertegak kembali....pertemuan kita walau hanya sekita memberi seribu kekuatan padaku.. sahabat..aku masih ingat ketika itu..setiap kali kau dan aku bertemu..tiada lain yang kita bincangkan, hanya memikirkan kemaslahatan demi islam..mencorak dakwah dan tarbiyah..berusaha ke arah pembentukkan bi`ah solehah..dan kadang-kadang..aku mencarimu..untuk meminta pendapatmu..untuk meminta nasihat darimu..ketika diri ditimpa pelbagai ujian..kau beri aku kata-kata semangat..kau mengingatkan aku kalam-kalam peringatan dari tuhan..kau dengarkan aku kisah-kisah pengajaran..kau menegurku dengan hikmah tauladanmu…untuk kita sama-sama kuat melalui ranjau-ranjau kehidupan…bersyukur aku punya sahabat sepertimu..moga ukhuwah ini kekal hingga ke syurga..
Sahabat…
jika hari ini aku terlalu gembira..sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah..
Jika ku bersedih tanpa kata..pujuklah aku dengan tarbiyah pencipta..
Jika ku lemah tidak berdaya..ingatkan aku dengan kehebatan syurga..
Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera..
Jika pernah hatimu terluka, luahkanlah agar aku berubah..
Dan jika esok aku lena tanpa terjaga..
Iringlah lenaku dengan kalungan doa..
Berjanjilah sahabat…ukhuwah kita untuk selamanya…

5 comments:

voltox said...

tahniah hasanah..entry yg sgt menusuk kalbu..eheh..untung awk ada sahabat seperti itu..

sy tak pasti kata2 hikmah awk kongsikan ni..kata2 awk sendiri atau tak..yg pasti semuanya menarik..

senang2 nti baca la episod 82 sy..sajak untuk teman..sori tak bg link kat sini..eheh..tak menarik pun..sekadar berkongsi je..hihi

@inuRisLaM said...

voltox...
trimekaseh..moga saya dapat hargai sahabat seperti itu..

erm..ayat nie campur2...yg tulisan italic tu bukan ayat saye... tu kata2 hikmah yang saye kumpulkan..sbb tu sy italic kan..

insyaAllah bile senang saye jenguk blog en voltox...bile nk update?

Nabilah said...

masyaAllah...
indahnya sebuah perhubungan atas dasar cinta kepadaNya.

kurindu sahabatku.
bersahabat menuju ke syurga..(^_^)

Ya Allah..perkenankanlah \(-_-)/

@inuRisLaM said...

ameen..

Arina AR said...

sahabat yg sebenar sentiasa bersama tika susah dan senang.